Rabu, Disember 31

PPSMI membuka minda Melayu Primitif dalam Sistem Pendidikan Melayu

Aku rasa ini adalah blog pertama yang aku tulis menyentuh tentang isu semasa yang aku rasa amat sesuai untuk dikongsi bersama. Kenapa aku pilih isu PPSMI sebagai isu pertama yang akan aku sentuh? Jawapan senang ,tepat dan santai untuk dijawap diolah dan difahami kewajarannya.

Aku adalah budak kampung yang dibesarkan didalam suasana atau iklim sosial dimana kiri kanan depan belakang ialah orang Melayu semuanya.Bagi aku Melayu semuanya sehinggalah aku menjejak kan kaki di sekolah menengah yang mana menempatkan para pelajar dari pelbagai kaum, ada Cina,India dan Mat Salleh. Waktu itu juga aku masih selesa dengan Melayu aku kerana persaingan antara para pelajar berbagai kaum masih lagi menjadi masalah kecil bagi aku. Aku masih berjimba-jimba untuk berlajar sebab semuanya dalam Bahasa Melayu kecuali bagi matapelajaran English. Waktu itu kalau gagal dalam subject English aku tak malu begitu juga dengan kawan-kawan Melayu aku yang lain sebab bagi kami subject English tidak perlu dimalukan bila gagal sebab kita Melayu yang sentiasa "layu".

Walaupun English aku just cukup-cukup "makan", Allhamdullilah aku berjaya mejejakan kaki di UiTM yang sememangnya 100% menggunakan Bahasa English baik dalam kelas mahupun assignment. Waktu itu aku mula sedar dah buka mata bahawa bertapa pentingnya penguasaan Bahasa English dalam pendidikan. Buku, nota, latihan dan sebagainya semuanya dalam Bahasa English dan selama 4 semesta aku terkial-kial untuk menguasai Bahasa English. Orang lain yang fasih English maju kedepan tapi aku terkial-kial cuba memahami setiap perkataan atau maksud-maksud yang kadang kala sukar untuk difahami. Banyak result exam kurang memuaskan bukan kerana aku tidak faham atau pandai dalam sesuatu subject tetapi ketidak upayaan aku untuk melontarkan idea atau jawapan yang diperlukan oleh soalan sehingga lecture aku pernah tegur aku, Rizwan! apa yang awak jawap nie? saya target awak dapat A dalam subject ni tau, malunya aku...malu bukan kerana kebodohan tapi malunya aku kerana dari dulu aku bangga sangat dengan Melayu aku yang akhirnya buat aku layu dalam pelajaran aku. Itu lah sedikit sebanyak kesan daripada kurangnya pengatahuan dan kurang keupayaan menguasai Bahasa English. Berapa ramai anak-anak Melayu yang di tendang oleh UiTM mahupun terkebelakangnya anak-anak Melayu dalam sistem pendidikan kerana terlalu taksub dengan Melayu dan gagal menguasai Bahasa English diseluruh universiti di Malaysia?

PPSMI adalah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyuburkan kembali jati diri Melayu supaya dapat bersaing dengan bangsa lain di Malaysia dalam dunia pendidikan masa kini. Aku bangga bila melihat anak-anak buah aku yang masih disekolah rendah telah mahir dan memahami Bahasa English dengan baik walaupun mak bapa dia orang tidak pernah menggunakan English dirumah. Aku rasa anak-anak buah aku lebih fasih English daripada aku diwaktu aku seusia mereka. Adakah dengan pelaksanaan PPSMI akan mematikan jati diri Melayu? adakah melayu tidak akan Melayu dengan pelaksanaan PPSMI?. Jawapannya ialah Melayu akan lebih Melayu bila kita berdiri lebih tinggi daripada bangsa lain apa bila pendidikan anak-anak Melayu bertambah maju dari masa kesemasa dan Melayu tidak akan segan silu mengaku yang beliau adalah Melayu malah mereka akan lebih berbangga dan mungkin akan berkata "Akulah anak Melayu yang Bertunjangkan Ketuanan Melayu,aku mampu berdiri lebih tinggi dari bangsa lain, inilah tanah tumpah nenek moyang ku dan aku bangga aku Melayu". Tapi bila kah kita mampu berkata-kata seperti itu? adakah hari ini? jawapannya tidak selagi kita tidak lebih maju daripada bangsa lain di tanah air kita sendiri. Hanya penguasaan ilmu sahaja yang mampu mengubah nasib orang-orang Melayu, Ilmu yang kini lebih mementingkan penguasaan Bahasa English sebagai medium terpenting.

Wahai penentang PPSMI, cubalah lihat berapa ramai anak-anak Melayu yang gagal setiap kali sesi temuduga diadakan, bukan kerana mereka tidak tahu buat kerja, bukan kerana mereka malas, bukan kerana mereka tiada jatidiri Melayu dan bukan juga kerana mereka terlalu memilih kerja tetapi mereka tidak berupaya berkomunikasi dalam Bahasa English dengan baik seperti aku ini. Bila penguasaan English lemah macam mana aku mahu "market" kan diri aku, macam mana aku mahu tonjolkan keupayaan aku seperti kawan-kawan bangsa lain? Kemana mereka/kamu bila ramai anak-anak Melayu gagal merebut jawatan penting didalam sesebuah organisasi? adakah campur tangan dari kerajaan diperlukan dan sampai bila? jawapannya adalah dari diri kita sendiri yang perlu mengubah corak pemikiran kuno dan primitif menjadi satu pemikiran yang intelek,dinamik dan progresif untuk mengembeling satu Bangsa Melayu yang jitu bertunjangkan pendididak ilmu pengatahuan.

Aku bersyukur kerana generasi Melayu kini sudah disimbah dengan air untuk menyedarkan mereka bahawa penguasaan Bahasa English amat penting untuk jati diri Melayu supaya bangkit segar menyaingi bangsa lain dengan pelaksanaan PPSMI ini. Aku amat yakin dalam 10 tahun lagi kita akan dapat lihat bertapa ramainya anak-anak Melayu akan memegang jawatan besar dalam semua bidang atau cabang pekerjaan dan waktu itu barulah Melayu yang layu akan melihat Melayu baru yang lebih segar dan kuat. Jangan diungkit Zamam Kesultanan Melayu Melaka kerana ia telah ditelan zaman dan hanya menjadi sejarah. Jangan anak-anak Melayu hanya pandai menghunus keris tanda Ketuanan Melayu tetapi biarlah anak-anak Melayu kini pandai dan bijak mencipta teknologi, bijak menghuraikan ilmu sains dan matematik biar setanding cerdikiawan Islam dahulu kala. "Jika tidak dipecah ruyongnya manakah dapat sagunya" sesungguhnya aku tidak mahu anak bangsa aku...anak-anak Melayu masih di takuk lama kerana tunduk pada pemikiran kuno dan primitif yang berselindung demi kepentingan peribadi sesetengah pihak yang sanggup mengadaikan kemajuan anak bangsa sendiri demi agenda tersembunyi.

Adakah dengan pelaksanaan PPSMI ini akan merosakan jati diri Melayu? adakan anak-anak Melayu akan hilang hormat pada orang-orang tua? adakah anak-anak Melayu akan malu mengaku bahawa mereka berketurunan Melayu? adakah mereka akan lupa dan jijik pada budu,cencalok,pekasam,keropok lekor,tidak tahu apa itu wau, gasing,wayang kulit dan semua identiti Melayu? Jawapannya tidak sama sekali, kerana Melayu tidak akan hilang KeMelayuan jika ibu bapa Melayu masih berpegang teguh pada identiti KeMelayuan dan Islam, acuan daripada ibu bapa dan keluarga pula yang harus memainkan peranan ini dirumah.

Disini sekali lagi aku pertegaskan bahawa PPSMI amat wajar diteruskan bagi kesinambungan jati diri Melayu yang semakin hari semakin layu dengan konsep jatidiri Melayu yang salah. PPSMI akan melahirkan generasi Melayu global yang setanding dengan bangsa lain suatu hari nanti, Insyaallah.

Jumaat, Disember 26

Berlalunya 2008....

Mungkin pada orang lain, bila berakhirnya satu-satu tahun dan menanti tahun baru bermula maka ramailah yang memasang angan-angan,cita-cita,harapan dan sebagainya yang kononnya tahun baru tersebut akan menjanjikan cerita baru yang indah belaka.

Maaf kalau apa yang aku tulis ini agak keterlaluan kerana bagi aku, tahun baru adalah seperti hari-hari biasa sahaja kerana yang berubah hanyalah angka lainlah kalau besok adalah hari lahir kita yang menandakan usia kita telah bertambah setahun lagi. Setiap kali tahun baru maka kencanglah hp berbunyi tanda SMS masuk yang rata-rata wish Happy New Year dan bla...bla...bla...Tapi apa yang berlaku pada tahun seterusnya tetap sama. Tetap sama kalau tulang empat kerat ini tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk memajukan diri dalam semua perkara. Perlu ker kita menyambut tahun baru dengan bersuka ria tanda bersyukur datangnya tahun baru? bukan kah merenung sejenak apa yang telah aku capai pada tahun lepas dan apa cita-cita atau harapan yang disemai pada awal tahun lepas telah tercapai atau hampir tercapai lebih bagus? atau cita-cita,harapan,angan-angan di awal tahun hanya angan-angan Mat Jenin? Tepuk dada tanyalah akal yang memandu diri ini.

Aku dah muak nak tanam azam, cita-cita atau angan-angan dan yang aku tahu sekarang aku akan lakukan yang terbaik untuk besok dan hari yang seterusnya.....bersilih ganti tahun bermakna usia kita semakin meningkat, meningkat dari awal remaja ke alam dewasa dan seterusnya menjadi seorang yang matang, matang dalam menentukan arah tuju hidup. Kalaulah hidup di usia matang di biarkan hanyut dengan keindahan dan keseronokan yang sementara jawapnya sampai ke tualah itulah diri kita dan jangan berangan untuk maju seperti orang lain.

Tahun baru menandakan umur aku akan meningkat setahun lagi kerana aku dilahirkan pada awal tahun,sempena usia yang semakin meningkat ini aku berazam untuk mencari satu matalmat hidup yang cerah bukannya yang masih samar-samar lagi cahayanya, aku mahu jadi matang berfikir walaupun ada orang kata cara aku terlalu terburu-buru....terburu-buru kerana masa tak pernah menanti kita, kita yang perlu mengejar masa.

Aku malas nak berkongsi suka duka sepanjang tahun 2008 ini, yang aku tahu semuanya manis-manis belaka walaupun pahit pada mulanya. Pengalaman 2008 aku jadikan iktibar untuk melangkah ke tahun 2009 dan cuma di sini aku amat bertuah kerana di akhir-akhir tahun 2008 aku telah ditemukan dengan seorang yang aku amat bertuah memilikinya walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik untuk dia. Thank dear kerana sanggup terima saya seadanya yang kekadang banyak menguji kesabaran awak.....cuma saya minta pandai-pandailah kita menghargai antara satu sama lain selagi ada.....jaga hati dan perasaan sesama kita.....fahami sensitiviti antara satu sama lain.....jaga tingkah laku kita sebab kita bukan lagi single seperti sebelum ini.....

2008 akan pergi dalam masa 5 hari lagi dari sekarang dan muncul lah 2009 sebagai ganti....moga 2009 hanya yang terbaik untuk seluruh umat manusia.....

Akhirnya Kau Menyembah Bumi Jua......

Nak diceritakan,selama aku tinggal di Mutiara Damansara aku tak pernah lupa untuk melihat dan memuji kecantikan pohon mati yang terletak di atas bukit berhampiran dengan Apartment aku. Pohon mati tersebut betul-betul bertentangan dengan jalan masuk ke Apartment tempat aku tinggal. Aku rasa hanya aku seorang sahaja yang perasan dan memuji pohon mati yang hanya tinggal dedahan dan reranting kering itu sahaja yang betul-betul terletak di atas bukit itu.

Setiap kali balik dari kerja aku akan tengok pohon mati itu dan ia lebih cantik bila waktu senja dimana cahaya senja matahari seakan-akan menambahkan lagi kecantikan pohon mati tersebut. Tetapi sekarang pohon mati itu telah tiada lagi, mungkin tumbang sewaktu ribut kuat yang melanda hari itu. Walaupun ia cuma pohon mati yang tiada nilai lagi tapi bagi aku, aku sayang pohon mati itu kerana ia adalah benda yang terakhir yang akan aku puji sebelum tibanya malam. Walau pun pohon mati itu tiada lagi,setiap kali aku balik dari kerja, aku tetap melihat tempat dimana pohon mati itu terus berjuang untuk tegak berdiri walaupun mungkin urat-urat dan kudrat dia sudah tiada lagi kemampuan tetapi tetap berusaha untuk terus tegap berdiri disamping pohon-pohon yang masih segar menghijau sehinggalah hari-hari terakhir dia tersungkur kebumi ditolak oleh ribut kuat seakan -akan dipuncak bukit itu adalah pusara tempat bersemadinya.

Walaupun kadang-kadang kita rasakan sesuatu itu tiada nilainya dari kaca mata kita, mungkin benda itu memberi banyak makna kepada orang lain. Seperti aku, mungkin hanya aku seorang sahaja yang perasan dan memuji kecantikan pohon mati itu berdiri di puncak bukit itu dan aku jugalah yang hanya menyedari yang pohon mati itu sudah tiada lagi. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu memuji pohon mati itu sedangkan orang lain mungkin tidak memperdulikan kewujudan dia seperti mana aku. Kadang-kadang aku terfikir mungkin antara kami ada pesamaan, pesamaan dari segi cuba untuk berdiri tegap dikalangan yang lebih bagus dan lebih berguna, dan mungkin aku juga akan jatuh tersungkur seperti pohon mati itu jua suatu hari nanti.

Dari pohon mati itu, aku dapat rasakan bertapa kuatnya naluri pohon mati itu untuk tetap berdiri walaupun dia sendiri tahu yang dia tiada gunanya lagi untuk berbuat demikian.Mungkin dia tetap berdiri tegap kerana dia tahu yang masih ada seorang insan yang sentiasa memuji dirinya walaupun dirinya hanyalah dedahan dan reranting kering,mungkin dia tahu insan itu adalah aku, aku yang sentiasa memujinya dan berdirinya dia di puncak bukit itu adalah untuk aku. Tapi selama mana dia boleh tetap berdiri tegap semata-mata untuk aku sedangkan tiada lagi kudrat untuk bertahan walaupun dia tahu yang aku masih memujinya,dia terpaksa tumbang menyembah bumi akhirnya.............

Rabu, Disember 24

Belian dengan kaca mana lebih berharga ............


Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal

Jumaat, Disember 19

Biarlah menjadi hak mereka sendiri....

Sepatutnya bukan menjadi hak aku untuk memikirkan masalah orang lain, biarlah mereka sendiri memikirkannya masalah mereka dan tanggungjawap aku adalah sekadar memberi semangat dari segi moral dan dari segi material jika berkemampuan, selebihnya biarlah mereka fikirkan sendiri.

Tadi aku ada berborak dengan SITI, kawan baik aku semenjak belajar di UiTM dulu, dalam rancak berborak mengadu kekusutan yang aku hadapi hari ini dia bertanya dan memberi nasihat yang aku rasa amat menyedarkan aku.

"Wan aku nak tanya kau, dalam usia kau sekarang nie aku nak tanya, apa yang telah kau capai dalam hidup kau? walaupun agak keras bunyi nya tetapi itulah realiti apa yang aku nak tahu. Wan , sepatutnya kau fikirkanlah masa depan kau sebelum kau fikirkan masalah orang lain dan lupakan lah mimpi-mimpi yang kau yang sementara ini yang tiada kesudahan yang menggembirakan. Cubalah kau ingat balik zaman kau belajar dulu untuk mendapatkan segulung ijazah, 2 kerja sekali gus kau lakukan dalam setiap hari tanpa kenal penat lelah sampai kurus kering tubuh kecil kau ni semata-mata untuk tidak membebankan mak kau untuk belajar (sebak hati aku tuhan sahaja yang tahu). Kumpul duit Wan, kalau ada rezeki sambung Master dan kalau ada rezeki sambung PHD, waktu itu kau akan bangga dengan diri kau, tiada siapa yang kan tolak kau untuk mendapatkan kerja...nak jadi pensyarah,manager besar semua mudah untuk kau. Kenikmatan yang kau rasa sekejap ini tak akan kemana Wan,kejayaan yang kau dapat adalah untuk diri kau dan kejayaan mereka adalah kejayaan untuk mereka. Memang kita hendak melihat orang yang kita sayang berjaya dalam hidup mereka tetapi dalam masa yang sama kita mesti juga fikirkan diri kita dulu. Fikirkanlah diri kita dahulu kerana itu adalah hak diri kita, kalau ada keupayaan barulah kita berkongsi hak kita itu. Sedarlah wan, usahlah kau lalai, bangkitlah sebab masa tidak menunggu kita, hari demi hari usia semakin meningkat dan tiada masalah tidak boleh diselesaikan cuma kebijaksanaan kita yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Carilah kerja lain yang lebih menjamin masa depan dan kerjaya kau jika beginilah kaadaan kau ditempat kerja yang sudah kau rasakan tidak menjamin masa depan dan kerjaya kau. Capailah kejayaan dan carilah sebanyak mana rezeki halal untuk kebanggaan diri sendiri dan orang yang kau sayang. Berusahalah untuk berubah sedikit demi sedikit dan majukanlah diri dan sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan yang besar. Usah difikir tentang orang lain, biarlah mereka dengan hak mereka dan kau dengan hak kau sendiri dan kalau bukan kau sendiri yang mengubahnya siapa lagi?"

Itulah antara perbualan aku dengan sahabat baik aku yang aku anggap seperti kakak aku sediri. Tapi itulah, aku mempunyai sikap yang aku akan rasa bahagia dan gembira bila tengok orang yang aku sayang dan kawan-kawan aku berjaya. Aku gembira bila tengok lebih-lebih lagi orang yang aku sayang mencapai kejayaan dan cita-cita dia dimakbulkan....kecewa bila mereka kecewa sedangkan itu bukan menjadi hak dan tanggungjawap aku. Aku doakan segala kejayaan akan dikecapi oleh orang yang aku sayang...Insyaallah


Waktu belajar di UiTM dulu aku berusaha gigih untuk menampung perbelanjaan untuk bayar yuran, beli buku, assigment dan tesis aku.....kekadang rabah mata ini mengis bila lihat orang lain bersenang lenang waktu belajar tanpa fikirkan apa-apa masalah. Shopping, wayang terpaksa aku lupakan sebab akau tahu itu bukan untuk aku dimasa itu. Waktu itu aku amat menghargai setiap sen yang aku dapat sehingga aku benci melihat orang yang seperti tiada arah tujuan, sanggup korbankan peluang belajar demi mencari keseronokan yang sementara. Bila Pumpkins ceritakan pada aku yang dia terpaksa tamatkan pelajaran kerana kesempitan wang, rabak mata aku menahan air mata dari tumpah kerana aku cukup faham perasaan orang yang amat hargai ilmu tetapi tiada peluang....sabarlah sayang, Insyaallah rezeki dan niat yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya. Aku amat kecewa bila perkara yang sama berlaku pada dia di saat semangat berkobar-kobar.

Mungkinkah aku Sakit Jiwa?


Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.

Inilah yang aku rasakan sejak kebelakangan ini, aku mula menunjukkan simptom-simpton Dilusional Jealousy pada orang yang aku sayang, pantang tak jumpa sehari dua mulalah aku buat perangai korek cerita,reka cerita, untuk bergaduh dan menyakitkan hati pasangan aku. Selepas seketika barulah aku sedar apa yang telah aku lakukan dan kesanya pada hubungan aku ini. Jahat sungguh aku kadang-kadang aku rasakan dan rasa bersalah ya amat. Bila aku rasa bersalah dan mulalah aku menyerang lagi macam orang tak waras dan Dilusional Jeaousy akan timbul balik. Aku dah tak sanggup lagi menyeksa orang yang aku sayang kerana tekanan jiwa ini dan biarlah dia bebas dari belenggu yang aku cipta sendiri....Aku anggap ini kegagalan aku dalam menjalinkan satu perhubungan. Hubungan yang amat aku sayang dan aku hargai, tetapi apakan daya akau tak mampu mengawal emosi dan sakit jiwa aku ini.....Aku inginkan ruang pada diri aku untuk berfikir,bertenang dan rasional untuk memikirkan hubungan yang aku amat sayangi ini....Maafkan saya.

Selalu dia pesan supaya kawal perasaan rindu dan sayang aku yang mungkin melampau ini,dia sendiri takut dengan perasaan aku. Tapi apakah daya bila aku cuba untuk kawal, lain pulak jadinya, rasa macam dia tak sayang kat aku lagi walaupun dia memang sayang sesangat kat aku cuma aku sahaja yang kadang-kadang seperti menafikan rasa cinta dia pada aku. Biarlah apa yang telah berlaku, biarkanlah yang penting aku akan terus berusaha untuk jadi yang terbaik untuknya.....Pening kepala aku bila memikirkan apa yang sepatutnya aku cuba elak kan, dia juga selalu pesan jangan pikir bukan-bukan kerana perasaan nagetif itu akan rosakan hubungan kita dan kini memang terbukti dan aku dah tak larat menyiksa jiwa orang yang aku sayang....

MAAFKANLAH SAYA SAYANG, I LOVE U SO MUCH

Selasa, Disember 16

Usah Bersedih Kerna Hari Esok Masih Di Alam Qhaid.......

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun, begitulah perjalanan hidup kita sekalian umat manusia.

Ada orang, hari besok adalah lebih baik atau sinar baru dalam hidup mereka dan ada juga yang hari besok penuh dengan kepiluan, kesedihan,kedukaan dan malapetaka. Itulah roda kehidupan yang berputar mengikut masa yang tidak sesaat pun berhenti mengejar kita selagi nyawa dikandung badan. Waktu yang tidak sedikitpun lupa untuk meninggalkan kita seperti berputarnya bumi ini mengikut laluan orbit yang setelah sekian lama mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh-Nya sebelum munculnya Adam dan Hawa sehinggalah bertiupnya Sangkakala dimana tanah akan bergulung seperti tikar, gubung ganang berlaga sesama mereka hingga hancur lebur,bintang-bintang berguguran, angkasa raya dan langit menjadi huru hara. Adakah hari ini lebih baik dari hari besok? atau besok tidak sebaik atau semulia hari ini? hanya Qada Dan Qadar dan hanya Dia sahaja yang tahu, dan sebagai manusia yang kerdil disisi-Nya kita hanya boleh berdoa dan berusaha kearah kebaikan untuk besok hari kerana esok masih di Alam Qhaid dan bukan menjadi urusan kita, yang boleh hanyalah berdoa dan mengharap semua yang terbaik.

Mengeluh pada hari ini hanya membuktikan yang kita amat lemah menghadapi dugaan-Nya yang sebesar zarah ini kerana besok mungkin rezeki atau sinar cahaya yang akan dianugehi oleh-Nya. Riak pada hari ini hanya membuktikan bertapa kita takbur dengan pemberian-Nya kerna besok mungkin sinar yang terang bersinar hari ini akan hilang cahayanya seperti siang hari yang bertukar malam yang menanti terbitnya sinar mentari du Ufuk Timur. Sesungguhnya bersyukur dengan apa yang kita ada pada ini adalah yang terbaik walaupun apa yang kita lalui hari ini amat memeritkan. Bersyukur dengan hanya mengucap Alhamdullilah lebih mulia daripada titisnya air mata kekecewaan.

Mungkin apa yang berlaku pada hari ini dirasakan amat kejam buat kita,setiap cinta perlukan pengorbanan,walau sekejam ini yang kita rasakan dugaan dari-Nya tetapi percayalah inilah yang terbaik untuk kita yang telah ditetapkan oleh-Nya tanda cinta-Nya pada khalifah dimuka bumi. Sesungguhnya tidak akan diubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri mengubah nasibnya sendiri adalah bukti bahawa hanya kita yang berupaya memilih jalan untuk berusaha apa yang akan berlaku untuk esok hari bermula hari ini. Kekecewaan adalah ujian sebelum datangnya kegembiraan dan kesenangan. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kemasyuran dan kebahagian kerana kita umat yang kerdil ini sentiasa mendongak kelangit memuji indahnya bintang di langit sehingga kita lupa rumput dibumi yang dipijak setiap hari.

Kegagalan hari ini bukanlah titik noktah pada segalanya, ia cuma perhentian seketika untuk kita meneruskan perjuangan hidup ini, baik dan buruk datangnya dari kita. Jika langkah dimulakan dengan langkah kanan maka kejayaanlah yang akan dikecapi,jika dimulakan dengan langkah kiri mungkin kedukaan yang bakal kita dihadapi. Manusia di uji dengan berbagai cara dan bentuk, mungkin kejayaan secara material bukan milik kita tetapi kebersihan hati adalah anugerah yang tidah terhingga nikmatnya, nikmat yang boleh membawa kita ke Syurga seperti mana janji-Nya pada umatnya yang percaya kepada kebesaran dan janji-Nya. Kekayaan, pangkat, darjat,rupa paras yang sementara ini adalah dugaan yang terbesar untuk umatnya tetapi kita selalu lalai dan lupa sehingga mengejar dugaan yang besar itu sebagai tanda kejayaan mutlak. Kejayaan mutlak yang banyak merosakkan manusia, yang banyak menyebabkan hari besok adalah hari yang paling malang dalam kehidupan sesetengah mereka yang alpa dan lalai dengan anugerah-Nya

Oleh itu, hari inilah adalah permulaan untuk hari esok dan hari esok bukanlah titik noktah dalam perjalanan hidup kita. Anggaplah hari ini hanya sepotong mimpi, usah kau tangisi pada perpisahan ini dan pergilah kepada hari besok. Selamat tinggal......

Jumaat, Disember 5

Hari Nie Nak Balik Terengganu

Hari nie kiter nak balik Dungun nak sambut Aidiladha kat kampung ngan keluarga,mungkin balik dalam pukul 8.00pm ngan Salman satu-satu nyer sepupu kita kat sini, sama-sama bujan dan sama-sama merantau cari rezeki ditempat orang...

Pumpkin kiter tak balik sebab mak dia datang KL beraya kat umah kakak dia, so kiter tinggal lah dia selama seminggu kat sini....jangan nangis n jangan main hujan nanti demam...dia dah wArning kat kiter balik kampung jangan main air banjir sebab takut kiter naik kudis dan jangan main hujan takut nanti demam...heheheheee sayang dia kat kiter, kiter pun sayang jugak kat dia.

Masuk kerja tadi kita dah maklumkan kepada anak saudara kiter yang kiter nak balik malam nanti dan mereka pun dah tak sabar nak tunggu kiter balik,kalau tiada kecelakaan Insyaallah sampailah kita dalam pukul 12 atau 1 pagi besok dan macam biasalah banyak lah cerita-cerita sensasi yang anak-anak buak kita yang comel-comel tu nak ceritakan kat kiter. Bergosip lagi kiter nampaknyer....terharu bila dengar mereka kata yang mereka rindu kat kiter.

Nak jugak ajak Pumpkin balik kampung tapi tulah bila pikir balik takut dia pulak tak selesa, yerlah bila kat kampung kiter nak ziarah sanak saudara dan jumpa kekawan kiter...kalau dia ikut takut pulak kiter tak terlayan dia. Nantilah bila ada rezeki kiter nak bawak dia balik kampung kiter dan tunjuk dia suasana Terengganu...kiter dah pergi kampung dia puasa hari tu, tapi tak jalan banyak sangat sebab sehari semalam sahaja kita orang balik Ipoh.....kiter pun malas dah nak ikut dia balik Ipoh sebab macam kiter jugak bila balik kampung kiter just nak luangkan masa ngan adik beradik dan kawan-kawan kiter kat kampung dan kesian bila tengok dia diam jer nanti....Kat KL dah macam belangkas kemana-mana bersama so bila masa untuk family biarlah untuk family sahaja.

Dalam kepala nie dah macam-macam plan bila balik nanti, nak mandi banjirlah, nak memancinglah, nak ikut orang memukat ikanlah, nak ikut ipar gi tembak ayam hutan dan burung lah...banyak lah lah lah dan lah..

Doakan kita selamat dalam perjalanan nanti dan sehat sentiasa yer

XOXOXO
bUNGeceNgkEH

Khamis, Disember 4

Terasa Keseorangan....

Tetiba 2 3 hari nie aku rasa sunyi sangat hidup aku,makan sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang boleh kata semua sorang-sorang....

Entahlah aku nie cepat terasa orangnya dan mungkin over sensitive kot. Aku rasa sunyi sebab aku rasa tak ada orang sayang kat aku dan merindui aku, sedangkan dalam kepala ngan hati aku ramai yang aku rindu.....mungkin tak ada yang betul-betul istimewa yang menyayangi aku dan sentiasa rasa rindu kat aku kot. Kadang-kadang perasaan orang kat kita, kita boleh rasa melalui tingkah laku, kata-kata dan cara bagaimana seseorang itu melayan kita....

Aku teringin dapat seorang teman yang tinggal sekali,kemana-mana bersama, weekend lepak sesama, kemas rumah sesama dan sediakan keperluan sesama....tapi aku tak merasai lagi saat-saat seperti itu, mungkin aku tak ada luck kot. Mungkin ada yang akan marah bila baca apa yang aku tulis nie, tapi aku dah tak kisah sekarang apa yang aku nak tulis adalah lahir dari lubuk hati aku sendiri dan aku iklas, kalau nak ambik apa yang aku tulis ini dari sudut positif maka positiflah jadinya tapi kalu sebaliknya dipandang maka negatiflah jadinya.... Kenapa takut untuk tinggal bersama? aku pun tak tahu apa jawapanya sebab jawapan itu tidak ada pada aku :)
Bagi aku bila aku kata aku cintakan seseorang dengan automatiknya aku harus berkongsi segalanya dengan orang yang aku sayang dan aku akan buat yang terbaik untuk hubungan aku dengan dia....kalau sorang ke Timur sorang ke Barat nampaknya setahun akan goyang hubungan. Hidup berpasangan harus dikongsi susah senang bersama.

Ramai orang yang aku kenal hidup sekali, dan kalau ada sedikit pertelingkahan that just a normal relationship antara 2 jiwa....entahlah mungkin aku akan terpaksa harungi kesunyian hidup hanya dengan diri sendiri....Aku DOWN sangat bila fikirkan ini semua.Mungkin jugak ada sebab mengapa kita pilih cara hidup untuk hidup berasingan dan sanggup berjauhan, jauh dimata dan mungkin jauh dari hati. Mungkin ini satu lagi pengorbanan yang terpaksa aku telan demi cinta ini.

Keseorang jua yang aku rasa, sunyi sepi hidup ini....tiada siapa tahu dan ambil peduli

Isnin, Disember 1

TERENGGANU DAH BANJIR


Terengganu dah banjir lagi, bila sampai bulan December aku akan teringat musim banjir atau musim tengkujuh kat kampung aku di Dungun Terengganu....Musim banjir atau musim tengkujuh kat tempat aku macam pestalah seronoknya...waktu nielah boleh tengok air sungai melimpah masuk dan selaut air memenuhi dataran rendah....

Aku dah 7 tahun tak merasa musim tengkujuh kata Terengganu semenjak tinggal di KL nie, musim tengkujuh memang best sebab rumah aku berhampiran sungai dan masa nielah boleh tengok air sungai naik melimpah masuk. Air banjir kat tempat aku bersih sebab kat kampung aku tak ada longkang besar mcm KL nie dan sampah sarap tak macam KL nie, air banjir sana ialah air hujan yang jernih membiru dan boleh mandi...Salah satu yang best pada musim tengkujuh ialah aku suka pergi ke sawah padi tengok ribuan burung air macam burung bangau, ruak-ruak, belibis, bangau, pucung dan macam-macam lagi memenuhi sawah padi mencari makanan. Walaupun hujan orang-orang kampung tetap keluar berhujan untuk jalankan aktiviti mereka dan waktu macam nie lah boleh tengok orang-orang kampung jual ubi kayu dan keledek tepi jalan dan ada juga yang menjual ikan "darat" hasil daripada memukat ketika air paya dan sungai naik. Itulah rezeki orang kampung aku bila tibanya musim banjir.

Aku kalau memukat kat tepi sungai atau "tahan tauk" aku memang suka tapi kalau memukat kat paya aku tak minat sebab aku nie geli ngan lindah, tulah makluk tuhan yang paling aku geli. Pada musim tengkujuhlah dapat makan ikan sungai yang susah nak dapat pada musim lain macam ikan tapah, ikan baung, sebarau, lampan, duri dan sebagainya rasa tak sama dengan ikan yang diternak dalam sangkar isinya. Tengah sejuk-sejuk pekena nasi panas dengan gulai ikan sungai nie memang menyelerakan mahu nya tambah 3 kali nasi....

Dulu waktu zaman-zaman sekolah dulu, aku ngan geng-geng aku akan berbasikal ronda-ronda kampung sambil main air banjir dari pagi sehinggalah petang, memancing ikan haruan dengan puyu kat paya dan kadang-kadang tahan pukat burung ruak-ruak atau burung kedidi, best siot kalau dapat burung dan goreng bercili terangkat beb...pendek kata setiap hari akan berbasah kuyutlah kami semua.

Jumaat malam aku akan bertolak dengan sepupu aku balik kampung untuk sambut hari Raya Haji dan akan balik KL semula paga khamis pagi minggu selepas itu, aku tak nak balik lama-lama sebab aku rindu pada Pumpkin nanti....Aku harap waktu aku balik tu air sungai akan melimbah lagi dan bolehlah aku merasa musim tengkujuh kat kampung aku, aku dah plan nak ronda-ronda puas-puas kat kampung tengok banjir dengan anak-anak buah aku...aku nak ajak dia orang berjalan kaki ronda-ronda kampung, mesti dia orang suka.

Bila jauh, teringat kisah-kisah zaman kanak-kanak kat kampung dan bila teringat zaman tersebut buat aku sedih, sedih mengenangkan masa begitu pantas berlalu, hari nie dah masuk bulan December dan 30 hari lagi kita akan masuk Tahun 2009, pantas kan rasanya baru semalam kita masuk tahun baru....

Bila musim tengkujuh tiba harga ikan akan melambung tinggi, ikan kembung dan ikan sardin sebagai contoh akan mencecah berbelas ringgit sekilo gram, so waktu musim tengkujuh nie ayam dan daginglah yang menjadi sasaran sebab lebih murah harganya. Mungkin harga daging pun tak mahal sebab musim orang buat korban ramai so penuhlah peti ais kat rumah mak aku ngan daging korban,tiap-tiap harilah makan nasi berlaukan daging korban...rezeki.

Satu lagi bila tiba musim tengkujuh, seronok tengok ombak besar kat pantai, waktu inilah boleh tengok ombak tinggi bermeter-meter tingginya memecahkan pantai....waktu ini nelayan bot-bot kecil tak akan turun kelaut sebab bahaya,waktu inilah nelayan akan rehat kat rumah dan bot-bot serta perahu akan dinaikkan kedarat untuk mengelakkan ditenggelami air atau dihanyutkan kelaut....

Hanya orang Pantai Timur macam Terengganu, kelantan dan Pahang sahaja yang tahu merasai bertapa seronoknya musim tengkujuh atau musim banjir yang melanda tempat kami...tak sabar nak main air banjir :)

Isnin, November 24

Cinta....

CINTA YANG MAHAL TAK PERLU DILAFAZKAN

CINTA YANG AGUNG MEMERLUKAN PENGORBANAN

NAMUN TAK RAMAI YANG SANGGUP BERKORBAN DEMI ORANG YANG MEREKA CINTAI

Jumaat, November 21

Kerjaya oh Kerjaya......

Bosan weh duk trainning kat sini entah apa-apa aku rasa...bos aku bodoh kot sebab silap hantar tempat untuk aku trainning, dahlah sistem macam hampeh, pekerja dia orang lagilah aku rasa macam apa-apa entah...

Company aku kononnya nak berkerjasama ngan this company tapi bila aku masuk trainning dan ala-ala macam spy yang menyiasat macam mana company nie beroperasi aku rasa macam ada some thing wrong yang tak kena ngan sistem dia orang....Sistem kelam kabut n tidak bersistematik....Hello bos, tak payahlah kita joint ngan company nie dan nak taruk aku kat Ipoh untuk uruskan bisnes kalau macam nie lah kaadaanya, baik kita kerjasama ngan Bank Rakyat lagi bagus dan sekurang-kurangnya sistem dia orang lebih bagus dan sistematik duit pun banyak.....

Aku tak adalah hebat sangat nak condemn company orang lain tapi pengalaman aku menguruskan operasi serba sedikit dan pengurusan wang keluar masuk nie telah mengunkai satu muslihat yang company tempat aku trainning ini telah melakukan sindiket DEPOSIT HARAM yang mempergunakan company lain untuk menghalalkan bisnes dia orang....Ayooooooo kalau dapat tangkap oleh Bank Negara Malaysia tak ke BALA pada company tempat aku kerja...nak untung cepat nanti company dapat nama buruk, matilah kerjaya aku kalau terjadi dimana Bank Negara bekukan semua aset-aset company nak makan apa aku nanti......

Nanti balik ke office aku aku nak beritahu kat my boss apa yang aku lihat sepanjang aku trainning kat sini, moga-moga company aku batalkan hasrat untuk berkerjasama ngan this company....Sekarang nie my Board Director tak mahu tandatangan agreement ngan this company lagi sebab lawyer company nasihatkan jangan tandatangan lagi agreement sebab bisnes nie orang panggil "2 dollar bisnes" bila terjadi apa-apa company aku yang sakit dan depa boleh lari macam itu jer nanti. Bagus Dato' jangan terburu-buru kita majukan company kita ok...musim durian nanti ajak lagi saya datang dusun Dato' kat Janda Baik tu yer makan durian....


Boring tahap cipan aku nie, tapi tulah selagi bos aku tak panggil balik, aku tak boleh nak balik office lagi.....Kawan-kawan dah ramai yang berjaya, Pojie dah kerja ngan RTM dan akan jadi pembaca berita, nak ajak aku jadi pengacara tak jugak yer ko Pojie..kejissssss.

Retok dah jadi PA ngan gaji dah cecah 3K lebih, aku juga gaji tak cecah-cecah lagi 2K...Ayoooo gaji tak cecah 2K nak makan apa kat KL nie beb....Bills sahaja tiap-tiap bulan wajib 1K berapalah balance yang dapat aku nikmati...sabar jerlah esok lusa aku tak tahu rexeki aku macam mana lagi, mungkin meletop nanti...Bak orang kata besar periuk besarlah keraknya kan? tapi kalau kita pandai kawal api dan tahap suhu yang optima kuranglah kerak tu kan? iskkkkk peribahasa tu tak boleh diguna pakai dah sekarang nie...Periuk kecil pun kadang-kadang karak pun lagi besar dari kerak periuk besarkan?

Aku kalau tak berjaya juga dalam kerjaya aku dalam masa 5 tahun dari sekarang aku ingat aku nak buat pinjaman ngan mana-mana bank aku nak jadi usahawan tani kat kampung, aku nak jadi penernak kambing Boer yang berjaya sebab aku yakin aku akan berjaya kalau aku ceburi bidang nie, lagipun aku memang minat giler ternakan nie, tak caya ker? ikut hati kolah nak percaya atau tidak....ko boleh blaaaaaaaa

Selasa, November 18

Ipoh oh Ipoh

Semalam aku balik semula ke opis aku kat Cheras dan my boss terkejut yang aku tetiba dah ada kat opis, dia siap tanya aku lagi, "kenapa ko balik opis, kenapa tak pergi trainning lagi, masuk bilik aku nak cakap sesuatu ngan ko" aku pun masuklah bilik ngan senyum-senyum kambing walaupun aku bukan kambing....

Dia siap kata yang aku jangan balik ke opis selagi dia tidak panggil balik dan aku kena betul-betul mahir untuk menguruskan bisnes Ar-Rahnu. So hari nie aku pergilah balik ke tempat aku trainning hari tu kat Kampung Pandan...sistem pengurusan dia lebih kurang sama dengan pengurusan kat McDonald's cuma yang aku dapat kata kan banyak lagi sistem dia yang perlu diperkemaskan lagi (kiranya tak oklah tu), aku kata begitu kerana aku dulu bekas assistant manager kat McDonald's. So aku rasa tak jadi masalah bagi aku nanti cuma aku kena berani jerlah nanti untuk menguruskan bisnes ni nanti kat Ipoh.....

Kat Ipoh yang aku dapat tahu dia orang dah set up office ngan sistem computer dan sebagainya...so aku dapat rasa yang aku akan kesana semakin cerah.....kalau ikutkan hati aku malas untuk aku pindah kesana, tapi bila tengok pula pada peluang untuk kerjaya aku aku terpaksalah pergi juga. Aku tak berani kata entah-entah nanti aku seronok tinggal kat Ipoh pula dan dah tak ingat Kuala Lumpur lagi...tengoklah nanti...

Masalah aku sekarang nie duk fikir kat mana aku tinggal, nak pindah nanti macam mana nak angkut barang-barang aku yang agak banyak jugak tu,ngan siapa aku nak berkawan dan banyak lagilah.... Apa-apa pun just tunggu dan lihat jerlah nanti..... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam dan pandai-pandailah aku bawa diri di tempat orang

Isnin, November 17

Seribu Tahun

Seribu Tahun

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Kalau hidup dan kudrat ini boleh bertahan seribu tahun lama lagi adakah kita akan sanggup menunggu cinta? Cinta yang kita sendiri tidak tahu seteguh mana tiang serinya...

Hanya mereka yang berhati cekal sahaja aku rasa sanggup menunggu sehingga seribu tahun lamanya sesuatu yang diimpikan, sesuatu yang dihajati dan sesuatu yang dicita-citakan....sesungguhnya aku tidak secekal itu untuk menanti sesuatu yang belum pasti selama seribu tahun lama lagi untuk dinantikan.....Biarlah hanya masa dan waktu yang memutuskan segalanya kerana aku hanya pasrah pada ketentuan

Bila Hati Dalam Kesusahan....

Dalam bulan nie, aku banyak hadapi masalah peribadi yang aku rasa macam dah tak sanggup untuk aku tanggung lagi.... Dah dua minggu aku keseorangan dirumah kerana housemate aku outstation ke Jakarta dan sorang lagi duk sibuk pasal nak naik turun mahkamah....Aku bila keseorangan dan bermasalah mulalah aku pikir yang bukan-bukan dan rasa down sesangat.

Macam biasalah yang menghiburkan hati aku ialah anak-anak buah aku di kampunglah jadi penyeri hidup aku, boleh katakan acap kali aku telefon dia orang sampai bill telefon pun aku tak tahu dah berapa sekarang yang aku tahu aku terhibur dengan telatah mereka yang semuanya masik kecil. Masing-masing bila aku call, tanya bila aku nak balik kampung sebab dia orang rindu kat aku dan ada juga yang suruh aku balik sebab nak ajak berkelah, nak tunjuk itu ini kat aku dan banyak lagilah alsan dia orang tu nak suruh aku balik.....

Dia orang cukup seronok kalau aku balik sebabnya boleh ajak aku kemana-mana yang dia orang nak, nak pergi makan ABC pun dapat, nak round seluruh kampung pun dapat, hantar ke kelas Fardu-Ain pun aku hantarkan macam-macamlah permintaan dia orang bila aku balik....Dan yang paling aku seronok tengok ialah bila dia orang nie merajuk bila aku buat-buat malas nak layan dia orang heheheee....Dia orang nie pandai kalau nak kemana-mana, dia orang akn bincang sesama dia orang untuk ikut giliran masing-masing jika nak ajak aku kemana-mana, contohnya kalau sorang tu pagi-pagi lagi aku dah bawak kemana-mana nanti petang dia dah tak merenget lagi nak ikut dan biarkan orang lain pulak ikut aku berjalan-jalan....Mak aku selalu pesan kat aku jangan dilayan sangat anak-anak buah aku tu takut nanti dia orang jadi degil....Kalau degil aku belasahlah nanti dia orang nie.

Kalau tahu jer aku balik, pepagi lagi mereka dah sampai kat umah aku tunggu aku bangun tidur kat depan tv, dan macam biasalah aku akan usik mereka dengan buat-buat tak nampak mereka dan buat-buat tak layan mereka....macam biasalah dia orang akan ikut jer kemana akau pergi macam anak-anak itik yang beratur ikut ibunya kemana sahaja ahakss. Aku kalau balik kampung ada jer aktiviti dengan dia orang nie, dan dia orang nie duk ikut jer apa yang aku suruh macam boss besar pulak aku rasa sekali sekal tu...dan bila balik banyaklah cerita dia orang cerita itu ini, pasal orang tu orang ni mengomel jer dan kadang-kadang tu bukan boleh percaya sangat pun banyak yang ditokok tambah untuk sedapkan cerita dia orang, aku just melayan jer heheheeee

Kelmarin 3 orang anak buah aku berkhatan beramai-ramai, so semalam aku selalu lah call tanya khabar dia orang macam mana, ada yang kata sakit dan ada juga yang kata mereka menangis sikit-sikit sebab mungkin terasa perit luka kot...sian mereka. Asyik tanya bila nak balik, bila nak balik yang buat aku tak tahan tu. Tak tertahan nak balik kampung sebab rindu sangat kat mereka semua yang masih kecil-kecil dan comel plus "jahat-jahat" lagi tu...

Raya Haji nanti mungkin kalau ada rezeki aku akan balik kampung selama seminggu dan masa tu aku nak tenangkan semua kekusutan yang aku tanggung masa nie dan habiskan masa sebaik mungkin lagipun sekarang nie musim tengkujuh so mesti best tengok air banjir dan musim hujan.

Tak sabar nak balik dan bertenang di kampung....

Khamis, November 13

Animal Instinct

Suddenly something has happened to me
As I was having my cup of tea
Suddenly I was feeling depressed
I was utterly and totally stressed
Do you know you made me cry
Do you know you made me die

And the thing that gets to me
Is you’ll never really see
And the thing that freaks me out
Is I’ll always be in doubt
It is a lovely thing that we have
It is a lovely thing that we
It is a lovely thing, the animal
The animal instinct

So take my hands and come with me
We will change reality
So take my hands and we will pray
They won’t take you away
They will never make me cry, no
They will never make me die
And the thing that gets to me
Is you’ll never really see
And the thing that freaks me out
Is I’ll always be in doubt

The animal, the animal,
The animal instinct in me
It’s the animal, the animal,
The animal instinct in me
It’s the animal, it’s the animal,
It’s the animal instinct in me x2

LAGU NIE MEMANG AKU SUKA GILER SEBAB LIRIK DIA CUKUP DALAM MAKNANYA. VIDEO KLIP NYA JUGA AMAT MENARIK DAN JALAN CERITA AMAT MENYENTUH JIWA DIMANA MENGISAH BAGAIMANA SEORANG IBU TUNGGAL YANG MEMPUNYAI DUA ORANG ANAK LELAKI TERPAKSA MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI TIDAK MAHU BERPISAH DENGAN MEREKA.

SI IBU YANG TIDAK SANGGUP UNTUK BERPISAH DENGAN DUA ANAKNYA SETELAH PUSAT KEBAJIKAN MASYARAKAT TERPAKSA MEMBAWA KEDUA-DUA ANAK NYA UNTUK DIJAGA DIBAWAH KEBAJIKAN MASYARAKAT. SI IBU TERPAKSA MENCULIK ANAKNYA SENDIRI DAN MEMBAWA LARI ANAKNYA ITU SEJAUH BOLEH DENGAN KERETA BURUKNYA DAN YANG PALING SEDIH DALAM POKETNYA HANYA TINGGAL BEBERAPA SEN SAHAJA....DEMI INGIN MELIHAT ANAKNYA GEMBIRA SI IBU SANGGUP MELARIKAN DIRI DARIPADA MEMBAYAR BILL MAKANAN YANG DIMAKAN OLEH ANAKNYA.

ALANGKAH BESARNYA PENGORBANAN SEORANG IBU YANG BERTANGGUNGJAWAP DEMI ANAK-ANAK, TAPI PERNAH TERFIKIR KAH KITA UNTUK MEMBALAS JASA MEREKA? DUIT SERATUS DUA AMAT BERKIRA UNTUK DIHULURKAN KEPADA SEORANG IBU SEDANGKAN UNTUK KAWAN-KAWAN KITA SANGGUP BERHABIS, BERFOYA-FOYA TIDAK INGAT DUNIA SEDANGKAN IBU KITA DIRUMAH SIANG MALAM MENDOAKAN KITA SUPAYA MENJADI ANAK YANG SOLEH.....AIR MATA KITA SENANG SEKALI TUMPAH DEMI KEKASIH HATI TETAPI BERAPA KALIKAH AIR MATA KITA TUMPAH DEMI KESILAPAN KITA PADA IBU KITA?

MALANG SUNGGUP KALAU SEGALA PENGORBANAN KITA PADA ORANG YANG TERSAYANG TIDAK DIHARGAI BILA DIA SENANG, TIDAK MENGINGATI KITA YANG SIANG MALAM MENDOAKAN KEBAHAGIAN MEREKA,SEDIKIT KELEMAHAN MENJADI SATU PUNCA SEBESAR GUNUNG....HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA ADA DAN JANGAN TANGISI SETELAH MEREKA PERGI MENINGGALKAN KITA KERANA SUDAH TIADA GUNANYA LAGI

It's Not Right But It's Okay

It's Not Right But It's Okay

Friday night you and your boys went out to eat
Then they hung out,but you came home around three
If six of ya'll went out then four of you were really cheap
'Cause only two of you had dinner
I found your credit card receipt

It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Pack your bags up and leave
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Close the door behind you
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy

I'm packing bags so you can leave town for a week
The phone rings then you look at me (why'd you turn and look at me)
Said it was one of your friends
Down on 54th street boy
So why did 213 show up on your caller ID
I've been through all this before
So how could you think
That I would stand around and take some more
Things are gonna change
Cause I won't be a fool anymore
That's why you have to leave
So don't turn around to see my face
There's no more tears left here for you to see

Was it really worth you going out like that - tell me
See I'm moving on and I refuse to turn back
See all of this time I thought I had somebody down for Whitney
It turns out you were making a fool of me

It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Pack your bags up and leave
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Close the door behind you
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy

It's not right but it's okay
[It's not right - so okay baby]
I'm gonna make it anyway
[I can pay my own rent]
Pack your bags up and leave
[pay my light bill - take care of my babies]
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
[get up and leave]
Close the door behind you
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy

It's not right but it's okay
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
I'm gonna make it anyway
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
Pack your bags up and leave
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
I'm gonna make it anyway
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
Close the door behind you
[I'm gonna be okay, I'm gonna be alright]
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy
[there's no more tears left here for you to see]

It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Pack your bags up and leave
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Close the door behind you
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy

It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Pack your bags up and leave
Don't you dare come running back to me
It's not right but it's okay
I'm gonna make it anyway
Close the door behind you
Leave your key
I'd rather be alone than unhappy

INI ANTARA LAGU YANG AKU SUKA NYANYIAN WHITNEY HOUSTON DAN AKU DEDICATE UNTUK KAWAN AKU IDIE MY LOST FRENZ YANG ASYIK POST DALAM BLOG CERITA TENTANG HUBUNGAN...OK TAK IDIE?

Kemungkinan Transfer Ke Ipoh Cerah

Kemungkinan untuk aku transfer ke Ipoh amat cerah sekarang. Hari ini hari ke dua aku training macam mana nak uruskan bisnes Ar-Rahnu ni, dan Alhamdullilah aku rasa aku boleh lakukan nya nanti.....

Masalah yang aku hadapi sekarang nie ialah jarak dan tempat baru iaitu Ipoh yang amat asing bagi aku. Kat Ipoh aku tiada sesiapa dan aku kena bawak diri aku sendiri, belajar untuk sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.....

Kalau jadi mungkin dalam masa terdekat ini aku akan pindah kesana seorang diri. Apa-apa pun aku tengok pada gaji dan kemudahan yang syarikat sediakan, kalau tak berbaloi aku malas nak terima dan mungkin aku akan berhenti jer.

Susah jugak orang macam aku nie yang merantau tempat orang. Ipoh bukan macam Lembah Klang yang banyak kemudahan, nak balik kampung pun senang kerana aku dah biasa dengan area ini.

Kat sana nanti aku tawakal jer lah pada Allah moga aku diberkati dan dijauhkan daripada kecelakaan...Amin

Selasa, November 11

"Anu nya" kena Potong

Aku sebenarnya nak tulis cerita nie hari Jumaat nanti tapi terpaksa awalkan sebab besok sampailah next week aku kena training kat luar dan peluang untuk post cerita ini tak ada....

Sebenarnya 3 orang anak buah lelaki aku akan bersunat pada hari Sabtu nie kat kampung, buat tiga orang sekali gus. Majlis tu akak aku buat kat umah dia sahaja dan adalah jugak jiran tetangga ngan sanak saudara yang tumpang sekali potong anu anak mereka sekali. Yang aku dapat tahu setakat ni seramai 8 orang akan joint anak buah aku di potong anu nya, heheheheee....

Ketiga-tiga anak buah aku tu memang aku sayang sebab merekalah permata hati aku kat kampung.Mereka dah duk merengek suruh aku balik tengok anu mereka kena potong. Maaf sayang Pak Wan tak boleh balik, nanti Raya Haji Pak Wan balik yer....Mereka bersunat dengan mudim kampung kot.

Aku masih jelas teringat zaman aku bersunat dahulu, sehari sebelum tu aku dah berdebar-debar takut yerlah siapa yang tak takut kan bila dengar usikan saudara-mara lelaki yang kononnya anu kita akan dipotong guna gergaji kayu lah, gergaji berantailah, ngan pedang samurailah dan macam-macam lagi, jahat kan?

Aku bersunat kat Kuala Terengganu walaupun aku tinggal kat Dungun. Aku bersunat dan berehat selama pantang kat umah makcik aku di Kuala Terengganu, waktu tu aku pun bersunat tiga orang jugak ngan adik aku dan sepupu aku. Waktu kena potong tu aku dengar macam orang potong kotak kertas dan sedar-tak sedar anu aku sudah berudah bentuk heheheee...

Orang kata sunat ngan tok mudim bagus dan barang power, sepower mana aku tak tahulah kenalah tanyan Pumpkins Ahakksss matilah mesti kena pulas telingan nanti kikikiii...
Aku cepat sembuh sebab tiap-tiap hari aku makan buah limau yang kaya denagn Vitamin C, aku dari dulu lagi tahu khasiat Vitamin C tu sebelum orang sekarang duk sibuk nak suntik Vitamin C untuk cantik...matilah propa.

Waktu pantang tu asyik pakai kain pelikat sahaja dan jalan pun terkenkang-kenkang takut ngilu. Yang tak tahan bila "anu STIM" mulalah ambil tempurun kelapa ketuk kepala lutut untuk relexlah anu yang tengah "marah" tu. Yang seronok dapat duit bila orang datang melawat kita, banyaklah jugak orang sedekah kat aku, syukur.

Bila dah sunat tu rasa lain pulak dan rasa mulai masuk alam baru, alam menerokai naluri seks yang waktu tu tengah bercelaru dan ingin tahu apa itu seks....wah baru sunat dah nak tahu pasal seks yer? tak derlah gurau jer, skit-skit adalah.

Jumpa sanak saudara lelaki mulalah nak tengok anu aku yang baru kena potong tu, nak buat apa pun aku tak tahu, nak bandingkan anu aku ngan anu dia orang kot, jangan harap aku kasi tengok private tau....oklah sampai sini sahaja buat kali ini, jumpa lagi dilain cerita.

Byeeeeeeee

Isnin, November 10

Kembali kepangkal jalan.....

Heheheheee
Kembali kepangkal jalan bukan kepangkal lain tau.....Sebenarnya aku dah lari daripada tujuan asal aku untuk buat blog nie. Tujuan asal aku ialah nak cerita tentang pengalaman dan sejarah hidup aku waktu zaman aku kanak-kanak dikampung sehinggalah kealam remaja yang penuh dengan gelak tawa, tangisan,gembira,terkilan dan sebagainya....Sebenarnya di awal blog ni pun memang aku tulis kisah hidup aku zaman kanak-kanak hingga kealam remaja tapi hanya sedikit sahaja yang sempat aku tulis kerana aku mulai melalut entah kemana menulis yang aku rasa tak berapa sesuai untuk dikongsi dan mungkin orang dah biasa baca dan tengok blog yang ditulis begitu.

Aku hanya perasan bila Pumpkins tegur aku yang blog aku dah lari daripada tujuan asal aku berblog, bila aku fikir memang betul dan aku akhirnya kembali kepangkal jalan seperti mana seorang penagih dadah yang bersedia untuk masuk pusat serenti. Kalau sebelum ini aku tengok blog aku dah jadi macam myspace pun ada, facebook pun ada lari daripada tujuan blogger yang bagus. So, aku cuba untuk jadi yang lain sedikit dari yang lain, oarang suka atau tak aku tak ambil pusing sebab ni blog aku heheheheeee

Untuk blog yang akan datang aku akan ceritakan pengalaman hidup aku dikampung waktu aku kanak-kanak yang berhingus sehinggalah ke alam remaja dan sehinggalah sekarang...kisah sekarang pun akan aku selitkan tapi cuma ibarat iklan di telivision sahaja dan bukannya drama opera. Aku akan cerita zaman aku mandi sungai, melastik buruk, tanggok anok ikang Skila,main basikal,main permainan seperti budak-budak kampung lain, zaman persekolahan aku, kawan-kawan aku, keluarga dan sebagainya lagi. Tapi aku aku akan selitkan perkataan atau ayat-ayat Terengganu yang akan aku berikan makna didalam kamus bahasa Terengganu di akhir posts.

Aku pun "dok" tahu "nok" apa lagi, so tunggu jelah, yang aku terfikir cerita yang akan aku tulis nanti ialah bertajuk "Anunya kena potong" suspen jugak cerita tu, so tunggu jer apa yang aku tulis ye, byeeeee......

kamus bahasa Terengganu
tanggok anok ikang Skila-menangkap ikan laga
nok- nak,hendak,mahu
dok-tidak

Khamis, November 6

Aku Mungkin berpisah........

Kenapa semua ini terjadi di saat aku tengah mengecapi kebahagian bersama orang yang aku sayangi?

Perkara nie aku sudah dapat tahu sewaktu awal Ramadhan hari tu, tapi aku ambil masa juga berfikir macam mana nak beritahu kat Pumpkins yang kami mungkin akan berjauhan nanti. Sebenarnya aku mungkin akan di "Transfer" oleh syarikat aku untuk mengendalikan project Ar-Rahnu iaitu Sistem pajak gadai Islam di Bandaraya Ipoh Perak. Menurut GM aku, ini adalah peluang terbaik untuk aku maju kehadapan dalam karjaya aku dan peluang amat cerah untuk masa hadapan. Aku pun gembira jugak sebab bos aku telah memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan project Ar-Rahnu tu, tapi yang aku bimbang ialah adakah aku mampu menguruskan project tersebut dengan hanya berbekalkan pengalaman yang aku kira belum cukup ini, tapi kalau aku lepaskan peluang ini mungkin peluang kedua tidak akan datang lagi.

Sukar jugak untuk aku buat keputusan kerana kalau aku ke sana nanti, aku akan berjauhan dengan Pumpkins, yang dekat nie pun jarang-jarang dapat habiskan masa bersama inikan pula jarak sejauh 200km lebih antara satu sama lain, kalau aku tak terima peluang ini apa pulak tanggapan bos aku pada aku pulak nanti. Pumkins ada kata yang dia tiada masalah nak biarkan aku pergi bekerja disana sebab dia pun orang Ipoh dan dia janji akan selalu balik Ipoh jenguk aku ngan family dia. Lega sikit hati aku bila ayat tu keluar dari mulut dia, tapi aku pun tak boleh selfish jadi aku buat perjanjian kita orang akan bergilir-gilir melawat satu sama lain tiap-tiap weekend.

Aku sebenar-benarnya kurang selesa hubungan jarak jauh nie sebab yerlah jarang jumpa dan rindu akan menebal, takut nanti itu akan menjadi isu "pertelingkahan" yang akan menjarakkan hubungan kami kelak. Aku memang bimbang bukan kerana tak percaya tetapi bila hubungan jarak jauh nie tidak lah semanis bila kita tinggal berhampiran walaupun tidak sebumbung. Sakit pening ada juga yang datang tengok-tengokan, kalau ada hal kecemasan cepat jugak sampai memberi bantuan, tapi kalu jauh macam mana kalau itu semua berlaku?

Kalaulah jadi yang aku akan menguruskan project Ar-Rahnu tu, jimat juga belanja bulanan aku, rumah dah tak payah bayar sewa,elaun dapat,mungkin kenderaan pun dapat....tapi jimat berapa sangat setakat 3, 4 ratus pun belum tentu dapat. Harap syarikat naikan gaji aku biar sampai 20%, yerlah tanggungjawap dah besar pastu uruskan duit ngan emas bahaya jugak tu, datangnyer perompak dan ditembaknya aku macam yang selalu berlaku kat kedai emas di Kuala Lumpur nie macam mana, duit ngan emas insurance cover tapi nyawa aku siapa nak coverkan....

Tapi bila pikir balik, kalau tak cuma mcama mana kita nak tahu apa hasilnya kan. Harapan aku agar Pumpkins sentiasa support dan pegang pada janji hubungan ini....antara kita jangan sia-siakan antara satu sama lain....

Selasa, November 4

Dari La Queen ke Sunway Pyramid

Saja nak kongsi pic yang sempat di snap pada weekend lepas, saja untuk suker-suker heheheee

Nie Kiter yang dok posing kat tepi Jalan Sultan Ismail,saja pose untuk suker-suker


Nie Pumpkins Kiter, senyum sokmo dia nie buat sejuk hati bila tengok dia senyum gembira


Nie Kiter ngan Pumpkins Kiter yang sempat diambik untuk kenang-kenangan


Nie Benster Ngan Kaylie yang suka pose bila nampak paparazzi atau mamarazzi


Keluarga Besar Kiter, tapi bukan Kiter yang beranakan, mak depa yang beranakan mereka semua


Nie pun Keluarga Besar Kiter gak, jugak bukan kiter yang beranakan sebab kiter tak ready lagi nak ada anak ngan Pumpkins Kiter


Yang Nie pun Samer gak, bukan gak Kiter yang mengadungkan atau beranakan mereka sebab Kiter tak pernah mengandung atau mengandungkan sesiapa pun, sumpahhhh


Penyokong perlawanan Bowling Kiter yang havoc tapi kejap jer sebab diaorang nak pergi jalan-jalan pulak kat dalam Sunway Pyramid tu


Nie Kiter ngan Arul yang comel sokmo

Isnin, November 3

Dah nasib ko macam nie.....



KELUAR KEHUTAN KEMUDIAN MENYANYIKU...
KEPANTAI KEMUDIAN TERIAK KU,
SEPI...SEPI DAN SENDIRI AKU BENCI,
KU INGIN BINGAR,
KU INGIN KEPASAR.

BOSAN AKU DENGAN PENAT,
ENYAH SAJA KAU PEKAT,
SEPERTI BERJELAGA BILA JIKA KU SENDIRI.

PECAHKAN SAJA GELASNYA,
BIAR RAMAI,
BIAR MENGADUH SAMPAI GADUH.

ADA MALAIKAT MENYULAM JARING LABAH-LABAH BELANG DI TEMBOK KRATON PUTEH,
KENAPA TIDAK GONCANGKAN SAJA LOCENGNYA...
BIAR TERDERAI...
ATAU AKU HARUS KE HUTAN ATAU KE PANTAI?..



Entah sekarang nie aku rasa aku sunyi dan keseorangan..... Rasa macam tak berguna pun ada sekarang nie.....tak ada yang bertanya khabar kat aku, tanya aku makan ker, sehat ker, tak ada.Kadang-kadang aku sahaja yang beria-ria tanya khabar pada orang tapi orang lain buat diam jer dan kadang-kadang macam berat jer nak sambut salam yang aku berikan,Wauuuu...macam kena kapak kepala bila rasakan macam aku jer yang mahu keep in touch ngan seseorang yang aku panggil sahabat, sedih kan? Tak perlah dah nasib ko Wan nak buat macam mana.... Emosilah pulok aku nie, tapi kita just emosi benda yang kita rasa itu hak kita jer....hak orang biarlah.

Aku sunyi.....weekend pun macam tiada apa-apa makna yang jadi teman baik aku cuma Astro chanel 556 dan 703 yang setia bersama aku..... Kalau aku tulis macam nie nanti tentu sekali orang akan kata aku merungut, tapi tolonglah berikan aku satu perkataan lain yang boleh digantikan dengan merungut boleh? Mujurlah aku ada Pumpkins sekarang nie, ada juga tempat untuk mengadu dan bermanja, banyak mengisi kekosongan yang aku rasa.

Aku nie problem nye tak ada kereta, that why nak kemana-mana susah sikit dan kadang-kadang terpaksa menebalkan muka untuk menumpang orang untuk pergi berjalan-jalan. Kerap untuk Tumpang orang pun tak boleh jugak, yerlah minyak dah mahal nanti orang mengungkit aku panas telinga....So untuk menyelesaikan masalah ini, mulai hari ini aku kalau boleh tak nak minta belas ehsan dari sesiapa pun untuk bawak aku pergi jalan-jalan ker atau tumpang kemana-mana. baik aku tunggu bas rapid KL untuk jalan-jalan atau jalan kaki sahaja ke Curve atau Ikea boleh gak excercise skit kan? Aku kalau lah ada kereta tak akan aku menyusahkan orang, aku yang akan pergi cari sesiapa yang aku ingin jumpa dan pergi ketempat yang aku inginkan dengan sendiri tak payah susah-susahkan orang lain. Mungkin sebab aku asalnya orang susah dan mak aku selalu pesan jangan kita susahkan orang lain walaupun kita tak ada makan, kita ikat perut sesama kita adik beradik jangan harap belas ehsan orang, hari nie mungkin orang tak merungut besok lusa kita tak tahu.....memang betul apa yang mak aku pesan kat kami adik beradik selepas ayah aku meninggal dunia waktu usia aku 6 tahun. Dah ada bukti yang pesanan mak aku tu memang betul. Aku memang seorang yang emosi sejak kecil lagi, mungkin background aku kot yang buat aku jadi macam nie cos aku tak pernah dapat apa yang aku nak dan aku tak pandai nak luahkan,apa-apa aku just pendamkan dan tunjuk ngan tingkah laku aku sahaja. Bagi yang faham Alhamdullilah, bagi yang tak aku tak boleh nak paksa cuma jangan maki hamum dan tengking aku sudahlah.

Aku dah plan maybe dalam 3 tahun lagi aku dah mampu pakai kereta sendiri dan waktu itu aku tak perlu lagi harapkan belas ehsan sesiapa untuk kesana kemari. Orang memanglah tak merungut depan kita tapi belakang kita takut juga ada yang merungut nanti. Nak buat macam mana aku masih tak mampu lagi nak ada kereta bila tolak tambah duit gaji aku yang cukup-cukup makan sahaja. Mungkin orang akan kata aku terlalu sensitif, tapi bagi aku biar jadi sensitif daripada jadi orang yang "muka tak malu" kan?



Tak apalah kadang-kadang rezeki tu Allah kasi lambat pada seseorang hambanya dan ada juga yang cepat dimurahkan rezekinya sebab aku percaya ada hikmah disebalik itu. Mungkin kalau aku ada kereta sekarang nie aku jadi jalang atau tak sedar diri duk buat benda-benda yang tak elok.....Tak perlah yang aku mampu sekarang nie cuma motor cabuk sahaja, dan kerana aku hanya ada motor cabuk tu jugalah yang buat aku selalu kena reject. Tapi seperti yang aku kata, ada hikmah disebaliknya sebab just kerana aku cuma ada motor cabuk tulah aku jumpa Sweet Pumpkins sebab dia sahaja yang tak kisah aku just ada motor cabuk sahaja, kalau orang lain dah reject dah aku awal-awal maklumlah sekarang kan dunia dah berubah semua materialistik. Tapi motor tu jugaklah yang banyak berjasa pada aku, motor tu jugaklah yang tak pernah merungut penat atau letih duk bawak aku pergi balik kerja dan tolong aku cari rezeki. Jasa motor tu jugaklah tiap-tiap bulan aku boleh hantar duit kat mak aku kat kampung,bayar sewa rumah,bayar itu ini dah kasi aku makan minum.

Selagi aku mampu aku dah tanam dalam diri lama dulu yang aku tak akan minta belas ehsan sesiapa. Selagi tulang empat kerat nie mampu bergerak aku tak kan minta belas ehsan sesiapa pun, that why aku tak ramai kawan sebab kawan masa senang ramai, kawan waktu susah macam nie susah nak cari, kawan-kawan lari tak apalah jangan orang yang aku sayang lari kerana aku hidup susah sudahlah sebab aku dah janji susah senang aku akan sentiasa bersama.

Khamis, Oktober 30

Setelah Sebulan Kita Bersama

Siti Nurhaliza

Bila Raya Menjelma

Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

Sedih pun ada bila ingatkan yang Bulan Syahwal akan meninggalkan kita esok.Suka duka dikenang dalam menjalankan ibadat Puasa di bulan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri sehari setelah tamatnya bulan Ramadhan. Tahun ini Ramadahan lebih bermakna bagi aku sebagai anak perantau dari Pantai Timur yang merantau ke Pantai Barat seorang diri tanpa saudara mara disini kerana aku telah bertemu seseorang yang membuat Ramadhan kali ini lebih menyeronokan, aku ada Teman Istimewa untuk bersahur dan berbuka puasa bersama-sama bila kami ada kelapangan. Tahun ini juga aku dapat berbuka puasa dirumah sewa aku bersama-sama teman serumah yang ceria "sokmo", kebazaar ramadhan kat TTDI yang mana sebelum ini tidak dapat aku kecapi akibat bertugas.

Tahun ini juga aku dapat menyambut Aidilfitri dengan ahli keluarGA setelah dua tahun tidak dapat bersama menyambut hari yang mulia ini.Dipagi raya tahun ini juga aku berkesempatan memziarahi pusara Arwah Ayahda yang sudah dua tahu aku tidak ziarahi, bukan tiada kesempatan tetapi kelalai aku membataskan segalanya. Aku harap aku akan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki olehNya untuk ditemukan kembali Ramadhan dan Syahwal pada tahun hadapan, dan tidak lupa juga kepada semua yang ahli keluarga, saudara mara,sahabat handai dan yang Teristimewa moga dipanjangkan umur dan dimurahkan Rezeki serta kesihatan yang baik kepada mereka semua moga tahun hadapan kita boleh meraikan kedatangn Ramadhan dan Syahwal dengan lebih gembira lagi.....

Al-Fatihah kepada semua yang telah terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi

Selasa, Oktober 28

Berkelana.....

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada



Setelah beberapa hari aku "berkelana" akhirnya aku dapat rasakan ada hikmah disebalik tindakan yang aku telah ambil.....Fikiran aku tidak lagi sarat dengan prasangka negatif dan aku rasa ringan serta lega sedikit didalam hati ini....Pada mulanya aku takut tindakan yang aku ambi untuk "berkelana" ini akan memburukkan lagi kaadaan, mujurlah dia sanggup dan memberi semangat untuk aku menenangkan fikiran buat seketika.....

Betul katanya,Jika selaut kasih masih tawar, tidak mengubah apa-apa dengan merendam sebukit garam di dalamnya. Jika seluruh bintang saujana mata, dipetik untuk dianugerahkan sebagai lambang kasih, tidak akan bermakna seandainya seluruh bintang di semua galaksi jua yang dipinta. Jika sejuta batu kaki terpaksa melangkah untuk bertemu hati yang tercipta untuk kita, tidak akan mampu lagi untuk ke sana andainya ia diletakkan sejauh sejuta tahun cahaya..... Kadang-kadang kita tak sedar dan bersyukur perhatian yang kita dapat sudah cukup untuk kita, tetapi selagi namanya manusia, kita tak kan pernah puas dengan apa yang ada dan akn terus meminta-minta.....

Dalam waktu "berkelana", aku banyak berfikir seorang diri....berfikir tentang apa yang harus aku lakukan demi hubungan ini....saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, tak lekang dari fikiran aku untuk terus berfikir hal ini....Aku amat berharap agar apa yang Ku dapat sepanjang "berkelana" ini dapat mematangkan aku dalam memharungi perhubungan yang Indah ini....

Kalau diikutkan perasaan ini, ingin sahaja untuk teruskan "berkelana" dalam waktu yang lebih panjang, tetapi hati memberontak tidak sanggup untuk teruskan....kata hati "aku sudah cukup terseksa berjauhan, mahu kah kau wahai jasab menyiksa aku lagi semata-mata untk terus "berkelana"? Sesungguhnya aku tewas dengan kata hati yang memberontak....walaupun tiada didepan mata, tetapi tetap aku sampaikan utusan perkabaran setiap hari demi hati ini.

Ku tahu Berat hati Dia untuk merelakan aku "berkelana", tetapi demi sayang nya pada aku, Dia terpaksa membuang egonya merelakan aku pergi buat seketika. Dia pernah berkata, dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan itu yang terbaik untuk aku dan hubungan ini. Aku tahu dia sentiasa ada bersama aku dan dia pernah kata, yang aku sentiasa ada dalam pelukan Dia..... Ini adalah cubaan aku demi hubungan ini dan aku harap ini juga yang terakhir.....

Biarlah duka pergi, semoga datangnya bahagia dan semoga "berkelana" ini memberi sedikit kelegaan dan ruang untuk aku dan dia bernafas, bernafas setelah kami hampir lemas...

Khamis, Oktober 23

KAU SRIKANDI CINTAKU

Srikandi Cinta Ku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Tetiba aku terdengar lagu ini saat aku mengelamun melihat blog My Pumpkins dan melihat pic saat-saat indah kami berdua....lagu nie memang aku save dalam handphone aku tetapi aku tak pernah pun layan lirik lagu nie....

Tetiba lagu ni di mainkan, entah kenapa aku hayati lirik lagu nie dan tetiba jugak air mata aku mencurah-curah keluar..... pilu aku rasa dan takut orang yang aku cintai hilang dari dakapan aku.....memang tadi ada sedikit pertengkaran antara kami....dan entah kenapa aku telah mengambil satu keputusan yang amat berat bagi aku tetapi aku terpaksa memilih keputusan ini demi kebaikan Dia dan hubungan ini.....

Sedih bila fikirkan tiada keserasian antara kami walaupun antara kami hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sayang dan kasihnya kami antara satu sama lain.....Aku terpaksa ambil keputusan ini demi Dia, walaupun aku tahu Dia amat berat untuk menerima pemintaan aku ibarat gunung yang menghempas di atas kUdrat Dia.....

Sabarlah sayang mUngkin ini adalah salah satu jalan yang terbaik yang perlu kita cuba demi hubungan kita..... I STILL LOVE U, AND I KNOW U LOVE ME AS WHO I AM

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

5 CIRI SAHABAT YANG BAIK MENGIKUT PESANAN AL-QAMAH




NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


1st, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

ke2, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

ke3, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

ke4, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

ke5, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Selasa, Oktober 21

Kenangan terindah.....










Ini adalah sebahagian daripada gambar2 yang menyimpan seribu satu memori terindah bersama,sedih dan pilu bercampur bila mengenangkan apa yang akan berlaku besok.

moga hanya yang terindah sahaja yang akan muncul

If Only For A Moment

If only for a moment
Can we pretend we never parted.
Pretend you never went away
And that our Love was never thwarted.

If only for a moment
Can we let this Love be dear.
Try remembering the good times
so i may forget all that I fear.

If only for a moment
Can i say you Loved me too.
Say that you cared for me
As much as I did you.

If only for a moment
Can we call us more than friends.
And when they ask if I still Love you
I'll say more than "It depends."

If only for a moment
Can we say we never parted.
Just lie and say I never cried
Pretend this sadness never started.

If only for a moment
Can we pretend you Love me too.
Cause it's only for a Lifetime
That I'm trapped in Love with you.

Jumaat, Oktober 17

Open House 11 Oct Untuk yang Istimewa




Pada 11 October bertempat di Desa Mutiara Damansara (rumah akulah tu) kami sekeluarga empat beranak telah mengadakan Open House sempena Hari Raya Aidilfitri. Jamuan serba ringkas telah berjaya kami lakukan dengan jayanya walaupun ini adalah kali pertama kami lakukan. Majlis ini pun last minit dirancang so buat apa yang termampu sahaja.

Jemputan hanya dalam 50 puluh orang sahaya iaitu hanya mereka yang BERPROFILE TINGGI sahaja dalam hidup kami sekeluarga (yang tak dijemput tu jangan terasa yer), sebenarnya kami buat ringkas untuk kenalan yang rapat sahaja (budget tak cukup nak buat besar2).





Ramai juga yang datang memeriahkan majlis terutama kawan2 kita terutama My Pumpkins,Benster, Is, Yama, Kaylie, Azam, Farid,Amar,Pojie, Zul,Ayu, Kak Shida,Acap n Rinie,Fifi, Adiff, Shima,Ina dall. Ramai jugak rakan-rakan Afiq ngan Aniff yang datang macam, Azwan ALI N anak2 ikan dia, Kiflie, Masha, Riz, Dafi, Kak Liza, Sue tetek,Mukriz,Anim,Lyin dan ramai lagi...meriah sungguh tetapi sayang tak ada pic nak taruk kat sini.




set up meja sebelum semua menu disediakan, cantik tak?


Ben yang tengah sibuk menyediakan Decoration untuk meja (dah itu jer yang dia tahu)


Aniff dan Afiq yang duk sibuk menyediakan masakan untuk para tetamu nanti(pandai ker masak tu Afiq? )


Biskut raya yang akan disediakan, nie masih dalam preparation (luak sikit jer, dah muak kot dia orang nie)



Tugas dibahagi-bahagikan antara kami, macam aku ditugaskan masak dan mengemas apa yang patut bersama ngan Aniff, manakala Ben ngan Afiq pula untuk decoration dan sebagai tukang angkat barang (jangan marah). Yang jadi sejarah si Afiq telah berusaha untuk menyediakan macaroni yang akhirnya aku jugak yang tambah itu dan tambah ini untuk menyediakan macaroni itu.


Juadah yang serba ringkas




Menu hari tu macam biasalah kuih muih,biskut raya, nasi lemak, nasi himpit,spicy tuna spaghetti, macaroni. semua makanan kami sediakan sendiri kecuali nasi lemak ngan kuih muih ngan biskut raya beli sahaja heheheee....


INA menjadi jemputan pertama kami yang datang sebelum waktunya



Kueh dan Mueh beraneka macam janganlah hanya dipandang, makan makan....


Thanks to Kaylie, Yama, Azam dan Farid yang sudi datang love u alls


My Pumpkins, Benster, Is dan Amar juga tak lupa di ucapkan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis Open House,tapi sedih papa (ingin bersendirian katanyer) ngan ward tak datang (Ward jauh di Johor Bharu). Kesal tak dapat nak balas jemputan Ward hari tu, lain kali kalau ada rezeki pasti akan jemput datang lagi

Jemputan kami bermula pada jam 4 petang sehinggalah jam berapa pun aku tak tahu mungkin dalam jam 2 pagi kot....penat tuhan tahu tetapi bila tengok mereka yang datang berpuas hati rasa penat tu hilang begitu sahaja....walaupun ringkas makan belanja dalam 5 ratus jugak aku rasa, ini termasuklah decoration yang kami buat....

Alhamdullilah semuanya berjalan denganlancar walaupun Rumah agak sempit dan mungkin tak berapa selesa, tunggulah nanti kami sewa Condo mewah 30000sq ahaksss....yang penting makanan dan suasana meriah....Thanks pada semua yang datang dan kalau ada terkurang kami minta maaf atas kekurangan yang ada....

XOXOXO
bUNge CeNGkeH