Khamis, April 29

Oggy A Tip For The Road (jangan meniru aksi ini jikalau anda tidak mahu senasib seperti Arwah adik Aminulrashid)



Sedih juga bila baca kes Allahyarham adik AminulRashid....nampaknya negara kita dah semakin kucar kacir jadinya. Kesan daripada kejadian tersebut maka banyaklah pandangan dan pendapat yang diluahkan oleh orang awam mahupun para pemimpin. Diharapkan kematian arwah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jika beliau tidak bersalah dan si bersalah terlepas hukuman maka ingatlah hukum Allah itu amatlah pedih dan seadil-adilnya....Untuk Arwah saya sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Al-Fatihah....

Selasa, April 27

Sebelum cahaya



Kegelapan pasti akan digantikan dengan cahaya bila tiba waktunya....Hidup ini adalah roda, bermulanya kita dari bawah dan akhirnya akan sampai di kemuncaknya dan begitulah seterusnya... Dalam apa pun situasi ia tetap sama dan yang bezanya ialah bagaimana jalan cerita kehidupan kita bermula dan berakhir.

Usah risau tak takut pada kegelapan dalam perhubungan kerana kegelapan adalah ujiannya...menguji sejauh mana keutuhan dua jiwa...jika tewas maka jelaslah dia bukan untuk kita dan kita bukan untuk dia kerna cinta yang utuh bukan hanya disaat kehidupan ini dilimpahi dengan cahaya kesenangan......

Selasa, April 13

Akulah Kekasihmu.....



Bila dengar lagu ini, teringat aku pada kisah silam sewaktu aku ditugaskan ke Kota Kinabalu awal tahun lepas....Berat hati ini untuk berpindah ke Kota Kinabalu kerana di Kuala Lumpur aku ada yang menyayangi aku...orang yang aku sayang dan sentiasa rindu. Di hari sebelum aku berangkat ker Kota Kinabalu, sebak rasa hati ini untuk meninggalkan dia di Kuala Lumpur...Lautan China Selatan bakal memisahkan kami. Tapi apakan daya tugasan dan masa hadapan dalam kerjaya harus aku utamakan dahulu kerana itulah tuntutan hidup yang harus diutamakan. Menitis air mata tika mengemas pakaian dan barang keperluan untuk dibawa ke Kota Kinabalu bila mengenangkan apa yang akan berlaku nanti....berfikir bukan hanya pada orang yang disayangi tetapi juga berfikir tentang kesamaran hidup ditempat orang.

Ingat lagi waktu dia menghantar aku di airport bersama-sama dengan dua orang teman...hati ini merintis sedih tapi tidak mahu aku tunjukkan kepada dia yang aku bersedih...aku juga dapat rasakan yang dia pun menangis didalam hati kecilnya. Mungkinkah cinta jarat jauh akan mengukuhkan cinta kami atau ia akan mencipta bibik-bibik perpisahan? Itulah yang bermain didalam fikiran aku sewaktu itu.

Setibanya di airport Kota Kinabalu, dialah orang yang pertama aku khabarkan yang aku telah selamat sampai....rindu padanya hanya tuhan sahaja yang tahu bertambah lagi dengan keseorangan ditempat yang agak asing pada aku. Setiap hari hanya melalui telephone sahaja yang mendekatkan kami dan merapatkan kami walaupun Lautan China Selatan terbentang luas.

Betul orang kata, bila kita rindu dan kerinduan itu tidak dapat dibendung lagi maka perkara-perkara nagatif pasti akan wujud dalam hubungan...perasaan syak wasangka mula bersarang dalam hati aku atau pun mungkinkah apa yang naluri ini berkara benar? Entahlah aku tiada jawapannya......

Cinta jarak jauh memerlukan banyak pengorbanan, banyak kesabaran,banyak kesetiaan dan banyak dugaan.....tetapi aku tewas dengan dugaan tersebut....Kasih sayang yang dibina denga tawa dan tangis kami berdua lebur sekelip mata sahaja....walaupun banyak kali kami cuba untuk membaikinya semula ia tetap hancur dan tidak bisa dipulihkan kembali....biarlah kami berpisah dan terlontar jauh antara satu sama lain.

Bukan ini yang aku mahu dan harapkan yang terjadi pada hubungan kami.....Mengapa mesti terpisah Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan....sekarang agak sukar aku membuka hati ini untuk menerima sesiapa untuk hati ini....yang ada datang menyingah hanyalah bayang-bayang yang hilang bila tiadanya cahaya....


Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas...ini

sejenak itu aku menyedari
Batapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu...

Isnin, April 5

Terang Lagi Bersuluh.....


Pagi ini aku seperti biasa akan melayari FB dan wall yang pertama aku buka ialah wall sahabat aku saudara Faizal Ramly yang juga rakan sekelas aku di sekolah rendah dahulu....Alhamdullilah beliau sekarang sudah menjadi penceramah agama setelah menamatkan pengajian dari salah satu universiti dari Timur Tengah yang dapat aku rasakan.

Aku amat tertarik dengan rakan FB beliau yang mengajukan soalan-soalan tentang Islam...boleh dikatakan setiap hari aku akan membuka wall beliau kerana ada sahaja maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang dikongsi bersama baik daripada beliau sendiri mahupun rakan-rakan FB beliau.

Pagi ini aku tertarik dengan satu post dari rakan FB berliau yang membincangkan tentang "Kenapa dan Mengapa Kita Wajib Menolak Syi'ah" yang mana post tersebut telah dikongsi oleh saudara Ahmad Alwiy. Dengan ilmu dan pengatahuan yang aku ada ini tidak melayakkan aku untuk bersoal jawap dan melontarkan idea bersama mereka, maka aku hanya membaca komen-komen mereka dan soal jawap antara mereka. Apa yang aku tidak faham adalah bila ada mereka yang bersoal jawap seakan-akan mereka tidak tahu dan kabur tentang isu yang dibincangkan. Bila jawapan diberikan, mereka seakan-akan menafikan jawapan yang diberikan dan terus bertanya soalan yang jelas condong kearah berbentuk provokasi.

Perbincangan tersebut membuatkan aku tertanya-tanya mengapa golongan yang menafikan jawapan tersebut seolah-olah ada muslihat yang terselindung. Ini jelas terbukti apa bila sahabat aku memberi jawapan pada soalan yang diajukan oleh mereka, mereka seperti menafikan jawapan yang diberikan dengan memutar belitkan fakta yang kononnya mereka keliru dan begitulah seterusnya bila jawapan diberikan. Aku dapat perhatikan yang soalan yang diajukan bukanlah dari mereka yang buta ilmu yang terkapai-kapai dan dahagakan kebenaran tetapi lebih seperti seorang mubaliq kristian yang sengaja memprovokasikan soalan tentang Islam yang mana niatnya amatlah jahat.

Aku tertarik apabila sahabat aku itu mengatakan didalam perbincangan ada 4 bentuk soalan yang biasanya diajukan oleh seseorang dan diantaranya ialah:

1) bertanya kerana tidak tahu dan ingin tahu- ia perlu dijawab oleh org yg berilmu

2) bertanya walhal sudah tahu dan berpura-pura tidak tahu kerana ingin menguji - soalan begini haruslah dibiarkan sahaja, dan hanya dijawab jika perlu.

3) soalan yang bertujuan menjatuhkan org yg ditanya - penyoal begini adalah penimbul kerosakan kerana tidak berniat baik, soalannya tidak perlu jawab krn jika dijawab dia ttp tidak akn berpuas hati.

4) soalan orang yang keliru dengan soalannya- orang begini dinasihatkan dengan first thing first....

Dan apa yang aku lihat daripada soalan yang diajukan adalah lebih kepada golongan kedua, ketiga dan keempat yang memprovokasi perbincangan tersebut dan dapat aku rasakan tiada kesudahannya. Dan disini aku ingin bertanya pada diri sendiri dan kepada semua sahabat aku yang membaca blog ini dengan beberapa soalan:

Mengapa kita bertanyakan soalan yang kita sendiri sudah mempunyai jawapanya?

Mengapakah kita menafikan jawapan yang diberikan oleh mereka yang lebih arif dalam sesuatu perkara sedangkan kita amat jahil tentang persoalan yang kita hadapi?

Adakah kita terasa yang diri kita ini amat bagus apabila persoalan demi persoalan diajukan dengan niat bukan untuk menghuraikan apa yang kusut, tetapi dengan niat untuk menjatuhkan martabat orang yang iklas untuk membantu kita mencari jawapan seiklas mereka?

Sesungguhnya manusia ini tiadalah buta, tetapi nafsu yang telah membutakan mereka....biarlah buta mata, tapi jangan butakan hati kita dengan kesombongan dan keangkuhan kita yang ilmunya hanya sekelumit cuma.....Mengapakah kita berpura-pura kegelapan dalam mencari kebenaran jika kebenaran yang ada telah Terang lagi Bersuluh.....