Rabu, Disember 31

PPSMI membuka minda Melayu Primitif dalam Sistem Pendidikan Melayu

Aku rasa ini adalah blog pertama yang aku tulis menyentuh tentang isu semasa yang aku rasa amat sesuai untuk dikongsi bersama. Kenapa aku pilih isu PPSMI sebagai isu pertama yang akan aku sentuh? Jawapan senang ,tepat dan santai untuk dijawap diolah dan difahami kewajarannya.

Aku adalah budak kampung yang dibesarkan didalam suasana atau iklim sosial dimana kiri kanan depan belakang ialah orang Melayu semuanya.Bagi aku Melayu semuanya sehinggalah aku menjejak kan kaki di sekolah menengah yang mana menempatkan para pelajar dari pelbagai kaum, ada Cina,India dan Mat Salleh. Waktu itu juga aku masih selesa dengan Melayu aku kerana persaingan antara para pelajar berbagai kaum masih lagi menjadi masalah kecil bagi aku. Aku masih berjimba-jimba untuk berlajar sebab semuanya dalam Bahasa Melayu kecuali bagi matapelajaran English. Waktu itu kalau gagal dalam subject English aku tak malu begitu juga dengan kawan-kawan Melayu aku yang lain sebab bagi kami subject English tidak perlu dimalukan bila gagal sebab kita Melayu yang sentiasa "layu".

Walaupun English aku just cukup-cukup "makan", Allhamdullilah aku berjaya mejejakan kaki di UiTM yang sememangnya 100% menggunakan Bahasa English baik dalam kelas mahupun assignment. Waktu itu aku mula sedar dah buka mata bahawa bertapa pentingnya penguasaan Bahasa English dalam pendidikan. Buku, nota, latihan dan sebagainya semuanya dalam Bahasa English dan selama 4 semesta aku terkial-kial untuk menguasai Bahasa English. Orang lain yang fasih English maju kedepan tapi aku terkial-kial cuba memahami setiap perkataan atau maksud-maksud yang kadang kala sukar untuk difahami. Banyak result exam kurang memuaskan bukan kerana aku tidak faham atau pandai dalam sesuatu subject tetapi ketidak upayaan aku untuk melontarkan idea atau jawapan yang diperlukan oleh soalan sehingga lecture aku pernah tegur aku, Rizwan! apa yang awak jawap nie? saya target awak dapat A dalam subject ni tau, malunya aku...malu bukan kerana kebodohan tapi malunya aku kerana dari dulu aku bangga sangat dengan Melayu aku yang akhirnya buat aku layu dalam pelajaran aku. Itu lah sedikit sebanyak kesan daripada kurangnya pengatahuan dan kurang keupayaan menguasai Bahasa English. Berapa ramai anak-anak Melayu yang di tendang oleh UiTM mahupun terkebelakangnya anak-anak Melayu dalam sistem pendidikan kerana terlalu taksub dengan Melayu dan gagal menguasai Bahasa English diseluruh universiti di Malaysia?

PPSMI adalah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyuburkan kembali jati diri Melayu supaya dapat bersaing dengan bangsa lain di Malaysia dalam dunia pendidikan masa kini. Aku bangga bila melihat anak-anak buah aku yang masih disekolah rendah telah mahir dan memahami Bahasa English dengan baik walaupun mak bapa dia orang tidak pernah menggunakan English dirumah. Aku rasa anak-anak buah aku lebih fasih English daripada aku diwaktu aku seusia mereka. Adakah dengan pelaksanaan PPSMI akan mematikan jati diri Melayu? adakah melayu tidak akan Melayu dengan pelaksanaan PPSMI?. Jawapannya ialah Melayu akan lebih Melayu bila kita berdiri lebih tinggi daripada bangsa lain apa bila pendidikan anak-anak Melayu bertambah maju dari masa kesemasa dan Melayu tidak akan segan silu mengaku yang beliau adalah Melayu malah mereka akan lebih berbangga dan mungkin akan berkata "Akulah anak Melayu yang Bertunjangkan Ketuanan Melayu,aku mampu berdiri lebih tinggi dari bangsa lain, inilah tanah tumpah nenek moyang ku dan aku bangga aku Melayu". Tapi bila kah kita mampu berkata-kata seperti itu? adakah hari ini? jawapannya tidak selagi kita tidak lebih maju daripada bangsa lain di tanah air kita sendiri. Hanya penguasaan ilmu sahaja yang mampu mengubah nasib orang-orang Melayu, Ilmu yang kini lebih mementingkan penguasaan Bahasa English sebagai medium terpenting.

Wahai penentang PPSMI, cubalah lihat berapa ramai anak-anak Melayu yang gagal setiap kali sesi temuduga diadakan, bukan kerana mereka tidak tahu buat kerja, bukan kerana mereka malas, bukan kerana mereka tiada jatidiri Melayu dan bukan juga kerana mereka terlalu memilih kerja tetapi mereka tidak berupaya berkomunikasi dalam Bahasa English dengan baik seperti aku ini. Bila penguasaan English lemah macam mana aku mahu "market" kan diri aku, macam mana aku mahu tonjolkan keupayaan aku seperti kawan-kawan bangsa lain? Kemana mereka/kamu bila ramai anak-anak Melayu gagal merebut jawatan penting didalam sesebuah organisasi? adakah campur tangan dari kerajaan diperlukan dan sampai bila? jawapannya adalah dari diri kita sendiri yang perlu mengubah corak pemikiran kuno dan primitif menjadi satu pemikiran yang intelek,dinamik dan progresif untuk mengembeling satu Bangsa Melayu yang jitu bertunjangkan pendididak ilmu pengatahuan.

Aku bersyukur kerana generasi Melayu kini sudah disimbah dengan air untuk menyedarkan mereka bahawa penguasaan Bahasa English amat penting untuk jati diri Melayu supaya bangkit segar menyaingi bangsa lain dengan pelaksanaan PPSMI ini. Aku amat yakin dalam 10 tahun lagi kita akan dapat lihat bertapa ramainya anak-anak Melayu akan memegang jawatan besar dalam semua bidang atau cabang pekerjaan dan waktu itu barulah Melayu yang layu akan melihat Melayu baru yang lebih segar dan kuat. Jangan diungkit Zamam Kesultanan Melayu Melaka kerana ia telah ditelan zaman dan hanya menjadi sejarah. Jangan anak-anak Melayu hanya pandai menghunus keris tanda Ketuanan Melayu tetapi biarlah anak-anak Melayu kini pandai dan bijak mencipta teknologi, bijak menghuraikan ilmu sains dan matematik biar setanding cerdikiawan Islam dahulu kala. "Jika tidak dipecah ruyongnya manakah dapat sagunya" sesungguhnya aku tidak mahu anak bangsa aku...anak-anak Melayu masih di takuk lama kerana tunduk pada pemikiran kuno dan primitif yang berselindung demi kepentingan peribadi sesetengah pihak yang sanggup mengadaikan kemajuan anak bangsa sendiri demi agenda tersembunyi.

Adakah dengan pelaksanaan PPSMI ini akan merosakan jati diri Melayu? adakan anak-anak Melayu akan hilang hormat pada orang-orang tua? adakah anak-anak Melayu akan malu mengaku bahawa mereka berketurunan Melayu? adakah mereka akan lupa dan jijik pada budu,cencalok,pekasam,keropok lekor,tidak tahu apa itu wau, gasing,wayang kulit dan semua identiti Melayu? Jawapannya tidak sama sekali, kerana Melayu tidak akan hilang KeMelayuan jika ibu bapa Melayu masih berpegang teguh pada identiti KeMelayuan dan Islam, acuan daripada ibu bapa dan keluarga pula yang harus memainkan peranan ini dirumah.

Disini sekali lagi aku pertegaskan bahawa PPSMI amat wajar diteruskan bagi kesinambungan jati diri Melayu yang semakin hari semakin layu dengan konsep jatidiri Melayu yang salah. PPSMI akan melahirkan generasi Melayu global yang setanding dengan bangsa lain suatu hari nanti, Insyaallah.

2 ulasan:

Awang Kata berkata...

Bangsa bermaruah tidak akan sesekali berjiwa pasrah. Tanpa ada hala tuju sendiri.

Tidak salah menguasai apa sahaja bahasa demi kepentingan ilmu dan ketinggian bangsa.

Tetapi jangan sampai kita terjajah mindanya. Misalnya mensyaratkan untuk berkerja di negara sendiri perlukan bahasa asing.

Kita seharusnya boleh menguasai apa sahaja bahasa di dunia ini andai diberi peluang mempelajarinya. Tetapi tidak bererti meminggirkan bahasa sendiri.

bungeCENGKEH berkata...

betul tu awang, tapi sebagai orang melayu yang ingin maju kita tidak sesekali perlu lupakan bahasa kita sendiri...cuma apa yang saya maksudkan ialah kewajaran pelaksanaan PPSMI supaya anak2 melayu yang mewarisi masa depan dapat terus maju dan insyaallah lebih maju dalam semua bidang yang mereka ceburi....Insyaallah jika ibu bapa dirumah menekankan semangat cintakan bangsa dan agama maka tidak akan terpesonglah dan tidak dijajahlah pemikiran mereka