Selasa, Julai 28

To My Lovely Frenz....Retok

Pagi tadi aku terima panggilan dari seorang sahabat yang amat aku sayangi...dialah tempat aku luahkan segala kedukaan dan dia lah juga tempat untuk aku berkongsi kegembiraan.....

Boleh dikatakan kami banyak persamaan baik dari sejarah hidup,keluarga,kerjaya mahupun hati dan perasaan.....ibarat satu jiwa yang berbeza jasad.

Allah itu maha berkuasa, diujinya sahabat aku itu dengan berbagai masalah, satu persatu dugaanNya pada sahabat aku itu. Tapi aku bangga dengan sahabat aku itu, semakin banyak dugaan,semakin kuat dia melawan untuk jadi yang terbaik walaupun kadang kala dia tetap tumbang dengan dugaan yang menimpanya.

di sini aku harap kau tetap kuatkan semangat dan ingat pada Allah, hanya itu sahaja senjata yang kita ada diwaktu sebegini...jangan lupa aku sentiasa dibelakang kau untuk berkongsi suka dan duka.....

Isnin, Julai 27

Takdir Yasmin Ahmad.... StoryTaller....

Pada hari Selasa 23 July 2009, para peminat Jasmin Ahmad telah dikejutkan dengan tragedi beliau telah diserang strok sewaktu membentangkan projek terbaru Syarikat Pengiklanan yang diwakili beliau iaitu Leo Burnett Advertising Malaysia di Seri Pentas TV3 yang mana turut sama berada ditempat kejadian ialah Penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza dan suami.

Walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi tetapi aku rasa amat bertuah kerana pernah bersama2 teman menemuramah beliau bagi projek semester akhir kawan serumah aku di pejabat beliau di Leo Burnett Advertising yang mana buah epal menjadi trademark pada company beliau wakili. Sikapnya yang lemah lembut,friendly dan gila-gila membuat kami seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain dan tiada jurang antara sekumpulan pelajar dengan Seorang Ketua Penagarah Kraetif.

Pada hari itu masih lagi aku ingat, Arwah Jasmin manis berbaju kurung kedah berwarna putih. Manis wajah beliau dengan senyuman iklas walau pun tiada secalik make-up pun diwajah beliau. Ketinggian budi perkerti beliau buat kami selesa sewaktu bersama-sama dengan beliau. Mana mudah untuk sekumpulan pelajar mahu menemubual seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah organisasi periklanan yang gah didunia, dan mana mahu dicari seorang Ketua Pengarah Kreatif yang sentiasa merendahkan diri tanpa protokol yang membosankan....kalau masih ada seorang seperti Arwah Jasmin Ahmad silalah war-warkan kepada aku siapakan orang itu kerana aku yakin tiada seseorang pun Ketua Pengarah seperti beliau buat masa ini di Malaysia. Arwah sempat memperkenalkan kepada kami Suami beliau iaitu Abdullah yang begitu beliau bangga.

Ingat lagi dia melayan kami dengan kerepek dan kacang tanah di dalam bilik beliau yang penuh dengan buku dan jika dilihat tidak sedikit pun kelihatan seperti bilik seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah syarikat gergasi yang mana bilik beliau hanya seperti bilik seorang eksekutif biasa sahaja...disitu dapat dilihat keiklasan beliau dalam kerjaya beliau seiklas hasil tangan beliau memhasilkan filem dan iklan yang melangkaui sempadan Agama, Bangsa dan Kaum di Malaysia.

Sewaktu berbual secara santai dengan Arwah Jasmin Ahmad,beliau sempat meluahkan kekecewaan beliau dengan FINAS yang banyak merosakkan hasil kreativiti beliau dalam menghasilkan iklan telivisyen dan dengan berani nya beliau mengatakan hasil beliau sentiasa dirosakkan kerana permain "kotor" agensi tersebut dan tidak perluaku menyatakan apa yang dinyatakan oleh Arwah dan cukuplah pada sesiapa yang pernah berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan. Begitulah liku-liku yang ditempuhi oleh Arwah dalam berkongsi kreativiti dengan kita semua.

Sewaktu itu nama beliau tidak lagi segah sekarang bagi peminat filem-filem beliau kerana filem pertama beliau "Rabun" belum ditayangkan....beliau beria-ria menyuruh kami menonton filem pertama beliau itu bila ditayangkan nanti. Dikesempatan itu juga beliau turut membenarkan kami menonton hasil-hasil iklan beliau yang tidak memdapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan dengan alasan yang kami fikirkan amat bodoh sekali dan tidak masuk akal (biasalah kalau tiada habuan)kata Arwah. Dan wartu itu Arwah mengatakan yang beliau akan mengarahkan filem kedua beliau "Sepet" yang menurut belaiu jalan ceritanya amat menarik dan dalam pengertiannya, dan memang apa yang dinyatakan beliau memang benar sekali setelah filem "Sepet" ditayangkan. Banyak maklum balas positif dan nagetif yang beliau terima, tetapi tidak sediikit pun Arwah tinggi diri dan melenting dengan komen-komen yang Arwah terima yang mana kita boleh lihat diakhbar-akhbar hiburan.

Menurut arwah, segala idea yang beliau dapat dalam memhasilkan karya beliau ialah dengan memerhatikan gelagat dan kerenah masyarakat ditempat-tempat golongan pertengahan dan bawahan di kedai-kedai kopi dan bukannya di gedung-gedung mewah yang menurut beliau penuh dengan golongan hipokrit dan golongan penipu. Ditempat-tempat seperti itulah keiklasan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama dapat dilihat. Memang benar pendapat beliau itu kerana jika diperhatikan karya-karya beliau amat dekat dengan hati rakyat Malaysia dan dinanti-nanti kan hasil tangan beliau untuk iklan Petronas setiap kali datangnya hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka yang penuh dengan mesej-mesej yang menarik.

Jenazah Arwah Jasmin Ahmad selamat dikebumikan pada hari Ahad 26 july 2009 di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jya Selangor. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihiNya......Al-Fatihah

Kenangan sekejap dengan Arwah akan tetap menjadi kenangan terindah buat aku.....Arwah hanya satu dan tiada dua, Arwah adalah permata yang telah kembali kepada PenciptaNya...

Jumaat, Julai 10

To My Lovely One......Everything About You Is So Easy To Love

Everything about you is how I'd wanna be
Your freedom comes naturally
Everything about you resonates happiness
Now i won't settle for less

Give me
All the bliss and joy in your mind

Everything about you pains my envying
Your soul can't hate anything
Everything about you is so easy to love
They're watching you from above

Give me
All the bliss and joy in your mind
I want the bliss and joy in your mind
Give me the bliss and joy in your mind

Everything about you resonates happiness
Now i won't settle for less

Give me
All the bliss and joy in your mind
I want the bliss and joy in your mind
Give me the bliss and joy in your mind

Selasa, Julai 7

Thank you Jabatan Tiada Hati Perut, Kuala Terengganu

Another mosque bites the dust under orders from Terengganu's Heritage Demolition Department; a tree weeps in grief; and the wind sweeps away another piece of history...

The beautiful old Mosque of Bukit Besar

On Terengganu's earth another masjid falls,
Its bones broken and crunched in the claws
Of earth movers and metal diggers of the soil,
And men toiling on sweat and tears of the dead,
Who've been dead for many, many long years now.

Walls and window sills and the shades
That long sheltered your father and your father's father
And their father's father in their places of prayer,
Are planks now strewn and dead on this earth,
Taking dusts and rain and the passing roars of lorries,
And blinded by the gleaming tomorrow on the metal
of the Mercedes cars of those reps of the people.

We have been praying for you on the quiet,
In placid shades beneath the boughs,
O Kuala Terengganu in whose blanket earth we've lain,
Our names are forgotten and our woods are rotten,
But we we are the ghosts of your people.

The Mosque...Destroyed. Only the minaret still standing

Our bones are packed now to journey forth,
Our brothers and sisters dead to life anew,
To a sadder and already forgotten faraway place,
To a new grave in an unmourned corner,
'Neath the sodden earth of flattened hills.

We were blessed to hear the daily calls,
As we rested in the shades of blessed trees,
But that's all muted and dead for us now,
We are firewood, bones and craggy stones
The broken bricks of your ancient walls,
And nearby a tree inconsolably weeps,
For the bodies that you have trampled.

A Tree mourns the loss,
tears gushing down its trunk for it too shall soon fall.

We are ground and ground,
On which to build your grand ideas,
Lofty thought minarets of your masjids crystal,
For you to wipe your restless feet
On the doormats of our rubble.

We are in the dust and in the earth and wind,
In memories and in the cries of an infant child,
We are the future that was built into the past,
We are as we are now but then we are no more
We are now the dust in your unseeing eyes.
And dirt cheap beneath your fancy shoes.


Thank you Jabatan Tiada Hati Perut, Kuala Terengganu
Thank you Almasjid for the photos.

Merisik khabar pada lelaki yang paling aku rindui dan sayangi.....

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu......


Semoga Allah Memcucuri rohnya disana.......

Malam sabtu lepas aku malas mahu keluar kemana-mana kerana aku terasa kosong sangat hidup aku....entah kenapa pun akau tidak tahu. Oleh kerana tiada apa-apa aktiviti yang memang aku tidak mahu lakukan jadi mata ini terlelap dengan sendiri.

Pada pagi malam itu aku termimpi.....aku melihat sebuah kapal sewaktu aku duduk ditepi sungai dimana di atas kapal itu terdapat ramai penumpangnya dan yang menjadi tumpuan aku ialah pada seorang lelaki yang wajah dan keseluruhanya putih cantik dan berseri-seri wajahnya.....puas aku perhatikan dari tepi siapakah lelaki itu. lama aku perhatikan betul-betul kerana lelaki itu seperti aku kenal dan cukup rapat sekali. Tiba-tiba terpancur dari mulut aku memanggil Bad...bad...bad...iaitu panggilan aku buat arwah bapa aku. Aku panggil lagi Bad...bad...bad.... ini Wan....Wan ni....Wan ni....bercucuran air mata aku pada waktu itu....puas aku panggil barulah Bad aku perasan dan dia senyum dan melambai-lambai tangan pada aku...Aku kejar kapal itu sampailah Bad aku suruh kapal itu berhenti. Dia turun pada kapal tu dan terus memeluk aku dengan erat sekali, bercucuran air mata aku pada waktu itu...bercucuran kerana bertapa aku rindunya pada dia, rindu yang amat sangat.

"Wan rindu sangat kat Bad, Wan rindu sangat kat Bad.....Air mata aku tak berhenti-henti keluar....Wan nak ikut Bad....Wan nak ikut, minta aku pada dia, tapi tidak sepatah perkataan pun yang keluar pada mulut dia, hanya senyuman sahaja yang dia hadiahkan pada aku. Aku peluk dia lagi erat-erat seperti tidak mahu dia pergi lagi dari aku....... Wajahnya amat cantik sekali dengan kulit yang putih bercahaya yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Oleh kerana tidak mahu dia pergi dengan tiba-tibanya aku terjaga dan sedar yang aku hanya bermimpi....mimpikan Bad aku yang aku rindui sangat.

Bad sudah pergi meninggalkan aku selama hampir 22 tahun, tapi entah mengapa dalam mimpi tadi aku masih ingati wajahnya walaupun waktu dia pergi usia aku baru sahaja 6 tahun. Aku ingat Bad adalah seorang yang garang dengan anak-anaknya tetapi Bad sayang kan kami, tipa petang kalau ada kelapangan Bad selalu bawa aku jalan-jalan dengan motosikal dan minum dikedai kopi sambil dia bersembang-sembang dengan kawan-kawan dia. Penyakit asma telah merampas dia dari aku....sejak itu aku tiada lagi Bad...aku tidak lagi macam orang lain yang ada ayah dan yang aku ada ialah mak aku sahaja. Sedih bila tiba hari raya, orang lain semua ada ayah tetapi aku ada mak sahaja....walaupun masih kecil waktu itu, rasa kehilangan orang yang tersayang amat terasa dan cukup memberi tekanan emosi pada aku. Aku mula tidak lasak dan mula takut untuk berjumpa sesiapa pun...aku mula bertutur tidak jelas kerana tidak yakin kerana aku takut jika buat silap tiada sesiapa yang boleh lindungi aku macam orang lain.

Pagi itu aku bfast dengan kawan aku, aku cerita yang aku mimpikan arwah bapa aku dan macama mana aku lihat arwah bapa aku...dalam bercerita entah kenapa laju sahaja air mata ini mengalir....sebak aku rasanya sampailah hari ini masih terasa.....
mungkinkah kerana aku mulai lupa Bad yang buat aku termimpi-mimpi arwah? tidak! aku tak pernah lupakan arwah walau sesaat pun....jarang seali aku lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah mahupun surah-surah pendek pada arwah selepas solat dan sebelum tidur dari dulu lagi, aku juga selalu sedekah wang dan kadang-kadang jika ada rezeki lebih aku akan buar kenduri arwah dengan memberi kanak-kanak makan bagi pihak Bad....hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan supaya roh Bad sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah. Dan jika amalan Bad tidak cukup untuk melayakan dia kesyurga, aku redha jika Allah ambil amalan aku yang tidak seberapa ini kepada arwah biar arwah layak kesana kerana aku tahu akau tak layak ke Syurga.....

Semoga Allah sentiasa mengingati aku dengan amalan yang mulia kerana hidup dan mati aku hanyalah untuk Dia.......

Khamis, Julai 2

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami "isteri" berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepadasi suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayan !

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak bolehmenerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setip tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si "isteri" tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada "isteri"nya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. NAMUN BEGITU... IA BOLEH DIRASAI DALAM HATI........."