Rabu, Mac 24

"Menadah Pahala di Mangkuk Dosa"


Sesungguhnya niat tidak menghalalkan cara.....

Sekarang dapat aku lihat jelas lagi nyata yang umat manusia hari ini pandai bermain dengan kata-kata malah mereka juga berani bermain hukum agama dan sunnah semata-mata untuk merealisasikan niat mereka.....Alhamdullilah jika hukum agama dan sunnah itu dijadikan pedoman mahupun rujukan bagi niat yang luhur bersih lagi suci kejalan yang diredai, tapi bagaimana pula jika hukum agama dijadikan alasan untuk melakukan kerosakan dan niat yang jahat?

Hari ini juga aku melihat begitu ramai mereka yang sanggup membutakan hati,membisukan mata,memekakkan lidah dengan segala kepincangan dan dosa yang mereka lihat saban waktu semata-mata kerana kepentingan....kepentingan yang telah berakar umbi yang tentu sekali amat payah untuk dihapuskan. Mereka takut untuk bersuara dan mereka juga takut untuk bangun mengatakan "tidak" kepada segala kehinaan yang berada didepan mata mereka semata-mata dengat alasan "niat menghalalkan cara"

Berdoa siang dan malam memohon bala diturunkan kepada saudara sesama Islam, sesama bangsa demi untuk kepentingan peribadi....memohon malapetaka kepada mereka yang menganiayai kononnya diri ini dianiayai....tidakkah memohon perlindungan dari Allah itu adalah sebaik-baik doa minta dilindungi musibah mahupun hasad dengki sesama manusia? dan mengapa perlu ada doa untuk meminta musibah kepada manusia lain? Sesungguhnya kita telah jauh terpesong daripada jalan yang lurus....

Dicengkam rasa takut telah bersemadi didalam diri kita semua ibarat tunas Ara yang hanya menumpang pada perumah pada awalnya tetapi akan membunuh secara perlahan-lahan setelah akarnya sudah menyentubuhi bumi....begitulah perumpamaan yang terjadi kepada kita, kita terlalu takut kepada orang yang berada di atas kita....kita semai perasaan takut itu sebaik mungkin kerana kita takut kepentingan kita akan dirampas jika "tidak" dipertahankan, dan menentang kerosakan yang mereka lakukan tanpa kita sedar yang perlu ditakuti adalah Dia yang di atas sana....

Membabi buta mengikut telunjuk mereka tanpa menggunakan akal yang waras....membabi buta mengiyakan segala pertuturan yang keluar daripada lidah-lidah neraka demi untuk menjaga kepentingan diri sendiri...agama dirogol dengan rakusnya tanpa belas kasihan disebalik tabir kuasa...kuasa yang membutakan mata kita...kuasa yang melenyapkan iman kita...

Berdoa kepada Nya disaat kebuntuan...disaat terhimpit dengan seribu satu musibah, tetapi kita lupakan Dia disaat kita dipuncak...sedarkah kita yang Dia tidak pernah lupakan kita? sedarkah kita adakah kita adil pada Dia? Adilkah kita kepada segala nikmatNya?


Bilakah ini semua akan berakhir? mungkinkah ini semuanya akan berakhir disaat hembusan nafas terakhir kita.....Kita menitis air mata kononnya bangsa Melayu kita diperkosa tetapi kita hanya menjeling sebelah mata sahaja dikala Islam dituba tanpa belas kasihan....

Memohon doa dari tangan-tangan kotor hanyalah seumpama "Menadah Pahala di Mangkuk Dosa".

Khamis, Mac 18

RENUNGAN BERSAMA:-

"Rasulullah telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. Kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian masih hidup niscaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat."
[Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad (4/126), Abu Dawud, no. 4607, At Tirmidziy, no. 2676 dan beliau mengatakan (hadits ini) hasan shahih, dan Ibnu Majah, no.44, Ad Darimiy, (1/44-45). Al Bazzaar berkata: Hadits ini Tsaabit Shahiih. Ibnu Abdil Barr berkata:(darjat) hadits ini seperti yang dikatakan oleh al Bazzaar, Jaami’u Bayaanil ‘Ilmi, hal. 549.]

Selasa, Mac 16

Latihan pernafasan untuk relaksasi

Terima kasih kepada sahabat aku Dr Nabhan yang sudi memberi tip-tip untuk merelexkan tekanan setelah mengetahui yang aku sekarang mungkin dalam kaadaan tertekan/stress yang menyebabkan tekanan darah aku telah naik mendadak dan mungkin sekarang ini aku telah menjadi salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah tekanan Darah Tinggi....Aku takut nanti PROPANOLOL akan menjadi sahabat baik Ku mulai hari ini. Disini aku ingain berkongsi tip-tip yang diajar oleh Dr Nabhan kepada aku dengan semua.

Duduk di tempat yang selesa tanpa gangguan (sedikit sunyi, redup, bersuasana tenang).

Pejamkan mata (optional).

Tarik nafas dalam kiraan empat (1,2,3,4) melalui hidung. Gunakan otot perut untuk bernafas (perut naik semasa menarik nafas dan turun semasa menghembus nafas).

Bayangkan kesejukan oksigen bergerak perlahan-lahan daripada hidung ke leher, ke dada, ke perut, ke paha dan ke kaki dan naik semula perlahan-lahan.

Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan lapan dengan mulut seolah-olah bersiul (pursed lips).

Ulangi sehingga 5-15 minit dan lakukan latihan pernafasan ini dua hingga tiga kali sehari (bangun tidur, petang, sebelum tidur) atau lebih.

Apabila sudah mahir melakukan latihan ini, anda boleh lakukannya di mana-mana sahaja (di pejabat, di dalam kereta) dan pada bila-bila masa tidak kira anda berasa tertekan atau tidak.

Isnin, Mac 8

Renungan Dosa.....

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, aku terasa ada sesuatu yang amat aku risaukan dan fikirkan....risau tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan selama kehidupan ini.

Setiap kali solat, aku terfikir...adakah solat Ku ini diterima olehNya? persoalan ini bermain-main difikiran Ku setiap kali lidah Ku bertakbir, adakah dosa-dosa kecil mahupun besar yang aku lakukan akan terhapus dengan bersolat 5 waktu sehari semalam? adakah solat Ku tidak diterima kerana aku tetap melakukan dosa-dosa? Memang benar, Allah itu maha pengampun tetapi tahukah kita bila dosa-dosa itu di ampuni oleh Allah? jika Taubat Nasuha tiada dalam keinsafan manakan dapat keampunan dariNya.

Bila fikirkan segala dosa yang aku lakukan setiap hari...ia bagaikan satu beban yang amat berat yang tak tertanggung oleh diri ini....bila Ku melihat nyawa manusia akan diambil pada bila-bila masa sahaja seperti yang dijanjikan olehNya buat Ku tertanya..."Jika nyawaku dijemput oleh ajal pada hari ini, dimanakah tempat Ku disana? bersama siapakah aku disana dan bersama golongan manakah aku ditempatkan?. Dengan dosa-dosa yang tak lekang dilakukan buat aku terbayang dimanakah tempat Ku kelak...

Ya Allah ya Tuhan Ku...kau perkukuhkanlah keimanan Ku terhadap Mu, Kuatkanlah diri ini menghadapi dugaanMu..sesungguhnya azab Mu amatlah pedih.....

Rabu, Mac 3

Untuk Renungan sesama kita....

daripada Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” [Riwayat al-Bukhari, jil 6, no.2588]

Apabila seseorang itu mengkritik perbuatan pemimpin bukan bermakna mereka tidak taat kerana dalam ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ diwajibkan untuk dicegah jika perkara itu mungkar tetapi ketaatan masih diberi kepada pemimpin itu jika ia masih menegakkan kitabullah walaupun disebalik kezalimannya.Setiap arahan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah tidak wajib ditaati tetapi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat maka wajib ditaati dengan syarat agama masih ditegakkan.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan pada zaman sekarang para pemimpin dengan sengaja telah memakai undang-undang yang bercanggah dengan hukum Allah dengan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, maruah dan darah orang ramai. Lebih dari itu, mereka juga mengeluarkan undang-undang yang memaksa umat islam mengamalkan undang-undang selain hukum Allah yang tertera dalam kitab-Nya dan dalam sunnah Rasul-Nya. Mereka lebih mementingkan hukum ciptaan orang kafir daripada hukum yang diturunkan Allah.

jangan sangka tanda2 akhir zaman bermula apabila kejatuhan UMNO, sebenarnya tanda2 akhir zaman bermula sejak kewafatan rasul lg, sejak meletusnya perang dunia lg, sejak berpecahnya wilayah Islam kpd beberapa negara bangsa..

gambar2 ini x pernah keluar media pun.. utk menipu fanatik2 UMNO bahawa hanya UMNO yg terbaik yg lain x sebagus UMNO..
jgn bersubahat merahsiakan perkara ini..
x terfikirkah kita mengapa media2 utama akhir zaman ini hanya memburuk2kan org2 yg x berkuasa?

pertubuhan kebangsaan melayu bersatu..
perjuangannya mementingkan bangsa dr agama (perlembagaan UMNO fasal 3)..
UMNO (nama pun guna BI bukan BM)..

50 tahun UMNO memerdekakan negara dan membangunkan malaysia mmg betul tp UMNO membangunkan malaysia dgn hedonisme dan meneruskan sistem British..
itupun 3 bekas PM dan bekas Presiden UMNO yg memperjuangkan kemerdekaan sudah pun keluar UMNO..

DAP yg x faham Islam kita tegur dgn cara mengajar, dgn cara dakwah..
jgn buat non-muslim semakin jauh dgn Islam..

bagaimana dgn pemimpin yg ngaku Islam, (UMNO) tp langgar fatwa, roboh surau, dedah aurat, persoal hukum Allah, teruskan undang2 penjajah British, assobiyah, berbangga2 bina masjid, beri Gerakan putuskan isu status agama anak muallaf, biarkan MCA membuat himpunan bantah hukum Allah, bg Gerakan perintah P.Pinang walaupun UMNO menang majoriti, pecat mufti Selangor tanpa sbb yg kukuh, tahan ulama' dalam ISA (tahanan tanpa bicara) sekitar tahun 60an, peristiwa pembunuhan di Memali yg x berjwb sehingga hari ini dan lain2?

ingatlah tanda2 akhir zaman, sabda nabi:

"Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-hadis ini riwayat Thabrani-

- Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).