Jumaat, Disember 19

Biarlah menjadi hak mereka sendiri....

Sepatutnya bukan menjadi hak aku untuk memikirkan masalah orang lain, biarlah mereka sendiri memikirkannya masalah mereka dan tanggungjawap aku adalah sekadar memberi semangat dari segi moral dan dari segi material jika berkemampuan, selebihnya biarlah mereka fikirkan sendiri.

Tadi aku ada berborak dengan SITI, kawan baik aku semenjak belajar di UiTM dulu, dalam rancak berborak mengadu kekusutan yang aku hadapi hari ini dia bertanya dan memberi nasihat yang aku rasa amat menyedarkan aku.

"Wan aku nak tanya kau, dalam usia kau sekarang nie aku nak tanya, apa yang telah kau capai dalam hidup kau? walaupun agak keras bunyi nya tetapi itulah realiti apa yang aku nak tahu. Wan , sepatutnya kau fikirkanlah masa depan kau sebelum kau fikirkan masalah orang lain dan lupakan lah mimpi-mimpi yang kau yang sementara ini yang tiada kesudahan yang menggembirakan. Cubalah kau ingat balik zaman kau belajar dulu untuk mendapatkan segulung ijazah, 2 kerja sekali gus kau lakukan dalam setiap hari tanpa kenal penat lelah sampai kurus kering tubuh kecil kau ni semata-mata untuk tidak membebankan mak kau untuk belajar (sebak hati aku tuhan sahaja yang tahu). Kumpul duit Wan, kalau ada rezeki sambung Master dan kalau ada rezeki sambung PHD, waktu itu kau akan bangga dengan diri kau, tiada siapa yang kan tolak kau untuk mendapatkan kerja...nak jadi pensyarah,manager besar semua mudah untuk kau. Kenikmatan yang kau rasa sekejap ini tak akan kemana Wan,kejayaan yang kau dapat adalah untuk diri kau dan kejayaan mereka adalah kejayaan untuk mereka. Memang kita hendak melihat orang yang kita sayang berjaya dalam hidup mereka tetapi dalam masa yang sama kita mesti juga fikirkan diri kita dulu. Fikirkanlah diri kita dahulu kerana itu adalah hak diri kita, kalau ada keupayaan barulah kita berkongsi hak kita itu. Sedarlah wan, usahlah kau lalai, bangkitlah sebab masa tidak menunggu kita, hari demi hari usia semakin meningkat dan tiada masalah tidak boleh diselesaikan cuma kebijaksanaan kita yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Carilah kerja lain yang lebih menjamin masa depan dan kerjaya kau jika beginilah kaadaan kau ditempat kerja yang sudah kau rasakan tidak menjamin masa depan dan kerjaya kau. Capailah kejayaan dan carilah sebanyak mana rezeki halal untuk kebanggaan diri sendiri dan orang yang kau sayang. Berusahalah untuk berubah sedikit demi sedikit dan majukanlah diri dan sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan yang besar. Usah difikir tentang orang lain, biarlah mereka dengan hak mereka dan kau dengan hak kau sendiri dan kalau bukan kau sendiri yang mengubahnya siapa lagi?"

Itulah antara perbualan aku dengan sahabat baik aku yang aku anggap seperti kakak aku sediri. Tapi itulah, aku mempunyai sikap yang aku akan rasa bahagia dan gembira bila tengok orang yang aku sayang dan kawan-kawan aku berjaya. Aku gembira bila tengok lebih-lebih lagi orang yang aku sayang mencapai kejayaan dan cita-cita dia dimakbulkan....kecewa bila mereka kecewa sedangkan itu bukan menjadi hak dan tanggungjawap aku. Aku doakan segala kejayaan akan dikecapi oleh orang yang aku sayang...Insyaallah


Waktu belajar di UiTM dulu aku berusaha gigih untuk menampung perbelanjaan untuk bayar yuran, beli buku, assigment dan tesis aku.....kekadang rabah mata ini mengis bila lihat orang lain bersenang lenang waktu belajar tanpa fikirkan apa-apa masalah. Shopping, wayang terpaksa aku lupakan sebab akau tahu itu bukan untuk aku dimasa itu. Waktu itu aku amat menghargai setiap sen yang aku dapat sehingga aku benci melihat orang yang seperti tiada arah tujuan, sanggup korbankan peluang belajar demi mencari keseronokan yang sementara. Bila Pumpkins ceritakan pada aku yang dia terpaksa tamatkan pelajaran kerana kesempitan wang, rabak mata aku menahan air mata dari tumpah kerana aku cukup faham perasaan orang yang amat hargai ilmu tetapi tiada peluang....sabarlah sayang, Insyaallah rezeki dan niat yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya. Aku amat kecewa bila perkara yang sama berlaku pada dia di saat semangat berkobar-kobar.

Tiada ulasan: