Isnin, November 30

There Are Too Many Question....



Dalam hidup ini ini terlalu banyak Persoalan....
Tetapi adakah juga terlalu banyak juga jawapannya?

Dalam hidup ini terlalu banyak Pilihan....
Tetapi adakah pilihan yang aku ada adalah pilihan yang tepat?

Dalam hidup ini terlalu banyak penyelesaian....
Tetapi adakah penyelesaian yang aku ada menyelesaikan segalanya?

Dalam hidup ini terlalu banyak dorongan....
Tetapi adakah dorongan yang aku ada itu adalah yang terbaik?

Dalam hidup ini terlalu banyak kegembiraan....
Adakah kegembiraan yang aku ada dapat menutupi kedukaan ini?

Dalam hidup ini terlalu banyak kedukaan....
Adakah kedukaan yang aku hadapi akan terus kekal tanpa kegembiraan?

Dalam hidup ini terlalu banyak Cinta....
Adkah cinta yang aku temui adalah cinta sejati yang kekal abadi?

Dalam hidup ini terlalu banyak kekasih....
Adakah mereka juga mengasihi aku?

Dalam hidup ini terlalu banyak mimpi....
Adakah mimpi-mimpi ini akan menjadi realiti?

Dalam hidup ini terlalu banyak arah tuju....
Adakah arah yang Ku pilih adalah arah yang tidak berliku?

Dalam hidup ini begitu banyak dugaan....
Adakah dugaan yang aku tempohi, ditempohi dengan ketenangan?

Seribu satu Persoalan akan tetap wujud selagi ada jawapannya.....selagi mata ini dapat melihat, selagi dada ini mampu bernafas, selagi akal ini masih waras, selagi minda ini mampu berfikir, selagi kaki ini mampu melangkah jauh dan selagi kesihatan ini kekal... persolan akan tetap wujud.

Khamis, November 26

Aku sepi..........

Bersiap-siap tunggu sepupu untuk datang ambik untuk pulang ke Terengganu tetapi entah kenapa tiba-tiba aku terasa sepi dan kekosongan. Perasaan ini bukan sekali aku alami tetapi acap kali ia datang, entah mengapa pun aku tak faham.

Mungkin aku rindu atau teringatkan seseorang yang aku sayangi...mungkin juga, atau mungkin kerana aku keseorangan? itu pasti.

Biarlah saat ini perasaan itu bermain di hati ini...biarkan....biarkan ia terjadi. Tawar hati ini untuk pulang menyambut Aidiladha sedangkan dua tiga hari lepas terasa tidak sabar untuk pulang ke kampung.....emmmmmmmmmmnnn...entahlah

Khamis, November 5

Nasib Mu Wahai Amah Indonesia...

Sedih bila baca kisah-kisah penderaan amah dari Indonesia yang bersifat Iblis berhati syaitan yang tidak berperikemanusiaan mendera pembantu-pembantu rumah dari Indonesia seperti mereka itu tiada perasaan dan akal yang sewajarnya dilayan seperti manusia.

Baru-baru ini seorang lagi pembantu rumah dari Indonesia menjadi mangsa kezaliman majikan yang bersifat iblis. Mangsa disepak terajang seperti patung yang tidak bernyawa malah rambut beliau dibotakkan entah apa dosanya dilayan sebegitu rupa. Jika pembantu tersebut ada melakukan kesilapan adakah wajar beliau dilayan dan disiksa sebegitu rupa? adakah dengan cara membotakkan rambut pembantu tersebut dengan niat menghina beliau menjadi budaya majikan yang bersifat iblis dihalalkan dinegara kita?, tentu sekali tidak bagi mereka yang berfikiran seorang manusia.

Kes Nirmala Bonat belum lagi selesai sebagai contohnya, dimanakah peranan kerajaan atau lebih tepat lagi pegawai-pegawai dari Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan mereka daripada menyelesaikan masalah seumpama ini? Adakah mahu tunggu pihak daripada Indonesia bersuara lantang baru mahu ambil tindakan? Atau adakah dimana mereka pembantu rumah dari Indonesia ini tidak ada beza tarafnya dengan hamba abdi kulit hitam yang pernah di amalkan oleh rakyat Amerika dahulu kala? Kalaulah begitu stigma mereka, aku malu untuk mengaku sebagai seorang rakyat Malaysia yang dicanang sana sini bahawa kerajaan yang memerintah mesra rakyat kononnya.

Memang tidak dinafikan ada pembantu rumah yang mendera anak-anak majikan mereka, tapi cuba kita fikirkan mengapa mereka bertindak sebegitu rupa, adakah kita pernah memikirkannya?. Cuba bayangkan kalau seorang pembantu rumah yang terpaksa melayan kerenah 4 orang anak kecil, mahu siapakan kerja rumah lagi, memasak lagi, membasuh lagi yang terpaksa diselesaikan sehari suntuk. Adakah dibenak otak kita mengangap yang pembantu rumah ini robot atau seperti tuhan Hindu yang mempunyai 8 tangan? Kalau begitu yang berada dibenak fikiran majikan maka samalah taraf majikan tersebut dengan lembu yang meragut rumput dipadang. Kalau ibu bapa sendiri boleh naik angin dengan kerenah seorang anak yang buat perangai inikan pula amah yang terpaksa melayan 4 orang anak majikan mereka yang tentunya mempunyai 1001 perangai yang menguji kesabaran. Mereka dibebankan dengan kerja rumah yang melampau dan tidak mustahil bila keletihan kita boleh naik angin apatah lagi jika dipujuk dengan elok tidaknya mahu berkelakuan elok.Sedang majikan enak dibuai mimpi, mereka di awal pagi sudah bangun walaupun kekurang tidur dan rehat yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan mereka supaya sentiasa elok dimata majikan.

Tidak bolehkah jikalau pembantu rumah kamu melakukan kesalahan ditegur denagn baik dan ajar mereka dan luruskan mereka dengan cara berperikemanusiaan dan sewajarnya?. Tidak terfikirkah kamu perasaan ibu, bapa, suami ,anak-anak dan saudara mara mereka bila mendapat berita anak, ibu, isteri atau saudara mereka yang terpaksa menyeberangi lautan untuk mencari rezeki halal menerima ajal akibat kekejaman majikan berhati iblis? Adakah kamu pernah terfikir atau cuba seketika merasakan perasaan ahli keluarga mereka bila menerima sekujur jenazah yang hanya dibaluti kain putih di kampung halaman mereka dan bukannya kegembiraan yang kononnya dijanjikan apabila pulang dari negara kita Malaysia?.

Besar sangat ker dengan gaji RM400 sampai sanggup melayan pembantu rumah seperti binatang? jika anjing peliharaan kamu, kamu layan bagaikan anak kandung tidak bolehkah kamu wahai majikan behati iblis melayan mereka sebagai manusia sewajarnya? Atau sifat dan sikap kamu sudah dipengaruhi oleh faktor memakan babi menyebabkan kamu semua sudah bersifat dan bersikap seperti BABI? Hanya kamu sahaja yang tahu jawapannya

Isnin, November 2

Bunga Tanjung

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi


Setelah lama berehat daripada jari -jemari ini menaip bingkisan kehidupan dalam blog yang suci bersih ini, kini aku kembali untuk cuba aktif kembali menulis di dalam blog setelah dihina dengan begitu syahdu oleh "SeXpIStOL" yang mengatakan yang blog ini sudah berbulu dengan lebatnya. Maaflah abang SexPisTol, tak ada masa nak cukur bulu itu yer...bukan kerana malas tetapi sibuk dengan kerjaya yang tak seberapa ini.

Apa kaitan lagu "Bunga Tanjung" dengan aku kali ini sampaikan dijadikan lagu tema Blog yang ador ini? Aku dapat rasakan lirik lagu Biduanita tersohor ini amat kena dengan diri aku (bukan berangan okay...walaupun)kehidupan yang dilihat cantik dimata tetapi penuh dengan kedukaan dan kesunyian dilubuk hati ini siapa tahu.

Kehidupan seperti biasa,pepagi bersiap ketempat kerja dan petang pulanglah aku seperti burung pulang kesarang. 3 kali seminggu aku pergi gym sesorang tak pun dengan kawan aku kat FitnessFirst Curve untuk panaskan otot-otot ini yang kononya mahu tegap kekar.Rutin kehidupan tak banyak bezanya cuma ada yang bertambah ada ada yang terpaksa dikurangkan aktivitinya.

Sebenarnya aku tak ada cerita yang menarik nak berkongsi ngan semua orang kat Blog Suci ini kerana tiada yang menarik dan tiada gambar-gambar yang cantik mahu dipost kan kat. Kalau cerita tak menarik tak ada orang nak baca kan? so sebaiknya biarlah Blog Suci ini berbulu bak kata SexpISToL yang agak "Biadapp" itu hahahahah...gurau jer dan permintaan Diva Tersohor Ampang siapa lagi kalau bukan MakSu Hakim yang persis Supermodel Naomi Campbell ituew aku gagahi jua untuk menulis Blog Suci ini walau...walaupun hasilnya hanya suam-suam kuku sajork bak kata pondah Lijah Berapi yang sekarang kena buang negeri ke Johor Bharu (duduklah ko terperuk kat situ Lijah) akibat ditangkap sewaktu sedang melalukan hubungan luar tabii oleh Uztazah Nor Bahaya bulan Ramadhan lepas....oklah cauuu dulu yer....

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi

XOXO

BungaCengkeh