Isnin, Disember 1

TERENGGANU DAH BANJIR


Terengganu dah banjir lagi, bila sampai bulan December aku akan teringat musim banjir atau musim tengkujuh kat kampung aku di Dungun Terengganu....Musim banjir atau musim tengkujuh kat tempat aku macam pestalah seronoknya...waktu nielah boleh tengok air sungai melimpah masuk dan selaut air memenuhi dataran rendah....

Aku dah 7 tahun tak merasa musim tengkujuh kata Terengganu semenjak tinggal di KL nie, musim tengkujuh memang best sebab rumah aku berhampiran sungai dan masa nielah boleh tengok air sungai naik melimpah masuk. Air banjir kat tempat aku bersih sebab kat kampung aku tak ada longkang besar mcm KL nie dan sampah sarap tak macam KL nie, air banjir sana ialah air hujan yang jernih membiru dan boleh mandi...Salah satu yang best pada musim tengkujuh ialah aku suka pergi ke sawah padi tengok ribuan burung air macam burung bangau, ruak-ruak, belibis, bangau, pucung dan macam-macam lagi memenuhi sawah padi mencari makanan. Walaupun hujan orang-orang kampung tetap keluar berhujan untuk jalankan aktiviti mereka dan waktu macam nie lah boleh tengok orang-orang kampung jual ubi kayu dan keledek tepi jalan dan ada juga yang menjual ikan "darat" hasil daripada memukat ketika air paya dan sungai naik. Itulah rezeki orang kampung aku bila tibanya musim banjir.

Aku kalau memukat kat tepi sungai atau "tahan tauk" aku memang suka tapi kalau memukat kat paya aku tak minat sebab aku nie geli ngan lindah, tulah makluk tuhan yang paling aku geli. Pada musim tengkujuhlah dapat makan ikan sungai yang susah nak dapat pada musim lain macam ikan tapah, ikan baung, sebarau, lampan, duri dan sebagainya rasa tak sama dengan ikan yang diternak dalam sangkar isinya. Tengah sejuk-sejuk pekena nasi panas dengan gulai ikan sungai nie memang menyelerakan mahu nya tambah 3 kali nasi....

Dulu waktu zaman-zaman sekolah dulu, aku ngan geng-geng aku akan berbasikal ronda-ronda kampung sambil main air banjir dari pagi sehinggalah petang, memancing ikan haruan dengan puyu kat paya dan kadang-kadang tahan pukat burung ruak-ruak atau burung kedidi, best siot kalau dapat burung dan goreng bercili terangkat beb...pendek kata setiap hari akan berbasah kuyutlah kami semua.

Jumaat malam aku akan bertolak dengan sepupu aku balik kampung untuk sambut hari Raya Haji dan akan balik KL semula paga khamis pagi minggu selepas itu, aku tak nak balik lama-lama sebab aku rindu pada Pumpkin nanti....Aku harap waktu aku balik tu air sungai akan melimbah lagi dan bolehlah aku merasa musim tengkujuh kat kampung aku, aku dah plan nak ronda-ronda puas-puas kat kampung tengok banjir dengan anak-anak buah aku...aku nak ajak dia orang berjalan kaki ronda-ronda kampung, mesti dia orang suka.

Bila jauh, teringat kisah-kisah zaman kanak-kanak kat kampung dan bila teringat zaman tersebut buat aku sedih, sedih mengenangkan masa begitu pantas berlalu, hari nie dah masuk bulan December dan 30 hari lagi kita akan masuk Tahun 2009, pantas kan rasanya baru semalam kita masuk tahun baru....

Bila musim tengkujuh tiba harga ikan akan melambung tinggi, ikan kembung dan ikan sardin sebagai contoh akan mencecah berbelas ringgit sekilo gram, so waktu musim tengkujuh nie ayam dan daginglah yang menjadi sasaran sebab lebih murah harganya. Mungkin harga daging pun tak mahal sebab musim orang buat korban ramai so penuhlah peti ais kat rumah mak aku ngan daging korban,tiap-tiap harilah makan nasi berlaukan daging korban...rezeki.

Satu lagi bila tiba musim tengkujuh, seronok tengok ombak besar kat pantai, waktu inilah boleh tengok ombak tinggi bermeter-meter tingginya memecahkan pantai....waktu ini nelayan bot-bot kecil tak akan turun kelaut sebab bahaya,waktu inilah nelayan akan rehat kat rumah dan bot-bot serta perahu akan dinaikkan kedarat untuk mengelakkan ditenggelami air atau dihanyutkan kelaut....

Hanya orang Pantai Timur macam Terengganu, kelantan dan Pahang sahaja yang tahu merasai bertapa seronoknya musim tengkujuh atau musim banjir yang melanda tempat kami...tak sabar nak main air banjir :)

Tiada ulasan: