Rabu, Disember 31

PPSMI membuka minda Melayu Primitif dalam Sistem Pendidikan Melayu

Aku rasa ini adalah blog pertama yang aku tulis menyentuh tentang isu semasa yang aku rasa amat sesuai untuk dikongsi bersama. Kenapa aku pilih isu PPSMI sebagai isu pertama yang akan aku sentuh? Jawapan senang ,tepat dan santai untuk dijawap diolah dan difahami kewajarannya.

Aku adalah budak kampung yang dibesarkan didalam suasana atau iklim sosial dimana kiri kanan depan belakang ialah orang Melayu semuanya.Bagi aku Melayu semuanya sehinggalah aku menjejak kan kaki di sekolah menengah yang mana menempatkan para pelajar dari pelbagai kaum, ada Cina,India dan Mat Salleh. Waktu itu juga aku masih selesa dengan Melayu aku kerana persaingan antara para pelajar berbagai kaum masih lagi menjadi masalah kecil bagi aku. Aku masih berjimba-jimba untuk berlajar sebab semuanya dalam Bahasa Melayu kecuali bagi matapelajaran English. Waktu itu kalau gagal dalam subject English aku tak malu begitu juga dengan kawan-kawan Melayu aku yang lain sebab bagi kami subject English tidak perlu dimalukan bila gagal sebab kita Melayu yang sentiasa "layu".

Walaupun English aku just cukup-cukup "makan", Allhamdullilah aku berjaya mejejakan kaki di UiTM yang sememangnya 100% menggunakan Bahasa English baik dalam kelas mahupun assignment. Waktu itu aku mula sedar dah buka mata bahawa bertapa pentingnya penguasaan Bahasa English dalam pendidikan. Buku, nota, latihan dan sebagainya semuanya dalam Bahasa English dan selama 4 semesta aku terkial-kial untuk menguasai Bahasa English. Orang lain yang fasih English maju kedepan tapi aku terkial-kial cuba memahami setiap perkataan atau maksud-maksud yang kadang kala sukar untuk difahami. Banyak result exam kurang memuaskan bukan kerana aku tidak faham atau pandai dalam sesuatu subject tetapi ketidak upayaan aku untuk melontarkan idea atau jawapan yang diperlukan oleh soalan sehingga lecture aku pernah tegur aku, Rizwan! apa yang awak jawap nie? saya target awak dapat A dalam subject ni tau, malunya aku...malu bukan kerana kebodohan tapi malunya aku kerana dari dulu aku bangga sangat dengan Melayu aku yang akhirnya buat aku layu dalam pelajaran aku. Itu lah sedikit sebanyak kesan daripada kurangnya pengatahuan dan kurang keupayaan menguasai Bahasa English. Berapa ramai anak-anak Melayu yang di tendang oleh UiTM mahupun terkebelakangnya anak-anak Melayu dalam sistem pendidikan kerana terlalu taksub dengan Melayu dan gagal menguasai Bahasa English diseluruh universiti di Malaysia?

PPSMI adalah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyuburkan kembali jati diri Melayu supaya dapat bersaing dengan bangsa lain di Malaysia dalam dunia pendidikan masa kini. Aku bangga bila melihat anak-anak buah aku yang masih disekolah rendah telah mahir dan memahami Bahasa English dengan baik walaupun mak bapa dia orang tidak pernah menggunakan English dirumah. Aku rasa anak-anak buah aku lebih fasih English daripada aku diwaktu aku seusia mereka. Adakah dengan pelaksanaan PPSMI akan mematikan jati diri Melayu? adakah melayu tidak akan Melayu dengan pelaksanaan PPSMI?. Jawapannya ialah Melayu akan lebih Melayu bila kita berdiri lebih tinggi daripada bangsa lain apa bila pendidikan anak-anak Melayu bertambah maju dari masa kesemasa dan Melayu tidak akan segan silu mengaku yang beliau adalah Melayu malah mereka akan lebih berbangga dan mungkin akan berkata "Akulah anak Melayu yang Bertunjangkan Ketuanan Melayu,aku mampu berdiri lebih tinggi dari bangsa lain, inilah tanah tumpah nenek moyang ku dan aku bangga aku Melayu". Tapi bila kah kita mampu berkata-kata seperti itu? adakah hari ini? jawapannya tidak selagi kita tidak lebih maju daripada bangsa lain di tanah air kita sendiri. Hanya penguasaan ilmu sahaja yang mampu mengubah nasib orang-orang Melayu, Ilmu yang kini lebih mementingkan penguasaan Bahasa English sebagai medium terpenting.

Wahai penentang PPSMI, cubalah lihat berapa ramai anak-anak Melayu yang gagal setiap kali sesi temuduga diadakan, bukan kerana mereka tidak tahu buat kerja, bukan kerana mereka malas, bukan kerana mereka tiada jatidiri Melayu dan bukan juga kerana mereka terlalu memilih kerja tetapi mereka tidak berupaya berkomunikasi dalam Bahasa English dengan baik seperti aku ini. Bila penguasaan English lemah macam mana aku mahu "market" kan diri aku, macam mana aku mahu tonjolkan keupayaan aku seperti kawan-kawan bangsa lain? Kemana mereka/kamu bila ramai anak-anak Melayu gagal merebut jawatan penting didalam sesebuah organisasi? adakah campur tangan dari kerajaan diperlukan dan sampai bila? jawapannya adalah dari diri kita sendiri yang perlu mengubah corak pemikiran kuno dan primitif menjadi satu pemikiran yang intelek,dinamik dan progresif untuk mengembeling satu Bangsa Melayu yang jitu bertunjangkan pendididak ilmu pengatahuan.

Aku bersyukur kerana generasi Melayu kini sudah disimbah dengan air untuk menyedarkan mereka bahawa penguasaan Bahasa English amat penting untuk jati diri Melayu supaya bangkit segar menyaingi bangsa lain dengan pelaksanaan PPSMI ini. Aku amat yakin dalam 10 tahun lagi kita akan dapat lihat bertapa ramainya anak-anak Melayu akan memegang jawatan besar dalam semua bidang atau cabang pekerjaan dan waktu itu barulah Melayu yang layu akan melihat Melayu baru yang lebih segar dan kuat. Jangan diungkit Zamam Kesultanan Melayu Melaka kerana ia telah ditelan zaman dan hanya menjadi sejarah. Jangan anak-anak Melayu hanya pandai menghunus keris tanda Ketuanan Melayu tetapi biarlah anak-anak Melayu kini pandai dan bijak mencipta teknologi, bijak menghuraikan ilmu sains dan matematik biar setanding cerdikiawan Islam dahulu kala. "Jika tidak dipecah ruyongnya manakah dapat sagunya" sesungguhnya aku tidak mahu anak bangsa aku...anak-anak Melayu masih di takuk lama kerana tunduk pada pemikiran kuno dan primitif yang berselindung demi kepentingan peribadi sesetengah pihak yang sanggup mengadaikan kemajuan anak bangsa sendiri demi agenda tersembunyi.

Adakah dengan pelaksanaan PPSMI ini akan merosakan jati diri Melayu? adakan anak-anak Melayu akan hilang hormat pada orang-orang tua? adakah anak-anak Melayu akan malu mengaku bahawa mereka berketurunan Melayu? adakah mereka akan lupa dan jijik pada budu,cencalok,pekasam,keropok lekor,tidak tahu apa itu wau, gasing,wayang kulit dan semua identiti Melayu? Jawapannya tidak sama sekali, kerana Melayu tidak akan hilang KeMelayuan jika ibu bapa Melayu masih berpegang teguh pada identiti KeMelayuan dan Islam, acuan daripada ibu bapa dan keluarga pula yang harus memainkan peranan ini dirumah.

Disini sekali lagi aku pertegaskan bahawa PPSMI amat wajar diteruskan bagi kesinambungan jati diri Melayu yang semakin hari semakin layu dengan konsep jatidiri Melayu yang salah. PPSMI akan melahirkan generasi Melayu global yang setanding dengan bangsa lain suatu hari nanti, Insyaallah.

Jumaat, Disember 26

Berlalunya 2008....

Mungkin pada orang lain, bila berakhirnya satu-satu tahun dan menanti tahun baru bermula maka ramailah yang memasang angan-angan,cita-cita,harapan dan sebagainya yang kononnya tahun baru tersebut akan menjanjikan cerita baru yang indah belaka.

Maaf kalau apa yang aku tulis ini agak keterlaluan kerana bagi aku, tahun baru adalah seperti hari-hari biasa sahaja kerana yang berubah hanyalah angka lainlah kalau besok adalah hari lahir kita yang menandakan usia kita telah bertambah setahun lagi. Setiap kali tahun baru maka kencanglah hp berbunyi tanda SMS masuk yang rata-rata wish Happy New Year dan bla...bla...bla...Tapi apa yang berlaku pada tahun seterusnya tetap sama. Tetap sama kalau tulang empat kerat ini tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk memajukan diri dalam semua perkara. Perlu ker kita menyambut tahun baru dengan bersuka ria tanda bersyukur datangnya tahun baru? bukan kah merenung sejenak apa yang telah aku capai pada tahun lepas dan apa cita-cita atau harapan yang disemai pada awal tahun lepas telah tercapai atau hampir tercapai lebih bagus? atau cita-cita,harapan,angan-angan di awal tahun hanya angan-angan Mat Jenin? Tepuk dada tanyalah akal yang memandu diri ini.

Aku dah muak nak tanam azam, cita-cita atau angan-angan dan yang aku tahu sekarang aku akan lakukan yang terbaik untuk besok dan hari yang seterusnya.....bersilih ganti tahun bermakna usia kita semakin meningkat, meningkat dari awal remaja ke alam dewasa dan seterusnya menjadi seorang yang matang, matang dalam menentukan arah tuju hidup. Kalaulah hidup di usia matang di biarkan hanyut dengan keindahan dan keseronokan yang sementara jawapnya sampai ke tualah itulah diri kita dan jangan berangan untuk maju seperti orang lain.

Tahun baru menandakan umur aku akan meningkat setahun lagi kerana aku dilahirkan pada awal tahun,sempena usia yang semakin meningkat ini aku berazam untuk mencari satu matalmat hidup yang cerah bukannya yang masih samar-samar lagi cahayanya, aku mahu jadi matang berfikir walaupun ada orang kata cara aku terlalu terburu-buru....terburu-buru kerana masa tak pernah menanti kita, kita yang perlu mengejar masa.

Aku malas nak berkongsi suka duka sepanjang tahun 2008 ini, yang aku tahu semuanya manis-manis belaka walaupun pahit pada mulanya. Pengalaman 2008 aku jadikan iktibar untuk melangkah ke tahun 2009 dan cuma di sini aku amat bertuah kerana di akhir-akhir tahun 2008 aku telah ditemukan dengan seorang yang aku amat bertuah memilikinya walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik untuk dia. Thank dear kerana sanggup terima saya seadanya yang kekadang banyak menguji kesabaran awak.....cuma saya minta pandai-pandailah kita menghargai antara satu sama lain selagi ada.....jaga hati dan perasaan sesama kita.....fahami sensitiviti antara satu sama lain.....jaga tingkah laku kita sebab kita bukan lagi single seperti sebelum ini.....

2008 akan pergi dalam masa 5 hari lagi dari sekarang dan muncul lah 2009 sebagai ganti....moga 2009 hanya yang terbaik untuk seluruh umat manusia.....

Akhirnya Kau Menyembah Bumi Jua......

Nak diceritakan,selama aku tinggal di Mutiara Damansara aku tak pernah lupa untuk melihat dan memuji kecantikan pohon mati yang terletak di atas bukit berhampiran dengan Apartment aku. Pohon mati tersebut betul-betul bertentangan dengan jalan masuk ke Apartment tempat aku tinggal. Aku rasa hanya aku seorang sahaja yang perasan dan memuji pohon mati yang hanya tinggal dedahan dan reranting kering itu sahaja yang betul-betul terletak di atas bukit itu.

Setiap kali balik dari kerja aku akan tengok pohon mati itu dan ia lebih cantik bila waktu senja dimana cahaya senja matahari seakan-akan menambahkan lagi kecantikan pohon mati tersebut. Tetapi sekarang pohon mati itu telah tiada lagi, mungkin tumbang sewaktu ribut kuat yang melanda hari itu. Walaupun ia cuma pohon mati yang tiada nilai lagi tapi bagi aku, aku sayang pohon mati itu kerana ia adalah benda yang terakhir yang akan aku puji sebelum tibanya malam. Walau pun pohon mati itu tiada lagi,setiap kali aku balik dari kerja, aku tetap melihat tempat dimana pohon mati itu terus berjuang untuk tegak berdiri walaupun mungkin urat-urat dan kudrat dia sudah tiada lagi kemampuan tetapi tetap berusaha untuk terus tegap berdiri disamping pohon-pohon yang masih segar menghijau sehinggalah hari-hari terakhir dia tersungkur kebumi ditolak oleh ribut kuat seakan -akan dipuncak bukit itu adalah pusara tempat bersemadinya.

Walaupun kadang-kadang kita rasakan sesuatu itu tiada nilainya dari kaca mata kita, mungkin benda itu memberi banyak makna kepada orang lain. Seperti aku, mungkin hanya aku seorang sahaja yang perasan dan memuji kecantikan pohon mati itu berdiri di puncak bukit itu dan aku jugalah yang hanya menyedari yang pohon mati itu sudah tiada lagi. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu memuji pohon mati itu sedangkan orang lain mungkin tidak memperdulikan kewujudan dia seperti mana aku. Kadang-kadang aku terfikir mungkin antara kami ada pesamaan, pesamaan dari segi cuba untuk berdiri tegap dikalangan yang lebih bagus dan lebih berguna, dan mungkin aku juga akan jatuh tersungkur seperti pohon mati itu jua suatu hari nanti.

Dari pohon mati itu, aku dapat rasakan bertapa kuatnya naluri pohon mati itu untuk tetap berdiri walaupun dia sendiri tahu yang dia tiada gunanya lagi untuk berbuat demikian.Mungkin dia tetap berdiri tegap kerana dia tahu yang masih ada seorang insan yang sentiasa memuji dirinya walaupun dirinya hanyalah dedahan dan reranting kering,mungkin dia tahu insan itu adalah aku, aku yang sentiasa memujinya dan berdirinya dia di puncak bukit itu adalah untuk aku. Tapi selama mana dia boleh tetap berdiri tegap semata-mata untuk aku sedangkan tiada lagi kudrat untuk bertahan walaupun dia tahu yang aku masih memujinya,dia terpaksa tumbang menyembah bumi akhirnya.............

Rabu, Disember 24

Belian dengan kaca mana lebih berharga ............


Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal

Jumaat, Disember 19

Biarlah menjadi hak mereka sendiri....

Sepatutnya bukan menjadi hak aku untuk memikirkan masalah orang lain, biarlah mereka sendiri memikirkannya masalah mereka dan tanggungjawap aku adalah sekadar memberi semangat dari segi moral dan dari segi material jika berkemampuan, selebihnya biarlah mereka fikirkan sendiri.

Tadi aku ada berborak dengan SITI, kawan baik aku semenjak belajar di UiTM dulu, dalam rancak berborak mengadu kekusutan yang aku hadapi hari ini dia bertanya dan memberi nasihat yang aku rasa amat menyedarkan aku.

"Wan aku nak tanya kau, dalam usia kau sekarang nie aku nak tanya, apa yang telah kau capai dalam hidup kau? walaupun agak keras bunyi nya tetapi itulah realiti apa yang aku nak tahu. Wan , sepatutnya kau fikirkanlah masa depan kau sebelum kau fikirkan masalah orang lain dan lupakan lah mimpi-mimpi yang kau yang sementara ini yang tiada kesudahan yang menggembirakan. Cubalah kau ingat balik zaman kau belajar dulu untuk mendapatkan segulung ijazah, 2 kerja sekali gus kau lakukan dalam setiap hari tanpa kenal penat lelah sampai kurus kering tubuh kecil kau ni semata-mata untuk tidak membebankan mak kau untuk belajar (sebak hati aku tuhan sahaja yang tahu). Kumpul duit Wan, kalau ada rezeki sambung Master dan kalau ada rezeki sambung PHD, waktu itu kau akan bangga dengan diri kau, tiada siapa yang kan tolak kau untuk mendapatkan kerja...nak jadi pensyarah,manager besar semua mudah untuk kau. Kenikmatan yang kau rasa sekejap ini tak akan kemana Wan,kejayaan yang kau dapat adalah untuk diri kau dan kejayaan mereka adalah kejayaan untuk mereka. Memang kita hendak melihat orang yang kita sayang berjaya dalam hidup mereka tetapi dalam masa yang sama kita mesti juga fikirkan diri kita dulu. Fikirkanlah diri kita dahulu kerana itu adalah hak diri kita, kalau ada keupayaan barulah kita berkongsi hak kita itu. Sedarlah wan, usahlah kau lalai, bangkitlah sebab masa tidak menunggu kita, hari demi hari usia semakin meningkat dan tiada masalah tidak boleh diselesaikan cuma kebijaksanaan kita yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Carilah kerja lain yang lebih menjamin masa depan dan kerjaya kau jika beginilah kaadaan kau ditempat kerja yang sudah kau rasakan tidak menjamin masa depan dan kerjaya kau. Capailah kejayaan dan carilah sebanyak mana rezeki halal untuk kebanggaan diri sendiri dan orang yang kau sayang. Berusahalah untuk berubah sedikit demi sedikit dan majukanlah diri dan sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan yang besar. Usah difikir tentang orang lain, biarlah mereka dengan hak mereka dan kau dengan hak kau sendiri dan kalau bukan kau sendiri yang mengubahnya siapa lagi?"

Itulah antara perbualan aku dengan sahabat baik aku yang aku anggap seperti kakak aku sediri. Tapi itulah, aku mempunyai sikap yang aku akan rasa bahagia dan gembira bila tengok orang yang aku sayang dan kawan-kawan aku berjaya. Aku gembira bila tengok lebih-lebih lagi orang yang aku sayang mencapai kejayaan dan cita-cita dia dimakbulkan....kecewa bila mereka kecewa sedangkan itu bukan menjadi hak dan tanggungjawap aku. Aku doakan segala kejayaan akan dikecapi oleh orang yang aku sayang...Insyaallah


Waktu belajar di UiTM dulu aku berusaha gigih untuk menampung perbelanjaan untuk bayar yuran, beli buku, assigment dan tesis aku.....kekadang rabah mata ini mengis bila lihat orang lain bersenang lenang waktu belajar tanpa fikirkan apa-apa masalah. Shopping, wayang terpaksa aku lupakan sebab akau tahu itu bukan untuk aku dimasa itu. Waktu itu aku amat menghargai setiap sen yang aku dapat sehingga aku benci melihat orang yang seperti tiada arah tujuan, sanggup korbankan peluang belajar demi mencari keseronokan yang sementara. Bila Pumpkins ceritakan pada aku yang dia terpaksa tamatkan pelajaran kerana kesempitan wang, rabak mata aku menahan air mata dari tumpah kerana aku cukup faham perasaan orang yang amat hargai ilmu tetapi tiada peluang....sabarlah sayang, Insyaallah rezeki dan niat yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya. Aku amat kecewa bila perkara yang sama berlaku pada dia di saat semangat berkobar-kobar.

Mungkinkah aku Sakit Jiwa?


Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.

Inilah yang aku rasakan sejak kebelakangan ini, aku mula menunjukkan simptom-simpton Dilusional Jealousy pada orang yang aku sayang, pantang tak jumpa sehari dua mulalah aku buat perangai korek cerita,reka cerita, untuk bergaduh dan menyakitkan hati pasangan aku. Selepas seketika barulah aku sedar apa yang telah aku lakukan dan kesanya pada hubungan aku ini. Jahat sungguh aku kadang-kadang aku rasakan dan rasa bersalah ya amat. Bila aku rasa bersalah dan mulalah aku menyerang lagi macam orang tak waras dan Dilusional Jeaousy akan timbul balik. Aku dah tak sanggup lagi menyeksa orang yang aku sayang kerana tekanan jiwa ini dan biarlah dia bebas dari belenggu yang aku cipta sendiri....Aku anggap ini kegagalan aku dalam menjalinkan satu perhubungan. Hubungan yang amat aku sayang dan aku hargai, tetapi apakan daya akau tak mampu mengawal emosi dan sakit jiwa aku ini.....Aku inginkan ruang pada diri aku untuk berfikir,bertenang dan rasional untuk memikirkan hubungan yang aku amat sayangi ini....Maafkan saya.

Selalu dia pesan supaya kawal perasaan rindu dan sayang aku yang mungkin melampau ini,dia sendiri takut dengan perasaan aku. Tapi apakah daya bila aku cuba untuk kawal, lain pulak jadinya, rasa macam dia tak sayang kat aku lagi walaupun dia memang sayang sesangat kat aku cuma aku sahaja yang kadang-kadang seperti menafikan rasa cinta dia pada aku. Biarlah apa yang telah berlaku, biarkanlah yang penting aku akan terus berusaha untuk jadi yang terbaik untuknya.....Pening kepala aku bila memikirkan apa yang sepatutnya aku cuba elak kan, dia juga selalu pesan jangan pikir bukan-bukan kerana perasaan nagetif itu akan rosakan hubungan kita dan kini memang terbukti dan aku dah tak larat menyiksa jiwa orang yang aku sayang....

MAAFKANLAH SAYA SAYANG, I LOVE U SO MUCH

Selasa, Disember 16

Usah Bersedih Kerna Hari Esok Masih Di Alam Qhaid.......

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun, begitulah perjalanan hidup kita sekalian umat manusia.

Ada orang, hari besok adalah lebih baik atau sinar baru dalam hidup mereka dan ada juga yang hari besok penuh dengan kepiluan, kesedihan,kedukaan dan malapetaka. Itulah roda kehidupan yang berputar mengikut masa yang tidak sesaat pun berhenti mengejar kita selagi nyawa dikandung badan. Waktu yang tidak sedikitpun lupa untuk meninggalkan kita seperti berputarnya bumi ini mengikut laluan orbit yang setelah sekian lama mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh-Nya sebelum munculnya Adam dan Hawa sehinggalah bertiupnya Sangkakala dimana tanah akan bergulung seperti tikar, gubung ganang berlaga sesama mereka hingga hancur lebur,bintang-bintang berguguran, angkasa raya dan langit menjadi huru hara. Adakah hari ini lebih baik dari hari besok? atau besok tidak sebaik atau semulia hari ini? hanya Qada Dan Qadar dan hanya Dia sahaja yang tahu, dan sebagai manusia yang kerdil disisi-Nya kita hanya boleh berdoa dan berusaha kearah kebaikan untuk besok hari kerana esok masih di Alam Qhaid dan bukan menjadi urusan kita, yang boleh hanyalah berdoa dan mengharap semua yang terbaik.

Mengeluh pada hari ini hanya membuktikan yang kita amat lemah menghadapi dugaan-Nya yang sebesar zarah ini kerana besok mungkin rezeki atau sinar cahaya yang akan dianugehi oleh-Nya. Riak pada hari ini hanya membuktikan bertapa kita takbur dengan pemberian-Nya kerna besok mungkin sinar yang terang bersinar hari ini akan hilang cahayanya seperti siang hari yang bertukar malam yang menanti terbitnya sinar mentari du Ufuk Timur. Sesungguhnya bersyukur dengan apa yang kita ada pada ini adalah yang terbaik walaupun apa yang kita lalui hari ini amat memeritkan. Bersyukur dengan hanya mengucap Alhamdullilah lebih mulia daripada titisnya air mata kekecewaan.

Mungkin apa yang berlaku pada hari ini dirasakan amat kejam buat kita,setiap cinta perlukan pengorbanan,walau sekejam ini yang kita rasakan dugaan dari-Nya tetapi percayalah inilah yang terbaik untuk kita yang telah ditetapkan oleh-Nya tanda cinta-Nya pada khalifah dimuka bumi. Sesungguhnya tidak akan diubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri mengubah nasibnya sendiri adalah bukti bahawa hanya kita yang berupaya memilih jalan untuk berusaha apa yang akan berlaku untuk esok hari bermula hari ini. Kekecewaan adalah ujian sebelum datangnya kegembiraan dan kesenangan. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kemasyuran dan kebahagian kerana kita umat yang kerdil ini sentiasa mendongak kelangit memuji indahnya bintang di langit sehingga kita lupa rumput dibumi yang dipijak setiap hari.

Kegagalan hari ini bukanlah titik noktah pada segalanya, ia cuma perhentian seketika untuk kita meneruskan perjuangan hidup ini, baik dan buruk datangnya dari kita. Jika langkah dimulakan dengan langkah kanan maka kejayaanlah yang akan dikecapi,jika dimulakan dengan langkah kiri mungkin kedukaan yang bakal kita dihadapi. Manusia di uji dengan berbagai cara dan bentuk, mungkin kejayaan secara material bukan milik kita tetapi kebersihan hati adalah anugerah yang tidah terhingga nikmatnya, nikmat yang boleh membawa kita ke Syurga seperti mana janji-Nya pada umatnya yang percaya kepada kebesaran dan janji-Nya. Kekayaan, pangkat, darjat,rupa paras yang sementara ini adalah dugaan yang terbesar untuk umatnya tetapi kita selalu lalai dan lupa sehingga mengejar dugaan yang besar itu sebagai tanda kejayaan mutlak. Kejayaan mutlak yang banyak merosakkan manusia, yang banyak menyebabkan hari besok adalah hari yang paling malang dalam kehidupan sesetengah mereka yang alpa dan lalai dengan anugerah-Nya

Oleh itu, hari inilah adalah permulaan untuk hari esok dan hari esok bukanlah titik noktah dalam perjalanan hidup kita. Anggaplah hari ini hanya sepotong mimpi, usah kau tangisi pada perpisahan ini dan pergilah kepada hari besok. Selamat tinggal......

Jumaat, Disember 5

Hari Nie Nak Balik Terengganu

Hari nie kiter nak balik Dungun nak sambut Aidiladha kat kampung ngan keluarga,mungkin balik dalam pukul 8.00pm ngan Salman satu-satu nyer sepupu kita kat sini, sama-sama bujan dan sama-sama merantau cari rezeki ditempat orang...

Pumpkin kiter tak balik sebab mak dia datang KL beraya kat umah kakak dia, so kiter tinggal lah dia selama seminggu kat sini....jangan nangis n jangan main hujan nanti demam...dia dah wArning kat kiter balik kampung jangan main air banjir sebab takut kiter naik kudis dan jangan main hujan takut nanti demam...heheheheee sayang dia kat kiter, kiter pun sayang jugak kat dia.

Masuk kerja tadi kita dah maklumkan kepada anak saudara kiter yang kiter nak balik malam nanti dan mereka pun dah tak sabar nak tunggu kiter balik,kalau tiada kecelakaan Insyaallah sampailah kita dalam pukul 12 atau 1 pagi besok dan macam biasalah banyak lah cerita-cerita sensasi yang anak-anak buak kita yang comel-comel tu nak ceritakan kat kiter. Bergosip lagi kiter nampaknyer....terharu bila dengar mereka kata yang mereka rindu kat kiter.

Nak jugak ajak Pumpkin balik kampung tapi tulah bila pikir balik takut dia pulak tak selesa, yerlah bila kat kampung kiter nak ziarah sanak saudara dan jumpa kekawan kiter...kalau dia ikut takut pulak kiter tak terlayan dia. Nantilah bila ada rezeki kiter nak bawak dia balik kampung kiter dan tunjuk dia suasana Terengganu...kiter dah pergi kampung dia puasa hari tu, tapi tak jalan banyak sangat sebab sehari semalam sahaja kita orang balik Ipoh.....kiter pun malas dah nak ikut dia balik Ipoh sebab macam kiter jugak bila balik kampung kiter just nak luangkan masa ngan adik beradik dan kawan-kawan kiter kat kampung dan kesian bila tengok dia diam jer nanti....Kat KL dah macam belangkas kemana-mana bersama so bila masa untuk family biarlah untuk family sahaja.

Dalam kepala nie dah macam-macam plan bila balik nanti, nak mandi banjirlah, nak memancinglah, nak ikut orang memukat ikanlah, nak ikut ipar gi tembak ayam hutan dan burung lah...banyak lah lah lah dan lah..

Doakan kita selamat dalam perjalanan nanti dan sehat sentiasa yer

XOXOXO
bUNGeceNgkEH

Khamis, Disember 4

Terasa Keseorangan....

Tetiba 2 3 hari nie aku rasa sunyi sangat hidup aku,makan sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang boleh kata semua sorang-sorang....

Entahlah aku nie cepat terasa orangnya dan mungkin over sensitive kot. Aku rasa sunyi sebab aku rasa tak ada orang sayang kat aku dan merindui aku, sedangkan dalam kepala ngan hati aku ramai yang aku rindu.....mungkin tak ada yang betul-betul istimewa yang menyayangi aku dan sentiasa rasa rindu kat aku kot. Kadang-kadang perasaan orang kat kita, kita boleh rasa melalui tingkah laku, kata-kata dan cara bagaimana seseorang itu melayan kita....

Aku teringin dapat seorang teman yang tinggal sekali,kemana-mana bersama, weekend lepak sesama, kemas rumah sesama dan sediakan keperluan sesama....tapi aku tak merasai lagi saat-saat seperti itu, mungkin aku tak ada luck kot. Mungkin ada yang akan marah bila baca apa yang aku tulis nie, tapi aku dah tak kisah sekarang apa yang aku nak tulis adalah lahir dari lubuk hati aku sendiri dan aku iklas, kalau nak ambik apa yang aku tulis ini dari sudut positif maka positiflah jadinya tapi kalu sebaliknya dipandang maka negatiflah jadinya.... Kenapa takut untuk tinggal bersama? aku pun tak tahu apa jawapanya sebab jawapan itu tidak ada pada aku :)
Bagi aku bila aku kata aku cintakan seseorang dengan automatiknya aku harus berkongsi segalanya dengan orang yang aku sayang dan aku akan buat yang terbaik untuk hubungan aku dengan dia....kalau sorang ke Timur sorang ke Barat nampaknya setahun akan goyang hubungan. Hidup berpasangan harus dikongsi susah senang bersama.

Ramai orang yang aku kenal hidup sekali, dan kalau ada sedikit pertelingkahan that just a normal relationship antara 2 jiwa....entahlah mungkin aku akan terpaksa harungi kesunyian hidup hanya dengan diri sendiri....Aku DOWN sangat bila fikirkan ini semua.Mungkin jugak ada sebab mengapa kita pilih cara hidup untuk hidup berasingan dan sanggup berjauhan, jauh dimata dan mungkin jauh dari hati. Mungkin ini satu lagi pengorbanan yang terpaksa aku telan demi cinta ini.

Keseorang jua yang aku rasa, sunyi sepi hidup ini....tiada siapa tahu dan ambil peduli

Isnin, Disember 1

TERENGGANU DAH BANJIR


Terengganu dah banjir lagi, bila sampai bulan December aku akan teringat musim banjir atau musim tengkujuh kat kampung aku di Dungun Terengganu....Musim banjir atau musim tengkujuh kat tempat aku macam pestalah seronoknya...waktu nielah boleh tengok air sungai melimpah masuk dan selaut air memenuhi dataran rendah....

Aku dah 7 tahun tak merasa musim tengkujuh kata Terengganu semenjak tinggal di KL nie, musim tengkujuh memang best sebab rumah aku berhampiran sungai dan masa nielah boleh tengok air sungai naik melimpah masuk. Air banjir kat tempat aku bersih sebab kat kampung aku tak ada longkang besar mcm KL nie dan sampah sarap tak macam KL nie, air banjir sana ialah air hujan yang jernih membiru dan boleh mandi...Salah satu yang best pada musim tengkujuh ialah aku suka pergi ke sawah padi tengok ribuan burung air macam burung bangau, ruak-ruak, belibis, bangau, pucung dan macam-macam lagi memenuhi sawah padi mencari makanan. Walaupun hujan orang-orang kampung tetap keluar berhujan untuk jalankan aktiviti mereka dan waktu macam nie lah boleh tengok orang-orang kampung jual ubi kayu dan keledek tepi jalan dan ada juga yang menjual ikan "darat" hasil daripada memukat ketika air paya dan sungai naik. Itulah rezeki orang kampung aku bila tibanya musim banjir.

Aku kalau memukat kat tepi sungai atau "tahan tauk" aku memang suka tapi kalau memukat kat paya aku tak minat sebab aku nie geli ngan lindah, tulah makluk tuhan yang paling aku geli. Pada musim tengkujuhlah dapat makan ikan sungai yang susah nak dapat pada musim lain macam ikan tapah, ikan baung, sebarau, lampan, duri dan sebagainya rasa tak sama dengan ikan yang diternak dalam sangkar isinya. Tengah sejuk-sejuk pekena nasi panas dengan gulai ikan sungai nie memang menyelerakan mahu nya tambah 3 kali nasi....

Dulu waktu zaman-zaman sekolah dulu, aku ngan geng-geng aku akan berbasikal ronda-ronda kampung sambil main air banjir dari pagi sehinggalah petang, memancing ikan haruan dengan puyu kat paya dan kadang-kadang tahan pukat burung ruak-ruak atau burung kedidi, best siot kalau dapat burung dan goreng bercili terangkat beb...pendek kata setiap hari akan berbasah kuyutlah kami semua.

Jumaat malam aku akan bertolak dengan sepupu aku balik kampung untuk sambut hari Raya Haji dan akan balik KL semula paga khamis pagi minggu selepas itu, aku tak nak balik lama-lama sebab aku rindu pada Pumpkin nanti....Aku harap waktu aku balik tu air sungai akan melimbah lagi dan bolehlah aku merasa musim tengkujuh kat kampung aku, aku dah plan nak ronda-ronda puas-puas kat kampung tengok banjir dengan anak-anak buah aku...aku nak ajak dia orang berjalan kaki ronda-ronda kampung, mesti dia orang suka.

Bila jauh, teringat kisah-kisah zaman kanak-kanak kat kampung dan bila teringat zaman tersebut buat aku sedih, sedih mengenangkan masa begitu pantas berlalu, hari nie dah masuk bulan December dan 30 hari lagi kita akan masuk Tahun 2009, pantas kan rasanya baru semalam kita masuk tahun baru....

Bila musim tengkujuh tiba harga ikan akan melambung tinggi, ikan kembung dan ikan sardin sebagai contoh akan mencecah berbelas ringgit sekilo gram, so waktu musim tengkujuh nie ayam dan daginglah yang menjadi sasaran sebab lebih murah harganya. Mungkin harga daging pun tak mahal sebab musim orang buat korban ramai so penuhlah peti ais kat rumah mak aku ngan daging korban,tiap-tiap harilah makan nasi berlaukan daging korban...rezeki.

Satu lagi bila tiba musim tengkujuh, seronok tengok ombak besar kat pantai, waktu inilah boleh tengok ombak tinggi bermeter-meter tingginya memecahkan pantai....waktu ini nelayan bot-bot kecil tak akan turun kelaut sebab bahaya,waktu inilah nelayan akan rehat kat rumah dan bot-bot serta perahu akan dinaikkan kedarat untuk mengelakkan ditenggelami air atau dihanyutkan kelaut....

Hanya orang Pantai Timur macam Terengganu, kelantan dan Pahang sahaja yang tahu merasai bertapa seronoknya musim tengkujuh atau musim banjir yang melanda tempat kami...tak sabar nak main air banjir :)