Selasa, Januari 10

Minat baru aku......

Dah lama tak up date blog dah bersawan pun blog aku nie...bukan tiada masa tapi malas aku nak update sebab tiada apa yang menarik mahu ditulis. Mood update blog ni bermusim kalau rajin maka tiap-tiap hari ada jer yang mahu di updatenya tapi kalau malas makan tahunlah baru nak update ngan cerita baru. Apa yang aku nak update ni adalah tentang hobi lama aku yang aku semai kemabali iaitu hobi memelihara burung...kalau dulu aku bela burung Murai Batu dan burung merpati yang fancy-fancy kali ni aku bela spesis parrot pulak. Sebenarnya minat nak bela parrot ni dah lama tapi memandangkan parrot ni harga dia ribu-ribu ringgit dan ratus-ratus ringgit manalah aku mampu nak bela zaman sekolah dulu, sekarang dah kerja dan ada duit lebih sikit maka bolehlah aku mula bela spesis parrot nie. Minat bela parrot nie ialah datang dari arwah pakcik aku sendiri yang dah bela parrot nie waktu dia muda-muda dan maybe sebaya ngan aku sekarang nie. Dulu waktu kecil aku masih ingat pakcik aku ada bela African Grey dan Sulfur Cacatoo dan pada waktu tu aku takut dengan parrot nie sebab aku takut kena gigit, kasi kacang pun aku main campak jer.
First parrot yang aku bela ialah spesis Indian Ring Neck Parakeet, aku beli pada hari raya ke-3 tahun lepas. Mula-mula aku mahu cari burung parrot untuk kawan aku yang naik giler nak cari burung untuk taruk dalam aviary dia last-last alu yang terbabas beli burung tu... Parrot yang aku beli ni harga dia taklah mahal sangat dalam seribu lebih jer,tak berani beli yang mahal-mahal sebab tak ada pengalaman. Parrot aku ni aku kasi nama Poly dan Moly, nama aku ambil dari satu filem Wall Disney yang mengisahkan seekor burung kakatua yang bernama Moly yang terbang dari sebuah negeri kesebuah negeri untuk pulang mencari tuannya yang mana dengan tidak sengaja mereka berpisah...pehhhh..gilerlah watak burung tu. Umur Poly & Moly nie dalam setahun lebih dan kira muda lagilah. Sekarang si Moly & Poly ni aku pair kan mereka untuk tujuan breed. Moly lebih jinak daripada Poly sebab Moly anak handfeed, tapi sejinak2 dia aku tak pernah lepas dia keluar daria aviary dia sebab aku takut dia terbang n tak pandai cari rumah untuk balik dan satu lagi aku malas nak clip bulu sayap dia. Untuk tujuan breeding, bulu sayang burung dilarang untuk di clip sebab burung akan terbantut keinginan untuk mating dan breed.
MOLY (albino hen)POLY (lutino cock)
Sekarang nie Si Moly & Poly nie dalam proses untuk bertelur, masing-masing dan nampak macam bersedia untuk mating dan bertelur. Asyik keluar masuk nestbox jer... tapi tak boleh percaya juga sebab spesis parrot nie buka main dalam nestbox walaupun mereka tak bersedia untuk bertelur. Apa-apa pun aku hanya berharap dan bedoa jer agar Moly & Poly ni cepat-cepatlah membiak :) Oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak tulis pasal minat aku ni, nanti aku cerita lagi pasal parrot-parrot lain yang aku bela dan status terkini pasal parrot-parrot aku yang comel-comel belaker itu
<

Selasa, Jun 21

Murai Batu



Salah satu hobi aku waktu aku masih bersekolah dan tinggal di kampung dulu ialah memelihara burung Murai Batu. Aku masih ingat apabila abang ipar aku berikan seekor anak Burung Murai Batu yang dia jumapa sewaktu memburu ayam hutan di dalam ladang kelapa sawit. Seingat aku anak burung yang abang ipar aku berikan berusia dalam 3 minggu. Aku jaga anak Burung Murai Batu itu dengan punuh kasih sayanglah orang kata sampailah besar. Memelihara anak Burung Murai Batu nie perlukan kesabaran dan keprihatinan yang tinggi sebab anak burung masih dalam proses membesar. Salah satu kesabaran ialah untuk menunggu anak burung murai batu mula mengicau, anak burung murai batu yang dipelihara dari kecil mengambi masa yang lebih lama daripada anak burung murai batu yang liar untuk mula mengicau disebabkan tiada burung murai batu matang yang lain mengajar ia mengicau... kiranya kalau dengar suara yang mula-mula dikicaunya seperti radio rosak tapi dalam masa 6 bulan kita dah dapat dengan kemerduan suara asli murai batu. Satu kelebihan bunyi kicauan murai batu yang dibela dari kecil ialah suaranya tidak meniru bunyi suara burung dari spesis lain sebab murai batu ni suka meniru suara burung lain. Suara burung murai batu asli sangat merdu dan pelbagai "lagu" dan sayang kalau murai batu mengicau dengan mengeluarkan sura burung dari spesis lain yang ditirunya.
]
Buru Murai Batu ni seronok dijadikan haiwan peliharaan oleh kerana bunyinya yang merdu dan kelincahannya tetapi untuk memdidik Murai Baru mengicau di dalam sangkar bukannya mudah dalam waktu yang singkat. Murai Batu hanya akan mengicap di dalam sangkar jika dijaga dengan betul dan diberikan perhatian serta kasih sayang yang sempurna barulah akan mengicau. Puas rasanya bila Murai Batu yang aku pelihara mula mengicau di dalam sangkar, seingat aku hampir satu tahun aku pelihara Murai Batu kesayangan aku sebelum dia mula mengicau dengan galaknya di dalam sangkar.

Setiap hari aku bermain dengan Murai Batu aku dan rasa puas jika setiap kali aku mendengar nyanyian nya yang berbagai rupa suara yang dikeluarkan. Setiap kali mak aku bangun untuk menyiapkan sarapan sekolah Murai Batu aku akan bising bernyanyi seperti memhiburkan hati mak aku, mak aku cukup sayang dengan Murai Batu aku seekor tu... Kadang-kadang aku bawa Murai Batu aku tu masuk hutan yuntuk menjerat murai batu liar dan kadang juga aku hanya bawa Murai Batu aku itu masuk di kawasan kebun atau pinggir hutan semata-mata untuk melihat dan memdengar Murai Batu aku itu berlawan beradu suara dengan murai batu liar.

Kepuasan memelihara burung murai batu ini hanya dapat dinikmati ole mereka yang meminati dan tahu menilai kemerduan suara burung murai batu. Terasa asyik dan tenang bila mendengar kicauan merdu burung murai batu terutama diwaktu pagi dan aku yakin peminat suara burung murai batu pun bersetuju dengan pendapat aku.

Hampir 3 tahun aku bela Murai Batu aku itu tapi sayang bila Murai Batu aku mati dimakan ular sewaktu aku sangkut sangkarnya di pokok tanpa diawasi... Sedih giler aku waktu tu sampai menangis rasa menyesal sebab biarkan Murai Batu kesayangan aku itu tanpa diawasi. Sekarang rasa teringin untuk memelihara semula burung murai batu membuak-buak cuma aku tak jumpa lagi murai batu yang sesuai dan cantik... mungkin kalau aku bersungguh pasti aku akan dapat peganti, Insyallah akan aku cari dan pelihara burung murai batu yang baru suatu hari nanti.

Khamis, Mac 24

Sebelum nuklear, cermin Proton dulu

Petikan daripada MalaysiaKini


Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta.

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah.

Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."

Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.

Hishamuddin Rais
Mac 18, 11
4:27pm

Ko tak butuh diri ku....

Aku sebenarnya tidak kenal siapa dia, aku tak tahu aku hidup dengan siapa dan aku tak tahu siapa kau, kau kekasih tapi kau orang lain bagi aku...

Aku ibarat patung bagi mu, aku seperti barang yang akan kau pegang, belai bila kau mahu dan kau akan simpan aku bila aku dah tak diperlukan... Kau sebenarnya tak butuh pada aku, cinta ini bukan kebutuhan mu... Aku akan cuba bertahan setakat mana aku mampu kerana kau memang begitu...

Selasa, Mac 8

Dalam Hubungan Kita Mesti Ada Sifat "Jual Mahal"

Betul kah dalam hubungan cinta kita perlu ada sedikit sifat "Jual Mahal"? Sepanjang aku bercinta tak pernah pulak aku pupuk sifat "Jual Mahal" ini dalam hidup aku sebab bagi aku kenapa kita perlu bersifat "Jual Mahal" dengan orang yang kita sayang kan? Tapi mungkin tiadanya sifat "Jual MahAl"ini menyebabkan aku selalu "makan hati" dengan kekasih hati aku... Dalam hubungan aku dengan dia, aku lebih bersifat "mengejar" dia dan banyak kali aku terasa dengan sifat dan sikap dia yang acuh tak acuh dengan aku dan kadang kala aku terasa seperti "">melukut ditepi gantang" ada atau tiada tidak memberi makna bagi dia...

Mulai hari ini, aku tekad dan mahu belajar untuk ada sifat "Jual Mahal" sebab sejak dua mejak ni aku rasakan yang dia dengan dunia dia sahaja tanpa menghiraukan aku lagi seperti mana pada awal hubungan kami... Mungkin bila "Jual Mahal" baru dia terasa yang aku bukan seorang yang boleh disayangi bila perlu dan biarkan aku sendiri bila tiada kepentingan... Ini waktu aku untuk aku fikirkan diri aku dahulu daripada memikirkan kepentingan dia dan hal hidup dia dan jika dia tidak berubah maka jalan yang perlu aku pilih adalah BERPISAH....

Rabu, Februari 23

Harimau dengan Senduk


Fakta atau Auta = tahukah anda harimau takut pada senduk, ini Terbukti apabila tindakan berani seorang wanita Orang Asli mengetuk kepala seekor harimau menggunakan senduk kayu, menyelamatkan nyawa suaminya dalam kejadian di Kampung Sungai Tiang, Hutan Belum. Mengapakah harimau tewas dengan pukulan senduk hanya harimau itu sendiri yang mengetahuinya atau mungkin ada kisah disebalik harimau dan senduk yang kita tidak ketahui.

NOTA KAKI : Bawalah senduk ketika anda memasuki hutan yang mempunyai harimau

Isnin, Februari 21

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta



Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud