Rabu, Jun 24

Gembira Dengan Hidup Sekarang NIE.....

Sejak 2 mejak nie aku rasa happy sangat kerana aku dah mula matang dalam menyusun kehidupan peribadi dan juga untuk masa depan aku....

Walaupun dalam kehidupan peribadi aku boleh dikatakan aku tiada "LUCK" tapi dariu situ aku dapat belajar tingkah laku manusia dan kelemahan diri aku sendiri. Dalam hubungan peribadi yang dapat aku pelajari ialah, untuk mendapat "LOVER" kita haruslah ada CASH,SEKS, KERETA BESAR,WAJAH TAMPAN BERGAYA dan KERJAYA YANG MANTAP DISAMPING ESET2 YANG MANTAP KEKAR dan jika tiada itu semua, maaflah adik2 dan abang2 semua boleh blahhhhhh kalau nak bercinta. Aku bercakap pada pengalaman....bukan kerana aku direject atau apa malah aku juga selalu mereject orang. First dalam hubungan orang akan tengok paras rupa atau taste dan barulah harta dan keselesaan seseorang itu...jangan tipu kalau korang katakan hati budi jadi pertaruhan dalam hubungan kerana hati budi akan datang selepas itu. Kesemua list yang aku berikan berkait rapat dan datang mengikut urutan yang betul iaitu, CASH,SEKS, KERETA BESAR,WAJAH TAMPAN BERGAYA dan KERJAYA YANG MANTAP DISAMPING ESET2 YANG MANTAP KEKAR

Seks adalah penyeri dalam sesebuah hubungan kasih sayang antara 2 makluk tak kiralah laki ngan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Tiada seks yang hebat sesebuah hubungan akan tawar atau hilang serinya....kalau bukan kerana seks yang menjadi penyeri hubungan tak akan berlaku pasangan suami isteri yang bercerai berai kerana tiada kepuasan dalam hubungan seks dan kes dimana si isteri membenarkan suami beristeri lain semata2 kerana tak tahan melayan kehendak seks si suami. Yes aku suka seks sebab aku mampu menerima seks dan jangan mempersoalkan dan mengeji seksualiti aku dalam hal ini sebab aku berterus terang dalam hal ini. Aku sukakan seks yang hebat dan liar, dan aku rasa tiada salahnya ngan citarasa aku ini coz bagi aku seks yang dingin tiada nikmatnya, kalau nak tahu cubalah lakukan seks yang panas ngan pasangan korang. Walaupun citarasa aku mungkin agak SERAM bagi sesetengah orang tapi itulah aku dan tidak bermakna aku JALANG,seks hanya dengan orang yang aku sayang dan aku percaya sahaja bukan kutip tepi jalan beb. Seks juga bergantung kepada anatomi tubuh kita dan pasangan kita, dan bagi aku tubuh yang kekar tegap dan "saiz" memainkan peranan penting disamping teknik dan tempoh "permainan" yang lama banyak membantu kepuasan kita dan pasangan kita, betul tak?. Siapa tidak sukakan seks sila komen kat blog aku ni, manalah tahu kot2 aku boleh tahu kenapa ada manusia yang tidak sukakan seks.....Yang tisak sukakan seks mungkin ada masalah kot tu yang aku pastilah.....ahaks jangan marah.

Harta juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan cinta atau pasangan hidup. Siapa yang tidak mahukan kemewahan dan kesenangan dalam hidup? aku sukakan kesenangan dan kemewahan jika berpeluang. Bila kita senang dan selesa, hubungan BIASANYA akan berjalan lancar dan banyak keseronokan akan dapat dicipta. Kesenangan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit tetapi luas maksud dan pengertiannya dan bergantung pada individu tersebut menafsirkannya. Aku ingat kata2 kawan aku seorang Lecture,"Wan tak payah kau nak pikir orang yang mereject ko kerana paras rupa ko yang tiadak menjadi kesukaan dia, ko bina kerjaya , kumpul harta hingga kau mampu berkereta mewah dan waktu itu orang yang akan kejar kau, percayalah". Dan hari ini aku percaya dengan nasihat kawan aku itu yang tentunya lebih cerdik daripada aku itu.

Dalam kerjaya pulak, Alhamdullilah aku dah dapat kerja baru dan kerja apa? biarlah yang terdekat dengan aku sahaja yang tahu dan perlu berkongsi sama. Harap kerja ini akan memberikan kepuasan kepada aku dan akan menjadi kerjaya aku yang akan membantu aku memajukan diri aku sebab aku rasakan aku agak ketinggalan jauh berbanding kekawan aku yang lain kalau nak dikirakan dari segi mengumpul material. Tapi aku yakin yang rezeki setiap ,makluk ALLAH itu telah tertulis cuma hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencapainya.....tiada rezeki datang bergolek dan tiada pengorbanan yang tidak menyakitkan kita. Aku dah biasa hidup susah dan Alhamdullilah kini walaupun aku tidak semewah mana tapi aku bangga dengan apa yang aku ada dan tidak segan untuk bergaul dengan sesiapa pun. Semoga aku sentiasa terlindung dari melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain dan itulah yang paling penting aku rasakan untuk menjadi insan yang berguna. Tiada guna berjaya dalam hidup jika ramai yang membenci kita dengan perbuatan keji kita pada mereka.

Khamis, Jun 18

Desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya

Tengahari tadi setelah selesaikan beberapa perkara penting, aku singgah sekejap di Curve Damansara yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumah aku untuk membeli sehelai jeans kat butik TOUGH JEANSMITH dah tak ada seluar so jadilah 3 helai jeans yang aku ada sekarang nie setelah 2 helai jeans lama yang aku dah agak tak muat aku kasi kat adik aku. Kebetulan hari ini aku tak berapa sihat sebab terkena jangkitan H1N1.Aku singgah kejap kat 7eleven dan bacalah paper hari ini dan yang paling aku minat untuk baca ialah tentang Tuan Guru Nik Aziz Bidas Nasaruddin Mat Isa tentang isu bodoh beliau yang ingin menubuhkan pakatan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kononnya.


Dah giler ker apa si Nasaruddin ini dan Tuan Guru Haji Adi duk canang seantero Malaysia tentang idea untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang sebenarnya mereka berdua ini adalah patung boneka bagi pihak UMNO untuk mengucar kacirkan keutuhan dan kekuatan Parti Pas yang selama ini bangkit dengan titisan darah dan air mata para pejuang dan penyokong Pas. Ini bukan bidaah tetapi jelas lagi nyata yang ada pengarah drama dibelakang tercetusnya idea Kerajaan Perpaduan ini yang dialoqnya ditulis dan pengarahnya ialah dari pihak UMNO yang sekarang ini ibarat "hidup buat menyusahkan, mampus tak nak juga". Jika dulu Inggeris menggunakan cara "PECAH DAN BELAH" untuk memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu dimana Kaum Cina ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar yang mana menguasai perdagangan dan ekonomi utama, Kaum Melayu ditempatkan di Kampung-kampung yang mana majoriti menjalankan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam dan nelayan manakala Kaum India ditempatkan di estet-estet getah yang mana aktiviti mereka hanya menoreh getah walaupun kadang kala terpesong menoreh benda lain oppssss...gurau jer. Tujuan konsep "PECAH DAN BELAH " ini ialah untuk memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu supaya Inggeris terus dapat memerah hasil bumi Tanah Melayu dan memabdikan kaum-kaum yang sedia ada untuk kepentingan mereka.

Situasi Kerajaan Perpaduan yang hangat diperkatakan sekarang ini adalah sama tektiknya yang pernah digunakan oleh dalam memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka dan yang bezanya ialah nama konsep yang digunakan, waktu dan kaadaan konsep kotor ini dilakukan untuk memecah belahkan Pas. Pas diduga untuk depecahkan kepada 2 kumpulan supaya dapat dimusnahkan atau dilenyapkan terus oleh musuh no 1 Pas iaitu UMNO. Kumpulan pertama ialah yang ingin menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Adi dan Nasharuddin, manakala Kumpulan yang ke dua ialah yang menentang konsep Kerajaan Perpaduan ini yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz yang kita kasihi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz semalam secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Ahli Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda mengadakan perbincangan bagi pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN). Dengan beraninya Tuan Guru kita mengatakan jika Nasharuddin teringin sangat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah lebih baik Nasharuddin meletak jawatan didalam Pas dan menyertai UMNO. Kemarahan dan kenyataan berani dari Tuan Guru Nik Aziz mungkin disebabkan kerana Tuan Guru adalah mereka yang berpengalaman dan matang dengan parti Pas dan juga matang dengan taktik kotor UMNO yang ingin membunuh Pas. Beliau sendiri adalah anatara mereka yang merasakan kesusahan dan penderitaan para pejuang dan penyokong Pas bangkit bangun untuk memperkasakana Parti Pas setelah Pas hampir lemas ditolak kedalam laut oleh UMNO setelah negara mencapai kemerdekaan dimana janji dan jasa Pas dalam bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan dinafikan dan segala sejarah dihapuskan semata-mata sifat jahat UMNO yang BERKEPENTINGAN. Jasa Pas dinafikan dan dihapuskan daripada lipatan sejarah bertulis tetapi para penyokong dan pemimpin Pas lama tidak akan melupakan segala perbuatan jahat UMNO pada masa dulu yang membiarkan Pas hampir lemas keseorangan.

Mungkin sakitnya hati Tuan Guru Nik Aziz hanya tuhan yang tahu setelah dua orang penting dalam Pas pada masa ini bersetuju untuk menjadi pelakon drama bagi pihak UMNO YANG MUNGKIN TIDAK SEDAR ATAU MEMANG SEDAR yang watak yang mereka berdua bawakan banyak memporak perandakan kaadaan dalam politik Pas hari ini. Watak yang dibawakan jelas tempan dan tidak menghayati watak sedalam-dalamnya seperti para pelakon dalam siri Anak Wayang yang hangat ditayangankan stesen TV berbayar ASTRO. Susah untuk melihat Tuan Guru semarah ini, kerana setahu kita Tuan Guru adalah seorang yang penyabar dan susah untuk melatah dengan segala tomahan dan serangan dari pihak UMNO selama ini dan kali ini jelas kemarahkan Tuan Guru terhadap Nasharuddin MELUAT-LUAT sehingga menyarankan Nasharuddin melepaskan jawatan beliau di dalam Pas. Mungkin kini pengarah pada drama yang tempan ini bergembira kerana perangkap mereka telah dimasuki oleh mangsa yang selama ini tidak PERNAH belajar dari kisah lampau atau SENGAJA tidak mahu belajar kerana MUNGKIN ada kepentingan disebalik pembikinan drama ini. Aku harap drama ini tidak diluluskan oleh FINAS kerana melampaui batas tayangan yang mana tidak sesuai diterima oleh sesiapa pun kerana yang untung adalah pengarah dari UMNO dan yang ruginya kepada penonton Malaysia Amnya dan para penyokong serta pejuang Pas Khasnya. Niat jahat UMNO JELAS DAPAT DIHIDU oleh para pemimpin dan penyokong Pas yang bukan bodoh menerima segala drama yang dipertontonkan kepada mereka. Drama yang klise dan meloyakan harus dihumbankan kedalam tong sampah DBKL.

Marilah mereka yang sayangkan Pas berdoa agar segala kecelaruan ini berakhir dengan kemenangan kepada Pas. Moga Pas akan terus kukuh dan kuat dari apa yang telah berlaku sekarang. KALAU TUN DR MAHATDIR ADALAH ICON KEPADA UMNO, TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT ADALAH ICON KEPADA PAS.ICON politik ini tetap akan memberi kesan yang besar kepada iklim politik di Malaysia kerana mereka adalah pejuang yang betul-betul memperjuangkan Parti mengikut acuan mereka sendiri.

Selasa, Jun 9

Akhirnya Sampai juga ke Gua Musang

Haaahaaa...akhirnya sampai juga aku ke Negeri Cik Siti Wan Kembang atau nama Glamournya Kelantan Darul Naim. Yerlah dah merenget2 so datanglah saya dengan kegigihan yang melampaui kebiasaan.Tapi aku suka ngan Gua Musang kerana tempatnya tenang, cantik dengan bukit2 batu kapurnya dan yang paling penting suasana kampung yang nyaman dan segar. Mungkin bagi orang lain tempat nie biasa sahaja tapi bagi aku, aku seronok dan tenang kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur yang sekarang ini panas ya amat cuacanya.

Kedatangan aku ialah untuk melawat kenalan aku yang lama dah kenal tapi tak pernah jumpa, so dengan kaadaan cuti yang aku tak tahu dimana penghujungnya maka baiklah aku melawat dia. First time jumpa memang seronok dan tak sangka yang aku akan sampai kesini. Tulah kan, kalau dah jodoh tak akan kemana.

Aku kenal dia pada tahun 2007 lagi, tapi kami just berborak dalam telefon dan kadang kala berbalas SMS, tetapi masing-masing memdiamkan diri pada jangka masa agak panjang dan aku pun tak ingat dah kenapa. Mungkin kami ada komitmen kot waktu itu, yelah komitmen pada pasangan masing-masing kan?. Dan nak jadikan cerita waktu on the way balik Terengganu hari itu aku ringan tangan hantarkan SMS pada dia dan dia reply balik SMS aku, tetapi sedih dia tak ingat siapa aku. Puas aku terangkan barulah dia ingat kembali siapa aku. So mulai hari it kami selalu berborak dalam talian dan berbalas SMS.Sebabkan aku yakin dengan kebaikan dia maka aku pun datanglah melawat dia di Gua Musang dan merancang untuk tinggal beberapa hari dirumah dia kalau tiada arang melintanglah.

Yang aku suka pada dia ialah dia baik dan "cool" je orangnya,senyuman dia mencairkan aku, suka ketawa dan handsome orangnya (kembanglah tu orang puji dia). Kat Gua Musng ni jst pekan kecil sahaja yang mungkin sedang membangun. Nak cerita banyak pun aku tak tahu tentang tempat ini coz aku tak round lagi sekitar Gua Musang ni dan yang aku tahu banyak pokok kelapa sawit. Dia janji nak bawak aku masuk ladang kelapa sawit untuk "camping" tapi entah jadi atau tak, tengah seronok2 dan melazatkan diri ber"camping" tetiba ditembak oleh pemburu haram kat ladang kelapa sawit tu baru tahu...ahaksssss....kinky sangat imaginasi yer bang..heheheeee

Ni dah hampir 2 bulan aku duk tanam anggur, rasa unsecure lah pulak dengan tanaman anggur aku ini, yerlah aku mana pernah "tanam anggur" sebelum ni malah waktu belajar dulu pun aku dah ligat buat part time cari duit pokek. Insyallah dalam masaterdekat ini aku yakin rezeki dari-Nya akan ada jua, janji aku rajin berusaha. Tapi Alhamdullilah walaupun aku duk "tanam anggur" jer sekarang ini aku tak ada menyusahkan sesiapa pun dan bil2 tetap dapat diselesaikan tepat pada waktunya dan untuk mak aku rezeki dia tetap aku berikan seperti biasa. Itulah Rezeki Allah namanya kan? walaupun dugaan "tanam anggur" dia berikan kepada aku namun kehidupan aku tetap normal cuma aku risau jugalah sampai bila nak jadi 'penanam anggur" ni kan? Gunung kalau ditarah tanahnya pun lama2 rata jugakan? Aku pun kalau ditarah tiap2 hari mahunya pucat kuning dibuatnya. "Jangan ganaz dan buas sayang, barang nak guna lama".

Hai....bila fikir2kan balik apalah nak jadi ngan hidup aku ni, umur dah semakin banyak walaupun ada yang kata aku nie mcm budak sekolah lagi kalu dilihat rupa parasnya. Mungkin rezeki belum ada lagi kot atau jalannya sudah ada tetapi aku sahaja yang tidak perasan atau berani ambik risikonya? mungkin juga....yerlahkan seperti aku kata dahulu rezeki tak akan jatuh dari langit macam itu sahaja dan kalau jatuh dari langit nampaknya ramailah yang mati, yerlah korang dah giler ker dibuatnya jatuh sebiji BUNGALOW atas kepala korang tak ker MAMPUS? tU baru bungalow dibuatnya jatuh sebiji Stadium macam STADIUM SULTAN MIZAM yang roboh di Gong Badak tu tak ker nyanya.....Mujurlah Stadium Maut itu roboh waktu dia sesiapa dalam stadium tu, kalaulah robohnya stadium tu waktu ada event tambah lagi Tuanku Sultan Mizan dan Ahli keluarga Diraja ada sama cubalah korang bayangkan. Idris Yusof... mana kau nak lari yer? ko tu patut ditembak jer ngan senapang gajah tak pun dilembing dengan tombak pak guard Istana tu baru patut.

oklah aku pun malas dah nak pikir yang bukan2, lebih baik aku pikirkan hal aku sekarang ini yang "menyedapkan" aku sekarang ini. Harap kali ini aku dah temui yang terbaik untuk aku dan aku juga harap aku akan jadi yang terbaik untuk dia. Untuk dapat yang perfect adalah mustahil begitu juga aku, untuk jadi perfect kepada seseorang aku tak mampu.Setelah kejujuran dan kesetian aku dikianati biarlah aku mencari cinta baru, dan kini aku harap akan aku temui cinta yang aku dambakan.

"HANYA TULUS YANG MAMPU KU BERIKAN PADAMU...TANPA CINTA AKU TAK KAN BERDAYA"

Sabtu, Jun 6

Cinta Datang LaGI?

Cinta datang lagi?

Hahahaa....mungkin! Cinta datang dan pergi tetapi sebagai manusia yang separa sempurna macam aku ini akan terus mencari cinta.....cinta sesama sejenis. Walaupun apa yang akan aku tulis ini mungkin agak keterlaluan tetapi AdA aKu KesaH?

Setelah hampir 2 tahun berkenalan melalui ruangan bual bicara dialam cyber (ayooo ruangan bual bicara tu hansuang punya statement kan?)akhirnya kami bertemu dan dan rapat kembali walaupun belum lagi berjumpa secara 4 mata(4 matalah dia ada 2 mata aku ada 2 mata so 2+2=4 lah dik tak kan itu aku nak ajar kot). Jika dulu jarak dan masa menghalang hubungan kami tetapi kini aku rasa alasan itu sudah tidak boleh digunakan lagi dan aku yakin hubungan ini akan semakin berkembang.

Kalau tiada halangan, maybe masa terdekat ini kami akan berjumpa dan tunai kan apa yang telah dijanjikan,dan apa yang dijanjikan itu biarlah menjadi RAHSIA kami (yang ko sibuk nak tahu kenapa beb? busy body yer?. Buat masa ini malas nak cerita banyak2 takut nanti tak seperti yang dirancang dan diharapkan oleh kami berdua. So tunggu dan lihat sahaja nanti yer.

Blog ini pun dah lama tak di update so nanti banyak yang aku hendak tulis termasudlah "RUNTUHNYA STADIUM SULTAN ZAINAL ABIDIN" HAHAHAAAA....yerlah dah rasuah banyak sangat kan opppppppsssssssssss....terlebih sudehhhhhh.

OKLAH nanti aku coretkan lagi...tiada mood nie, mood nak mengawan jer sekarang nie tapi kenalah tahan dik non....lempiaslah pada tempat yang betul okay...bye