Selasa, Disember 29

Erti Hidup....

Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu...

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...

TIdak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kank u kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
TIdak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


Tiga hari lagi 2009 akan melabuhkan tirainya dan 4 hari lagi tirai usia 28 tahun aku dimuka bumi ini juga akan Ku tinggalkan buat selama-lamanya...

2009 banyak meninggalkan kenangan indah mahupun yang pahit...tapi yang pahit biarlah aku jadikan pedoman hidup ini dan tak perlulah aku kesali lagi dan biarlah ia dapat menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan kuat dari semalam....

2009 juga banyak mengajar aku dalam erti kekeluargaan,persahabatan,kerjaya dan masa depan. Apa yang aku bangga dengan diri sendiri ialah aku tidak pernah kesal dengan apa yang telah berlaku, aku sentiasa berfikiran positif bila ketenangan dari segala kekusutan aku temui.

2009 juga banyak menyaksikan liku-liku kehidupan yang terpaksa aku harungi...harungi hidup jauh di Timur Malaysia seorang diri tanpa sesiapa pun dan keberanian untuk pulang ke Semenanjung tanpa sebarang cagaran yang aku akan berjaya. Tetapi keberanian itu jugalah yang telah mengajar aku untuk tidak lagi pandang kebelakang dan teruskan kehidupan ini. Aku tidak sesali jika aku kurang berjaya jika dibandingkandengan saudara mara yang seusia aku yang jauh berjaya dan aku juga di rasa rendah diri bila dibandingkan dengan rakan-rakan sekolah mahupun Universiti dahulu yang jauh berjaya dari apa yang aku ada kerana aku yakin aku ada cara serta arah tujuan Ku sendiri.

Tiada angan-angan mahupun harapan pada 2010 nanti kerana bagi aku, tahun bersilih tahun hanyalah angka yang bertambah tetapi arah tujuan dan harapan adalah datang dari diri aku sendiri...cuma yang aku pohon kepada NYA agar aku diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan NYA dengan rezeki yang halal serta jadikan aku seorang manusia yang lebih baik dan mulia dari hari semalam....Tak akan aku sesali dengan apa yang telah aku lakukan kepada orang lain mahupun apa yang telah orang sekeliling aku lakukan kepada diri aku kerana aku tidak mahu lagi berada disitu memikirkan apa yang telah berlaku...apa yang telah berlaku tetap telah berlaku dan biarlah ia menjadi sejarah hidup aku. Biarlah aku kemudi hidup aku ini menentukan arah yang aku pilih biarpun arah yang aku pilih itu melawan arus...selagi ada kudrat selagi itulah akan aku teguh berdiri dengan kaki sendiri.

Aku akan halalkan segala apa yang telah orang lain lakukan kepada Aku, kerana bagi Aku memaafkan di atas segala kejahatan dan kesilapan orang lain ke atas diri Aku akan meringankan bebab hidup aku...aku tidak mahu membebankan hidup ini dengan memikirkan apa yang telah mereka lakukan ke atas diri aku selama ini dan malas untuk memikirkan nya...biarlah segalanya pergi dari hidup Aku seperti angin yang membawa debu kotar pergi jauh dari hidup ini. Aku juga berharap mereka-mereka yang pernah Aku sakiti memaafkan segala kejahatan dan kesilapan yang telah Aku lakukan terhadap mereka kerana Aku juga insan biasa yang bukan bersifat "MAKSUM".

2010 Biarlah menjadi lembaran baru dalam hidup aku dalam meneruskan kesinambungan hidup ini jika dipanjangkan usia olehNYA. Tidak mahu menyesali apa yang belaku,berikan kekuatan pada diri Ku untuk mengemudi arah tujuan Ku, berilah petunjuk yang jelas dan luruskan perjalanan hidup aku ini selagi Kau mahu Ya Allah,Juahkan lah hati Ku dari hasad dengki sesama manusia,jadikanlah Aku manusia yang disayangi oleh ahli keluarga dan para sahabat yang Aku ada. Senangilah aku dikalangan mereka dan jauhkan lah juga segala kecelakaan dalam hidup Kami....Biarlah aku hidup dengan cara hidup aku sendiri yang tidak terpesong dari nas-nas yang sepatutnya...jadikan Aku seorang yang kuat dan tabah mengharungi segala dugaan Mu sepanjang hidup Ku nanti......

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Isnin, Disember 28

surga itu terletak dibawah kaki ayah dan ibu, tetapi jangan taruk maruah kita dibawah tapak kaki orang lain. Chapter #3

Ayah dan Ibu...adalah wali keramat, pada mereka kita beri hormat....pakailah tunjuk ajar dan nasihat supaya hidup kita akan selamat....Dengan mereka jugalah bermulanya hidup kita sebagai manusia dimuka bumi ini, kita tidak dapat memilih siapakah yang akan melahirkan kita di muka bumi ini melainkan Dia yang yang diatas menentukan segalanya. Ibu bapa kita adalah sebaik-baik terpilih untuk kita

Walaupun kita tahu Syurga itu terletak dibawah kaki ayah dan ibu tetapi acap kali kita lupa dan alpa. Acap kali juga kita meletakkan maruah kita bukan dibawah tapak kaki mereka tetapi kita dengan tanpa maruahnya meletakkan maruah kita di bawah tapak kaki orang lain.

Kita tanpa rasa bersalah pada diri sendiri sewenang-wenangnya meletakkan maruah kita dibawah tapak kaki orang lain kerana ada kalanya unruk mengejar cinta, untuk mengejar kuasa dan ada kalanya untuk mengejar harta....Berbaloikah jika cinta yang kita perolehi itu diberikan setelah maruah kita diletakkan sehinanya? Berbaloikan kuasa yang kita perolehi itu dibanggakan setelah meletakkan maruah dan nama baik kita sejijik ? Dan berbaloikah segala harta yang kita perolehi itu diperolehi dengan memhamba abdikan diri sendiri sebuta-butanya untuk kepentingan jahat orang lain?

Tak perlu merayu dan tak perlulah menagih simpati pada sesiapa untuk mencapai apa yang kita inginkan selagi tulang empat kerat ini masih bisa berbakti...fikirkanlah maruah baik diri sendiri, kerana apalah gunanya hidup jika maruah sendiri tiada nilainya....Jangan mengharapkan sesuatu itu akan datang bergolek tanpa dipanjatkan doa dan usaha yang gigih. Gunalah akal, kerana kita dikurniakan akal yang bisa berfikir dengan sewarasnya...biarlah akal dan hati bersatu untuk menentukan perjalanan hidup kita sendiri.

Jangan sesekali meletakkan harga diri kita dibawah tapak kaki orang lain kerana maruah adalah satu-satunya harta yang akan kita dibawa bersama sehingga mati....

Selasa, Disember 22

Rome was not built in one day. Chapter #2



Rome dibina dengan titisan darah, keazaman, kecintaan dan kekuatan untuk membina sebuat Tamadun Bangsa yang gah....

Rome was not built in one day sayang, ia dibina dalam jangka waktu yang panjang yang penuh dengan jalan-jalan cerita yang penuh dengan kegembiraan dan kedukaan. Untuk berdiri teguh sebagai sebuah Tamadun Negara Bangsa yang gah dan digerumni, Rome tidak terlepas dengan perbagai dugaan yang datang dari dalam dan luar tamadun itu sendiri. Rome didengki oleh pelbagai pihak yang cemburu dengan keutuhan dan kekuatannya. Walaupun Rome adalah kuasa yang besar dan ditakuti oleh negara-negara lain, ia tidak terlepas daripada ancaman luar yang sentiasa mencari ruang untuk menghancurkannya.

Jika Rome dibina bukan di dalam satu hari, begitu juga hubungan kita manusia sesama manusia atau kita dengan Pencipta. Tiada yang mudah dan datang bergolek jika tanpa usaha yang gigih dan tawakal serta kepercayaan terhadap hukum Karma yang kukuh. Acap kali kita kecewa dengan usaha mahupun hubungan yang gagal ditengah jalan tetapi kita acap kali juga lupa yang kegagalan itu adalah pemangkin kejayaan dan pengajaran yang berguna kepada kita untuk melangkah kehadapan.

Jika rakyat Rome bermandikan darah untuk membinanya, begitulah juga kita dalam mengejar impian. Kita bukan insan terpilih yang dilahirkan "didalam dulang emas", kita adalah insan biasa yang perlukan semangat yang kental untul mengejar impian. Jangan berputus asa jika kita gagal hari ini dan jangan menangis jika kita dikecewakan hari ini....hari besok masih ada dan mungkin hari besok akan menceritakan segalanya mengapa kita gagal pada hari ini.

Jika Rome ditikam dan dikianati oleh rakyatnya sendiri, tidak mustahil juga kita akan ditikam dan dikianati oleh orang yang paling kita percaya. Biar ada sedikit syak wasangka di dalam perhubungan dan jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi kelak jika kita ditikam, bisanya amatlah pedih.

Jika Rome pernah mengecapi kegemilangan, tidak mustahil kita juga akan mengecapi kegemilangan didalam hidup kita dengan cara kita sendiri. Tetapi janganlah pula kita riak dan takbur bila kita dipuncak sehingga lupa rumput dibumi....jangan terlalu dikejar bintang dilangit sehingga lupa untuk berpijak dibumi yang nyata....Biarlah kita dibumi yang nyata kerana yang nyata itu lebih indah daripada ilusi...

Isnin, Disember 21

"Jangan sesekali terjun dengan kedua2 belah kaki bila sukakan sesorang". Chapter #1




"Jangan terjun dengan kedua2 belah kaki bila sukakan sesorang". Chapter #1

Jangan sesekali kita menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu hubungan baik hubungan istimewa mahupun dalam persahabatan. Jangan kedua-dua belah kaki kita terjun dalam sesuatu hubungan kerana jika kecewa ditengah jalan kita juga yang akan merasa sakitnya...sakit bila harapan yang dipertaruhkan berkecai akhirnya apatah lagi tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri.

Aku acap kali terasa sakit dalam perhubungan kerana aku seperti tidak pernah belajar dari sejarah lalu...kesilapan yang sama aku lakukan bila membuat keputusan berkaitan dengan hati dan perasaan. Kelemahan aku ialah, aku cepat menaruh harapan pada sesuatu yang tidak pasti. Aku tidak pernah tidak iklas dalam mengadakan hubungan tetapi seperti kata bidalan "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Aku tidak salahkan pihak kedua jika hubungan yang diharapkan musnah ditengah jalan mahupun di awal perhubungan, aku jadikan kegagalan itu ialah berpunca dari aku dan kelemahan aku lah yang menyebabkannya gagal. Adalah tidak bijak jika aku menyalah kan pihak kedua kerana bagi aku, jikalau aku sempurna tentu kegagalan ini tidak terjadi.Tapi ada akah manusia itu sempurna ? Tentu sekali tidak kan?.

Yang telah berlaku biarlah menjadi sejarah...sejarah yang mengajar erti hidup dan sejarah yang mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam menaruh seribu satu harapan yang belum pasti....yang pasti persahabatan itu satu hadiah yang amat bernilai harganya. Dan jika bukan cinta yang diberikan biarlah ia digantikan dengan persahabatan yang iklas bukannya kerana belas kasihan.

Aku harap aku tidak lagi terjun dengan kedua-dua belah kaki didalam memperjudikan perhubungan yang belum pasti....Kegagalan hari ini bukanlah bermakna kegagalan untuk hari besok kerana hari besok masih di Alam Ghaib...

Khamis, Disember 17

Mad......



Sesuatu yang telah berlaku mustahil untuk berpatah balik...apa yang berlaku biarlah berlaku...Yang penting sekarang aku mesti aturkan langkah baru yang lebih bermatlamat, tiada lagi mimpi, tiada lagi kesakitan dan tiada lagi drama.......

Rabu, Disember 16

Terima kasih pada Cinta....



Tiada kata yang dapat aku sampaikan kecuali kata maaf dan terima kasih karana kau sudah memberikan erti dlm hidupku yg singkat.Aku harus pergi bukan meninggalkanMu tapi hanya terlepas dariMu jika kau yakin akan ku maka inilah jalan terbaik untuk kita...

Maafkan Aku

Selasa, Disember 15

Bodoh nyer aku.....



Benci nya aku pada diri sendiri......

Kenapalah bodoh sangat macam dah Desperate tahap babi lagi.....

Bodohnyer....sebodoh manusia aku nie...buat malu jer.... manalah harga diri aku nie, terlajak perahu boleh aku undur tapi terlajak perbuatan sendiri dapat malu...bodohnyerrrrr......menyesalllllllllllllll tak sudah...

Isnin, Disember 7

Aku Masih Percaya Pada Seribu Mimpi......

Benar...cinta itu buta, tapi jangan biarkan cinta itu membutakan mata kita...membutakan hati kita. Seharusnya kita bangkit... bangkit memburu cinta kerna cinta itu luas pengertiannya....seluas cakrawala yang tiada penghujungnya....Haruskah kita menyiksa diri dengan cinta yang dikianati?... adakah perlu kita menanti peluang kali kedua mahupun yang ketiga untuk dicintai dan memcintai? Adalah tidak adil pada hati, membiarkan ia robek tidak berubat...adalah tidak adil membiarkan perasaan yang kecewa terus menderita..... Seharusnya kita terus berdiri dan berlari mengejar impian...biarlah impian itu hanya sementara jika itulah takdirkan.

Cinta tak kenal siapa....cinta datang dan pergi tapi yang akhirnya tinggal adalah diri kita sendirian...jangan biarkan hati terus menderita kerna cinta yang kejam...jangan biarkan ia tidak berubat dengan cinta baru...jangan biarkan.

Adalah bahaya untuk berpatah balik....kerna ia mustahil dan diluar kemampuan kita...

Cukuplah aku menderita kerna cinta...tak akan Ku biarkan hati ini kesunyian dan menderita lagi kerna Aku berhak mendapatkan cinta...Aku berhak untuk hidup bahagia. Aku mahu bangkit seperti bangkitnya Phoenix dari Api...kerna aku bukan seseorang yang gagal...bukan seorang yang lemah....dan bukan juga seorang yang tidak berhak...Aku tidak mahu lagi meletakkan kelemahan dan kekurangan Ku untuk menhalang Aku untuk mendapat kebahagian....sebaliknya sejarah cinta akan aku jadikan pedomamn untuk memburu cinta baru yang hakiki.....

Usah ditangisi pada cinta yang telah mati...pada cinta yang membunuh kita...pada cinta yang meracuni kepercayaan dan juga pada cinta yang penuh kepura-puraan...biarkan ia mati dan biarkan ia tidak bernisan...biarkan ia tiada tanda supaya tidak kita menziarahinya lagi...biarlah ia luput didalam memori....

Mudah untuk bibir berbicara dan semudah itu jua lidah membicara kata untuk melupakan jenazah cinta....tetapi adilkah kita membiarkan ia terus menhantui hati ini? Tidak adil bagi Ku membiarkan ia melekat didalam hati ini....biarlah ia pergi...pergi bak bebunga mati yang terbang ditiup angin dan usahlah DiKau kembali lagi.....Kerna aku berhak mendapat cinta....

"Seharusnya mereka bikin satu kata baru...yang benar-benar bisa menjelaskan apa yang aku rasa ini...Satu kata diatas kata "SAYANG"....diatas kata "CINTA"....satu kata yang ertinya lebih dari semua kata yang pernah ada....
Kerana kata "CINTA"....tidak cukup mewakili apa yang aku rasa sekarang....!!!

Cukup berat buat manusia biasa,untuk mengerti dan menjalani "CINTA"....Tapi yang pasti....perkahwinan dengan CINTA akan berlangsung selamanya....Karena cinta itu HAKIKI...."


Jumaat, Disember 4

Part Of The List....

Read

Part Of The List Lyrics

here.


Style of your hair
shape of you eyes and your nose
the way you stare, as if you see right through to my soul
To your left hand and the way that its not quite as big as your right.
The way u stand in the mirror before we go out at night.
Our quiet time
your beautiful mind

There all part of the list
things that I miss
Things like your funny little laugh, or the way you smile, or the way we kiss
What I notice is this
I come up with
something new every single time, that I sit and reminisce

The way your sweet smell, lingers when you leave a room.
Stories you tell, as we lay in bed, all afternoon
I dreamed you now every night, in my mind is where we meet
and when Im awake, staring at pictures of you asleep
touching your face
invading your space.

There all part of the list
things that I miss
Things like your funny little laugh, or the way you smile, or the way we kiss
What I notice is this
I come up with
something new every single time, that I sit and reminisce.

And you live in my memories for evermore, I swear (x2)

There all part of the list
things that I miss
Things like your funny little laugh, or the way you smile, or the way we kiss
What I notice is this
I come up with
something new every single time, that I sit and reminisce.

First time aku terdengar Lagu dan melihat video Clip "Part Of The List"Ini entah kenapa ia terlalau memberi makna kepada aku, dan apa yang aku tahu jalan cerita di sebalik lagu ini amat kena dengan apa yang aku alami sekarang.

Aku dapat rasakan yang cinta itu buta, cinta itu buat kita gila dan cinta juga membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang telah ada dan miliki. Terasa hati ini dibelenggu oleh rasa bersalah...bersalah kerana tidak dapat membuat keputusan bila hadapi cinta 3 segi....cinta pada Kekasih dan cinta kepada Kekasih Gelap yang mana dua-duanya aku sayang. Mahu dilepaskan salah seorang aku buntu yang mana harus aku lepaskan ....mahu ditinggalkan kedua-duanya aku tidak mampu....

Belenggu ini telah memakan diri aku sendiri...bukan salah mereka tapi salah aku....aku yang tamak atau aku terlalu mencari yang sempurna....masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dan bila kelebihan kedua-dua mereka aku gabungkan, maka aku mendapat kekasih yang cukup perfect buat aku dan membuatkan aku bahagia sekali....Haruskah aku merahsiakan kisah ini daripada mereka berdua atau haruskan aku berterus terang kepada mereka berdua?