Jumaat, September 26

26hb Balik Kampung

Nampaknya dapat jugak aku bercuti Hari Raya di kampung halaman di Terengganu setelah 2 tahun tidak dapat cuti raya sebab tugas yang tidak mengizinkan.....

Awal puasa aku begitu teruja untuk pulang beraya di Kampung tapi entah tetiba aku rasa agak terganggu bila waktu untuk balik ke kampung tiba.....hati berat kerana masalah yang menerjah masuk...menerjah masuk secara tiba-tiba tanpa diduga. Kesilapan yang tidak aku duga semalam buat aku kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana di saat ingin mengecapi kebahagian pasti ada sahaja masalah muncul.....entahlah aku kecewa sangat-sangat hari ini. Kesilapan demi kesilapan menembak aku kiri dan kanan sehingga aku tidak dapat menepisnya lagi....mungkin aku tidak faham hati naluri orang lain atau orang lain yang tidak mengerti apa yang aku rasa.

Mungkin aku kejam...kejam kerana tidak memahami hati dan perasaan orang lain, tapi siapa yang faham apa yang aku rasa? dalam hidup aku penuh dengan hipokrit....hipokrit ciptaan aku sendiri mungkin......Dalam menjaga hati orang lain, hati aku sendiri remuk hancur lulur....ada sesiapa yang ambil peduli? Tiada seorang pun....yang ubatinya adalah aku sendiri....kalaulah bunuh diri itu dibenarkan oleh agama yang aku cintai ini hari nie juga aku habiskan riwayat hidup aku, biar aku pergi dari dunia ini, biar orang lain gembira....gembira bila aku tidak menyakiti hati mereka lagi....

Tiada siapa faham perasaan aku, bila aku diam ada sahaja yang mencuit supaya aku melatah dan bila aku melatah, serang aku seperti aku yang zalim, seperti aku yang jahat, seperti akulah segala masalahnya berpunca....Yang dapat aku katakan sekarang hanya terima kasih kerana lakukan semua ini kepada aku

Aku mintak ampun dan maaf kepada semua yang aku sakiti dan zalimi selama ini....

Rabu, September 24

Kesilapan.....




Dalam kita bahagia, bergembira, pasti akan muncul kedukaan......kadang-kadang apa yang kita maksudkan tidak difahami oleh orang lain oleh kerana ketidakupayaan kita menerangkan sesuatu perkara yang tidak dapat kita tutur atau karangkan supaya maksud yang ingin disampaikan tepat pada tujuannya.

Sedih,kecewa,rasa bersalah bila aku telah buat orang yang aku sayangi sedih dengan tutur kata mahupun kelakuan aku yang sememangnya bukan bermaksud seperti apa yang dilihat atau apa yang dibaca walaupun aku iklas nan jujur.......aku cukup takut untuk berterus terang kerana setiap kali apa yang aku katakan sentiasa lari daripada maksud sebenarnya...aku tak marah pada sesiapa tetapi marah pada diri sendiri bila kelemahan aku untuk menerangkan sesuatu membuat orang yang aku sayangi terasa dan sedih......aku cukup fobia untuk berterus terang atau meluahkan isi hati kerana setiap kali aku luahkan apa yang terpendam akhirnya akan berakhir dengan kekecewaan dipihak lain.......

Daripada ini semua buat aku serik dan fobia untuk berterus terang ngan sesiapa, lebih baik aku simpan sahaja dalam hati daripada aku mengecewakan atau melukakan hati orang yang aku sayang.....lebih baik kita bunuh diri kita sendiri dengan menyimpan semua yang terpendam daripada menyebabkan orang lain kecewa dan terluka......Niat ingin membantu tidak semestinya kan diterima dengan hati yang terbuka,niat untuk membantu tidak semestinya dipandang elok,niat ingin membantu tidak semestinya dianggap iklas. Tiada guna bina sesuatu hubungan jika hanya di saat gembira kita bersama, bila hadapi kesukaran hanya mahu hadapi sendiri.

Mungkin niat tidak mahu menyusahkan orang lain adalah murni, tetapi adilkah pada orang yang menyayangi kita? Jika ya, apa guna perhubungan? apa guna janji susah senang bersama? Kadang-kadang aku terpikir apa gunanya aku jika tidak dapat menolong dan memikul beban masalah bersama dengan orang yang aku sayang.

Aku tahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....tapi berilah aku peluang untuk sama-sama memikul beban tu semua agak ia jadi ringan yang akhirnya menjadi ganjaran pada hubungan kita

Biarlah aku begini jika takdir begini.......

Rabu, September 17

To Someone Who Love Me



Moon so bright night so fine
Keep your heart here with mine
Lifes a dream we are dreaming
Race the moon catch the wind
Ride the night to the end
Seize the day stand up for the light
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
Heroes rise heroes fall
Rise again win it all
In your heart cant you feel the glory
Through our joy through our pain
We can move worlds again
Take my hand dance with me
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I can spend my lifetime loving you
Though we know we will never come again
Where there is love life begins
Over and over again
Save the night save the day
Save the love come what may
Love is worth everything we pay
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through

Selasa, September 16

Weekend Di Ipoh

"One night only"

Weekend lepas aku akhirnya telah sampai ke Perak dan ini adalah kali pertama aku kesana....My sweet pumkins telah bawak aku balik kampung dia kat Ipoh Perak.
Perjalanan ambil masa sepatutnya 2 jam sahaja melalui lebuhraya tetapi dia sengaja nak ikut jalan lama cos nak tunjuk aku daerah2 kat Negeri Perak nie....

Bertolak dalam jam 7 pagi setelah berpeleseran ngan member2 dah sanak saudara pada awal pagi untuk bersahur di Hajris....dalam perjalanan aku asyik terlelap cos mengatuk tapi Pumkins marah2 cos tak kasi kita tidur, katanya tak ada orang yang nak borak dengan dia.....sepanjang perjalanan hampir 10 kali aku terlelap sampai terbelik safety bell kat tengkok aku tak sedar.....

Selamat sampai sana dalam pukul 10 pagi dan selepas memperkenalkan diri pada emak Pumkins aku ngan dia pun masuk bilik sambunglah tido.....kul 12.30 tengahari aku bangun dan mandi. ingan nak sambung tido sampai kul 3 macam tu, tapi bila ingat umah orang tak sopan pulak bangun lewat2 nie kan...kita kan orang Pantai Timur mestilah bersopan santun kan? Tapi dia punya tido pukul 3 baru bangun tu pun puas kacau suruh dia bangun....

Dalam pukul 4 buah hati sorang nie ajak round2 bandar Ipoh, kaadaan Ipoh waktu tu cuaca agak mendung dan seronoklah untuk round2 cos tak panas.Dia duk ambik pic kat bandar Ipoh tu nak buat apa pun tak tahu, adalah kerja dia tu nanti agaknya....lepas round2 kita orang pun pergilah bazaar ramadhan kat sana, bazaar dia biasa jer tak sebesar bazaar kat sini.....

Malam tu,Pumkins ajak makan chau kuew teow kat dataran Ipoh, punyalah sedap tuhan yang tahu, lepas makan terus pengsan tak sedarkan diri tau kikikiiii propa jer...tapi Chau kuew teow memang "superd" gua cakap lu tapi sedih kuew teow dia taruk sikit jer...nak tambah tapi orang tu marah tak kasi makan banyak takut bini gemuk kot huhuhuuuu....

"santapan diraja yang berharga RM4.50 sebab tambah udang lebih"

"Pose skit :)"

Dah kenyang kita pun dibawa jalan2 kat stesen keretapi Ipoh , memang cantik bangunan tinggalan zaman kolonial tu....sempatlah jugak pose2 ala ANTM kat situ sebagai kenang-kengan kita berdua....kat situ jugak tempat cur PLU Perak tapi sedih2 pengunjungnya, majoriti India yang berperut buncit tapi jalan melenggang.

"Ada gaya macam Heidi Klum tak?"

"hayati sejarah"

"Hasil daripada jurugambar amatur"



"pose yang menarik untuk dikongsi bersama"

"Batu gajah yang akhirnya berada di tapak tangan ku hahahahhh"

Ada jugak buah hati kita bawak round2 kat bangunan bersejarah kat Ipoh tu termasuklah sekolah dia dulu yang terkenal kat Ipoh tu ST Micheal....kul 12 macam tu dia hamtar aku balik umah dia n dia keluar balik untuk jumpa geng2 dia yang duk melepak kat warung minum2. Aku tak nak ikut cos nanti banyak soal jawap pulak tu yang malas nyer.



Ke esokan harinya kita orang bertolak balik dalam kul 3 petang dan before tu sempatlah jugak beli sedikit buah2an kat Ipoh untuk dibawa balik untuk housemate aku yang duk sms sejak aku kat Ipoh lagi katanya risau pasal aku ( entah yer entah tak )


Dalam jam 6 lebih sampailah Damansara dan kami pun bukak puasa kat Damansara jerlah terus....mujurlah restoran tu masak sedap sampat ketat lah jugak peruk aku nie nak habiskan makanan.... Dah makan kenyang2 kita orang pun berpisahlah buat sementara waktu balik kerumah masing2.....tak sampai sejam terus rindu-rindu macam sebulan tak jumpa....

Thanks sayang sebab bawak balik kampung , dapat jugak kenal Ipoh Perak.

XOXOXO

Khamis, September 11

Bukan Puasa Kat Santini VS Bukan Puasa Kat Rumah

Nampaknya dah 11 Ramadhan telah kita umat Islam menunaikan Ibadat Puasa bagi yang berpuasalah, bagi yang tak puasa tu no komenlah yer......

Bila puasa nie yang seronok ialah bila banyak bazaar Ramadhan di buka bagi menyenangkan warga kota macam aku nie untuk membeli juadah berbuka puasa dan juga untuk habiskan duit yang sedia maklum berguni2 kat umah tu...... Bagi yang berduit skit akan berbuka puasa kat hotel2 dan bagi yang kureng berduit bazaar Ramadhanlah tempat nyer.

Kelmarin aku bak puasa dengan geng2 abang aku dalam 12 orang kami semua kat Santini KLCC,pada mulanya tak rancang pun tapi bila abang2 aku kata kawan2 dia ajak buka puasa kat sana so aku berat hatilah nak tolak cos aku nak dia gembira ngan kawan2 dia sekali sekala bukan selalu pun.....sampai KLCC dalam pukul 6pm, cari punya cari sorang pun kawan2 dia tidak ada, aku dah mula cuak sebab kalau member2 dia tak datang matilah kita orang berdua nak buka puasa kat mana beb....dah hampir kul 7pm barulah ada member2 dia yang datang barulah lega skit hati aku.... yang ada pada petang tu ialah Kelly, Yama, Is ngan Arul, Kuzuto, Eki, Abang Mat, Batang Macho ngan lover dia, Azwad wakil dari JB,CUKUP 12 ORANG.

Juadah kat situ oklah nak kata meriah sangat tak lah jugak berbaloilah bayar RM35++ satu kepala kira murahlah tu kan....masing2 tak ingat ambil makanan macam sepanjang Ramadhan tak buka puasa...aku ala2 malu kucing ambik skit2 jer ngan Abang. Lepas makan kueh mueh abarulah aku makan nasi berlaukan rendang daging ngan daging kambing masak kicap best siot, tapi tak tambah cos nak bedal makanan lain pulak termasukalah bubur kacang hijau yang Abang tolong ambik terima kasih yer :). Kat sini aku post jugaklah 2 pic yang sempat diambil sebagai kenang2an bersama.


juadah bukan puasa dan dalam pinggan tu Kelly punya yang ambik masa 2 jam untuk dihabiskan dan badan berat beliau sudah naik 1kg selepas itu


Azwad yang duk pikir panjang nasib anak dia si Eki yang katanya memilih pemuzik jalanan sebagai suami iaitu si Kuzuto....sabor jerlah kak janji DIAMOND 99 KARAT sebesar guli dia kasi untuk berbalas cincin

Ni pulak cerita buka puasa versi kat rumah aku Mutiara Damansara....kita orang berempat kalau bab2 juadah bukan puasa nie mengalahlah orang berkeluarga meriah jer,juadah yang masak macam nasi ngan lauk pauk memang wajidlah tiap2 hari yang disediakan oleh Chef Anif dibantu oleh pembantu tukang cuci Ben dan jugak Dibantu oleh Afiq iaitu tukan loyar burok....aku semua bahagian ambik kikikiiiii.....nie aku post jugak pic waktu nak berbuka puasa kat rumah sendiri


kita orang pun juadah berbuka puasa pun macam kat hotel jugak tau...


Ben yang tidak sabor nak menerkam juadah macam setahun tak makan....


Buruk bebenor budak nie...malu aku

Ahad, September 7

Ramadhan ke 7 Berbuka puasa dan Di Ampang Highlands...

Aku dah malas nak pikir dah saat sedih aku yang aku tanggung selama ini sebab aku dah jumpa cinta baru :) yang buat muka aku merah malu bila kawan2 usik.

Biasalah bila bersedih2 tu akan muncul lah bahagia kan? Semalam berbukak puasa kat rumah dengan Abang sahaja cos semua housemate aku tak ada kat rumah....... first ingat nak buka puasa kat rumah kawan dia kat subang tapi last minutes tak jadi pulak so aku dengan sesegera boleh pergilah beli juadah kat bazaar Ramadhan kat TTDI,yang aku beli 4 biji pulut panggang yang berharga RM1.50, ayam percik satu cucuk RM5.00, dan 2 potong puding carimel RM3.00 setiap satu so semua total RM17.00.....macam tulah hidup kat bandar besar KL nie semua benda mahal gaji jer yang tak bertambah2 lagi beb.......

Balik jer dari bazaar Abang dah sampai kat umah aku duk dalam kereta cian jer tunggu aku datang jauh2 dari Ampang......meh gosok kepala yang botak tu skit

Bukak puasa hari tu aku just masak nasi, goreng ayam dan goreng ikan pekasam yang Anif bawak balik dari Kedah hari tu dan tak lupa jugak acar buah yang Anif jugak bawak balik sedap sunggup, terima kasih Anif :). Kami berdua bukak puasa simple macam tu jer tapi sedap dan berselera sampai aku ngan dia tambah nasi 3 kali seronok aku tengok :). Selera aku dengan dia lebih kurang sama, orang kampung kata kan makan tak memilih.


Lepas berbuka dan solat Magrid aku ngan dia pun pergilah ambil angin dan destinasi kami ialah Bukit Ampang untuk tengok view Kuala Lumpur waktu malam, sebenarnya plan nie nak pergi malam kelmarin tapi tak jadi so semalam kita orang pergi. Semalam hujan so aku bawa sweater cos mesti sejuk punya bila duduk lepak kat puncak bukit.......sampai dalam pukul sepuluh kat sana. Memang cantik view KL kat atas puncak bukit tu,Abang terus capai kamera terus aku pun kasilah pose2 istimewa ngan dia untuk taruk dalam blog nie nanti....... Dalam setengah jam dia pun SMS Kubutoh ngan Si Kelly untuk joint dengan kita orang. Kelly ada kat umah mak cik dia kat Batu Cave manakala si Kubutoh ada kat umah member dia kat Subang dan janji nak datang tapi tunggu punya tunggu tak jugak muncul so kita orang pun turun dari Bukit Ampang dalam kul 11 dan buat perjanjian Syaitan dengan member2 jumpa kat Tasik Permaisuri port kitaorang.....sampai tasik ramai jugak orang lepak kat situ sambil buat tawaf ngan kereta kita otang pun park lah kete n ada sepasang kekasih kawan pada Abang kat situ so borak2lah kami.....tak lama lepas tu Kubutoh datang tapi tanpa Eki, katanya Eki ada assignment perlu diselesaikan.

Sempatlah jugak borak2 dengan member2 aku kat tasik tu, borak2 tentang kerja dan kehidupan kita orang..... Abang aku nie murah senyuman dan dia tu macam jadi kepala kepada group dia dan kawan2 dia hormat pada dia cos dia biasanya jadi tempat untuk mengadu dan luahan hati. Yang aku suka dengan dia tentulah sikap dan sifat dia yang caring,ceria setiap masa pada kawan2.

Makin lama makin ramai kawan2 yang datang tapi tak seramai malam kelmarin, kita orang pun pergi bersahur kata Hajris, tapi ikutkan hati nak bersahur makan nasi dagang kat kampung baru tapi bila ramai yang tak nak pergi Hajris lah tempat tuju kami. Aku bersahur ngan roti nan dan ayam tandoori manakala Abang aku sahur dengan 2 biji roti canai banjir, kuat sungguh dia makan......

Lepas bersahur kita orang balik semula ke tasik tapi kali nie siap main bunga api dengan mercun lagi yang dibawa oleh Alfried.....lepas main macam budak2 kita orang pun balik umah masing2 dalam kul 5 pagi......sampai umah gosok gigi dan solat subuh aku pun tido sampailah kul 11 pagi bangun dan jugak update blog yang dah agak lama aku tak update cos tak ada cerita yang nak tulis......