Isnin, Januari 26

Animal Instinct

Pejam Celik dah seminggu aku berkerja di Kota kinabalu. Sebak tiba-tiba bila flight AG148 mendarat setelah hampir 2.30 minit merentasi Laut Cina Selatan yang menyedarkan aku yang aku telah sampai ke destinasi yang bukan menjadi pilihan dan harapan aku. Sedih bila aku terpaksa berjauhan dari keluarga,Pumpkin, kawan-kawan sebab di sini aku tiada sesiapa pun dan cuma aku ada adalah rakan sejawatan dengan aku. Dari tempat tinggal yang di sediakan oleh majikan ke office memakan masa 45 minit.Setiap hari aku terpaksa merentasi 2 batang sungai dan 2 buah bukit dimana kalau waktu malam kaadaan amat mengerikan dan gelap tiada lampu jalan. Kerja di pusat bandar Kota Kinabalu tetapi tinggal di tengah-tengah Daerah Papar cuba bayangkan tak ker gila syarikat tempat aku kerja menjaga kebajikan kami demi mengurangkan kos sewa rumah yang disediakan. Jadi buat apa untuk aku terus berkerja dengan mereka sedangkan mereka sedikit pun tidak menjaga kebajikan kami sepatutnya. Aku nekad untuk berhenti kerja dalam masa 2 bulan lagi atau mungkin lagi cepat dari apa yang aku rancangkan.

Aku nekad untuk kejar impian aku yang memang menjadi cita-cita aku sejak sekian lama untuk bekerja sendiri dan aku akan mulakan di kampung nanti berbekalkan tanah terbiar yang ada, biar apa yang aku usahakan tidak "glamour" bagi orang lain tapi aku nampak kejayaan disana nanti sebab aku yakin dan aku mendapat sokongan daripada keluarga aku. Aku ambil contoh beberapa orang kawan aku yang telah berjaya dengan hasil usaha sendiri yang walaupun berdikit-dikit pada pemulaannya tetapi hasilnya sekarang amat memberangsangkan. Kalau mereka boleh kenapa aku tidak, aku ada pengalaman kerja dalam F&B, aku faham benar konsep "marketing" aku ada pengalaman dalam akaun dan yang penting dalam pengurusan.

Jadi bila digabungkan semua itu dan di sokong oleh Degree dari UiTM, aku yakin aku boleh berjaya. Kak Za iaitu kakak ke dua aku beria-ria suruh aku kejar cita-cita aku kerana dia amat yakin dan sanggup berkongsi modal jika aku bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita aku nanti sebab dia tahu aku akan berjaya jika aku teruskan untuk jadi apa yang aku cita-citakan. Bermodalkan sedikit wang yang ada nanti akan aku usahakan hingga berjaya. Mungkin apa yang berlaku sekarang ada hikmah disebaliknya, hikmah yang membuat aku celik mata dan lebih berkobar-kobar untuk mengejar cita-cita aku. Kota Kinabalu adalah destinasi sementara aku dan akan aku tinggalkan tidak lama lagi. Nanti aku akan lebih dekat dengan orang-orang yang aku sayang terutama Pumpkin yang sentiasa rindukan aku. Dokanlah kejayaan aku dan sentiasa diberkati olehNya. The Animal Instict

Sabtu, Januari 24

Munajat Cinta



Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

HANYA INI YANG DAPAT AKU LUAHKAN APA YANG AKU RASA SEKARANG BILA BERJAUHAN DENGAN ORANG YANG AKU SAYANG......

Isnin, Januari 12

Semangat Mu tetap Bersama Ku....

Kena transfer ke Kota Kinabalu buat aku sedih, sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan semua orang yang aku sayang kat sini. Laut Cina Selatan memisahkan aku dengan mereka semua....kalau Johor atau Perlis mungkin tidak seberat ini yang aku rasakan kerana dalam masa 2 hari pun aku boleh balik jumpa orang yang aku sayangi tapi bila terpaksa merentasi Laut Cina Selatan mungkin tidak mampu dilalui sekerap mahu.

Antara yang terasa pemergiaan aku kat sana ialah buah hati aku yang aku sayang sangat dan yang aku panggil Pumpkins :). Hampir 5 bulan kami bersama sebagai kekasih dan pada masa itu juga banyak cabaran dan dugaan melanda tapi dengan kesabaran kami akhirnya tempoh 5 bulan telah hampiri hubungan ini. Dalam bergaduh,ketawa,tangisan,cemburu dan sebagainya telah merapatkan hubungan kami dengan pantas kerana dengan itu semua membuatkan kami lebih mengenali lebih rapat dan mendalam lagi antara satu sama lain.

Walaupun Laut Cina Selatan memisahkan kami dalam tempoh waktu yang tak pasti tetapi dia tetap disamping aku setiap masa dan sentiasa didalam hati aku. Pergi kerana terpaksa dan demi masa depan, kalau ada pilihan lain yang terbaik tak akan aku sanggup berpisah dengan mereka yang aku sayangi tapi apa kan daya mungkin rezeki aku buat masa ini di sana. Redha dengan segala ketentuan Nya, maka 19hb January ini aku akan bertolak ke Kota Kinabalu dan hanya tinggal 6 hari lagi untuk kesana.

Doakan lah saya jadi yang terbaik untuk awak, dan doakan juga kesihatan dan sentiasa dilindungi olehNya sentiasa...panjang umur dan murah rezeki kita akan bersama lagi secara fizikal.

Ingat janji-janji kita dan berusahalah untuk jadi yang terbaik dalam semua perkara....

:)
Wan

Jumaat, Januari 9

Kau Tetap Bertahta DiHati

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang

Transfer ke Kota Kinabalu 20hb January 2009


Akhirnya aku di transfer juga ke Kota Kinabalu n flight aku mungkin pada 19hb January ini, so tinggal 9 hari lagi aku akan terbang ke sana.

Nak buat macam mana dah rezeki aku kat sana, kalau diikutkan orang yang rapat dengan aku semuanya tidak benarkan aku kesana kerana alowance just RM300 sahaja dan gaji pun tiada kenaikan. Banyak faktor yang berat rasanya kaki aku ke sana,pertama gaji yang tak berbaloi,alowance tak berbalaoi, jarak jauh dengan keluarga jika ada kecemasan, akau akan kekal di sana bukannya untuk tempoh tertentu, sukar untuk aku cari kerja lain melainkan aku berhenti dan pulang ke semenanjung untuk dapatkan kerja baru. Company ni akau tak nampak peluang cerah untuk kerjaya aku so aku tekad untuk pergi sana dalam masa 6 bulan dan lepas tu aku nak berhenti dan pulang ke Kuala Lumpur semula dan cari kerja baru. Inilah tindakan nekad aku jika di sana tidak menjanjikan apa yang aku mahukan dalam kerjaya aku.

Rabu, Januari 7

Aku serabut dan pening.........

Aku serabut dengan pening kepala sejak daripada ura-ura yang aku akan kena transfer ke Kota Kinabalu Sabah dalam masa terdekat ini.

Serabut kerana bermacam-macam yang terpaksa aku fikirkan, fikirkan kerjaya,hubungan, keluarga dan macam-macam lagi. Sedih bila aku mengenangkan nasib aku yang tak seberapa beruntung macam kawan-kawan aku yang lain. Kerjaya tetap dan terjamin,bahagia dengan orang tersayang dan keluarga bahagia. Aku semua ada, tapi agak terbatas kebahagiaan itu semua. Transfer ke sana bukan setahun dua tapi bermaustatin terus kat sana.....banyak cantik! kalau gaji dengan alowance yang aku terima berbalao tak apalah jugak, boleh jugak aku balik semenanjung 2 bulan sekali ni gaji ciput alowance jangan cakaplah buat sakitkan hati jer.

Malas nak tunjukkan wajah sedih dan sugul bila akau dapat berita ini sejak seminggu lepas, pasal berita ini jugalah aku bergaduh besar kerana kecewa dan tertekan. Bila asyik fikir buat kepala serabut dan pening jer.

Tengoklah, kalau jadi transfer ke Kota Kinabalu aku akan pergi tapi just 6 bulan sahaja yang aku boleh janjikan, dan untuk kekal lama disana tidak sesekali.