Rabu, April 8

Rakyat Tetap Menolak UMNO

Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Walaupun berbagai isu yang dimainkan oleh UMNO bagi memancing undi pengundi di kedua-dua kawasan nampaknya tidak cukup berkesan. Rakyat tidak lagi mudah mempercayai isu-isu lapuk mahupun isu-isu ala warung kopi bagi memangkah calon BN. Isu institusi Beraja di Perak yang kononnya menjadi senjata utama bagi mengalahkan calon Pas iaitu Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya tidak menjadi oleh kerana rakyat Perak sendiri tahu siapakan yang selama ini merosakan institusi Beraja di Perak khasnya DAN di Seluruh MALAYSIA AM nya.Bak kata Si Jenab iaitu bekas pramugari MAS yang sekarang ini menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dengan 10 orang cahaya mata "ada akak kesah dik-dik non BN duk propa kat rakyat DUN Bukit Selembau yang sesuci embun pagi nie dik? Akak tetap menyokong Pas sebab Akak tahu yang mana baik dan yang mana buruk,propa sana, propa sini tapi non adorrrrrrr kerja dik-dik non....buat duit kayakan kroni adalah..... TAKBIRRRRRR". Itulah salah seorang pengundi TEGAR PAS di DUN Bukit Selembau WALAUPUN SEWAKTU soalan ditanya, Kak Jenab tetap VOUGE dengan kaca mata hitam dari GUCCI dan menyandang handBAG LV LIMITED EDITION yang baru dilancarkan baru-baru ini, (VOGUE sungguh pengundi tegar Bukit Selembau ini yer)yang sempat ditemu bual oleh wartawan Kiah Kepoh.

Di Sungai Petani juga nampaknya kepercayaan rakyat kepada PKR masih kuat dan semakin mapan dimana majoriti pengundi yang mengundi calon PKR iaitu S Manikumar semakin bertambah walaupun menyaksikan persaingan 15 penjuru. Ini dapat dibuktikan bahawa seperti filem-filem TAMIL, hero rakyat akan tetap menang walaupun penjahat seramai mana pun menyerang hero. Dengan kekuatan dan kepakaran dalam seni mempertahankan diri nampaknya kemenangan pilihan raya bagi DUN Sungai Petani tetap berpihak pada hero rakyat. Tahniah di ucapkan kepada PKR dan BN kerana menghantar calon berbangsa INDIA bagi kerusi DUN ini walaupun majoriti pengundi adalah berbangsa MELAYU dan ini jelas membuktikan bahawa semangat perpaduan dan toleransi rakyat Sungai Petani yang berbeza bangsa dan keturunan dalam memilih pemimpin mereka.

Telah terbukti yang UMNO dan BN semakin hari semakin di tolak oleh rakyat jelata sejak Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan iaitu di Kuala Terengganu DAN Permatang Pauh baru-baru ini. Adakah UMNO dan BN akan terus hilang dihati rakyat?. Amat diharapkan dengan peralihan kuasa dibawah Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memulihkan kembali kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO dan kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap BN.Semoga Perdana Menteri yang kita cintai ini akan dapat membawa Malaysia kearah yang lebih maju dari segi rohani dan jasmani. Sama-salah kita berdoa agar hanya yang terbaik untuk kita Rakyat Malaysia yang tercinta ini...INSYALLAH

PILIHAN ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA

Isnin, April 6

HanYa NyaNYian DalAm SepI....

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka

Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal


Seperti lirik lagu ini,kehidupan kita tak akan lekan daripada seribu satu pengorbanan. Pengorbanan bukan sahaja untuk diri kita tetapi kadang-kadang kita terpaksa korbankan diri kita demi orang lain samada dengan keluarga, sahabat handal mahupun orang yang kita panggil KEKASIH. Kekadang dalam hidup aku, aku banyak berkorban untuk orang lain dalam sedar atau tidak dan aku juga percaya ada insan lain yang sanggup berkorban kepentingan mereka kerana aku. Lebih pedih jika pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihargai oleh mereka yang telahkita berkorban. Mungkin aku juga salah seorang yang tidak menghargai pengorbanan orang lain dalam sedar atau tidak. Dalam Percintaan aku rasa aku banyak berkorban. Dua cinta aku yang lepas banyak membuat aku sedih dan acapkali juga aku menitiskan air mata bila mengenangkan pengorbanan yang terpaksa aku lakukan.

Cinta pertama aku, aku tidak berapa menyesal tetapi aku menyesal kerana aku terpaksa melepaskan orang yang aku sayang demi masa depan dia dan alasan yang aku berikan untuk berpisah dengan dia amatlah bodoh dan tidak masuk akal. Walaupun alasan yang diberikan amat bodoh tetapi hanya tu sahaja alasan yang aku terfikir untuk menjauhkan diri aku dengan dia. Yang aku suka dengan dia ialah dia tidak merokok mahupun minum serta kami menyokong parti polotik yang sama iaitu "PAS" hehehee.... Aku sanggup berkorban untuk melihat dia mendirikan rumah tangga seperti mana yang menjadi doa dia untuk bertemu jodoh. Alhamdullilah akhirnya dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan aku doakan dia akan berbahagia sehingga ke anak cucu. Pengorbanan yang aku lakukan tidak sia-sia malah aku berbangga dengan dia untuk berubah dan mengejar salah satu kebahagian hakiki dan halal.

Cinta kedua aku ada manis dan pahit yang mana kedua-duanya sama banyak. Aku bahagia ditemukan dengan dia yang jauh lebih matang daripada aku. Dia banyak mendidik aku bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya dan sentiasa membantu aku didalam kesusahan. Selalu bawa aku melancong ketempat-tempat yang tak pernah aku mimpikan akan sampai dalam masa terdekat ini. Aku cukup bangga dengan dia kerana dia tidak pernah manjakan aku dengan wang ringgit, apa yang dia makan itulah yang aku makan. Tidak pernah manjakan aku dengan hidangan di Restaurant 5 bintang walaupun dia berpangkat CEO dalam sebuah syarikat Hartanah terkenal di Damansara. Dia banyak mengajar aku cara untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berbagai tahap atau pangkat. Setiap hujung minggu dan cuti am kami banyak habiskan masa bersama walupun hanya menonton television. Hubungan kami mungkin agak boring kerana aku bercinta dengan seorang yang berpangkat dan kami tidak boleh terlalu bebas seperti pasangan lain kerana Kuala Lumpur ini tidak besar. Pernah kami merancang untuk ke London dan Macau tetapi apakan daya jodoh kami tidak panjang dan apa yang dirancangkan terpaksa dilupakan. Bersama dengan dia juga banyak membuat hati aku sakit, sakit kerana "hidung belang" dia yang pantang melihat yang lebih bagus dari aku. Mungkin hanya perasaan aku, tetapi selama bersama dengan dia aku rasa dia ada menyimpan orang lain atau setakat ONS. Sorry, walaupun banyak keselesaan yang aku dapat untuk berkongsi kasih tidak sama sekali. Sikap Bossy dia juga kadang kala buat aku makan hati, kadang kala tiada yang betul dari apa yang aku lakukan buat ini salah dan buat itu salah terutama bila dia sibuk dengan Board Meeting mulalah "moody" seluruh badan. Yang paling aku seronok bersama dengan dia ialah dia suka aku masakan makanan samada untuk lunch atau diner untuk dia dan dia amat menghargai dengan apa yang aku masak untuk dia. Yang paling dia suka ialah ayam masak kicap dengan sayur campur. Dia dah bosan makan kat luar dan dia nak aku juga yang masakan untuk dia dan waktu itu hubungan kami bahagia sangat. Dia tahu aku sukakan ais krim dan cokelat so dalam peti ais akan sentiasa ada ais krim dan cokelat untuk aku. Satu lagi dia tahu yang aku suka mengumpul model kereta Ferrari dari Shell dan sekarang aku dah ada semua koleksi kereta Ferrari yang lepas dan hari tu dia ada call aku dan mengatakan dia telah kumpulkan untuk aku 6 lagi model terbaru kereta Ferrari dan menanti 1 lagi model terakhir dari Shell, sekembali dari Kota Kinabalu nanti dia akan hantarkan kepada aku di Damansara. Walaupun sudah berpisah tetapi dia tetap mengingati apa yang aku suka dan minat, thanks abang. Tapi apa kan daya jodoh kami tidak panjang mungkin kerana aku terlebih cemburu atau pun dia ada orang lain. Yang aku pasti aku kuat cemburu.

Cinta ketiga aku biarlah menjadi rahsia aku. Seperti cinta yang sebelum ini juga, cinta ketiga aku juga ada pahit dan manisnya dan ada juga pasang surutnya seperti mana hubungan pasangan lain. Cuma perpisahan kami dengan cara yang kurang elok, entah kenapa aku pun kurang yakin untuk jelaskan kerana mungkin ini penyudahan hubungan kami. Aku bersyukur Hubungan aku dengan 2 orang ex-lover sehingga hari ini masih lagi bagus dan kami tetap keep in touch. Dan aku harap hubungan ini akan terus kekal selamanya. Berpisah kasih tidak semestinya kita menjadi musuh,berpisah kasih kita masih boleh berkasih sebagai abang dengan adaik atau seperti sahabat baik. Tipu jika aku malah orang lain yang mengatakan mereka boleh melupakan memori indah sewaktu kita bersama dengan ex-lover kita yang lepas walaupun ada pahitnya. Yang manis acapkali melenyapkan rasa pahit........

CINTA ....aku tetap akan mencari kau dan kebahagian yang kau janjikan.........

Khamis, April 2

hApPy BelATeD bEsdAy CaRD fRoM mY oPiSmAtE


Hari ini aku dapat sekeping card Birthday daripada office mate aku. Walupun Birthday aku dah lepas 3 bulan lepas tetapi ia cukup bermakna buat aku, pertama ia adalah card Birthday yang pertama aku terima dan mungkin kali yang terakhir aku terima daripada mereka kerana aku dah nak berhenti daripada syarikat ini dah hari terakhir aku dengan syarikat ini ialah pada 7 April 2009.

AdA juga yang ingat Birthday aku dan sudi melayankan sekeping card ucapan Happy Birthday. Bukan tak ada orang ingat Birthday aku, ada tapi tak ada yang kasi card hehehehee....tak apa janji dah wish walaupun just call atau SMS, LOVE U ALL Muahhhhhhhhhhhh......So tahun ini aku still dapat Card Birthday walaupun hanya sekeping sahaja. Lagi pun tak ramai yang tahu tarikh Birthday aku cuma yang betul-betul rapat sahaja yang tahu :).....Moga tahun depan dapat lagi, Insyaallah...