Rabu, Disember 22

Masih Jauh....


Aku dapat rasakan yang masih lagi jauh perjalanan yang perlu aku tempohi untuk memcapai apa yang aku inginkan di dalam hidup ini. Jalan yang penuh dengan onak duri dan liku-liku yang kadang kala buat aku tewas. Aku terpaksa melaluinya walaupun bukan ini yang aku mahukan tetapi inilah ketentuan dan jalan hidup aku.

Dari dulu lagi aku tak semudah orang lain diberikan kejayaan, perjalanan yang aku tempohi agak sukar jika dibandingkan dengan orang lain. Disaat kawan-kawan sudah mampun berlari aku masih lagi merangkak untuk belajar berdiri...mungkin ini ujian buat diriku dan yang terbaik daripadaNya. Syukur walaupun aku tak sebahagia orang lain tapi aku masih lagi diberikan peluang demi peluang dan rezeki daripadaNya sentiasa ada walaupun hanya cukup-cukup sahaja. Mengeluh bukanlah yang terbaik, mengeluh menandakan aku lemah menghadapi dugaan hidup ini. Mungkin dugaan yang aku hadapi ini tidak sehebat dugaan daripadaNya kepada insan lain.

Hanya Dia sahaja yang tahu kenapa jalan hidup aku sebegini kerana ia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku lebih redha jika dunia yang sementara ini bukan untuk aku dan aku lebih gembira jika disana yang menanti aku kelak adalah firdausi yang kekal abadi. Dugaan yang diberikan adalah mengikut kemampuan diri kita, tidak sesekali Dia zalim dengan memberikan dugaan tanpa sebab dan alasan, hanya Dia yang lebih mengetahui.

Aku harap sinar keyayan akan muncul jua suatu hari nanti, Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ku untuk memdapat kejayaan yang aku inginkan. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat...kuatkanlah semangat ku dan kukuhkanlah keimanan ku kepada Mu Ya Allah dan jangan biarkan aku tewas dengan dugaan yang sekelumit cuma ini sehingga hanyut dari jalanMu Ya Allah.

Khamis, Disember 9

MUHARRAM



Sepatutnya Awal Muharam disambut dengan meriah oleh kita sebagai Umat Islam tetapi hari ini malam pada setiap 31 Disember disambut dengan meriahnya oleh kita semua bagi menanti tibanya 1 Januari bila berdetiknya jam 12 malam setiap tahun. Kita lupa pada kebesaran, sejarah dan pengertian bulan-bulan di dalam kelendar Islam dan kita lebih agung-agungkan perayaan di dalam kelender yang dicipta oleh Barat Kristian. Aku tidak menuding jari pada sesiapa tetapi pada diri aku sendiri, kalau ditanya pada umat Islam di Malaysia sekarang majoritinya tidak mengetahui kebesaran, sejarah dan pengertian bulan-bulan di dalam kelendar Islam melainkan bulan Ramadhan iaitu bulan untuk menunaikan ibadat puasa dan bulan Syahwal dimana umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa walaupun sekarang ni ramai yang tak puasa dengan memberi seribu satu alasan untuk tidak menunaikannya.

Awal Muharam adalah dimana buku amalan pada tahun sebelumnya akan ditutup dan dibukakan buku amalan yang baru dengan perintah Allah. Jika baik amalannya maka cantiklah buku catatan kita disisi Allah dan jika buruk catatatan maka buruklah disisi Allah. Baik dan buruk isinya adalah datang dari diri kita sendiri. Aku dapat rasakan amalan aku selama ini tidak sempurna dan tidak layak rasanya untuk aku menerima segala kurniaan Allah kepada aku selama ini. Bertapa Allah sayangnya terhadap aku dengan memberi segala rahmatnya yang jika air di lautan dijadikan dakwat sudah pasti tidak cukup untuk mencatatkan segala kurniaanNya kepada diri akau walaupun aku selalu lalai dan gagal menjalankan amanah dan tanggungjawap yang diberikan olehNya. Ya Allah tidak pernah walaupun sesaat Kau menghentikan kurniaan udara untuk aku bernafas dan meneruskan kehidupan ini walaupun kehidupan yang kau berikan sentiasa lalai dan murka kepada Mu....Ya Allah yang tuhan ku...buka kanlah pintu taubatMu kepada ku dan berilah aku petunjuk jalan lurusMu...janganlah lalaikan aku semakin jauh daripada diriMu Ya Allah ya Tuhan ku, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dunia yang Kau pinjamkan kepada ku, ahli keluargaku, para sahabat ku dan seluruh umat Islam didunia ini Ya Allah...Sesungguhnya aku insan yang lemah.

Kita manusia yang lemah yang sentiasa lalai haruskan jangan dijadikan alasan ini untuk tidak menunaikan tanggunjawap kita sebagai umat Islam...walau sejauh mana kita pergi dalam melayari kehidupan yang banyak dugaan ini janganlah sesekali melupakan siapa kita di sisi Allah. Biarlah dalam sejenak setiap hari kita menginsafi dengan kelalaian dan dosa kita kepadaNya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun pada makluknya yang sentiasa mengingatiNya.

Ya Allah ya Tuhan ku, ko panjangkanlah usia ku untuk beribadat kepadaMu, permurahkanlah rezeki halal Mu kepada ku dan ahli keluarga ku dan berikanlah kebahagian dunia dan akhirat kepada kami semua....

Disini aku ingin berkongsi sedikit pengertian Bulan Muharam dan sejarah Islam yang telah berlaku di Bulan Muharam. Berkongsi dengan sesiapa yang membaca blog aku ini sebagai panduan dan pengatahuan kita bersama.


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"