Selasa, Disember 16

Usah Bersedih Kerna Hari Esok Masih Di Alam Qhaid.......

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun, begitulah perjalanan hidup kita sekalian umat manusia.

Ada orang, hari besok adalah lebih baik atau sinar baru dalam hidup mereka dan ada juga yang hari besok penuh dengan kepiluan, kesedihan,kedukaan dan malapetaka. Itulah roda kehidupan yang berputar mengikut masa yang tidak sesaat pun berhenti mengejar kita selagi nyawa dikandung badan. Waktu yang tidak sedikitpun lupa untuk meninggalkan kita seperti berputarnya bumi ini mengikut laluan orbit yang setelah sekian lama mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh-Nya sebelum munculnya Adam dan Hawa sehinggalah bertiupnya Sangkakala dimana tanah akan bergulung seperti tikar, gubung ganang berlaga sesama mereka hingga hancur lebur,bintang-bintang berguguran, angkasa raya dan langit menjadi huru hara. Adakah hari ini lebih baik dari hari besok? atau besok tidak sebaik atau semulia hari ini? hanya Qada Dan Qadar dan hanya Dia sahaja yang tahu, dan sebagai manusia yang kerdil disisi-Nya kita hanya boleh berdoa dan berusaha kearah kebaikan untuk besok hari kerana esok masih di Alam Qhaid dan bukan menjadi urusan kita, yang boleh hanyalah berdoa dan mengharap semua yang terbaik.

Mengeluh pada hari ini hanya membuktikan yang kita amat lemah menghadapi dugaan-Nya yang sebesar zarah ini kerana besok mungkin rezeki atau sinar cahaya yang akan dianugehi oleh-Nya. Riak pada hari ini hanya membuktikan bertapa kita takbur dengan pemberian-Nya kerna besok mungkin sinar yang terang bersinar hari ini akan hilang cahayanya seperti siang hari yang bertukar malam yang menanti terbitnya sinar mentari du Ufuk Timur. Sesungguhnya bersyukur dengan apa yang kita ada pada ini adalah yang terbaik walaupun apa yang kita lalui hari ini amat memeritkan. Bersyukur dengan hanya mengucap Alhamdullilah lebih mulia daripada titisnya air mata kekecewaan.

Mungkin apa yang berlaku pada hari ini dirasakan amat kejam buat kita,setiap cinta perlukan pengorbanan,walau sekejam ini yang kita rasakan dugaan dari-Nya tetapi percayalah inilah yang terbaik untuk kita yang telah ditetapkan oleh-Nya tanda cinta-Nya pada khalifah dimuka bumi. Sesungguhnya tidak akan diubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri mengubah nasibnya sendiri adalah bukti bahawa hanya kita yang berupaya memilih jalan untuk berusaha apa yang akan berlaku untuk esok hari bermula hari ini. Kekecewaan adalah ujian sebelum datangnya kegembiraan dan kesenangan. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kemasyuran dan kebahagian kerana kita umat yang kerdil ini sentiasa mendongak kelangit memuji indahnya bintang di langit sehingga kita lupa rumput dibumi yang dipijak setiap hari.

Kegagalan hari ini bukanlah titik noktah pada segalanya, ia cuma perhentian seketika untuk kita meneruskan perjuangan hidup ini, baik dan buruk datangnya dari kita. Jika langkah dimulakan dengan langkah kanan maka kejayaanlah yang akan dikecapi,jika dimulakan dengan langkah kiri mungkin kedukaan yang bakal kita dihadapi. Manusia di uji dengan berbagai cara dan bentuk, mungkin kejayaan secara material bukan milik kita tetapi kebersihan hati adalah anugerah yang tidah terhingga nikmatnya, nikmat yang boleh membawa kita ke Syurga seperti mana janji-Nya pada umatnya yang percaya kepada kebesaran dan janji-Nya. Kekayaan, pangkat, darjat,rupa paras yang sementara ini adalah dugaan yang terbesar untuk umatnya tetapi kita selalu lalai dan lupa sehingga mengejar dugaan yang besar itu sebagai tanda kejayaan mutlak. Kejayaan mutlak yang banyak merosakkan manusia, yang banyak menyebabkan hari besok adalah hari yang paling malang dalam kehidupan sesetengah mereka yang alpa dan lalai dengan anugerah-Nya

Oleh itu, hari inilah adalah permulaan untuk hari esok dan hari esok bukanlah titik noktah dalam perjalanan hidup kita. Anggaplah hari ini hanya sepotong mimpi, usah kau tangisi pada perpisahan ini dan pergilah kepada hari besok. Selamat tinggal......

Tiada ulasan: