Rabu, Ogos 27

Takdir Cinta

Demi cinta manusia sanggup lakukan apa sahaja. Demi cinta juga manusia sanggup mengorbankan maruah dan harga diri.......Demi cinta manusia tewas dengan godaan hawa nafsu dan demi cinta juga manusia buta mata dan akal yang waras hilang pertimbangan.......

Mudah bagi lidah menidakkan cinta....dapatkan hati menidakkan seperti mana yang dituturkan lidah?

Demi cinta aku sanggup letakkan maruah diri dibawah tapak kaki.....demi cinta ku sanggup menahan dada yang penuh rasa ketidak puas hatian dan demi cinta ku sanggup butakan mata dan akal demi cinta aku padamu yang tak pernah padam dalam hati walaupun telah ku cuba.....

Demi cinta ini ku tatang dirimu bagaikan minyak yang penuh.....demi cinta padamu kubelai dirimu semampu aku......demi cinta ku tahan air mata ini setiap kali terpandang wajahmu dari jauh.......demi cinta padamu yang tak pernah surut walau sedikit pun ku sanggup memohon rayu agar aku diterima kembali......

Aku tahu dalam hati mu masih ada ruang untuk diriku tapi mungkin sejarah kita membuat dirimu takut untuk terima cintaku ini.......demi tuhan tak pernah ku curang pada cintamu....cuma ku minta darimu cintaku agak kau hargailah aku seperti mana aku menghargai dirimu......tunjuk kanlah pada ku yang diriku ini penting bagi mu dan diriku kau sentiasa rindui......

Walau cinta kita tak lama, aku yakin pengalaman bersama banyak meninggalkan memori suka duka bersama.......kau tiada dua, kau adalah satu-satunya cinta........

if only i knew what i knew today.................

Selasa, Ogos 19

Aku SePi........SePi Itu Indah?


Sepi nya hidup aku..........
tetiba aku rasa macam aku keseorangan selama ini tanpa sesiapa untuk aku kongsi suka duka aku. Dalam hati tiada siapa yang tahu dan cuba untuk tahu bertapa kosongnya hidup aku.

Sepi bila tiada siapa yang merindui aku dan merasakan yang aku adalah sebahagian dari hidup nya......puas aku mencari tapi sampai sekarang tidak aku temui. Memang hidup aku sepi,sepi seperti pungguk yang ridukan bulan di malam hari.

Mungkin ketentuan aku sepi seumur hidup....aku redha dengan ketentuan dan aku yakin akan ada cinta ketulusan hati yang mengulit lembut.....tolonglah pegangi aku biar aku teguh hadapi SePi ini. Biarlah aku hidup seperti ini andai takdir cinta seperti ini.......

Khamis, Ogos 14

UiTM Dihatiku






Jun 2001 aku telah berjaya untuk sambung belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan
Sport Management (hons). Spot Management? aku kena bersukan ker? duduk kat padang bola ker? belajar untuk jadi cikgu pendidikan jasmani ker?, itulah soalan yang bermain kat benak aku waktu mula2 dapat surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tu. Aku tak pernah tahu dan tak pernah mintak pun jurusan tu that why aku duk pikir jer macam manalah dan apalah yang akan aku belajar kelak. Mula2 dapat surat tawaran aku 50-50 nak pergi atau tak sampai mak aku kata "wan pikirlah masak2 nak pergi atau tak, tapi ingat ramai lagi yang tak berpeluang belajar kat IPTA jadi kalau boleh jangan lepas peluang, pergi dulu masuk belajar kalau tak boleh jugak ikut kita pikirlah macam mana nanti" tulah mak aku kata waktu otak aku nie kurang berfungsi secara matang. Aku nie umur jer banyak tapi otak tak macam orang yang matang kadang2 tu. So dah sedia semua keperluang aku ngan mak bersama dengan kawan dia datanglah Shah Alam. Waktu itulah kali pertama aku datang ke Shah Alam macam rusa masuk kampung jugak lah ibaratnya aku. Setelah Orientasi 2 hari, aku masuk belajar dan kelas aku kat Stadium Shah Alam. Fakulti aku bersebelahan ngan fakulti MASCOM, Performing Arts. Masa hari pertama macam biasalah tak ada kawan tapi bila dah masuk seminggu aku dah hampir kenal semua classmate aku yang majori dari budak STPM ngan Matrikulasi. Waktu belajar kat UiTM tak ada yang menarik untuk di kongsi cuma yang bestnya aku dapat best friends macam Zaim, Retok, Aniff yang sekarang jadi housemate aku, Firdaus, Azhar,Hatta yang semuanya masih keep in touch ngan aku. Aku belajar kat UiTM 4 tahun cos aku tak larat nak bawak paper banyak2 sampai 8 paper satu semesta, so aku kurangkan paper untuk satu semesta jadi 5 paper sahaja dan yang selebihnya aku bawak pada tahun yang aku tambah tu. CGPA aku pun just cukup2 makan jerlah lagi pun aku tak minat sangat ngan subject yang menghafal fakta2 nie aku suka yang kira2 macam akaun. Sebenarnya Sport Management nie sama jer ngan Office Management cuma adalah skit2 diselitkan ngan sport, buku rujukan pun sama ngan budak dari Office Management dan kadang2 paper exam pun sama ngan dia orang. Aku nie belajar tak lah bijak sangat just biasa2 aje n kadang2 aku pikir jugak macam manalah sepupu2 aku boleh belajar sampai PHD hebat otak dia orang........masing2 punya bahagian dalam hidup yang telah Allah tetapkan janji kita tahu kelemahan dan kelebihan kita dan gunakan kelebihan kita untuk maju dalam hidup kita :)

Rabu, Ogos 13

Aku tak ada MOOD!

Ermmmmmmmm..................boring kalau kerja ngan perempuan yang berangan nie, otak macam ting kosong bunyi jer lebih tapi kosong. Tu lah yang buat aku tak selesa nak berkerja bila kerja aku diganggu oleh "king kong" betina kat opis nie. Kerja aku walhal tak ada kaitan pun ngan dia tapi kenapa nak ganggu aku, ingatkan hati yang barang nie nak jer aku terajang atas muka dia tu....tapi ingatkan nak cari rezeki jer aku sabar.

Memang betul apa orang kata kerja ngan perempuan yang "ting kosong" nie buat sakit jiwa je. Kerja aku nak dikacau kerja dia tak siap2, per hal? Metang2lah aku orang baru ko ingat ko boleh nak pijak2lah aku, tunggulah 2,3 bulan lagi gunung berapi nie akan meletus menghamburkan segala lava2 yang bernanah nie...tunggulah ko "king kong"

Abang Mukriz pernah kata pompuan nie memang kecoh elok sumbat punai jer ahakssss..... punai sapa tu aku nak sumbat?

gilor pakcik bila pikirkan orang macam nie yang wujud dalam ekosistem pekerjaan nie

Jumaat, Ogos 8

Tingkatan 6 yang mEMbestkan Hidup aku

Result SPM aku just biasa jerlah just dapat tawaran ke kolej swasta jer, Kolej Sunway ada hantar tawaran tapi mana lah aku ada duit nak masuk kolej yang mahal mcm tu, so aku ambil keputusan untuk sambung tingkatan 6 di sekolah yang sama. bermakna aku akan habis waktu aku belajar selama 7 tahaun kat sekolah yang sama.

Nak buat macam mana, result tak cantik just form 6 jerlah tempat aku. Keluarga aku sederhana cukup makan pakai jer nak minta mak aku hantar aku tuisyen macam kawan2 lain tak sampai hati pulak cos aku tak nak pentingkan diri sendiri. Bawah aku ada 3 lagi adik yang masing2 bersekolah, aku pikir macam tak adillah aku nak minta mak aku hantar tuisyen sedangkan mak aku dah ada bebanan yang lebih penting. Ada orang kata duit bukan segalanya tetapi tanpa duit kita terpaksa lepaskan apa yang inginkan walaupun untuk kearah kebaikan. Mujurlah aku dapat biasiswa dari JPA dapatlah aku kurangkan beban mak aku dan boleh aku beli buku rujukan untuk belajar. Waktu sekolah aku tak pernah rasa mewah macam kawan2 aku tapi aku bersyukur kawan2 baik aku semua paham dan tak pernah sisihkan aku. Sekolah dari rumah aku lebih kurang macam dari Curve Damansara ke Mid Velly, tiap2 hari aku kayuh basikal untuk ke sekolah sampai kulit hangus terbakar akibat panas. Tapi akau tetap bersyukur sebab ramai lagi yang lebih susah dari hidup kami sekeluarga. Keluarga aku nak kata hidup susah sangat taklah jugak rumah aku kalau nak kira ngan rumah semi D kat bandar nie rumah aku lebih besar walaupun just umah kayu, tapi mungkin rezeki kami just setakat itu jer cukup semuanya tapi nak bermewah tak dapat.....besarkan kekuasaan tuhan kan? Aku bersyukur walaupun hidup tak mewah, mak aku tak pernah berhutang apa2 dengan sesiapa pun, tu semua berkat mak aku jual kueh-mueh dan niat iklas dia nak cari rezeki halal nak besarkan dan beri rezeki pada 9 mulut yang perlukan makan nie. Alhamdullilah aku dapat mak macam mak aku yang kuat, gigih tekun dan baik hati.

Lupakan kisah keluarga aku, aku cerita pun orang lain bukan faham pun kalau mereka sendiri tak tahu erti hidup susahkan? kalu tak setuju tak apalah, tu pandangan aku.

Form 6 aku dapat kawan sekelas yang baru yang asal dari sekolah2 lain sekitar daerah Dungun....waktu itulah aku kenal Mat Yie, Anuar, Che Wan, Rizal, Ramon, la,Siti,Rosni, Tengku,Misbah, Ja,Rohana pendek dan ramai lagi tapi aku lupa nama mereka tapi aku masih ingat mereka semua yang baik2 semuanya.....Form 6 nie nekad untuk berjaya dalam STPM nanti aku dah tak nak gagal lagi cukuplah 2 exam yang lepas....Subjects yang aku ambil ialah Pengajian Perniagaan,Sejarah,MUET,Bahasa Melayu paper wajid untuk STPM iaitu Pengajian AM.

Waktu form 6 memang seronok cos kami dianggap students yang matang dan banyak daripada kami jadi ketua dalam persatuan dan orang penting bagi wakil pelajar termasuklah aku jadi ketua bahagian dan AJK tertinggi untuk persatuan Pra U dan Pusat Sumber sekolah. Belajar macam biasa tapi kali nie lebih rajin dan matang dalam mengatur jadual belajar. Sunject yang paling aku suka ialah sejarah dan aku adalah best students untuk subject tu untuk result STPM sampaikan cikgu Rokiah kata kalaulah aku perempuan dah lama dia peluk aku bila dapat tahu result sejarah aku. Yang dia terkejut tu, aku sebelum nie tak pernah lulus pun subject sejarah tapi berkat aku belajar bersungguh2 pada saat akhir buat aku berjaya. Aku pun terkejut jugak cos waktu exam kedua2 paper sejarah iaitu Sejarah Dunia ngan sejarah Asia Tenggara aku hanya jawap 3 soalan daripada 4 soalan yang perlu di jawap kedua2 paper tu, nie bermakna kesemua soalan yang aku jawap aku dapat markah penuh. Sejarah dunia aku dapat A1 tau heheheeee syukurrr....

Waktu form 6 nie memang menyeronokkan cos dapat study ngan member2 yang best, guru2 yang ajar aku pun best, blajar pun dah macam budak2 kat university banyak kebebasan. Tapi perangai gile2 aku tetap ada tak berubah langsung cuma member2 yang berbeza. Tapi waktu form 6 nie banyaklah jugak drama yang berlaku mcm ada class mate bercinta lah, gaduh pun ada jugak skit2 yang best berbahas ngan cikgu2 tu yang paling best, cikgu kami pun jenis yang melayan so dah macam kawan pun ada. Aku ingat lagi cikgu2 yang mengajar aku mcm Teacher Mazmin, Cikgu Rokiah, Cikgu Abd Rahim, Cikgu Nazifah, Cikgu Azli yang suka berbahas ngan kami n sorang lagi cikgu yang aku lupa nam dia heheheee....

Mat Yie kawan baik aku waktu form 6 dan dia best students kat sekolah kami pada tahun tu...result STPM waktu tahun kami 100% lulus dan dalam 80% dapat masuk IPTA termasuklah aku dan selebihnya ada yang jadi nurse n masuk politeknik....Alhamdullilah semua berjaya dan akau tumpang gembira untuk semua.....rindu giler pada rakan sekelaS form 6 lam tak jumpa dan ramai yang dah hilang entah kemana....

Itulah saat2 tahun2 terakhir aku jadi seorang pelajar sekolah yang aku rindui saat tu...aku yakin semua orang rindu pada zaman persekolahan masing2 yang seribu satu pahit manis memori yang indah.....

Khamis, Ogos 7

Tetiba aku Ingat dan Rindu pada Lelaki yang aku Paling Cintai





Dialah buah hati aku, dialah lelaki yang paling aku sayangi dan rindui.......pada usia aku 6 tahun dia pergi dari dalam hidup kami buat selama2nya......petang sebelum dia pergi tinggalkan kami, dia ceria sepanjang hari sehari selepas keluar dari wad akibat sakit asma yang dia tanggung. Kerana asmalah dia jadi seorang yang garang ngan kami, aku cukup takut pada dia sama juga ngan adik beradik aku yang lain. Jangan kata tidak dengan setiap arahannya pasti kena pulas telingan....tapi segarang2 dia dialah buah hati kami adik beradik....dia penyayang bukan sahaja pada kami malah pada saudara mara kami yang lain. Dia cukup kami hormati.

Waktu tabika dia selalu jemput aku dari sekolah dan bawak aku jalan2 naik motosikal dia yang berwarna biru dan kadang2 bawak aku pergi minum kat kedai kopi dan kadang2 bawak aku pergi umah pakcik dia tengok orang proses gula melaka atau orang Terengganu panggil "gula nissan".

Malam tu dia sakit dada dan mula semput, aku waktu tu tak berapa tahu apa penyakit yang dia hidapi selama tu. Dia pergi diatas pangkuan mak aku, aku hanya sedar yang dia pergi buat selamanya setelah kakak aku beritahu......air mata aku mencurah2 walaupun aku tak berapa faham makna kematian tapi aku dapat rasakan yang aku akan kehilangan lelaki yang paling aku sayangi.....aku tengok mak aku waktu tu yang sebak menahan tangisan dan aku tengok adik bongsu aku yang baru berumur 8bulan yang tak tahu dengan apa yang sedang berlaku......sekejap sahaja rumah aku penuh dengan saudara mara. Urusan pengkebumiaan di urusan oleh saudara mara aku dan jiran tetangga.

Perginya dia mencipta sejarah baru dalam kehidupan kami sekeluarga...mak aku telah menjadi balu anak 9 pada masa itu.....aku tak dapat bayangkan perasaan mak aku waktu itu yang tentunya sarat memikirkan bagaimana nasib kami sekeluarga setelah dia pergi buat selama2nya. Mungkin aku akan gila kalau duduk ditempat mak aku pada masa itu memikirkan nasib dan masa depan anak2 yang masih kecil. Aku akui yang aku tidak setabah mak aku yang tabah membesarkan kami 9 orang adik beradik tanpa bantuan sesiapa pun.

Kalaulah tuhan beri peluang untuk aku memohon hajat yanag akan ditunaikan, aku akan minta kembalikan dia pada kami supaya dia boleh lihat kaadaan kami sekarang yang yang dah besar dan berjaya menjadi manusia. Saat hari raya adalah saat yang paling aku sedih bagi aku waktu aku kecil dahulu, sedih bila melihat orang lain ada ayah tapi aku hanya ada mak sahaja. mahu juga aku cium tangan dia pada pagi raya tapi Tuhan lebih sayangkan dia sebab tu Tuhan rampas dia pada kami semua. Tak sempat aku nak bermanja sepuas2nya dengan dia seperti mana orang lain yang manja dengan ayah masing2. Tak banyak memori yang aku ingat bersama dengan dia mungkin dia pergi pada usia aku yang masih kecil dan tak mengerti apa2 pada waktu seusia itu.....tapi sedikit memori ini akan ku ingati sampai aku mati.

Dia aku panggil "Bak", dialah ayah aku yang pergi buat selama2nya.....moga Tuhan tempatkan "Bak" aku ditempat2 orang yang terpilih.... Amin.

Selasa, Ogos 5

Empayar baru PaDA FoRm 4 & FoRm 5

Lepas PMR aku dapat result yang suam-suam kuku jer entah mana silapnya pun aku tak tahu maybe dah otak aku yang lembap kot tu yang tak meletopKAN aku punya result PMR. Macam biasalah form 4 niae cikgu aku panggil tahun honeymoon cos tak ada exam penting.......form 4 aku dapat kawan baru nama dia Mas Juliana budak yang kena reject dari MRSM (jangan marah yer Mas ahakkkksss...) dia memang cantik cos bapak dia cina n mak dia melayu.....akau best berkawan dengan dia cos dia tu happy good lucky n open mineded...dia tu samseng jugaklah bagi kategori perempuan kat sekolah aku. Kami berkongsi musuh ketat iaitu budak perempuan yang macam bohsia ayu kat sekolah tu nama dia Safura. Aku cukup menyirat tengok budak perempuan tu n hampir nak kena belasah ngan Mas Juliana. Selain Mas kawan yang best ialah Syed dan Fazli, yang lain ada jugak tapi aku nak cerita yang best jerlah kat sini. Syed tu lembut skit tapi kadang-kadang lembut banyak jugak. Fazli pulak pendiam orangnya n duk sebelah meja aku.......

Syed tu walaupun lembut tapi budak-budak lain agak takut jugak dengan dia cos dia tu agak kasar n tegap tubuhnya n berani pulak tu.....macam biasalah xtvt ponteng kelas merayau dah jadi xtvt aku ngan dia tapi jrang2lah kita oarang buat tu semua depend pada mood kita oranglah....yang aku agak geli hati yang Syed tu pernah bercinta dengan budak perempuan tapi tak menjadi...meraung jugaklah dia kecewa kikikiiiii....

Form 4 aku dah jadi pengawas sekolah konon-kononya nak menjaga keamanan sekolah tapi niat nak pakai baju warna biru jer, jahat betul lah aku waktu tu...tapi aku tetap jalankan tugas aku sebagai pengawas. Pangkat aku waktu tu ketua bahagia untuk budak Form2 kira bos jugaklah aku nie. Budak-budak cukup takut dengan aku waktu tu maklumlah aku kan senior dia orang.

Pada Form5 aku dah nekad untuk mula belajar bersungguh2 balik tapi macam biasalah hangat2 tahi ayam orang kata. Guru2 yang mengajar aku waktu tu semuanya best2 giler, semua guru2 aku Ketua Panitia sampaikan result exam awal tahun kelas kita orang menglahkan result budak kelas science semua guru2 terkejut, aku dapat 2A1( Prinsip akaun, agama), 1A2( bahasa Melayu) N bEberapa B termasuklah 1F (maths). Tapi ku sangkakan panas hingga kepetang tapi ribut petir ditengahari ( wahhhhhh bermadah lah pulak) semua guru2 yang mengajar aku tu kena tukar kesekolah Bestari yang baru di buka kat Daerah aku. Waktu tu tengah heboh pasal sekolah Bestari kononnya tapi hampeh sekarang nie result budak dia oarang. Guru2 yang ganti ala2 cukup karisma jer so kita orang mulalah bosan +malas+kecewa+malas=result SPM pun just suam2 kuku jerlah......

Waktu tu dah mula panadai nak explore apa tu cinta, tapi ada cinta antara kami yang songsang maklumlah ada yang keliru ngan gender masing2. Keliru pun kelirulah janji seronok waktu tu.

Waktu tu aku dah mula kecewa dengan nasib aku yang tak pernah beruntung macam orang lain yang cerdik pandai dalam pelajaran. Tapi semuanya berpunca dari aku jugak cos tak bersungguh2 belajar n terlalu bergantung pada guru2. Kita orang sekelas cukup sedih bila guru2 yang terbaik kat sekolah kami waktu tu dah tak mengajar kita orang......mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku cuma kami tak nampak jer waktu tu.

Aku nak cerita kat sini yang waktu tu aku ada seorang guru lelaki yang jadi musuh ketat aku ( Cikgu zUL rOBOT). Pada mulanya dia jadai cikgu yang aku amat suka sehinggalah dia meleser aku sampai kita orang lawan mulut jugaklah.....dia tu ketua disiplin kat sekolah aku tapi apa aku peduli lawan tetap lawan cos aku tak bersalah sehingga dia pernah sumpah aku supaya aku kena langgar lori bila balik sekolah.....amboiii sedap mulut dia kata macam tu kat aku, aku apa lagi lawanlah balik dia, aku kata ko tuhan ker nak doakan aku macam tu sekali n ko tak ada hak nak doakan aku macam tu sekali as seorang guru disiplin. Waktu tu budak kelas semua terdiam n dia pun terdiam, aku pun tak tahu macam mana aku boleh lawan dia n hilang hormat kat dia sampai macam tu sekali. Sebenarnya kita orang ada kes tapi malas aku nak cerita private skit. Lepas kejadian tu dia tak tegur aku sampailah akhir tahun. Dia tu suka bz body sangat hingga pernah dapat hadiah katak pada hari guru tahun tu oleh budak2 perempuan.....hahahahahhhh. Akhirnya dia minta maaf ngan aku n aku pun mintak maaf jugak dari dia.....alahhhh budak2 bukan pikir panjang pun dengan apa jua tindakan.

Walaupun kecewa kami ber3 still berangan kat sekolah tu n still ngan perangai happy good lucky kami.....tulah waktu awal di alam remaja yang penuh dengan angan2 dan keseronokan yang kekal menjadi memori yang indah sampai hari ini.... :)