Selasa, Januari 26

Pening aku dengan Orang macam ni.....

Tiada yang lebih mengatahui selain diri kau sendiri mengapa kau muncul bila hati ini dah tertutup rapat untuk diri kau. Kau datang memberi harapan dan bila aku berharap kau pergi hilang entah kemana dengan 1001 alasan dan bila kau perlukan aku kau muncul dan kau hilang kembali seperti halimunan. Kau anggap aku apa? sebagai teman ketika kau kesunyian atau bila kau perlukan seseorang yang boleh kau meluahkan segala kedukaan kau dan kau pergi bila kau dah tenang dan kau dapat apa yang mahukan?. Biadap betul kelakuan kau kan?.

Kau tahu kelemahan aku yang sesekali tidak akan membenci diri kau..kau ambil kesempatan di atas kelemahan aku untuk kepentingan diri kau sendiri...bijak sekali lakonan kau...Tapi tak apa, bak kata pepatah "Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari kau dapatlah Pembalasannya".

Selasa, Januari 12

"Jangan Biarkan Langkah Kita Terkunci Antara Kasih dan Budi"

Menjadi seorang yang dapat teguh berdiri di atas kaki sendiri adalah lebih baik daripada kita berdiri diatas bantuan "tongkat" orang lain. Termakan budi pastinya akan mengikat kita pada satu kaadaan atau tekanan yang kita sendiri tidak sanggup menghadapinya. Berusaha setakat mampu adalah satu tindakan yang paling bijak dan bukannya Aku bermaksud Aku tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun, tetapi Aku pernah menghadapi bilamana Aku seakan terkunci antara kasih dan juga budi. Ke kanan aku patah sayap ke kiri aku patah kaki dan yang dapat aku lakukan ialah hanya mengiyakan apa yang aku sendiri tidak bersetuju...terpaksa bersetuju dalam kaadaan di mana hati ini menafikannya...

Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran buat diri Aku. Kekadang ingin sekali menegur sahabat dan kawan-kawan supaya jangan terlalu mengharapkan bantuan orag lain tanpa usaha dari diri kita sendiri dahulu, tapi siapalah Aku untuk menasihati mereka semua. Ungkitan bisa membunuh kita bagi yang termakan budi...bukan mahu menjadi seperti "kacang yang melupakan kulit" tetapi tidak semestinya untuk membalas budi kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kita persetujui dan bukan menolak untuk membantu bermakna kita lupa budi, tapi kaadaan dan ketika yang menjadi penyebabnya. Acap kali Aku hadapi bila Aku terpaksa lakukan apa yang aku tidak ingini semata-mata untuk membalas budi bagi yang pernah berbudi pada aku dikala aku susah dan tak mahu dikata tidak mengenang budi. Kadang-kadang Aku dapat rasakan yang budi yang diberikan adalah perangkap samar yang hanya menunggu masa untuk membinasakan Aku...menunggu masa untuk minta pembalasan....adakah salah mereka? bukan...yang salah adalah Aku, Aku yang mungkin lemah ketika dalam kesusahan dan lemah serta buntu dalam kekalutan yang buat aku lemas untuk menghadapinya sendiri.

Kerana cinta juga buat kita buta...buta menabur budi pada tanah yang tidak subur, berbudi dengan harapan kita akan mendapat apa yang kita harapkan...harapan dengan erti kata cinta akan terbalas dan cinta akan semakin mekar...tetapi berbudi bukanlah bermakna cinta yang disemai atas dasar nama budi akan mekar mewangi kerana cinta itu terlalu sukar untuk dimengertikan dan ia tidak boleh dipaksa mahupun di semai di atas nama budi. Cinta itu datang dari hati yang iklas dan bersih.....Aku tidak menyesal jika cinta bukan untuk diriKu cinta yang datang sekejap itu adalah cinta yang palsu dan penuh penipuan...cinta itu akan Ku racun biar sampai jadi kering dan akan Aku ramas biar hancur...

Kini akau tanamkan azam yang Aku akan lebih berhati-hati antara kasih dan budi kerana Aku tidak mahu langkah aku terkunci lagi sehingga keputusan yang akan dilakukan bukan iklas dari lubuk hati ini....

Khamis, Januari 7

Untuk Sahabat dari Sahabat.....


Dan jika berkata, berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?..Sahabat adalah kebutuhan jiwa, yang mesti terpenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau bajai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lapar dan mencarinya saat jiwa butuh kedamaian.Bila dia bicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.


Dan bilamana ia diam, hatimu tiada ‘kan henti mencuba merangkum bahasa hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam rangkuman persahabatan, segala pikiran, hasrat, dan keinginan terlahirkan bersama dengan sukacita yang utuh, pun tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, janganlah berduka cita; Kerana yang paling kaukasihi dalam dirinya, mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana kasih yang masih menyisakan naluri, di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.
Kerana dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan.

note; Afiq,Retot, Chad, Nani, Bambang, Firdaus, Aniff, Moon, Ben, Khai, Friq,Bit, Khairul, Zaim...terima kasih kerana menjadi sahabat aku ketika aku butuh keseorangan..