Rabu, Januari 7

Aku serabut dan pening.........

Aku serabut dengan pening kepala sejak daripada ura-ura yang aku akan kena transfer ke Kota Kinabalu Sabah dalam masa terdekat ini.

Serabut kerana bermacam-macam yang terpaksa aku fikirkan, fikirkan kerjaya,hubungan, keluarga dan macam-macam lagi. Sedih bila aku mengenangkan nasib aku yang tak seberapa beruntung macam kawan-kawan aku yang lain. Kerjaya tetap dan terjamin,bahagia dengan orang tersayang dan keluarga bahagia. Aku semua ada, tapi agak terbatas kebahagiaan itu semua. Transfer ke sana bukan setahun dua tapi bermaustatin terus kat sana.....banyak cantik! kalau gaji dengan alowance yang aku terima berbalao tak apalah jugak, boleh jugak aku balik semenanjung 2 bulan sekali ni gaji ciput alowance jangan cakaplah buat sakitkan hati jer.

Malas nak tunjukkan wajah sedih dan sugul bila akau dapat berita ini sejak seminggu lepas, pasal berita ini jugalah aku bergaduh besar kerana kecewa dan tertekan. Bila asyik fikir buat kepala serabut dan pening jer.

Tengoklah, kalau jadi transfer ke Kota Kinabalu aku akan pergi tapi just 6 bulan sahaja yang aku boleh janjikan, dan untuk kekal lama disana tidak sesekali.

Tiada ulasan: