Khamis, Ogos 14

UiTM Dihatiku






Jun 2001 aku telah berjaya untuk sambung belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan
Sport Management (hons). Spot Management? aku kena bersukan ker? duduk kat padang bola ker? belajar untuk jadi cikgu pendidikan jasmani ker?, itulah soalan yang bermain kat benak aku waktu mula2 dapat surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tu. Aku tak pernah tahu dan tak pernah mintak pun jurusan tu that why aku duk pikir jer macam manalah dan apalah yang akan aku belajar kelak. Mula2 dapat surat tawaran aku 50-50 nak pergi atau tak sampai mak aku kata "wan pikirlah masak2 nak pergi atau tak, tapi ingat ramai lagi yang tak berpeluang belajar kat IPTA jadi kalau boleh jangan lepas peluang, pergi dulu masuk belajar kalau tak boleh jugak ikut kita pikirlah macam mana nanti" tulah mak aku kata waktu otak aku nie kurang berfungsi secara matang. Aku nie umur jer banyak tapi otak tak macam orang yang matang kadang2 tu. So dah sedia semua keperluang aku ngan mak bersama dengan kawan dia datanglah Shah Alam. Waktu itulah kali pertama aku datang ke Shah Alam macam rusa masuk kampung jugak lah ibaratnya aku. Setelah Orientasi 2 hari, aku masuk belajar dan kelas aku kat Stadium Shah Alam. Fakulti aku bersebelahan ngan fakulti MASCOM, Performing Arts. Masa hari pertama macam biasalah tak ada kawan tapi bila dah masuk seminggu aku dah hampir kenal semua classmate aku yang majori dari budak STPM ngan Matrikulasi. Waktu belajar kat UiTM tak ada yang menarik untuk di kongsi cuma yang bestnya aku dapat best friends macam Zaim, Retok, Aniff yang sekarang jadi housemate aku, Firdaus, Azhar,Hatta yang semuanya masih keep in touch ngan aku. Aku belajar kat UiTM 4 tahun cos aku tak larat nak bawak paper banyak2 sampai 8 paper satu semesta, so aku kurangkan paper untuk satu semesta jadi 5 paper sahaja dan yang selebihnya aku bawak pada tahun yang aku tambah tu. CGPA aku pun just cukup2 makan jerlah lagi pun aku tak minat sangat ngan subject yang menghafal fakta2 nie aku suka yang kira2 macam akaun. Sebenarnya Sport Management nie sama jer ngan Office Management cuma adalah skit2 diselitkan ngan sport, buku rujukan pun sama ngan budak dari Office Management dan kadang2 paper exam pun sama ngan dia orang. Aku nie belajar tak lah bijak sangat just biasa2 aje n kadang2 aku pikir jugak macam manalah sepupu2 aku boleh belajar sampai PHD hebat otak dia orang........masing2 punya bahagian dalam hidup yang telah Allah tetapkan janji kita tahu kelemahan dan kelebihan kita dan gunakan kelebihan kita untuk maju dalam hidup kita :)

1 ulasan:

@reniev berkata...

uitm usaha takwa mulia.....