Khamis, Ogos 7

Tetiba aku Ingat dan Rindu pada Lelaki yang aku Paling Cintai





Dialah buah hati aku, dialah lelaki yang paling aku sayangi dan rindui.......pada usia aku 6 tahun dia pergi dari dalam hidup kami buat selama2nya......petang sebelum dia pergi tinggalkan kami, dia ceria sepanjang hari sehari selepas keluar dari wad akibat sakit asma yang dia tanggung. Kerana asmalah dia jadi seorang yang garang ngan kami, aku cukup takut pada dia sama juga ngan adik beradik aku yang lain. Jangan kata tidak dengan setiap arahannya pasti kena pulas telingan....tapi segarang2 dia dialah buah hati kami adik beradik....dia penyayang bukan sahaja pada kami malah pada saudara mara kami yang lain. Dia cukup kami hormati.

Waktu tabika dia selalu jemput aku dari sekolah dan bawak aku jalan2 naik motosikal dia yang berwarna biru dan kadang2 bawak aku pergi minum kat kedai kopi dan kadang2 bawak aku pergi umah pakcik dia tengok orang proses gula melaka atau orang Terengganu panggil "gula nissan".

Malam tu dia sakit dada dan mula semput, aku waktu tu tak berapa tahu apa penyakit yang dia hidapi selama tu. Dia pergi diatas pangkuan mak aku, aku hanya sedar yang dia pergi buat selamanya setelah kakak aku beritahu......air mata aku mencurah2 walaupun aku tak berapa faham makna kematian tapi aku dapat rasakan yang aku akan kehilangan lelaki yang paling aku sayangi.....aku tengok mak aku waktu tu yang sebak menahan tangisan dan aku tengok adik bongsu aku yang baru berumur 8bulan yang tak tahu dengan apa yang sedang berlaku......sekejap sahaja rumah aku penuh dengan saudara mara. Urusan pengkebumiaan di urusan oleh saudara mara aku dan jiran tetangga.

Perginya dia mencipta sejarah baru dalam kehidupan kami sekeluarga...mak aku telah menjadi balu anak 9 pada masa itu.....aku tak dapat bayangkan perasaan mak aku waktu itu yang tentunya sarat memikirkan bagaimana nasib kami sekeluarga setelah dia pergi buat selama2nya. Mungkin aku akan gila kalau duduk ditempat mak aku pada masa itu memikirkan nasib dan masa depan anak2 yang masih kecil. Aku akui yang aku tidak setabah mak aku yang tabah membesarkan kami 9 orang adik beradik tanpa bantuan sesiapa pun.

Kalaulah tuhan beri peluang untuk aku memohon hajat yanag akan ditunaikan, aku akan minta kembalikan dia pada kami supaya dia boleh lihat kaadaan kami sekarang yang yang dah besar dan berjaya menjadi manusia. Saat hari raya adalah saat yang paling aku sedih bagi aku waktu aku kecil dahulu, sedih bila melihat orang lain ada ayah tapi aku hanya ada mak sahaja. mahu juga aku cium tangan dia pada pagi raya tapi Tuhan lebih sayangkan dia sebab tu Tuhan rampas dia pada kami semua. Tak sempat aku nak bermanja sepuas2nya dengan dia seperti mana orang lain yang manja dengan ayah masing2. Tak banyak memori yang aku ingat bersama dengan dia mungkin dia pergi pada usia aku yang masih kecil dan tak mengerti apa2 pada waktu seusia itu.....tapi sedikit memori ini akan ku ingati sampai aku mati.

Dia aku panggil "Bak", dialah ayah aku yang pergi buat selama2nya.....moga Tuhan tempatkan "Bak" aku ditempat2 orang yang terpilih.... Amin.

2 ulasan:

@reniev berkata...

al fatihah..

LOGIKA GADIS berkata...

Al-Fatihah... semoge rohnye berade di kalangan org2 yg beriman.. amin.