Jumaat, Ogos 8

Tingkatan 6 yang mEMbestkan Hidup aku

Result SPM aku just biasa jerlah just dapat tawaran ke kolej swasta jer, Kolej Sunway ada hantar tawaran tapi mana lah aku ada duit nak masuk kolej yang mahal mcm tu, so aku ambil keputusan untuk sambung tingkatan 6 di sekolah yang sama. bermakna aku akan habis waktu aku belajar selama 7 tahaun kat sekolah yang sama.

Nak buat macam mana, result tak cantik just form 6 jerlah tempat aku. Keluarga aku sederhana cukup makan pakai jer nak minta mak aku hantar aku tuisyen macam kawan2 lain tak sampai hati pulak cos aku tak nak pentingkan diri sendiri. Bawah aku ada 3 lagi adik yang masing2 bersekolah, aku pikir macam tak adillah aku nak minta mak aku hantar tuisyen sedangkan mak aku dah ada bebanan yang lebih penting. Ada orang kata duit bukan segalanya tetapi tanpa duit kita terpaksa lepaskan apa yang inginkan walaupun untuk kearah kebaikan. Mujurlah aku dapat biasiswa dari JPA dapatlah aku kurangkan beban mak aku dan boleh aku beli buku rujukan untuk belajar. Waktu sekolah aku tak pernah rasa mewah macam kawan2 aku tapi aku bersyukur kawan2 baik aku semua paham dan tak pernah sisihkan aku. Sekolah dari rumah aku lebih kurang macam dari Curve Damansara ke Mid Velly, tiap2 hari aku kayuh basikal untuk ke sekolah sampai kulit hangus terbakar akibat panas. Tapi akau tetap bersyukur sebab ramai lagi yang lebih susah dari hidup kami sekeluarga. Keluarga aku nak kata hidup susah sangat taklah jugak rumah aku kalau nak kira ngan rumah semi D kat bandar nie rumah aku lebih besar walaupun just umah kayu, tapi mungkin rezeki kami just setakat itu jer cukup semuanya tapi nak bermewah tak dapat.....besarkan kekuasaan tuhan kan? Aku bersyukur walaupun hidup tak mewah, mak aku tak pernah berhutang apa2 dengan sesiapa pun, tu semua berkat mak aku jual kueh-mueh dan niat iklas dia nak cari rezeki halal nak besarkan dan beri rezeki pada 9 mulut yang perlukan makan nie. Alhamdullilah aku dapat mak macam mak aku yang kuat, gigih tekun dan baik hati.

Lupakan kisah keluarga aku, aku cerita pun orang lain bukan faham pun kalau mereka sendiri tak tahu erti hidup susahkan? kalu tak setuju tak apalah, tu pandangan aku.

Form 6 aku dapat kawan sekelas yang baru yang asal dari sekolah2 lain sekitar daerah Dungun....waktu itulah aku kenal Mat Yie, Anuar, Che Wan, Rizal, Ramon, la,Siti,Rosni, Tengku,Misbah, Ja,Rohana pendek dan ramai lagi tapi aku lupa nama mereka tapi aku masih ingat mereka semua yang baik2 semuanya.....Form 6 nie nekad untuk berjaya dalam STPM nanti aku dah tak nak gagal lagi cukuplah 2 exam yang lepas....Subjects yang aku ambil ialah Pengajian Perniagaan,Sejarah,MUET,Bahasa Melayu paper wajid untuk STPM iaitu Pengajian AM.

Waktu form 6 memang seronok cos kami dianggap students yang matang dan banyak daripada kami jadi ketua dalam persatuan dan orang penting bagi wakil pelajar termasuklah aku jadi ketua bahagian dan AJK tertinggi untuk persatuan Pra U dan Pusat Sumber sekolah. Belajar macam biasa tapi kali nie lebih rajin dan matang dalam mengatur jadual belajar. Sunject yang paling aku suka ialah sejarah dan aku adalah best students untuk subject tu untuk result STPM sampaikan cikgu Rokiah kata kalaulah aku perempuan dah lama dia peluk aku bila dapat tahu result sejarah aku. Yang dia terkejut tu, aku sebelum nie tak pernah lulus pun subject sejarah tapi berkat aku belajar bersungguh2 pada saat akhir buat aku berjaya. Aku pun terkejut jugak cos waktu exam kedua2 paper sejarah iaitu Sejarah Dunia ngan sejarah Asia Tenggara aku hanya jawap 3 soalan daripada 4 soalan yang perlu di jawap kedua2 paper tu, nie bermakna kesemua soalan yang aku jawap aku dapat markah penuh. Sejarah dunia aku dapat A1 tau heheheeee syukurrr....

Waktu form 6 nie memang menyeronokkan cos dapat study ngan member2 yang best, guru2 yang ajar aku pun best, blajar pun dah macam budak2 kat university banyak kebebasan. Tapi perangai gile2 aku tetap ada tak berubah langsung cuma member2 yang berbeza. Tapi waktu form 6 nie banyaklah jugak drama yang berlaku mcm ada class mate bercinta lah, gaduh pun ada jugak skit2 yang best berbahas ngan cikgu2 tu yang paling best, cikgu kami pun jenis yang melayan so dah macam kawan pun ada. Aku ingat lagi cikgu2 yang mengajar aku mcm Teacher Mazmin, Cikgu Rokiah, Cikgu Abd Rahim, Cikgu Nazifah, Cikgu Azli yang suka berbahas ngan kami n sorang lagi cikgu yang aku lupa nam dia heheheee....

Mat Yie kawan baik aku waktu form 6 dan dia best students kat sekolah kami pada tahun tu...result STPM waktu tahun kami 100% lulus dan dalam 80% dapat masuk IPTA termasuklah aku dan selebihnya ada yang jadi nurse n masuk politeknik....Alhamdullilah semua berjaya dan akau tumpang gembira untuk semua.....rindu giler pada rakan sekelaS form 6 lam tak jumpa dan ramai yang dah hilang entah kemana....

Itulah saat2 tahun2 terakhir aku jadi seorang pelajar sekolah yang aku rindui saat tu...aku yakin semua orang rindu pada zaman persekolahan masing2 yang seribu satu pahit manis memori yang indah.....

3 ulasan:

LOGIKA GADIS berkata...

form 6 mmg best... ;)
nnti2 leh arrange reunion utk kali ke 2 k...

bungeCENGKEH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
JP ePah... berkata...

..erm...cam besh jek form 6..aku pown dpt result SPM yg bru nih truk gak..tapi tak thu nak msuk mne nti..mntk2 tawaran2 ade...YOUR STORY JUST GIVE ME AN InSPIRATION TO TAKE FORM 6 IF I DARE..er.rrr...wish me good luck..huhuhuhu...