Ahad, September 7

Ramadhan ke 7 Berbuka puasa dan Di Ampang Highlands...

Aku dah malas nak pikir dah saat sedih aku yang aku tanggung selama ini sebab aku dah jumpa cinta baru :) yang buat muka aku merah malu bila kawan2 usik.

Biasalah bila bersedih2 tu akan muncul lah bahagia kan? Semalam berbukak puasa kat rumah dengan Abang sahaja cos semua housemate aku tak ada kat rumah....... first ingat nak buka puasa kat rumah kawan dia kat subang tapi last minutes tak jadi pulak so aku dengan sesegera boleh pergilah beli juadah kat bazaar Ramadhan kat TTDI,yang aku beli 4 biji pulut panggang yang berharga RM1.50, ayam percik satu cucuk RM5.00, dan 2 potong puding carimel RM3.00 setiap satu so semua total RM17.00.....macam tulah hidup kat bandar besar KL nie semua benda mahal gaji jer yang tak bertambah2 lagi beb.......

Balik jer dari bazaar Abang dah sampai kat umah aku duk dalam kereta cian jer tunggu aku datang jauh2 dari Ampang......meh gosok kepala yang botak tu skit

Bukak puasa hari tu aku just masak nasi, goreng ayam dan goreng ikan pekasam yang Anif bawak balik dari Kedah hari tu dan tak lupa jugak acar buah yang Anif jugak bawak balik sedap sunggup, terima kasih Anif :). Kami berdua bukak puasa simple macam tu jer tapi sedap dan berselera sampai aku ngan dia tambah nasi 3 kali seronok aku tengok :). Selera aku dengan dia lebih kurang sama, orang kampung kata kan makan tak memilih.


Lepas berbuka dan solat Magrid aku ngan dia pun pergilah ambil angin dan destinasi kami ialah Bukit Ampang untuk tengok view Kuala Lumpur waktu malam, sebenarnya plan nie nak pergi malam kelmarin tapi tak jadi so semalam kita orang pergi. Semalam hujan so aku bawa sweater cos mesti sejuk punya bila duduk lepak kat puncak bukit.......sampai dalam pukul sepuluh kat sana. Memang cantik view KL kat atas puncak bukit tu,Abang terus capai kamera terus aku pun kasilah pose2 istimewa ngan dia untuk taruk dalam blog nie nanti....... Dalam setengah jam dia pun SMS Kubutoh ngan Si Kelly untuk joint dengan kita orang. Kelly ada kat umah mak cik dia kat Batu Cave manakala si Kubutoh ada kat umah member dia kat Subang dan janji nak datang tapi tunggu punya tunggu tak jugak muncul so kita orang pun turun dari Bukit Ampang dalam kul 11 dan buat perjanjian Syaitan dengan member2 jumpa kat Tasik Permaisuri port kitaorang.....sampai tasik ramai jugak orang lepak kat situ sambil buat tawaf ngan kereta kita otang pun park lah kete n ada sepasang kekasih kawan pada Abang kat situ so borak2lah kami.....tak lama lepas tu Kubutoh datang tapi tanpa Eki, katanya Eki ada assignment perlu diselesaikan.

Sempatlah jugak borak2 dengan member2 aku kat tasik tu, borak2 tentang kerja dan kehidupan kita orang..... Abang aku nie murah senyuman dan dia tu macam jadi kepala kepada group dia dan kawan2 dia hormat pada dia cos dia biasanya jadi tempat untuk mengadu dan luahan hati. Yang aku suka dengan dia tentulah sikap dan sifat dia yang caring,ceria setiap masa pada kawan2.

Makin lama makin ramai kawan2 yang datang tapi tak seramai malam kelmarin, kita orang pun pergi bersahur kata Hajris, tapi ikutkan hati nak bersahur makan nasi dagang kat kampung baru tapi bila ramai yang tak nak pergi Hajris lah tempat tuju kami. Aku bersahur ngan roti nan dan ayam tandoori manakala Abang aku sahur dengan 2 biji roti canai banjir, kuat sungguh dia makan......

Lepas bersahur kita orang balik semula ke tasik tapi kali nie siap main bunga api dengan mercun lagi yang dibawa oleh Alfried.....lepas main macam budak2 kita orang pun balik umah masing2 dalam kul 5 pagi......sampai umah gosok gigi dan solat subuh aku pun tido sampailah kul 11 pagi bangun dan jugak update blog yang dah agak lama aku tak update cos tak ada cerita yang nak tulis......

5 ulasan:

TUMPANG BLOG berkata...

kitaaaaaaaaa...... blushinggggggggggggggggggg ~

mesin.taip berkata...

alhamdulillah....

mesin.taip berkata...

semoga diberkati... :)

Hells Design berkata...

wannn....

@reniev berkata...

takdir cintalah tu wan.. katanyer...