Jumaat, September 26

26hb Balik Kampung

Nampaknya dapat jugak aku bercuti Hari Raya di kampung halaman di Terengganu setelah 2 tahun tidak dapat cuti raya sebab tugas yang tidak mengizinkan.....

Awal puasa aku begitu teruja untuk pulang beraya di Kampung tapi entah tetiba aku rasa agak terganggu bila waktu untuk balik ke kampung tiba.....hati berat kerana masalah yang menerjah masuk...menerjah masuk secara tiba-tiba tanpa diduga. Kesilapan yang tidak aku duga semalam buat aku kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana di saat ingin mengecapi kebahagian pasti ada sahaja masalah muncul.....entahlah aku kecewa sangat-sangat hari ini. Kesilapan demi kesilapan menembak aku kiri dan kanan sehingga aku tidak dapat menepisnya lagi....mungkin aku tidak faham hati naluri orang lain atau orang lain yang tidak mengerti apa yang aku rasa.

Mungkin aku kejam...kejam kerana tidak memahami hati dan perasaan orang lain, tapi siapa yang faham apa yang aku rasa? dalam hidup aku penuh dengan hipokrit....hipokrit ciptaan aku sendiri mungkin......Dalam menjaga hati orang lain, hati aku sendiri remuk hancur lulur....ada sesiapa yang ambil peduli? Tiada seorang pun....yang ubatinya adalah aku sendiri....kalaulah bunuh diri itu dibenarkan oleh agama yang aku cintai ini hari nie juga aku habiskan riwayat hidup aku, biar aku pergi dari dunia ini, biar orang lain gembira....gembira bila aku tidak menyakiti hati mereka lagi....

Tiada siapa faham perasaan aku, bila aku diam ada sahaja yang mencuit supaya aku melatah dan bila aku melatah, serang aku seperti aku yang zalim, seperti aku yang jahat, seperti akulah segala masalahnya berpunca....Yang dapat aku katakan sekarang hanya terima kasih kerana lakukan semua ini kepada aku

Aku mintak ampun dan maaf kepada semua yang aku sakiti dan zalimi selama ini....

Tiada ulasan: