Rabu, September 24

Kesilapan.....




Dalam kita bahagia, bergembira, pasti akan muncul kedukaan......kadang-kadang apa yang kita maksudkan tidak difahami oleh orang lain oleh kerana ketidakupayaan kita menerangkan sesuatu perkara yang tidak dapat kita tutur atau karangkan supaya maksud yang ingin disampaikan tepat pada tujuannya.

Sedih,kecewa,rasa bersalah bila aku telah buat orang yang aku sayangi sedih dengan tutur kata mahupun kelakuan aku yang sememangnya bukan bermaksud seperti apa yang dilihat atau apa yang dibaca walaupun aku iklas nan jujur.......aku cukup takut untuk berterus terang kerana setiap kali apa yang aku katakan sentiasa lari daripada maksud sebenarnya...aku tak marah pada sesiapa tetapi marah pada diri sendiri bila kelemahan aku untuk menerangkan sesuatu membuat orang yang aku sayangi terasa dan sedih......aku cukup fobia untuk berterus terang atau meluahkan isi hati kerana setiap kali aku luahkan apa yang terpendam akhirnya akan berakhir dengan kekecewaan dipihak lain.......

Daripada ini semua buat aku serik dan fobia untuk berterus terang ngan sesiapa, lebih baik aku simpan sahaja dalam hati daripada aku mengecewakan atau melukakan hati orang yang aku sayang.....lebih baik kita bunuh diri kita sendiri dengan menyimpan semua yang terpendam daripada menyebabkan orang lain kecewa dan terluka......Niat ingin membantu tidak semestinya kan diterima dengan hati yang terbuka,niat untuk membantu tidak semestinya dipandang elok,niat ingin membantu tidak semestinya dianggap iklas. Tiada guna bina sesuatu hubungan jika hanya di saat gembira kita bersama, bila hadapi kesukaran hanya mahu hadapi sendiri.

Mungkin niat tidak mahu menyusahkan orang lain adalah murni, tetapi adilkah pada orang yang menyayangi kita? Jika ya, apa guna perhubungan? apa guna janji susah senang bersama? Kadang-kadang aku terpikir apa gunanya aku jika tidak dapat menolong dan memikul beban masalah bersama dengan orang yang aku sayang.

Aku tahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....tapi berilah aku peluang untuk sama-sama memikul beban tu semua agak ia jadi ringan yang akhirnya menjadi ganjaran pada hubungan kita

Biarlah aku begini jika takdir begini.......

3 ulasan:

flyz berkata...

biasa rrr...mana de ari slalu cerah..so sediakan payung sblm ujan..ha..ha..i know u can do it..settle plahan2 k...

gd luck...

@reniev berkata...

betul cakap matahari... langit tak selalu cerah...

bungeCENGKEH berkata...

terima kasih semua, langit selalu cerah kadang2 mendung datang tak diduga