Selasa, September 16

Weekend Di Ipoh

"One night only"

Weekend lepas aku akhirnya telah sampai ke Perak dan ini adalah kali pertama aku kesana....My sweet pumkins telah bawak aku balik kampung dia kat Ipoh Perak.
Perjalanan ambil masa sepatutnya 2 jam sahaja melalui lebuhraya tetapi dia sengaja nak ikut jalan lama cos nak tunjuk aku daerah2 kat Negeri Perak nie....

Bertolak dalam jam 7 pagi setelah berpeleseran ngan member2 dah sanak saudara pada awal pagi untuk bersahur di Hajris....dalam perjalanan aku asyik terlelap cos mengatuk tapi Pumkins marah2 cos tak kasi kita tidur, katanya tak ada orang yang nak borak dengan dia.....sepanjang perjalanan hampir 10 kali aku terlelap sampai terbelik safety bell kat tengkok aku tak sedar.....

Selamat sampai sana dalam pukul 10 pagi dan selepas memperkenalkan diri pada emak Pumkins aku ngan dia pun masuk bilik sambunglah tido.....kul 12.30 tengahari aku bangun dan mandi. ingan nak sambung tido sampai kul 3 macam tu, tapi bila ingat umah orang tak sopan pulak bangun lewat2 nie kan...kita kan orang Pantai Timur mestilah bersopan santun kan? Tapi dia punya tido pukul 3 baru bangun tu pun puas kacau suruh dia bangun....

Dalam pukul 4 buah hati sorang nie ajak round2 bandar Ipoh, kaadaan Ipoh waktu tu cuaca agak mendung dan seronoklah untuk round2 cos tak panas.Dia duk ambik pic kat bandar Ipoh tu nak buat apa pun tak tahu, adalah kerja dia tu nanti agaknya....lepas round2 kita orang pun pergilah bazaar ramadhan kat sana, bazaar dia biasa jer tak sebesar bazaar kat sini.....

Malam tu,Pumkins ajak makan chau kuew teow kat dataran Ipoh, punyalah sedap tuhan yang tahu, lepas makan terus pengsan tak sedarkan diri tau kikikiiii propa jer...tapi Chau kuew teow memang "superd" gua cakap lu tapi sedih kuew teow dia taruk sikit jer...nak tambah tapi orang tu marah tak kasi makan banyak takut bini gemuk kot huhuhuuuu....

"santapan diraja yang berharga RM4.50 sebab tambah udang lebih"

"Pose skit :)"

Dah kenyang kita pun dibawa jalan2 kat stesen keretapi Ipoh , memang cantik bangunan tinggalan zaman kolonial tu....sempatlah jugak pose2 ala ANTM kat situ sebagai kenang-kengan kita berdua....kat situ jugak tempat cur PLU Perak tapi sedih2 pengunjungnya, majoriti India yang berperut buncit tapi jalan melenggang.

"Ada gaya macam Heidi Klum tak?"

"hayati sejarah"

"Hasil daripada jurugambar amatur"



"pose yang menarik untuk dikongsi bersama"

"Batu gajah yang akhirnya berada di tapak tangan ku hahahahhh"

Ada jugak buah hati kita bawak round2 kat bangunan bersejarah kat Ipoh tu termasuklah sekolah dia dulu yang terkenal kat Ipoh tu ST Micheal....kul 12 macam tu dia hamtar aku balik umah dia n dia keluar balik untuk jumpa geng2 dia yang duk melepak kat warung minum2. Aku tak nak ikut cos nanti banyak soal jawap pulak tu yang malas nyer.



Ke esokan harinya kita orang bertolak balik dalam kul 3 petang dan before tu sempatlah jugak beli sedikit buah2an kat Ipoh untuk dibawa balik untuk housemate aku yang duk sms sejak aku kat Ipoh lagi katanya risau pasal aku ( entah yer entah tak )


Dalam jam 6 lebih sampailah Damansara dan kami pun bukak puasa kat Damansara jerlah terus....mujurlah restoran tu masak sedap sampat ketat lah jugak peruk aku nie nak habiskan makanan.... Dah makan kenyang2 kita orang pun berpisahlah buat sementara waktu balik kerumah masing2.....tak sampai sejam terus rindu-rindu macam sebulan tak jumpa....

Thanks sayang sebab bawak balik kampung , dapat jugak kenal Ipoh Perak.

XOXOXO

2 ulasan:

TUMPANG BLOG berkata...

saya..
saya sayang..
saya sayang awak..
saya sayang awak banyak-banyak..

flyz berkata...

oit...waa...apynyer..jeles ngn ko, ada hubby yg penyayang..aku doakan korang apy sokmo, tumpang gumbira tuk ko..he..he...chow!