Jumaat, Oktober 10

Takdir cinta harus begini

Sewaktu diatas Ampang Hill diawal hubungan

Aku tak faham apa kena dengan aku sekarang nie....banyak sangat dugaan dari luar yang buat aku asyik berfikir hala tuju kehidupan peribadi aku yang aku semai dan aku bajai selama ini adakah akan membuahkan hasil kebahagiaan atau sebaliknya..... Sifat panas baran, jelous aku dan kadang-kadang sikap sinis, buat aku bimbang yang aku akan musnahkan apa yang telah kami semai dan usaha selama ini.....Bila bersuka ria, tetiba ada sahaja isu yang dicipta sendiri yang mengugat hubungan ini sampai aku dah naik rimas ngan apa yang berlaku.....Rasa sayang semakin menebal setiap hari walaupun banyak dugaan yang datang untuk menguji sekuat mana hubungan ini.

Aku takut dia lemas dengan apa yang berlaku, lemas ngan sikap aku yang kadang kala tidak matang dalam menguruskan sesuatu masalah atau perkara yang timbul dalam hubungan kami. Aku cuba jadi yang terbaik, buat dia bangga dengan aku sebagai kekasih hati dia.....tapi aku rasa akau tidak sampai lagi di tahap itu dan masih jauh rasanya untuk ketahap itu..... Aku siksa perasaan dia, aku banyak menguji kesabaran dia...jahat sunggup aku terhadap dia. Sedangkan dia sikit pun tak pernah lakukan semua itu terhadap aku.....kejamnya aku pada dia. Dah banyak mana air mata kami keluar bila mengenangkan nasib cinta kami....sebenarnya kami yang lakukan ini semua terhadap cinta kami terutama aku. Kejujuran dia aku ragui, walhal akulah segalanya bagi dia....aku takut aku yang akan hancurkan semua ini dengan sikap aku yang tak pernah berpuas hati dengan layanan iklas dia.....berdosanya aku pada dia.

Takut....takut kehilangan apa yang aku sayang selama pergi selama-lamanya bersama tangan yang lain.....apa ada pada aku untuk mengikat dia? harta apatah lagi rupa paras yang elok tidak ada pada aku....yang ada cuma keiklasan dari hati ini sahaja yang aku dapat cagarkan.Mungkin aku tak sehebat yang lain, tapi aku akan cuba untuk jadi hebat dengan cara dan apa yang aku ada.... Biar aku hidup seperti ini, andainya takdir cinta harus begini. Aku telah ambil keputusan untuk tidak akan terlalu menonjol kan diri dan hubungan ini, biarlah hanya mereka yang aku rasa rapat sahaja yang tahu kewujudan hubungan ini...aku yakin yang dalam 10 orang yang menetahui hubungan kami, belum tentu ada 2 orang yang suka melihat hubungan ini berjaya....Tapi aku amat berbangga kerana ada juga orang disekeliling kami yang suka melihat kami bahagia... Akan aku pertahankan hak aku daripada apa jua yang mendatang semampu boleh dan tak kan aku biarkan sesiapa pun yang cuba menguji hubungan ini Aku hanya mampu untuk berharap supaya keteguhan hati kami dapat menempuhi semua dugaan ini bersama-sama. Jika berjaya, kamilah yang paling behagia.

Aku bersyukur kerana ditemukan dengan si dia, si dia yang cukup faham dengan sikap dan perangai aku walaupun hubungan kami masih lagi teramat muda....kematangan dia banyak membantu aku untuk mengawal emosi aku yang kebudak-budakan kadang kala ini.....tak pernah terpancur pun kata-kata bosan terhadap kaadaan kami sekarang..... Aku harap ini adalah permulaan pada kebahagiaan kami...walaupun banyak ketidak serasian antara kami berdua, tapi aku yakin kami akan bahagia jua nanti. Tidak serasi belum tentu tidak menjadi......keserasian akan ada, tapi biarlah ia datang dengan sendirinya......yakinlah sayang

Tiada ulasan: