Isnin, Disember 28

surga itu terletak dibawah kaki ayah dan ibu, tetapi jangan taruk maruah kita dibawah tapak kaki orang lain. Chapter #3

Ayah dan Ibu...adalah wali keramat, pada mereka kita beri hormat....pakailah tunjuk ajar dan nasihat supaya hidup kita akan selamat....Dengan mereka jugalah bermulanya hidup kita sebagai manusia dimuka bumi ini, kita tidak dapat memilih siapakah yang akan melahirkan kita di muka bumi ini melainkan Dia yang yang diatas menentukan segalanya. Ibu bapa kita adalah sebaik-baik terpilih untuk kita

Walaupun kita tahu Syurga itu terletak dibawah kaki ayah dan ibu tetapi acap kali kita lupa dan alpa. Acap kali juga kita meletakkan maruah kita bukan dibawah tapak kaki mereka tetapi kita dengan tanpa maruahnya meletakkan maruah kita di bawah tapak kaki orang lain.

Kita tanpa rasa bersalah pada diri sendiri sewenang-wenangnya meletakkan maruah kita dibawah tapak kaki orang lain kerana ada kalanya unruk mengejar cinta, untuk mengejar kuasa dan ada kalanya untuk mengejar harta....Berbaloikah jika cinta yang kita perolehi itu diberikan setelah maruah kita diletakkan sehinanya? Berbaloikan kuasa yang kita perolehi itu dibanggakan setelah meletakkan maruah dan nama baik kita sejijik ? Dan berbaloikah segala harta yang kita perolehi itu diperolehi dengan memhamba abdikan diri sendiri sebuta-butanya untuk kepentingan jahat orang lain?

Tak perlu merayu dan tak perlulah menagih simpati pada sesiapa untuk mencapai apa yang kita inginkan selagi tulang empat kerat ini masih bisa berbakti...fikirkanlah maruah baik diri sendiri, kerana apalah gunanya hidup jika maruah sendiri tiada nilainya....Jangan mengharapkan sesuatu itu akan datang bergolek tanpa dipanjatkan doa dan usaha yang gigih. Gunalah akal, kerana kita dikurniakan akal yang bisa berfikir dengan sewarasnya...biarlah akal dan hati bersatu untuk menentukan perjalanan hidup kita sendiri.

Jangan sesekali meletakkan harga diri kita dibawah tapak kaki orang lain kerana maruah adalah satu-satunya harta yang akan kita dibawa bersama sehingga mati....

Tiada ulasan: