Selasa, Disember 29

Erti Hidup....

Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu...

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...

TIdak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kank u kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
TIdak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


Tiga hari lagi 2009 akan melabuhkan tirainya dan 4 hari lagi tirai usia 28 tahun aku dimuka bumi ini juga akan Ku tinggalkan buat selama-lamanya...

2009 banyak meninggalkan kenangan indah mahupun yang pahit...tapi yang pahit biarlah aku jadikan pedoman hidup ini dan tak perlulah aku kesali lagi dan biarlah ia dapat menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan kuat dari semalam....

2009 juga banyak mengajar aku dalam erti kekeluargaan,persahabatan,kerjaya dan masa depan. Apa yang aku bangga dengan diri sendiri ialah aku tidak pernah kesal dengan apa yang telah berlaku, aku sentiasa berfikiran positif bila ketenangan dari segala kekusutan aku temui.

2009 juga banyak menyaksikan liku-liku kehidupan yang terpaksa aku harungi...harungi hidup jauh di Timur Malaysia seorang diri tanpa sesiapa pun dan keberanian untuk pulang ke Semenanjung tanpa sebarang cagaran yang aku akan berjaya. Tetapi keberanian itu jugalah yang telah mengajar aku untuk tidak lagi pandang kebelakang dan teruskan kehidupan ini. Aku tidak sesali jika aku kurang berjaya jika dibandingkandengan saudara mara yang seusia aku yang jauh berjaya dan aku juga di rasa rendah diri bila dibandingkan dengan rakan-rakan sekolah mahupun Universiti dahulu yang jauh berjaya dari apa yang aku ada kerana aku yakin aku ada cara serta arah tujuan Ku sendiri.

Tiada angan-angan mahupun harapan pada 2010 nanti kerana bagi aku, tahun bersilih tahun hanyalah angka yang bertambah tetapi arah tujuan dan harapan adalah datang dari diri aku sendiri...cuma yang aku pohon kepada NYA agar aku diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan NYA dengan rezeki yang halal serta jadikan aku seorang manusia yang lebih baik dan mulia dari hari semalam....Tak akan aku sesali dengan apa yang telah aku lakukan kepada orang lain mahupun apa yang telah orang sekeliling aku lakukan kepada diri aku kerana aku tidak mahu lagi berada disitu memikirkan apa yang telah berlaku...apa yang telah berlaku tetap telah berlaku dan biarlah ia menjadi sejarah hidup aku. Biarlah aku kemudi hidup aku ini menentukan arah yang aku pilih biarpun arah yang aku pilih itu melawan arus...selagi ada kudrat selagi itulah akan aku teguh berdiri dengan kaki sendiri.

Aku akan halalkan segala apa yang telah orang lain lakukan kepada Aku, kerana bagi Aku memaafkan di atas segala kejahatan dan kesilapan orang lain ke atas diri Aku akan meringankan bebab hidup aku...aku tidak mahu membebankan hidup ini dengan memikirkan apa yang telah mereka lakukan ke atas diri aku selama ini dan malas untuk memikirkan nya...biarlah segalanya pergi dari hidup Aku seperti angin yang membawa debu kotar pergi jauh dari hidup ini. Aku juga berharap mereka-mereka yang pernah Aku sakiti memaafkan segala kejahatan dan kesilapan yang telah Aku lakukan terhadap mereka kerana Aku juga insan biasa yang bukan bersifat "MAKSUM".

2010 Biarlah menjadi lembaran baru dalam hidup aku dalam meneruskan kesinambungan hidup ini jika dipanjangkan usia olehNYA. Tidak mahu menyesali apa yang belaku,berikan kekuatan pada diri Ku untuk mengemudi arah tujuan Ku, berilah petunjuk yang jelas dan luruskan perjalanan hidup aku ini selagi Kau mahu Ya Allah,Juahkan lah hati Ku dari hasad dengki sesama manusia,jadikanlah Aku manusia yang disayangi oleh ahli keluarga dan para sahabat yang Aku ada. Senangilah aku dikalangan mereka dan jauhkan lah juga segala kecelakaan dalam hidup Kami....Biarlah aku hidup dengan cara hidup aku sendiri yang tidak terpesong dari nas-nas yang sepatutnya...jadikan Aku seorang yang kuat dan tabah mengharungi segala dugaan Mu sepanjang hidup Ku nanti......

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

3 ulasan:

flyz berkata...

yeah...wish u luck beb!

shahril.hussin berkata...

selamat tahun baru wan..moga kita akan kecapi setiap niat 2010 yg kita pasang, berjaya dalam hidup itulah mision kite yg sepatutnya, jgn risau wan selagi kita masih bernafas selagi ada kudrat, kita pasti akan pasrah pada kehendakNya,

wan, sy harap wan berjaya mengharungi penghujung 2009 dengan tabah, percaya atau tidak itulah kudrat sebuah kehidupan, jaga diri elok, pikirkan masa depan.

bungeCENGKEH berkata...

Thanks Matahari dan tak lupa juga kat kasih.tangis...moga 2010 memberi harapan dan kebahagian kepada kita dalam apa yang kita inginkan...yang lepas biarlah jadi sejarah dan yang penting hidup harus diteruskan sebaik mungkin ..

XOXOXO