Selasa, Disember 22

Rome was not built in one day. Chapter #2



Rome dibina dengan titisan darah, keazaman, kecintaan dan kekuatan untuk membina sebuat Tamadun Bangsa yang gah....

Rome was not built in one day sayang, ia dibina dalam jangka waktu yang panjang yang penuh dengan jalan-jalan cerita yang penuh dengan kegembiraan dan kedukaan. Untuk berdiri teguh sebagai sebuah Tamadun Negara Bangsa yang gah dan digerumni, Rome tidak terlepas dengan perbagai dugaan yang datang dari dalam dan luar tamadun itu sendiri. Rome didengki oleh pelbagai pihak yang cemburu dengan keutuhan dan kekuatannya. Walaupun Rome adalah kuasa yang besar dan ditakuti oleh negara-negara lain, ia tidak terlepas daripada ancaman luar yang sentiasa mencari ruang untuk menghancurkannya.

Jika Rome dibina bukan di dalam satu hari, begitu juga hubungan kita manusia sesama manusia atau kita dengan Pencipta. Tiada yang mudah dan datang bergolek jika tanpa usaha yang gigih dan tawakal serta kepercayaan terhadap hukum Karma yang kukuh. Acap kali kita kecewa dengan usaha mahupun hubungan yang gagal ditengah jalan tetapi kita acap kali juga lupa yang kegagalan itu adalah pemangkin kejayaan dan pengajaran yang berguna kepada kita untuk melangkah kehadapan.

Jika rakyat Rome bermandikan darah untuk membinanya, begitulah juga kita dalam mengejar impian. Kita bukan insan terpilih yang dilahirkan "didalam dulang emas", kita adalah insan biasa yang perlukan semangat yang kental untul mengejar impian. Jangan berputus asa jika kita gagal hari ini dan jangan menangis jika kita dikecewakan hari ini....hari besok masih ada dan mungkin hari besok akan menceritakan segalanya mengapa kita gagal pada hari ini.

Jika Rome ditikam dan dikianati oleh rakyatnya sendiri, tidak mustahil juga kita akan ditikam dan dikianati oleh orang yang paling kita percaya. Biar ada sedikit syak wasangka di dalam perhubungan dan jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi kelak jika kita ditikam, bisanya amatlah pedih.

Jika Rome pernah mengecapi kegemilangan, tidak mustahil kita juga akan mengecapi kegemilangan didalam hidup kita dengan cara kita sendiri. Tetapi janganlah pula kita riak dan takbur bila kita dipuncak sehingga lupa rumput dibumi....jangan terlalu dikejar bintang dilangit sehingga lupa untuk berpijak dibumi yang nyata....Biarlah kita dibumi yang nyata kerana yang nyata itu lebih indah daripada ilusi...

1 ulasan:

flyz berkata...

Motivasilah diri sntiasa...moga kita sentiasa bersemangat meneruskan perjlnan idup... ; )