Isnin, Disember 21

"Jangan sesekali terjun dengan kedua2 belah kaki bila sukakan sesorang". Chapter #1




"Jangan terjun dengan kedua2 belah kaki bila sukakan sesorang". Chapter #1

Jangan sesekali kita menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu hubungan baik hubungan istimewa mahupun dalam persahabatan. Jangan kedua-dua belah kaki kita terjun dalam sesuatu hubungan kerana jika kecewa ditengah jalan kita juga yang akan merasa sakitnya...sakit bila harapan yang dipertaruhkan berkecai akhirnya apatah lagi tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri.

Aku acap kali terasa sakit dalam perhubungan kerana aku seperti tidak pernah belajar dari sejarah lalu...kesilapan yang sama aku lakukan bila membuat keputusan berkaitan dengan hati dan perasaan. Kelemahan aku ialah, aku cepat menaruh harapan pada sesuatu yang tidak pasti. Aku tidak pernah tidak iklas dalam mengadakan hubungan tetapi seperti kata bidalan "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Aku tidak salahkan pihak kedua jika hubungan yang diharapkan musnah ditengah jalan mahupun di awal perhubungan, aku jadikan kegagalan itu ialah berpunca dari aku dan kelemahan aku lah yang menyebabkannya gagal. Adalah tidak bijak jika aku menyalah kan pihak kedua kerana bagi aku, jikalau aku sempurna tentu kegagalan ini tidak terjadi.Tapi ada akah manusia itu sempurna ? Tentu sekali tidak kan?.

Yang telah berlaku biarlah menjadi sejarah...sejarah yang mengajar erti hidup dan sejarah yang mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam menaruh seribu satu harapan yang belum pasti....yang pasti persahabatan itu satu hadiah yang amat bernilai harganya. Dan jika bukan cinta yang diberikan biarlah ia digantikan dengan persahabatan yang iklas bukannya kerana belas kasihan.

Aku harap aku tidak lagi terjun dengan kedua-dua belah kaki didalam memperjudikan perhubungan yang belum pasti....Kegagalan hari ini bukanlah bermakna kegagalan untuk hari besok kerana hari besok masih di Alam Ghaib...

2 ulasan:

nanisha berkata...

i'm proud of u. berkesan sungguh hasil pengajaran chad. *hugs*

bungeCENGKEH berkata...

hahaha....thank Nani...dia kan mentor I