Sabtu, Mac 14

Mudahnya melupakan segalanya....

Mudahnya melupakan sesuatu yang kita amat sayangi sekelip mata sahaja dan sekelip mata juga berubah.....Mudah juga untuk mencari pengganti kepada apa yang telah kita buang.....Mungkin kerana bertapa mudahnya kita mengutip apa yang kita buang sekarang tanpa rasa sedih mahupun terkilan....

Aku di seberang laut ini setiap hari dan setiap saat asyik memikirkan apa lagi yang kurang mahupun silapnya aku.....Mahu pasangan yang sehati sejiwa aku rasa mustahil untuk dicari, kerana manusia itu berbeda-beda dan apa gunanya mempunyai kekasih yang tidak menegur dan menasihati kita jika apa yang kita lakukan itu silap atau tidak kena.

Ego...ye Egolah yang merosakan segalanya, ego untuk mengaku kesilapan dan ego untuk menghargai apa yang kita sayang.....kalau dari awal lagi menganggap bahawa hubungan istimewa yang ku sangkakan ini rupanya menjadi beban pada dia jadi sudah terang lagi bersuluh kemana pengakhirnya.....

Bodoh dan bodoh lagi aku berkorban, berusaha tetapi inilah jalan kepada penghujung hubungan aku....hubungan yang aku yakin iklas tetapi penuh dengan tipu muslihat yang menyakitkan hati.....Bukan meroyan atau gila, tetapi terkilan bertapa mudahnya melupakan aku yang keseorangan di sini.....yang meronta-ronta untuk tidak berjauhan tetapi ini yang aku dapat akhirnya....bebaslah engkau wahai burung, bebaslah engkau terbang di angkasa raya dan bila penat hinggap jua engkau diranting kering ini

HILANG DALAM TERANG

Fajar menyingsing
Bulan masih mengambang
Dan kita pun berhenti
Di pinggir jalan
Di sinilah keluhan yang membuka mata ku
Dan layu sekuntum mawar
Yang hendak ku berikan pada mu

Mengapa kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan
Menolak kebenaran
Setelah aku dilanda gelora
Mabuk asmara
Sedangkan engkau tahu
Kelemahan ku mudah jatuh cinta

Mengapa begini kau akhiri
Dengan menyingkap tabir rahsia
Percintaan kamu berdua
Terjaga mentari
Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang malam
Ku hilang dalam terang

Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang malam
Ku hilang dalam terang

2 ulasan:

shahril.hussin berkata...

sabar wan..pasti ade hikmah tersirat dlm yg tersurat... berpijak pada bumi yg nyata...

pastikan diri...masih ade yg syg kamu di luar sana...

taking care..

We Fly berkata...

abg wan...mcm adik ckap..anggap je kisah lepas tu cuma satu baris ayat dalam novel khidupan kita..panjang lagi novelnya

abg jgn sedey2..truskan mengarang novel hidup ni tnpa putus asa..novel ini titik noktahnya hanyalah pada ahri kematian kita