Isnin, Mac 23

Sesungguhnya lidah boleh berkata-kata......


Kekadang lidah lebih tajam dari mata pedang....mudah mengatakan apa yang ingin diperkatakan tanpa memikirkan apa yang akan berlaku besok...lusa...atau masa hadapan. Tidak pernah aku menghalang kebebasan dia cuma yang aku halang ialah perkara yang berkaitan dengan aku dan hubungan aku.....lebih daripada itu aku tidak pernah sentuh.

Selalu mengatakan yang aku banyak menghalang dia lakukan ini lakukan itu....tapi bila aku tanya apa yang aku halang dan menyekat kebebasan dia tidak pula ada jawapannya.....memang aku ada beberapa perkara yang aku larang atau harapkan daripada dia, tapi bila aku tanya adakah apa yang aku halang dan larang itu ada kah benda yang baik dan bagus yang dia lakukan atau apa yang aku larang itu benda yang tidak bagus, tiada pula jawapannya.Adakah suruh menyimpan duit untuk sambung belajar dan tamatkan broadband RM130 sebulan sedangkan duit sebanyak itu boleh serba sedikit menampung apa yang lebih penting adakah itu benda yang jahat? larang melakukan apa yang salah dan tak patut dikira salah? salah ker ingin kan yang terbaik untuk kekasih hati kita pada masa hadapan?

Canang sana sini yang kononnya aku konkong hidup dia sampai tidak boleh jumpa kekawan dia, Ya Tuhan apa nie semua pembohongan besar sangat dan bila berpisah anggap satu kejayaan dan pembebasan dari belenggu aku, apa nie semua.....Sedih bila orang yang pernah aku sayang bogelkan aku depan kekawan, kalau betul tak apa ini fitnah semua.....Bila minta penjelasan kata mulut aku macam "PANTAT JAHAT" inilah lelaki yang pernah sentiasa maki hamum kat aku...alang2 dia BOGELKAN aku biar aku berbogel terus. Dua minggu aku diamkan diri dan tidak ganggu dia lagi setelah dia putuskan segalanya tetiba akau dapat tahu yang dia beritahu dan bangga yang sudah bebas daripada aku dan boleh teguk arak dan berpoya-poya dengan anak-anak ikan lain. Aku tak kisah dia nak buat apa pun tapi jangan BOGELKAN AKU kat sesiapa pun. Yang lepas biarlah lepas tak perlu nak burukkan atau salahkan sesiapa. Baru sebulan tidak ke Club sudah merana macam dunia ini nak kiamat.....hairan sungguh hairan.....yang benda tidak penting hendak pulak dikejar tapi benda yang berkaitan masa depan 1001 alasan diberi. Maaf Sebab aku tulis ini semua dan tak patut aku lakukan begini tapi aku ingat bila aku diam semua perkara jadi seperti normal. Bagi aku tak perlu kita hendak burukan orang yang pernah kita sayang pada orang lain keranA sejahat-jahat dia dan seburuk-buruk dia, dia adalah orang yang pernah kita CINTAI & SAYANGI. Biarlah yang baik dan buruk itu menjadi rahsia antara kita dengan dia sahaja dan tak perlu diberitahu kepada umum dan menjadi kebanggaan kerana mereka di luar sana hanya "BERTEPUK TANGAN SAHAJA".

Memang selalu mengatakan itu duit dia dan aku tiada hak untuk halang dia dan dia yang mengaturkan hidup dia sendiri....betul memang tepat dan padat amaran itu, tapi apa guna aku? apa gunanya aku dalam hubungan ini? adakah aku sekadar teman bersuka ria? teman waktu suka dan senang dia? kalau itu yang dia mahukan, maaf aku katakan aku bukan apa yang dia cari. Carilah orang lain yang boleh ENJOY dan boleh dibawa berjimba-jimba setiap malam minggu kerna aku orang yang salah. Enjoy memang boleh tapi biarlah berpada-pada dan jangan tarik muka dan naik darah kalau tidak boleh berjimba-jimba setiap minggu seperti mana waktu kita single dulu. Adakah tidak ke club akan menjarakkan hubungan dia dengan kawan-kawan dia yang mana juga kawan-kawan aku? tidak sama sekali kan? Kejayaan adalah untuk dia dan bukan untuk aku, cuma aku ingin melihat dia berjaya dalam hidup dia pada tahap yang lebih baik, lebih baik dari sekarang kerana aku yakin dia mampu jika ada kesungguhan dan fokus untuk berjaya....Tapi sayang seribu kali sayang tidak sesekali aku nampak kesungguhan itu. Tak boleh memang aku tak boleh lihat ini semua....cukuplah...

Berhati-hati dalam bergaul aku pesan sebab takut orang boleh kata apa sahaja dan tabur fitnah.....sekali dua boleh aku tahan dan buat tak tahu tapi kalau dah acap kali meletup juga gunung berapi ini. Mustahil untuk cari pasangan yang sama dengan kita, sama citarasa dan sama kehendak...berbezaan inilah yang patut kita gunakan untuk tegur menegur antara satu sama lain apabila ada kesilapan dan kelemahan kita, tapi kalau EGO melampaui segalanya nampaknya hancurlah hubungan.Ego sehingga tidak pernah memohon maaf atas kesalahan, tak pernah merendah diri memohon maaf di atas kesilapan itu yang pasti.....memang aku seorang yang keras lagi sinis tapi aku akan akui setiap kesalahan yang aku lakukan baik dengan sesiapa pun.

Baguslah jikalau pemergiaan aku dalam hidup dia memberi satu kehidupan yang baru kepada dia yang penuh dengan kesegaran, maknanya pemergiaan aku dalam hidup dia adalah seribu rahmat dan itulah yang sepatutnya lagi. Tidak hairanlah kalau dia mengatakan dia tidak suka pada hubungan ini pada awal lagi dan mungkin dia terpaksa kot menyayangi aku, kenapa terpaksa? hanya dia ada jawapannya. Bukan sahaja hubungan dengan aku malah dengan hubungan yang lepas-lepas sebab katanya, dia cepat bosan dengan seseorang....hahh terang lagi bersuluh.

Selalu kata aku cuba halang dia berjumpa dengan kawan-kawan dia...disini aku mahu tanya siapa yang dah malu untuk beritahu yang kami mahu ke Johor Bharu untuk melawat seorang kawan disana? aku dah malu untuk beritahu yang kami akan kesana....banyak sangat alasannya. Itu kah salah satu contoh yang aku cuba pecah belahkan persahabatan mereka? Banyak benda tuduh aku lakukan ini....buat itu...larang ini....larang itu....tengking aku, maki aku, ada aku taruk didalam hati? Tuduh aku tinggikan suara dan kurang ajar bila dalam talian....bukan aku kurang ajar tapi telinga aku PEKAK SEBELAH DAN AKU TIDAK SEMPURNA MACAM ORANG LAIN DAN dah berbuih mulut aku beritahu yang aku PEKAK. Biar aku malu dalam Blog ini dan dia orang yang pertama tahu yang AKU PEKAK dan aku kurang pendengaran dan sukar untuk aku faham apa yang dicakapkan oleh orang lain lebih-lebih lagi dalam talian......bukan meraih simpati tapi biarlah orang tahu daripada dituduh bukan-bukan.

Biarlah orang kata aku jahat, mengongkong, sombong dan sebagainya kerana aku masih lagi ada yang sayang pada aku. Biarlah aku malu mengaku pekak dan biarlah apa orang nak kata selepas ini kerana aku tahu aku tidak mencari musuh dengan sesiapa pun dan jikalau aku dipulau atau dipandang sinis aku tak kisah kerana itu hak mereka.....berbahagialah kamu dengan kelahiran terbaru dan aku doakan kau bahagia dengan apa yang kau lakukan antara kita dah tiada apa-apa ikatan lagi dan biarlah masa yang menentukan....Baru bergaduh sudah mengaku single di G4M dan adakah salah aku kerana tidak peluk bila berjumpa di Kota Kinabalu? Adakah salah aku jika layanan aku dingin? perlukah aku berpura-pura yang dia masih lagi milik aku? dan perlu kah lagi aku berharap? PERLUKAH itu semua aku lakukan setelah dia dengan berbesar hati mengaku yang sudah putus dengan aku dan mengaku SINGLE DI PROFILE G4M?. Baru seminggu berpisah sudah berjimba-jimba di Club tak ingat dunia adakah perlu lagi aku berharap?. Sudah banyak aku letak maruah di tapak kaki tapi bukan untuk kali ini kerana aku juga ada maruah....cukuplah dengan apa yang telah terjadi.....memang susah untuk melupakan dia pada mula-mula waktunya tetapi kini aku semakin kuat dan dapat menerima kenyataan

Tipu kalau aku katakan yang aku tidak lagi sayang pada hubungan itu,dan tipu juga kalau aku mengatakan yang aku tidak sedih dengan apa yang telah terjadi.Tapi apa boleh kami lakukan lagi kerana apa yang telah berlaku tidak boleh berpatah balik kepada asal.....biarlah tiada dendam antara kami dan itu yang sebaiknya.

Memang cinta aku telah kehilangan bisanya.....Biarlah aku berundur itu yang engkau mahu, aku tak berdaya......

2 ulasan:

Zoulhusni:My Emancipation berkata...

sorry kalo Zul singgah secara tiba2..tp dr apa y Zul bca, Zul myb pham prsaan awak..it's hard, and painful aite..?but i noe, u r a smart person, and kinda tough inside..so, handle this thing with ur gifts..ermm...

bungeCENGKEH berkata...

tHANk HusNibaby
yang lepas biarlah lepas jaLAN Hidup masih lagi jauh....fokus dengan apa yang dihajatkan lebih penting sekarang ini....kita dengan matlamat kita orang lain mungkin ada matalamat mereka sendiri...so pilihlah jalan mana yang kita rasa terbaik untuk kita :)

thank again