Rabu, Mac 25

Adakah ini betul?

Nak dijadikan cerita,tadi waktu berborak-borak dengan seorang ejen perempuan kat office aku tadi kerana dah tak ada kerja nak dibuat tetiba ejen perempuan itu minta tarikh lahir aku. Aku pun kasilah tarikh lahir aku 2 January 1981. Aku ingat nak kasi hadiah belated besday aku manalah tahu nak kasi BMW ker Jet Peribadi buat ulang alik Terengganu -KL ker, tapi hampeh 1001 kali hampeh, rupa-rupanya nak tilik nasib aku syirik sungguh hari ini tapi bukan percaya pun just nak tahu adakah apa yang dia tilik itu ada kena dengan diri aku yang sebenarnya tapi yang sebenarnya hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Ejen nie cukup takut dengan aku sebab katanya aku nie garang ngan ejen-ejen....baru tahu ye selama nie korang duk main-main waktu buat kerja dengan aku sorry yer heheheheee

Nie adalah apa yang dia tilik berdasarkan tarikh lahir dan tapak tangan aku:

Peribadi:-
-Seorang yang Penyayang dan rapat dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan.
-Pandai masak (bolehlah setakat tekak sendiri tu)
-sensitive (mungkin emosi kot, memang betul tu cepat naik angin pun sama :) )
-Mulut Becok (mungkin kot dan bakal dicili mulut kot kikikiii)

Dalam Hubungan:-
-Kekasih aku atau orang yang aku sayang berwajah bulat (Betul dan tepat sekali
walaupun hanya x-couple sekarang nie).
-Selalu gagal dalam hubungan kerana aku mahu pasangan yang sempurna pada kaca mata aku.(memang betul kot, patutlah semua lari hampeh betullah)
-Bertemu jodoh dengan orang satu negeri (ngerilah pulok) dan perangai sama denga aku tak mudah mengalah (yang nie memang betul tapi dah lari pun)
-Ramai peminat (boleh masuk realiti TV kalau macam nie kan? manalah tahu boleh setaraf MAWI WORLD tu, mampu?)

Dalam Kerjaya:-
-Maju dalam bisnes yang diceburi (Insyaallah moga betullah memang nak ceburi bisnes pun lepas nie) kalau bisnes jatuh pun tidaklah terlalu terasa seperti orang lain.
-Sesuai memceburi dalam bisnes (Insyaallah rezeki dari-Nya)

Kewangan:-
-Selalu memikirkan pasal wang dan macam mana nak buat wang (tak layak kerja cop duit kat Bank Negara beb...pikir nak bikin wang mungkinlah kot, "no money no talk")
-Murah rezeki (Alhamdullilah setakat ini masih murah rezeki dari-Nya) tetapi cepat jugak keluar kepada orang lain terutama ahli keluarga dan orang tersayang (mujurlah kepada keluarga dan yang tersayang Amin...)

"Sini ko, nak kemana tu tilik nasib aku lagi", bentak aku setelah dia melarikan diri dari tilikan ala-ala Puaka Niang Rapit yang belum lagi selesai ni, "Sudahlah Wan aku nak pergi ambik anak aku sekolah ni pula,sudah-sudah lain kali pulak aku tengok dan meremang bulu tengkok aku tilik nasib ko nie", la aku berpuaka ker sampai meremang bulu roma dia tu? Satu penghinaan yang amat besar dalam sejarah aku berada di Negeri Dibawah Bayu ini....."tak per anak punya pasal ko selamat hari ini, tapi AWAS! lain kali tiada maaf bagi mu" Laaa...tadi kata SYIRIK tetapi "terover" lah pulok keSyiriktannya aku nie...Nauzubillah....

Saja jer layan si Ejen yang tetiba jadi Dukun BIDANG TERJUN itu, layannnnnn jerlah....Tapi ada jugak betul aku rasa apa yang dia tilik tu, kebetulan jer tu...mana boleh percaya pada tilik menilik nie syirik tau. Tapi kalau bab berjaya kalau buat bisnes tu aku suka dan harap jadi macam tulah....tapi tulah kan kalau tak berusaha mana nak berjaya adik kakak oiiiii...rezeki tak jatuh dari langit beb kalau jatuh dari langit ramai lah yang mati, mana taknya kalau kata nak kereta BMW tetiba jatuh dari langit hempap kepala korang tak ker nyanya tu.....Renung-renungkan dan Selamat Beramalll........(pinjam kata-kata Ustaz Azizi kiut miut dari hOT FM ituewww)

Tiada ulasan: