Isnin, Januari 12

Semangat Mu tetap Bersama Ku....

Kena transfer ke Kota Kinabalu buat aku sedih, sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan semua orang yang aku sayang kat sini. Laut Cina Selatan memisahkan aku dengan mereka semua....kalau Johor atau Perlis mungkin tidak seberat ini yang aku rasakan kerana dalam masa 2 hari pun aku boleh balik jumpa orang yang aku sayangi tapi bila terpaksa merentasi Laut Cina Selatan mungkin tidak mampu dilalui sekerap mahu.

Antara yang terasa pemergiaan aku kat sana ialah buah hati aku yang aku sayang sangat dan yang aku panggil Pumpkins :). Hampir 5 bulan kami bersama sebagai kekasih dan pada masa itu juga banyak cabaran dan dugaan melanda tapi dengan kesabaran kami akhirnya tempoh 5 bulan telah hampiri hubungan ini. Dalam bergaduh,ketawa,tangisan,cemburu dan sebagainya telah merapatkan hubungan kami dengan pantas kerana dengan itu semua membuatkan kami lebih mengenali lebih rapat dan mendalam lagi antara satu sama lain.

Walaupun Laut Cina Selatan memisahkan kami dalam tempoh waktu yang tak pasti tetapi dia tetap disamping aku setiap masa dan sentiasa didalam hati aku. Pergi kerana terpaksa dan demi masa depan, kalau ada pilihan lain yang terbaik tak akan aku sanggup berpisah dengan mereka yang aku sayangi tapi apa kan daya mungkin rezeki aku buat masa ini di sana. Redha dengan segala ketentuan Nya, maka 19hb January ini aku akan bertolak ke Kota Kinabalu dan hanya tinggal 6 hari lagi untuk kesana.

Doakan lah saya jadi yang terbaik untuk awak, dan doakan juga kesihatan dan sentiasa dilindungi olehNya sentiasa...panjang umur dan murah rezeki kita akan bersama lagi secara fizikal.

Ingat janji-janji kita dan berusahalah untuk jadi yang terbaik dalam semua perkara....

:)
Wan

1 ulasan:

Dihidangkan dgn penuh sexi oleh ~MaksuHakim~ berkata...

all the best yer wan, maksu ucapkan...
dan sabar itu separuh dari iman...career dan hubungan seiring...wan kene pandai2 handle ok..
all the sekali lagi..tak sempat rasa nya jumpa...
nanti turun kl bg taw la yer..bole lepak lagi..sesama..