Isnin, Januari 26

Animal Instinct

Pejam Celik dah seminggu aku berkerja di Kota kinabalu. Sebak tiba-tiba bila flight AG148 mendarat setelah hampir 2.30 minit merentasi Laut Cina Selatan yang menyedarkan aku yang aku telah sampai ke destinasi yang bukan menjadi pilihan dan harapan aku. Sedih bila aku terpaksa berjauhan dari keluarga,Pumpkin, kawan-kawan sebab di sini aku tiada sesiapa pun dan cuma aku ada adalah rakan sejawatan dengan aku. Dari tempat tinggal yang di sediakan oleh majikan ke office memakan masa 45 minit.Setiap hari aku terpaksa merentasi 2 batang sungai dan 2 buah bukit dimana kalau waktu malam kaadaan amat mengerikan dan gelap tiada lampu jalan. Kerja di pusat bandar Kota Kinabalu tetapi tinggal di tengah-tengah Daerah Papar cuba bayangkan tak ker gila syarikat tempat aku kerja menjaga kebajikan kami demi mengurangkan kos sewa rumah yang disediakan. Jadi buat apa untuk aku terus berkerja dengan mereka sedangkan mereka sedikit pun tidak menjaga kebajikan kami sepatutnya. Aku nekad untuk berhenti kerja dalam masa 2 bulan lagi atau mungkin lagi cepat dari apa yang aku rancangkan.

Aku nekad untuk kejar impian aku yang memang menjadi cita-cita aku sejak sekian lama untuk bekerja sendiri dan aku akan mulakan di kampung nanti berbekalkan tanah terbiar yang ada, biar apa yang aku usahakan tidak "glamour" bagi orang lain tapi aku nampak kejayaan disana nanti sebab aku yakin dan aku mendapat sokongan daripada keluarga aku. Aku ambil contoh beberapa orang kawan aku yang telah berjaya dengan hasil usaha sendiri yang walaupun berdikit-dikit pada pemulaannya tetapi hasilnya sekarang amat memberangsangkan. Kalau mereka boleh kenapa aku tidak, aku ada pengalaman kerja dalam F&B, aku faham benar konsep "marketing" aku ada pengalaman dalam akaun dan yang penting dalam pengurusan.

Jadi bila digabungkan semua itu dan di sokong oleh Degree dari UiTM, aku yakin aku boleh berjaya. Kak Za iaitu kakak ke dua aku beria-ria suruh aku kejar cita-cita aku kerana dia amat yakin dan sanggup berkongsi modal jika aku bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita aku nanti sebab dia tahu aku akan berjaya jika aku teruskan untuk jadi apa yang aku cita-citakan. Bermodalkan sedikit wang yang ada nanti akan aku usahakan hingga berjaya. Mungkin apa yang berlaku sekarang ada hikmah disebaliknya, hikmah yang membuat aku celik mata dan lebih berkobar-kobar untuk mengejar cita-cita aku. Kota Kinabalu adalah destinasi sementara aku dan akan aku tinggalkan tidak lama lagi. Nanti aku akan lebih dekat dengan orang-orang yang aku sayang terutama Pumpkin yang sentiasa rindukan aku. Dokanlah kejayaan aku dan sentiasa diberkati olehNya. The Animal Instict

2 ulasan:

TUMPANG BLOG berkata...

dah dua minggu dah yang...

:(

bungeCENGKEH berkata...

sabarlah sayang jangan buat saya sedih