Ahad, September 13

Raya...Raya...dah hampir tiba

Sedar tak sedar tinggal 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka sibuklah bagi yang berkemampuan membuat persiapan hari raya, baju raya, langsir baru, perabot baru dan kalau boleh semua serba baru...tu tak masuk bab kuih mueh dan biskut raya boleh kata mesti nak penuhlah atas meja nanti untuk hidangan para tetamu yang berkunjung.

Bagi yang tidak berkemampuan, persipan hanya ala kadar sahaja, pakai apa yang ada dan boleh dipakai, guna apa yang masih boleh digunakan lagi dan hidanglah walau hanya sekadar bisku kering dan air teh O pada para tetamu nanti. Apa-apa pun bergantung pada kita mengikut kemampuan dan jangan ada yang membazir sudah.

Tahun ini aku hanya buat sikit jer persiapan untuk diri sendiri..baju melayu baru tiada pada tahun ini, hanya pakai yang tahun-tahun lepas sahaja. Cuma aku beli satu helai kemeja dan sehelai t-shirt seluar jeans pun pakai yang ada sudah.....

Budget duit raya tahun ini ialah dalam anggaran RM500 untuk anak-anak buah, nenek, bonda tercinta dan saudara mara yang akan datang ke rumah nanti. Anak buah dah 15 orang kalau sorang RM10 dah RM150 dah kat situ....Orang kata raya nie kalau tak ada duit tak ada manisnya raya kan? entah yer atau tak kita yang menentukannya....

Selamat Hari Raya pada semua mereka yang membaca blog ini dan bagi yang memandu untuk pulang berhari raya nanti, pandulah dengan berhemah dan ingatkan orang yang tersayang....Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin...

Ahad, Ogos 23

Ramadhan Kembali Lagi.....

Alhamdullilah kepada yang Maha Esa, sekali lagi dengan limpah kurnianya dan rahmat yang tak pernah putus kepada aku akhirnya sekali lagi aku berpeluang menunaikan ibadat puasa kali ini...Allamadullilah.

Hari ini adalah hari dua seluruh umat Islam menunaikan ibadat puasa. Ramadhan kali ini aku harap aku dipanjangkan umur dah dikurniakan kesihatan yang baik moga dapat aku jalankan ibadat puasa dengan sebaik mungkin. Ramadhan kali ini aku mahu berserdahana sahaja dalam semua hal baik persiapan berbuka puasa mahupun persiapan untuk menyambut Aidilfitri, cuma kalau ada rezeki lebih mahu aku berikan duit raya pada anak-anak buah lebih sikit mahupun kanak-kanak yang datang bertandang dirumah nanti dan tak lupa juga duit raya untuk Mak dan dua orang nenek aku kat kampung.

Ramadhan kali ini aku harapkan aku dapat menunaikan solat sunat Tarawih dengan lebih kerap dah banyak melakukan kebaikan dan sempena bulan yang penuh keberkatan ini hari harap aku akan jadi umat yang lebih baik dalam erti kata sebenar. Untuk kawan-kawan aku doakan semoga kalian akan diberkati sepanjang bulan Ramadhan ini dah hari-hari berikutnya.

Ya Allah, berkatkanlah amal ibadat Ku, jagalah tingkah laku Ku, senangilah aku dimata orang sekeliling Ku, permurahkanlah rezekiMu pada Ku dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk Ku semoga aku dapat beribadat padaMu...Aminn....

Jumaat, Ogos 7

Kesilapan......

Aku rasa aku adalah manusia yang sentiasa melakukan kesilapan, baik dalam memilih kerjaya,membuat keputusan mahupun dalam hubungan.....

Yang aku pasti, aku bukan seorang yang penyabar dan inilah punca kepada kesilapan yang selalu aku hadapi. Sifat gelojoh dan mahukan kesempurnaan buatkan aku kadang kala terlepas daripada sesuatu yang berharga atau rezeki. Dua tiga hari ini, aku rasa aku gagal lagi disebabkan sikap tidak bersabar dan gelojoh aku. Nak kata apa yang aku terlepas ini adalah sesuatu yang penting tidak juga tapi aku rasa ini peluang untuk aku kenali seseorang yang aku tahu baik walaupun tak pernah aku jumpa. Tapi itulah, "terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan sendiri mau ingatlah beb".

Apa-apa pun tak guna untuk aku fikirkan lagi sejarah semalam, sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah lagi....So ucapan aku pada diri sendiri "padan ngan muka ko, yang tak pernah bersabor tu kenapa? padan muka aku sekali lagi".

Nasihat aku pada yang baca blog nie, banyak-banyaklah bersabor yer jangan jadi macam aku nie....

lagu ini sesuai untuk aku.... ;p HAHAHAHA



Lirik Lagu Bukan Superstar - Project Pop

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Selasa, Ogos 4

Untuk Si Dia Yang Di Miri Pada Hari Ini dan Besok....

Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah

Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus

Tuhan Kirimkanlah Aku Kekasih
Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku Ini Semakin Pupus...

I miss u all in every single time in my life....

I am really love n rindukan my family xpecially my mom n all my "kids". I miss all of you in every second...love all of u so much....

Selasa, Julai 28

To My Lovely Frenz....Retok

Pagi tadi aku terima panggilan dari seorang sahabat yang amat aku sayangi...dialah tempat aku luahkan segala kedukaan dan dia lah juga tempat untuk aku berkongsi kegembiraan.....

Boleh dikatakan kami banyak persamaan baik dari sejarah hidup,keluarga,kerjaya mahupun hati dan perasaan.....ibarat satu jiwa yang berbeza jasad.

Allah itu maha berkuasa, diujinya sahabat aku itu dengan berbagai masalah, satu persatu dugaanNya pada sahabat aku itu. Tapi aku bangga dengan sahabat aku itu, semakin banyak dugaan,semakin kuat dia melawan untuk jadi yang terbaik walaupun kadang kala dia tetap tumbang dengan dugaan yang menimpanya.

di sini aku harap kau tetap kuatkan semangat dan ingat pada Allah, hanya itu sahaja senjata yang kita ada diwaktu sebegini...jangan lupa aku sentiasa dibelakang kau untuk berkongsi suka dan duka.....

Isnin, Julai 27

Takdir Yasmin Ahmad.... StoryTaller....

Pada hari Selasa 23 July 2009, para peminat Jasmin Ahmad telah dikejutkan dengan tragedi beliau telah diserang strok sewaktu membentangkan projek terbaru Syarikat Pengiklanan yang diwakili beliau iaitu Leo Burnett Advertising Malaysia di Seri Pentas TV3 yang mana turut sama berada ditempat kejadian ialah Penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza dan suami.

Walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi tetapi aku rasa amat bertuah kerana pernah bersama2 teman menemuramah beliau bagi projek semester akhir kawan serumah aku di pejabat beliau di Leo Burnett Advertising yang mana buah epal menjadi trademark pada company beliau wakili. Sikapnya yang lemah lembut,friendly dan gila-gila membuat kami seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain dan tiada jurang antara sekumpulan pelajar dengan Seorang Ketua Penagarah Kraetif.

Pada hari itu masih lagi aku ingat, Arwah Jasmin manis berbaju kurung kedah berwarna putih. Manis wajah beliau dengan senyuman iklas walau pun tiada secalik make-up pun diwajah beliau. Ketinggian budi perkerti beliau buat kami selesa sewaktu bersama-sama dengan beliau. Mana mudah untuk sekumpulan pelajar mahu menemubual seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah organisasi periklanan yang gah didunia, dan mana mahu dicari seorang Ketua Pengarah Kreatif yang sentiasa merendahkan diri tanpa protokol yang membosankan....kalau masih ada seorang seperti Arwah Jasmin Ahmad silalah war-warkan kepada aku siapakan orang itu kerana aku yakin tiada seseorang pun Ketua Pengarah seperti beliau buat masa ini di Malaysia. Arwah sempat memperkenalkan kepada kami Suami beliau iaitu Abdullah yang begitu beliau bangga.

Ingat lagi dia melayan kami dengan kerepek dan kacang tanah di dalam bilik beliau yang penuh dengan buku dan jika dilihat tidak sedikit pun kelihatan seperti bilik seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah syarikat gergasi yang mana bilik beliau hanya seperti bilik seorang eksekutif biasa sahaja...disitu dapat dilihat keiklasan beliau dalam kerjaya beliau seiklas hasil tangan beliau memhasilkan filem dan iklan yang melangkaui sempadan Agama, Bangsa dan Kaum di Malaysia.

Sewaktu berbual secara santai dengan Arwah Jasmin Ahmad,beliau sempat meluahkan kekecewaan beliau dengan FINAS yang banyak merosakkan hasil kreativiti beliau dalam menghasilkan iklan telivisyen dan dengan berani nya beliau mengatakan hasil beliau sentiasa dirosakkan kerana permain "kotor" agensi tersebut dan tidak perluaku menyatakan apa yang dinyatakan oleh Arwah dan cukuplah pada sesiapa yang pernah berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan. Begitulah liku-liku yang ditempuhi oleh Arwah dalam berkongsi kreativiti dengan kita semua.

Sewaktu itu nama beliau tidak lagi segah sekarang bagi peminat filem-filem beliau kerana filem pertama beliau "Rabun" belum ditayangkan....beliau beria-ria menyuruh kami menonton filem pertama beliau itu bila ditayangkan nanti. Dikesempatan itu juga beliau turut membenarkan kami menonton hasil-hasil iklan beliau yang tidak memdapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan dengan alasan yang kami fikirkan amat bodoh sekali dan tidak masuk akal (biasalah kalau tiada habuan)kata Arwah. Dan wartu itu Arwah mengatakan yang beliau akan mengarahkan filem kedua beliau "Sepet" yang menurut belaiu jalan ceritanya amat menarik dan dalam pengertiannya, dan memang apa yang dinyatakan beliau memang benar sekali setelah filem "Sepet" ditayangkan. Banyak maklum balas positif dan nagetif yang beliau terima, tetapi tidak sediikit pun Arwah tinggi diri dan melenting dengan komen-komen yang Arwah terima yang mana kita boleh lihat diakhbar-akhbar hiburan.

Menurut arwah, segala idea yang beliau dapat dalam memhasilkan karya beliau ialah dengan memerhatikan gelagat dan kerenah masyarakat ditempat-tempat golongan pertengahan dan bawahan di kedai-kedai kopi dan bukannya di gedung-gedung mewah yang menurut beliau penuh dengan golongan hipokrit dan golongan penipu. Ditempat-tempat seperti itulah keiklasan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama dapat dilihat. Memang benar pendapat beliau itu kerana jika diperhatikan karya-karya beliau amat dekat dengan hati rakyat Malaysia dan dinanti-nanti kan hasil tangan beliau untuk iklan Petronas setiap kali datangnya hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka yang penuh dengan mesej-mesej yang menarik.

Jenazah Arwah Jasmin Ahmad selamat dikebumikan pada hari Ahad 26 july 2009 di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jya Selangor. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihiNya......Al-Fatihah

Kenangan sekejap dengan Arwah akan tetap menjadi kenangan terindah buat aku.....Arwah hanya satu dan tiada dua, Arwah adalah permata yang telah kembali kepada PenciptaNya...