Isnin, Julai 27

Takdir Yasmin Ahmad.... StoryTaller....

Pada hari Selasa 23 July 2009, para peminat Jasmin Ahmad telah dikejutkan dengan tragedi beliau telah diserang strok sewaktu membentangkan projek terbaru Syarikat Pengiklanan yang diwakili beliau iaitu Leo Burnett Advertising Malaysia di Seri Pentas TV3 yang mana turut sama berada ditempat kejadian ialah Penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza dan suami.

Walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi tetapi aku rasa amat bertuah kerana pernah bersama2 teman menemuramah beliau bagi projek semester akhir kawan serumah aku di pejabat beliau di Leo Burnett Advertising yang mana buah epal menjadi trademark pada company beliau wakili. Sikapnya yang lemah lembut,friendly dan gila-gila membuat kami seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain dan tiada jurang antara sekumpulan pelajar dengan Seorang Ketua Penagarah Kraetif.

Pada hari itu masih lagi aku ingat, Arwah Jasmin manis berbaju kurung kedah berwarna putih. Manis wajah beliau dengan senyuman iklas walau pun tiada secalik make-up pun diwajah beliau. Ketinggian budi perkerti beliau buat kami selesa sewaktu bersama-sama dengan beliau. Mana mudah untuk sekumpulan pelajar mahu menemubual seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah organisasi periklanan yang gah didunia, dan mana mahu dicari seorang Ketua Pengarah Kreatif yang sentiasa merendahkan diri tanpa protokol yang membosankan....kalau masih ada seorang seperti Arwah Jasmin Ahmad silalah war-warkan kepada aku siapakan orang itu kerana aku yakin tiada seseorang pun Ketua Pengarah seperti beliau buat masa ini di Malaysia. Arwah sempat memperkenalkan kepada kami Suami beliau iaitu Abdullah yang begitu beliau bangga.

Ingat lagi dia melayan kami dengan kerepek dan kacang tanah di dalam bilik beliau yang penuh dengan buku dan jika dilihat tidak sedikit pun kelihatan seperti bilik seorang Ketua Pengarah Kreatif sebuah syarikat gergasi yang mana bilik beliau hanya seperti bilik seorang eksekutif biasa sahaja...disitu dapat dilihat keiklasan beliau dalam kerjaya beliau seiklas hasil tangan beliau memhasilkan filem dan iklan yang melangkaui sempadan Agama, Bangsa dan Kaum di Malaysia.

Sewaktu berbual secara santai dengan Arwah Jasmin Ahmad,beliau sempat meluahkan kekecewaan beliau dengan FINAS yang banyak merosakkan hasil kreativiti beliau dalam menghasilkan iklan telivisyen dan dengan berani nya beliau mengatakan hasil beliau sentiasa dirosakkan kerana permain "kotor" agensi tersebut dan tidak perluaku menyatakan apa yang dinyatakan oleh Arwah dan cukuplah pada sesiapa yang pernah berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan. Begitulah liku-liku yang ditempuhi oleh Arwah dalam berkongsi kreativiti dengan kita semua.

Sewaktu itu nama beliau tidak lagi segah sekarang bagi peminat filem-filem beliau kerana filem pertama beliau "Rabun" belum ditayangkan....beliau beria-ria menyuruh kami menonton filem pertama beliau itu bila ditayangkan nanti. Dikesempatan itu juga beliau turut membenarkan kami menonton hasil-hasil iklan beliau yang tidak memdapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan dengan alasan yang kami fikirkan amat bodoh sekali dan tidak masuk akal (biasalah kalau tiada habuan)kata Arwah. Dan wartu itu Arwah mengatakan yang beliau akan mengarahkan filem kedua beliau "Sepet" yang menurut belaiu jalan ceritanya amat menarik dan dalam pengertiannya, dan memang apa yang dinyatakan beliau memang benar sekali setelah filem "Sepet" ditayangkan. Banyak maklum balas positif dan nagetif yang beliau terima, tetapi tidak sediikit pun Arwah tinggi diri dan melenting dengan komen-komen yang Arwah terima yang mana kita boleh lihat diakhbar-akhbar hiburan.

Menurut arwah, segala idea yang beliau dapat dalam memhasilkan karya beliau ialah dengan memerhatikan gelagat dan kerenah masyarakat ditempat-tempat golongan pertengahan dan bawahan di kedai-kedai kopi dan bukannya di gedung-gedung mewah yang menurut beliau penuh dengan golongan hipokrit dan golongan penipu. Ditempat-tempat seperti itulah keiklasan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama dapat dilihat. Memang benar pendapat beliau itu kerana jika diperhatikan karya-karya beliau amat dekat dengan hati rakyat Malaysia dan dinanti-nanti kan hasil tangan beliau untuk iklan Petronas setiap kali datangnya hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka yang penuh dengan mesej-mesej yang menarik.

Jenazah Arwah Jasmin Ahmad selamat dikebumikan pada hari Ahad 26 july 2009 di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jya Selangor. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihiNya......Al-Fatihah

Kenangan sekejap dengan Arwah akan tetap menjadi kenangan terindah buat aku.....Arwah hanya satu dan tiada dua, Arwah adalah permata yang telah kembali kepada PenciptaNya...

Tiada ulasan: