Ahad, Ogos 23

Ramadhan Kembali Lagi.....

Alhamdullilah kepada yang Maha Esa, sekali lagi dengan limpah kurnianya dan rahmat yang tak pernah putus kepada aku akhirnya sekali lagi aku berpeluang menunaikan ibadat puasa kali ini...Allamadullilah.

Hari ini adalah hari dua seluruh umat Islam menunaikan ibadat puasa. Ramadhan kali ini aku harap aku dipanjangkan umur dah dikurniakan kesihatan yang baik moga dapat aku jalankan ibadat puasa dengan sebaik mungkin. Ramadhan kali ini aku mahu berserdahana sahaja dalam semua hal baik persiapan berbuka puasa mahupun persiapan untuk menyambut Aidilfitri, cuma kalau ada rezeki lebih mahu aku berikan duit raya pada anak-anak buah lebih sikit mahupun kanak-kanak yang datang bertandang dirumah nanti dan tak lupa juga duit raya untuk Mak dan dua orang nenek aku kat kampung.

Ramadhan kali ini aku harapkan aku dapat menunaikan solat sunat Tarawih dengan lebih kerap dah banyak melakukan kebaikan dan sempena bulan yang penuh keberkatan ini hari harap aku akan jadi umat yang lebih baik dalam erti kata sebenar. Untuk kawan-kawan aku doakan semoga kalian akan diberkati sepanjang bulan Ramadhan ini dah hari-hari berikutnya.

Ya Allah, berkatkanlah amal ibadat Ku, jagalah tingkah laku Ku, senangilah aku dimata orang sekeliling Ku, permurahkanlah rezekiMu pada Ku dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk Ku semoga aku dapat beribadat padaMu...Aminn....

Tiada ulasan: