Ahad, September 13

Raya...Raya...dah hampir tiba

Sedar tak sedar tinggal 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka sibuklah bagi yang berkemampuan membuat persiapan hari raya, baju raya, langsir baru, perabot baru dan kalau boleh semua serba baru...tu tak masuk bab kuih mueh dan biskut raya boleh kata mesti nak penuhlah atas meja nanti untuk hidangan para tetamu yang berkunjung.

Bagi yang tidak berkemampuan, persipan hanya ala kadar sahaja, pakai apa yang ada dan boleh dipakai, guna apa yang masih boleh digunakan lagi dan hidanglah walau hanya sekadar bisku kering dan air teh O pada para tetamu nanti. Apa-apa pun bergantung pada kita mengikut kemampuan dan jangan ada yang membazir sudah.

Tahun ini aku hanya buat sikit jer persiapan untuk diri sendiri..baju melayu baru tiada pada tahun ini, hanya pakai yang tahun-tahun lepas sahaja. Cuma aku beli satu helai kemeja dan sehelai t-shirt seluar jeans pun pakai yang ada sudah.....

Budget duit raya tahun ini ialah dalam anggaran RM500 untuk anak-anak buah, nenek, bonda tercinta dan saudara mara yang akan datang ke rumah nanti. Anak buah dah 15 orang kalau sorang RM10 dah RM150 dah kat situ....Orang kata raya nie kalau tak ada duit tak ada manisnya raya kan? entah yer atau tak kita yang menentukannya....

Selamat Hari Raya pada semua mereka yang membaca blog ini dan bagi yang memandu untuk pulang berhari raya nanti, pandulah dengan berhemah dan ingatkan orang yang tersayang....Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin...

5 ulasan:

retotkopi berkata...

selamat hari raya wang....aku mohon maaf atas segala perbuatan dan kata2 aku pada kau selama kita bersahabat.....aku harap raya tahun ini membeikan kau suatu lembaran baru...semoga kau bahagia dan Selamat Hari Raya!!!!!

bungeCENGKEH berkata...

Selamat Hari Raya Tot

mesin.taip berkata...

samat hari raya...maaf zahir batin... :)

kapsulmasa.blogspot.com

bungeCENGKEH berkata...

selamat hari raya to kapsul masa

LOGIKA GADIS berkata...

duan... rsnye dop terrrlwt agi orp... slmt hari raye... maap zahir n batin...