Jumaat, Februari 5

Mood Balik Kampung....

Semalam lepas habis kerja aku bergegas ke station bus Hentian Putra untuk beli tiket bas untuk pulang ke Kampung di Dungun pada Tahun Baru Cina nanti. Yang dukacitanya semua tiket ke Terengganu telah habis pada 11hb malam dan 12hb semuanya habis dijual....puas aku cari dan akhirnya dapat juga satu tiket untuk aku pulang nanti dan aku juga siap-siap beli tiket dari Dungun ke KL pada 15hb malam...*kalau tak beli siap-siap takut tak balik KL lah pulak aku nanti*

Tiket dah dapat so sekarang nie dah mula mood nak balik kampung walhal seminggu lagi baru boleh balik kampung, giler betul lah aku nie....macam biasalah aku kalau nak balik kampung memang tak sabar-sabar sebab aku seronok duduk kat kampung dan jadi orang kampung.

Kat kampung aku ada sungai yang bersih...ingat lagi itulah tempat aku melepak ngan kawan-kawan mandi sungai tiap-tiap hari sampai kulit jadi hitam berjemur panas sambil memancing udang galah. Gigih tiap-tiap hari memancing walaupun hasilnya tarak ada juga, tapi sebab itulah salah satu daripada aktiviti kami semua selain melastik burung, main permainan budak-budak kampung yang VERY THE MACAM KARTUN *KAMPUNG BOYS* YANG KARTUNIS LAT BUAT TU....memang sebijiklah suasananya.

Yang seronoknya anak-anak buah aku yang kecil-kecil lagi tu dah asyik SMS dan call aku sibuk bertanya jadi atau tak balik kampung sebab mereka rindu pada aku katanya...kelas anak-anak buah aku yang kecil-kecil tu dah pandai berSMS ngan aku, maklumlah kecil-kecil lagi dah dapat HP sorang satu, berSMS kadang kala ejaan pun salah tapi tak per, janji aku faham apa yang mereka katakan dan apa yang mereka semua tanya.

Tak sabar rasanya nak balik kampung, nak jumpa member-member dan saudara mara yang rapat dengan aku. Cuti balik kampung just 4 hari jer so aku rasa cukuplah tu walaupun kalau lagi lama lagi bagus....dah ada plan dalam kepala otak ni nak buat apa bila balik kampung nanti dan yang pasti ada sesuatu yang best akan aku lakukan :) ...

Tiada ulasan: