Khamis, Februari 25

Dari belucas menjadi kupu-kupu......From nobody to be somebody


Gembira bila dapat jumpa semula rakan-rakan sewaktu sekolah rendah dan menengah di dalam Face Book, rasanya seperti reunion di alam cyber yang walaupun hanya maya tetapi ia dapat merapatkan kami sedikit sebanyak. Inilah yang di namakan teknologi, teknologi ynag berguna jika digunakan secara betul.

Hati juga gembira bila melihat sahabat dan rakan-rakan zaman persekolahan dahulu ramai dah berjaya di dalam hidup, bangga kerana mereka agak rapat dengan aku sewaktu masa dahulu...yang paling memberi memori kepada aku apabila seorang sahabat yang bernama Faizal masih lagi ingat sewaktu mandi di sungai, beliau hampir lemas dan hampir juga melemaskan seorang lagi sahabat aku yang bernama Nabhan....Faizal mungkin sekarang dah jadi lecture dan Nabhan dah berjaya menjadi seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Terengganu. Awis,Noradlina, Ayu Azazila, Siti Zaleha, Retot,La, Rosni, Irman, Irma, Rizal dan ramai lagi dah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Bitt pula tengah tunggu rambut dari HairDream untuk buat mencantikan diri beliau, dah mampu apa salahnya memanjakan diri sendiri untuk kepuasan diri sendiri kan? aku pun kalau berduit banyak tak akan ku biarkan diri seperti ini sahaja, haruslah aku akan memanjakan diri aku sendiri...bila cakap pasal memanjakan diri sendiri ni, teringat pada seorang sahabat aku si Firdaus pernah berkata "ko reward diri ko sendiri ngan apa yang ko nak, jangan harap akan ada orang reward diri ko kalau bukan diri ko sendiri yang hargai diri sendiri", betul apa yang cakapkan...kalaulah berduit dan mampu apa salahnya kita manjakan diri sendiri dengan barangan berharga dan berkualiti tinggi kan? apa-apapun bergantung pada kemampuan masing-masing lah.

Semakin usia meningkat nie banyak benda yang harus di fokuskan didalam mengatur perjalanan hidup...mengatur agar jalan yang dipilih menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Dari selekeh sudah menjadi seorang yang segak bergaya,dari kurang cantik dah semakin cantik, dari hidup membujang dah berkeluarga sekarang...semuanya atas rezeki dan jalan hidup yang dipilih sendiri....As seorang kawan aku hanya bersyurkur kepadaNya kerana memurahkan rezeki kepada semua sahabat-sahabat aku dan memberi kejayaan kepada mereka semua....rezeki tidak datang bergolek dan perubahan tidak berlaku tanpa usaha yang gigih, segala kejayaan dan perubahan positif mereka adalah hasil usaha mereka semua yang cekal.

Rezeki telah ditetapkan oleh Allah dan hanya menanti kita sahaja yang cuba memcapainya...jika kuat lonjatkan kita untuk mencapai maka mudahlah kita memcapainya dan jika sebaliknya maka sukarlah untuk kita memiliki kejayaan tersebut.

Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan sahabat yang aku kenali sekarang akan bergelar Tan Sri, Dato', Datin atau seseorang yang penting di dalam masyarakat, siapa tahu kan? All the best for my friends...dan aku doakan agar kita semua dirahmati oleh Nya....

Semoga belucas akan bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik suatu hari kelak...

1 ulasan:

Qaseh Iman berkata...

ada juga nama aku... sesungguhnya aku bangga mempunyai kawan sepertimu