Isnin, Februari 22

Akhirnya Putih mati jua.......

Putih dilahirkan pada bulan April iaitu setelah aku berhenti kerja di Sabah....kelahiran Putih aku sambut dengan gembiranya. Putih adalah anak tunggal kepada ibunya kali ini....waktu dilahirkan berat putih dalam 2kg dan akulah yang membantu ibunya sewaktu Putih dilahirkan, ingat lagi aku yang bersihkan badan Putih dan mengajar Putih macam mana untuk menetek dengan ibunya....Putih ialah baka dari Austalia dan harga bakanya boleh mencecah RM3000 seekor, ibunya dibawa ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang dan terpaksa di kuarantinkan di airport untuk memastikan ia sihat dan dapat sesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia dan Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar .

Setelah Putih berusia dalam 4 bulan, aku bawak Putih pulang ke rumah mak aku, banyak juga wang aku habis untuk sediakan rumah putih, dalam RM1000 lebih jugalah itu tak termasuk ubat-ubatan dan keperluan lain. Aku tak kisah berbelanja lebih kerana aku minat untuk memelihara putih dan memang minat aku memelihara haiwan. Dengan adanya Putih aku seringkali pulang kekampung untuk melihat Putih walaupun aku di Kuala Lumpur dan Putih di kampung di Dungun Terengganu. Setiap kali pulang ke kampung aku akan mandikan Putih dengan syampu sehingga bulunya semakin Putih bersih...Setiap petang aku akan bawa Putih berlari-lari untuk memastikan otot-ototnya kuat maklumlah bila aku di Kuala Lumpur Putih hanya berada di dalam rumah dia sahaja. Aku akan berbasikal dan putih akan mengekori aku dan berlari-lari sehinggakan jiran-jiran aku semuanya kagum melihat bertapa manjanya Putih dengan aku.

Sewaktu Hari Raya Korban hari itu dan waktu itu juga Putih telah berusia 7 bulan dan berat badannya telah mencecah 30kg dan ini menggembirakan aku kerana Putih membesar dengan sempurna dan sihat.

Suatu petang sewaktu aku bawak Putih berjalan-jalan aku terperasan yang putih telah kencing berdarah...berderau darah aku melihat darah yang keluar bersama dengan air kencing nya...aku dengan segeranya memberikan Putih minum apple vinegar sebagai cara untuk mengubatinya dan Alhamdullilah, Putih tidak lagi kencing berdarah dan berselera untuk makan makanannya.

Sebulan setelah Hari Raya Korban, mak aku menelefon aku dan memberitahu yang Putih tidak dapat kencing...berderau lagi darah aku kali ini kerana pa yang aku takut selama ini akan terjadi. Sah Putih terkena Renal Calculi atau batu karang seperti yang dialami oleh manusia. Aku pos ubatnya Ammonium Chloride yang aku beli dari vets untuk mengubatinya, seminggu Putih tidak dapat kencing dan aku dapat rasakan bertapa sakitnya Putih menahan deritanya. Putih tidak lagi aktif dan berselera makan..matanya tidak lagi bersinar menandakan ia sihat dan bertenaga.....untuk tidak meneruskan derita Putih aku terpaksa melepaskan ia pergi buat selamanya...bukan ini yang aku mahukan tetapi daripada terus menyeksa Putih lebih baiklah Putih pergi....

Mungkin bagi sesetengah orang, haiwan tetap haiwan dan tiada istimewanya...tetapi bagi aku haiwan juga boleh memberikan kasih sayang kepada kita manusia dan kadang kala aku terfikir yang haiwan lagi setia kepada tuannya selagi ia dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Sampai sekarang aku masih ingatkan Putih dan video Putih yang sempat aku rakamkan menjadi pelepas rindu pada Putih....kini aku menanti kelahiran adik Putih yang mana ibunya hanya menunggu masa untuk melahirkan anak baru dan aku akan menjaga adik Putih seperti mana aku menjaga Putih sebelum ini.

Aku harap kali ini perkara sama tidak akan berulang lagi dan aku akan berhati-hati dengan diet adik Putih supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

1 ulasan:

shahril.hussin berkata...

wan...PUTIH TU APE?