Khamis, Jun 18

Desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya

Tengahari tadi setelah selesaikan beberapa perkara penting, aku singgah sekejap di Curve Damansara yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumah aku untuk membeli sehelai jeans kat butik TOUGH JEANSMITH dah tak ada seluar so jadilah 3 helai jeans yang aku ada sekarang nie setelah 2 helai jeans lama yang aku dah agak tak muat aku kasi kat adik aku. Kebetulan hari ini aku tak berapa sihat sebab terkena jangkitan H1N1.Aku singgah kejap kat 7eleven dan bacalah paper hari ini dan yang paling aku minat untuk baca ialah tentang Tuan Guru Nik Aziz Bidas Nasaruddin Mat Isa tentang isu bodoh beliau yang ingin menubuhkan pakatan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kononnya.


Dah giler ker apa si Nasaruddin ini dan Tuan Guru Haji Adi duk canang seantero Malaysia tentang idea untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang sebenarnya mereka berdua ini adalah patung boneka bagi pihak UMNO untuk mengucar kacirkan keutuhan dan kekuatan Parti Pas yang selama ini bangkit dengan titisan darah dan air mata para pejuang dan penyokong Pas. Ini bukan bidaah tetapi jelas lagi nyata yang ada pengarah drama dibelakang tercetusnya idea Kerajaan Perpaduan ini yang dialoqnya ditulis dan pengarahnya ialah dari pihak UMNO yang sekarang ini ibarat "hidup buat menyusahkan, mampus tak nak juga". Jika dulu Inggeris menggunakan cara "PECAH DAN BELAH" untuk memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu dimana Kaum Cina ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar yang mana menguasai perdagangan dan ekonomi utama, Kaum Melayu ditempatkan di Kampung-kampung yang mana majoriti menjalankan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam dan nelayan manakala Kaum India ditempatkan di estet-estet getah yang mana aktiviti mereka hanya menoreh getah walaupun kadang kala terpesong menoreh benda lain oppssss...gurau jer. Tujuan konsep "PECAH DAN BELAH " ini ialah untuk memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu supaya Inggeris terus dapat memerah hasil bumi Tanah Melayu dan memabdikan kaum-kaum yang sedia ada untuk kepentingan mereka.

Situasi Kerajaan Perpaduan yang hangat diperkatakan sekarang ini adalah sama tektiknya yang pernah digunakan oleh dalam memecah belahkan kaum-kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka dan yang bezanya ialah nama konsep yang digunakan, waktu dan kaadaan konsep kotor ini dilakukan untuk memecah belahkan Pas. Pas diduga untuk depecahkan kepada 2 kumpulan supaya dapat dimusnahkan atau dilenyapkan terus oleh musuh no 1 Pas iaitu UMNO. Kumpulan pertama ialah yang ingin menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Adi dan Nasharuddin, manakala Kumpulan yang ke dua ialah yang menentang konsep Kerajaan Perpaduan ini yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz yang kita kasihi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz semalam secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Ahli Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda mengadakan perbincangan bagi pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN). Dengan beraninya Tuan Guru kita mengatakan jika Nasharuddin teringin sangat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah lebih baik Nasharuddin meletak jawatan didalam Pas dan menyertai UMNO. Kemarahan dan kenyataan berani dari Tuan Guru Nik Aziz mungkin disebabkan kerana Tuan Guru adalah mereka yang berpengalaman dan matang dengan parti Pas dan juga matang dengan taktik kotor UMNO yang ingin membunuh Pas. Beliau sendiri adalah anatara mereka yang merasakan kesusahan dan penderitaan para pejuang dan penyokong Pas bangkit bangun untuk memperkasakana Parti Pas setelah Pas hampir lemas ditolak kedalam laut oleh UMNO setelah negara mencapai kemerdekaan dimana janji dan jasa Pas dalam bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan dinafikan dan segala sejarah dihapuskan semata-mata sifat jahat UMNO yang BERKEPENTINGAN. Jasa Pas dinafikan dan dihapuskan daripada lipatan sejarah bertulis tetapi para penyokong dan pemimpin Pas lama tidak akan melupakan segala perbuatan jahat UMNO pada masa dulu yang membiarkan Pas hampir lemas keseorangan.

Mungkin sakitnya hati Tuan Guru Nik Aziz hanya tuhan yang tahu setelah dua orang penting dalam Pas pada masa ini bersetuju untuk menjadi pelakon drama bagi pihak UMNO YANG MUNGKIN TIDAK SEDAR ATAU MEMANG SEDAR yang watak yang mereka berdua bawakan banyak memporak perandakan kaadaan dalam politik Pas hari ini. Watak yang dibawakan jelas tempan dan tidak menghayati watak sedalam-dalamnya seperti para pelakon dalam siri Anak Wayang yang hangat ditayangankan stesen TV berbayar ASTRO. Susah untuk melihat Tuan Guru semarah ini, kerana setahu kita Tuan Guru adalah seorang yang penyabar dan susah untuk melatah dengan segala tomahan dan serangan dari pihak UMNO selama ini dan kali ini jelas kemarahkan Tuan Guru terhadap Nasharuddin MELUAT-LUAT sehingga menyarankan Nasharuddin melepaskan jawatan beliau di dalam Pas. Mungkin kini pengarah pada drama yang tempan ini bergembira kerana perangkap mereka telah dimasuki oleh mangsa yang selama ini tidak PERNAH belajar dari kisah lampau atau SENGAJA tidak mahu belajar kerana MUNGKIN ada kepentingan disebalik pembikinan drama ini. Aku harap drama ini tidak diluluskan oleh FINAS kerana melampaui batas tayangan yang mana tidak sesuai diterima oleh sesiapa pun kerana yang untung adalah pengarah dari UMNO dan yang ruginya kepada penonton Malaysia Amnya dan para penyokong serta pejuang Pas Khasnya. Niat jahat UMNO JELAS DAPAT DIHIDU oleh para pemimpin dan penyokong Pas yang bukan bodoh menerima segala drama yang dipertontonkan kepada mereka. Drama yang klise dan meloyakan harus dihumbankan kedalam tong sampah DBKL.

Marilah mereka yang sayangkan Pas berdoa agar segala kecelaruan ini berakhir dengan kemenangan kepada Pas. Moga Pas akan terus kukuh dan kuat dari apa yang telah berlaku sekarang. KALAU TUN DR MAHATDIR ADALAH ICON KEPADA UMNO, TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT ADALAH ICON KEPADA PAS.ICON politik ini tetap akan memberi kesan yang besar kepada iklim politik di Malaysia kerana mereka adalah pejuang yang betul-betul memperjuangkan Parti mengikut acuan mereka sendiri.

Tiada ulasan: