Selasa, Jun 9

Akhirnya Sampai juga ke Gua Musang

Haaahaaa...akhirnya sampai juga aku ke Negeri Cik Siti Wan Kembang atau nama Glamournya Kelantan Darul Naim. Yerlah dah merenget2 so datanglah saya dengan kegigihan yang melampaui kebiasaan.Tapi aku suka ngan Gua Musang kerana tempatnya tenang, cantik dengan bukit2 batu kapurnya dan yang paling penting suasana kampung yang nyaman dan segar. Mungkin bagi orang lain tempat nie biasa sahaja tapi bagi aku, aku seronok dan tenang kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur yang sekarang ini panas ya amat cuacanya.

Kedatangan aku ialah untuk melawat kenalan aku yang lama dah kenal tapi tak pernah jumpa, so dengan kaadaan cuti yang aku tak tahu dimana penghujungnya maka baiklah aku melawat dia. First time jumpa memang seronok dan tak sangka yang aku akan sampai kesini. Tulah kan, kalau dah jodoh tak akan kemana.

Aku kenal dia pada tahun 2007 lagi, tapi kami just berborak dalam telefon dan kadang kala berbalas SMS, tetapi masing-masing memdiamkan diri pada jangka masa agak panjang dan aku pun tak ingat dah kenapa. Mungkin kami ada komitmen kot waktu itu, yelah komitmen pada pasangan masing-masing kan?. Dan nak jadikan cerita waktu on the way balik Terengganu hari itu aku ringan tangan hantarkan SMS pada dia dan dia reply balik SMS aku, tetapi sedih dia tak ingat siapa aku. Puas aku terangkan barulah dia ingat kembali siapa aku. So mulai hari it kami selalu berborak dalam talian dan berbalas SMS.Sebabkan aku yakin dengan kebaikan dia maka aku pun datanglah melawat dia di Gua Musang dan merancang untuk tinggal beberapa hari dirumah dia kalau tiada arang melintanglah.

Yang aku suka pada dia ialah dia baik dan "cool" je orangnya,senyuman dia mencairkan aku, suka ketawa dan handsome orangnya (kembanglah tu orang puji dia). Kat Gua Musng ni jst pekan kecil sahaja yang mungkin sedang membangun. Nak cerita banyak pun aku tak tahu tentang tempat ini coz aku tak round lagi sekitar Gua Musang ni dan yang aku tahu banyak pokok kelapa sawit. Dia janji nak bawak aku masuk ladang kelapa sawit untuk "camping" tapi entah jadi atau tak, tengah seronok2 dan melazatkan diri ber"camping" tetiba ditembak oleh pemburu haram kat ladang kelapa sawit tu baru tahu...ahaksssss....kinky sangat imaginasi yer bang..heheheeee

Ni dah hampir 2 bulan aku duk tanam anggur, rasa unsecure lah pulak dengan tanaman anggur aku ini, yerlah aku mana pernah "tanam anggur" sebelum ni malah waktu belajar dulu pun aku dah ligat buat part time cari duit pokek. Insyallah dalam masaterdekat ini aku yakin rezeki dari-Nya akan ada jua, janji aku rajin berusaha. Tapi Alhamdullilah walaupun aku duk "tanam anggur" jer sekarang ini aku tak ada menyusahkan sesiapa pun dan bil2 tetap dapat diselesaikan tepat pada waktunya dan untuk mak aku rezeki dia tetap aku berikan seperti biasa. Itulah Rezeki Allah namanya kan? walaupun dugaan "tanam anggur" dia berikan kepada aku namun kehidupan aku tetap normal cuma aku risau jugalah sampai bila nak jadi 'penanam anggur" ni kan? Gunung kalau ditarah tanahnya pun lama2 rata jugakan? Aku pun kalau ditarah tiap2 hari mahunya pucat kuning dibuatnya. "Jangan ganaz dan buas sayang, barang nak guna lama".

Hai....bila fikir2kan balik apalah nak jadi ngan hidup aku ni, umur dah semakin banyak walaupun ada yang kata aku nie mcm budak sekolah lagi kalu dilihat rupa parasnya. Mungkin rezeki belum ada lagi kot atau jalannya sudah ada tetapi aku sahaja yang tidak perasan atau berani ambik risikonya? mungkin juga....yerlahkan seperti aku kata dahulu rezeki tak akan jatuh dari langit macam itu sahaja dan kalau jatuh dari langit nampaknya ramailah yang mati, yerlah korang dah giler ker dibuatnya jatuh sebiji BUNGALOW atas kepala korang tak ker MAMPUS? tU baru bungalow dibuatnya jatuh sebiji Stadium macam STADIUM SULTAN MIZAM yang roboh di Gong Badak tu tak ker nyanya.....Mujurlah Stadium Maut itu roboh waktu dia sesiapa dalam stadium tu, kalaulah robohnya stadium tu waktu ada event tambah lagi Tuanku Sultan Mizan dan Ahli keluarga Diraja ada sama cubalah korang bayangkan. Idris Yusof... mana kau nak lari yer? ko tu patut ditembak jer ngan senapang gajah tak pun dilembing dengan tombak pak guard Istana tu baru patut.

oklah aku pun malas dah nak pikir yang bukan2, lebih baik aku pikirkan hal aku sekarang ini yang "menyedapkan" aku sekarang ini. Harap kali ini aku dah temui yang terbaik untuk aku dan aku juga harap aku akan jadi yang terbaik untuk dia. Untuk dapat yang perfect adalah mustahil begitu juga aku, untuk jadi perfect kepada seseorang aku tak mampu.Setelah kejujuran dan kesetian aku dikianati biarlah aku mencari cinta baru, dan kini aku harap akan aku temui cinta yang aku dambakan.

"HANYA TULUS YANG MAMPU KU BERIKAN PADAMU...TANPA CINTA AKU TAK KAN BERDAYA"

1 ulasan:

flyz berkata...

kelate...my negeri...waaaa....

cinta baru yer...gd luck beb...jaga elok2 k...