Jumaat, Jun 4

Love is Cinta...CINTA aku untuk KAMU


"Seharusnya mereka bikin satu kata baru...yang bener-bener bisa ngejelasin apa yang aku rasain ini...Satu kata diatas kata "SAYANG"....diatas kata "CINTA"....satu kata yang ertinya lebih dari semua kata yang pernah ada....
Kerana kata "CINTA"....nggak cukup mewakili apa yang aku rasain sekarang....!!!

Cukup berat buat manusia biasa,untuk mengerti dan menjalani "CINTA"....Tapi yang pasti....perkahwinan dengan CINTA akan berlangsung selamanya....Karena cinta itu HAKIKI...."

CINTA itu ibarat mukjizat bagi makluk biasa yang bernama manusia. Bagi aku, CINTA amat subjektif dan ia tidak mengenali sesiapa dan tidak pula memilih sesiapa. Sesiapa pun berhak mendapat CINTA...samaada CINTA antara dua insan, CINTA anak terhadap ibu bapanya, CINTA adik atau abang terhadap adik beradiknya, CINTA manusia dengan alam, CINTA seorang insan biasa denga mintanya dan yang paling berhak ialah CINTA makluk dengan PenCiptaNya.

Aku pernah diCINTAi dan menyintai dengan segala bentuk CINTA...Aku berhak mendapat CINTA dan memberi CINTA. Aku akan tetap mengejar CINTA dan aku akan terus pupuk CINTA yang aku ada kini melebihi makna CINTA itu sendiri. CINTA sebenar bukanlah terletak semata-mata pada perkataan CINTA itu sendiri tetapi ia lebih kepada tindakan bagaimana untuk menyemai perasaan dan rasa CINTA itu agar ia terus merendang dan subur. Rasa hormat menghormati, kejujuran, kepercayaan,kebebasan untuk meluahkan rasa CINTA adalah baja bagi menyuburkan CINTA. CINTA tidak perlu dipaksa, ia datang tanpa kita sedari...bila rasa CINTA mulai berputik maka berusahalah untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.

Aku akan menjaga CINTA aku, kerana CINTA itu adalah hak aku, aku tak bisa berkongsi CINTA aku dengan sesiapa pun....aku akan jujur dengan CINTA aku, aku akan jaga CINTA aku, aku akan tatang CINTA aku seperti menatang minyak yang penuh....tapi adakah aku akan menerima CINTA dia seperti mana CINTA aku pada dia?....aku tiada jawapan untuk soalan itu, hanya dia yang berhak memberi jawapan atas persoalan itu. Tapi aku yakin pada CINTA kami.

Memupuk CINTA amat memenatkan, membina rasa CINTA juga memedihkan...cinta yang di awali dengan dugaan dan pengorbanan adalah cinta yang lebih manis dan bermakna daripada CINTA yang penuh warna warni kepura-puraan. Bila CINTA diduga jangan mudah melatah apatah lagi memusnahkannya....kesempurnaan bukan dicipta dalam sehari, tetapi ia memerlukan masa yang panjang dengan disulami tawa dan tangis dua jiwa. CINTA sejati bukan cinta sehari tetapi ia CINTA kekal abadi.

Tiada CINTA yang tiada dugaannya....CINTA penuh dengan dugaan. Dugaan pasti datang dari semua arah dan bentuk...mungkin dugaan datang dari luar kawalan dan mungkin juga dugaan itu dicipta oleh diri sendiri. Tapi demi CINTA ini aku akan cuba mempertahankannya sebaik mungkin....Dugaan adalah rencah CINTA, tiada dugaan maka tiadalah manisnya CINTA....Dugaan menguji sekuat mana CINTA itu sendiri, jika kuat CINTA itu maka kuatlah ia bertahan walaupun sebesar mana badai menghempas.

CINTA memerlukan ramuannya tersendiri, jika bijak bermain ramuannya maka eloklah rasanya. CINTA tiada harganya kerana CINTA itu amat berharga untuk dinilai dengan apa sekali pun. Memang CINTA itu buta, kerana butalah kita bertanggungjawap untuk memandu CINTA yang dilahirkan...baik arah yang kita bawa CINTA maka baiklah bagi CINTA.

Cintailah CINTA selagi CINTA itu ada...Sayangilah CINTA selagi ia berhak untuk disayangi...Suburkanlah cinta dengan baja-baja kasih yang penuh keiklasan dan kejujuran.

Demi CINTA aku akan tetap mencari manisannya.... I love my CINTA.

"Cukup berat buat manusia biasa,untuk mengerti dan menjalani "CINTA"....Tapi yang pasti....perkahwinan dengan CINTA akan berlangsung selamanya....Karena cinta itu HAKIKI...."

Isnin, Mei 24

BerBird......

Bahagia rasanya bila ada yang sudi menyingah ke dalam hati ini buat sekian lama...bahagia bila hati yang sama suka dapat bersatu dan berjanji untuk membina satu ikatan cinta. Biarlah cinta ini yang kami bina umpama yang mudah retak dan pecah tetapi apa yang kami percaya, selagi ada usaha dan kepercayaan pada cinta ini kami yakin yang cinta ini akan terus mekar.

Setelah acap kali hati ini ditolak oleh seseorang, akhirnya Dia muncul menghulurkan cinta dan aku rasa bertuah kerana cinta ini dibina antara suka sama suka dan bukannya kerana nafsu semata-mata. Akan ku jaga cinta ini sebaiknya dengan fikiran yang matang dan waras...

Terima kasih sayang kerana muncul dalam hidup ini......

Isnin, Mei 10

Tattoo.... "Bad Boy" .....Rebel"...


Entah kenapa bila aku tengok mereka yang bertattoo pasti pandangan aku akan tertarik denag seni lukisan pada tubuh itu...mungkin aura tattoo itu sendiri yang mempunyai tarikan atau sifat empunya tubuh itu sendiri yang menarik minat aku...

Tattoo tidak lari daripada sifat 'bad boy" bagi lelaki dan "Rebel" bagi perempuan (pendapat akulah). Bagi aku hanya mereka yang berani dan sanggup menahan sakit sahaja yang sanggup kulit mereka dicacah dengan jarum-jarum yang tajam dan diwarnakan dengan warna-warna yang membangkitkan seni tattoo di tubuh mereka....jika bertatton tidak dilarang dalam Islam tentu sekali aku akan bertattoo dan mungkin imej harimau bintang yang akan menjadi pilihan aku di bahagian sisi perut...oh bertapa seksinya bila melihat tubuh mereka yang bertattoo (depend pada body jugalah..kalau boroi boleh blahh)


Bagi aku lelaki yang bertattoo ini amat menarik minat aku, mungkin ditambah dengan sikap "Bad Boy" yang menambahkan lagi daya tarikan mereka....apatah lagi jika si dia skin head dan menyimpan sedikit janggut....boleh pengsan dibuatnya ahakssss....

Imej " Bad Boy" ni memang menarik minat sesetengah mereka walaupun golongan yang berimej "Bad Boy" ini nakal dan biasanya liar dan tidak setia tetapi tetap menjadi pilihan sesetengah orang....aku pun minat dengan mereka yang berimej "Bad Boy" dan "Rebel" ni...alasannya sukar untuk aku terangkan hahahhaaaa...


Pernah berkenalan dengan seseorang yang berimej tersebut tetapi sayangnya dia tidak bertattoo (sebab dia Muslim), muka baik jer and sweet tapi aku tahu yang dia memang "Bad Boy".....BEWARE pada sesiapa yang bertattoo..anada sedang diperhatikan hahhahahahaa....Mungkin imaginasi sex seseorang yang membayangkan si "Bad Boy" dan "Rebel" ini hebat diranjang dan mungkin juga ego bila dapat menjinakkan mereka yang berimej liar ini yang mana ibarat "trofi" yang berharga bila dapat memiliki mereka...tapi percayalah yang akan kecewa adalah mereka yang kononnya dapat menjinakkan si "Bad Boy"....si nakal akan tetap nakal cuma menunggu masa untuk menjadi nakal.....Kuda liar walaupun sudah dijinakkan, sesekali mereka akan menjadi liar.......BEWARE!

Khamis, April 29

Oggy A Tip For The Road (jangan meniru aksi ini jikalau anda tidak mahu senasib seperti Arwah adik Aminulrashid)



Sedih juga bila baca kes Allahyarham adik AminulRashid....nampaknya negara kita dah semakin kucar kacir jadinya. Kesan daripada kejadian tersebut maka banyaklah pandangan dan pendapat yang diluahkan oleh orang awam mahupun para pemimpin. Diharapkan kematian arwah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jika beliau tidak bersalah dan si bersalah terlepas hukuman maka ingatlah hukum Allah itu amatlah pedih dan seadil-adilnya....Untuk Arwah saya sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Al-Fatihah....

Selasa, April 27

Sebelum cahaya



Kegelapan pasti akan digantikan dengan cahaya bila tiba waktunya....Hidup ini adalah roda, bermulanya kita dari bawah dan akhirnya akan sampai di kemuncaknya dan begitulah seterusnya... Dalam apa pun situasi ia tetap sama dan yang bezanya ialah bagaimana jalan cerita kehidupan kita bermula dan berakhir.

Usah risau tak takut pada kegelapan dalam perhubungan kerana kegelapan adalah ujiannya...menguji sejauh mana keutuhan dua jiwa...jika tewas maka jelaslah dia bukan untuk kita dan kita bukan untuk dia kerna cinta yang utuh bukan hanya disaat kehidupan ini dilimpahi dengan cahaya kesenangan......

Selasa, April 13

Akulah Kekasihmu.....



Bila dengar lagu ini, teringat aku pada kisah silam sewaktu aku ditugaskan ke Kota Kinabalu awal tahun lepas....Berat hati ini untuk berpindah ke Kota Kinabalu kerana di Kuala Lumpur aku ada yang menyayangi aku...orang yang aku sayang dan sentiasa rindu. Di hari sebelum aku berangkat ker Kota Kinabalu, sebak rasa hati ini untuk meninggalkan dia di Kuala Lumpur...Lautan China Selatan bakal memisahkan kami. Tapi apakan daya tugasan dan masa hadapan dalam kerjaya harus aku utamakan dahulu kerana itulah tuntutan hidup yang harus diutamakan. Menitis air mata tika mengemas pakaian dan barang keperluan untuk dibawa ke Kota Kinabalu bila mengenangkan apa yang akan berlaku nanti....berfikir bukan hanya pada orang yang disayangi tetapi juga berfikir tentang kesamaran hidup ditempat orang.

Ingat lagi waktu dia menghantar aku di airport bersama-sama dengan dua orang teman...hati ini merintis sedih tapi tidak mahu aku tunjukkan kepada dia yang aku bersedih...aku juga dapat rasakan yang dia pun menangis didalam hati kecilnya. Mungkinkah cinta jarat jauh akan mengukuhkan cinta kami atau ia akan mencipta bibik-bibik perpisahan? Itulah yang bermain didalam fikiran aku sewaktu itu.

Setibanya di airport Kota Kinabalu, dialah orang yang pertama aku khabarkan yang aku telah selamat sampai....rindu padanya hanya tuhan sahaja yang tahu bertambah lagi dengan keseorangan ditempat yang agak asing pada aku. Setiap hari hanya melalui telephone sahaja yang mendekatkan kami dan merapatkan kami walaupun Lautan China Selatan terbentang luas.

Betul orang kata, bila kita rindu dan kerinduan itu tidak dapat dibendung lagi maka perkara-perkara nagatif pasti akan wujud dalam hubungan...perasaan syak wasangka mula bersarang dalam hati aku atau pun mungkinkah apa yang naluri ini berkara benar? Entahlah aku tiada jawapannya......

Cinta jarak jauh memerlukan banyak pengorbanan, banyak kesabaran,banyak kesetiaan dan banyak dugaan.....tetapi aku tewas dengan dugaan tersebut....Kasih sayang yang dibina denga tawa dan tangis kami berdua lebur sekelip mata sahaja....walaupun banyak kali kami cuba untuk membaikinya semula ia tetap hancur dan tidak bisa dipulihkan kembali....biarlah kami berpisah dan terlontar jauh antara satu sama lain.

Bukan ini yang aku mahu dan harapkan yang terjadi pada hubungan kami.....Mengapa mesti terpisah Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan....sekarang agak sukar aku membuka hati ini untuk menerima sesiapa untuk hati ini....yang ada datang menyingah hanyalah bayang-bayang yang hilang bila tiadanya cahaya....


Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas...ini

sejenak itu aku menyedari
Batapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu...

Isnin, April 5

Terang Lagi Bersuluh.....


Pagi ini aku seperti biasa akan melayari FB dan wall yang pertama aku buka ialah wall sahabat aku saudara Faizal Ramly yang juga rakan sekelas aku di sekolah rendah dahulu....Alhamdullilah beliau sekarang sudah menjadi penceramah agama setelah menamatkan pengajian dari salah satu universiti dari Timur Tengah yang dapat aku rasakan.

Aku amat tertarik dengan rakan FB beliau yang mengajukan soalan-soalan tentang Islam...boleh dikatakan setiap hari aku akan membuka wall beliau kerana ada sahaja maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang dikongsi bersama baik daripada beliau sendiri mahupun rakan-rakan FB beliau.

Pagi ini aku tertarik dengan satu post dari rakan FB berliau yang membincangkan tentang "Kenapa dan Mengapa Kita Wajib Menolak Syi'ah" yang mana post tersebut telah dikongsi oleh saudara Ahmad Alwiy. Dengan ilmu dan pengatahuan yang aku ada ini tidak melayakkan aku untuk bersoal jawap dan melontarkan idea bersama mereka, maka aku hanya membaca komen-komen mereka dan soal jawap antara mereka. Apa yang aku tidak faham adalah bila ada mereka yang bersoal jawap seakan-akan mereka tidak tahu dan kabur tentang isu yang dibincangkan. Bila jawapan diberikan, mereka seakan-akan menafikan jawapan yang diberikan dan terus bertanya soalan yang jelas condong kearah berbentuk provokasi.

Perbincangan tersebut membuatkan aku tertanya-tanya mengapa golongan yang menafikan jawapan tersebut seolah-olah ada muslihat yang terselindung. Ini jelas terbukti apa bila sahabat aku memberi jawapan pada soalan yang diajukan oleh mereka, mereka seperti menafikan jawapan yang diberikan dengan memutar belitkan fakta yang kononnya mereka keliru dan begitulah seterusnya bila jawapan diberikan. Aku dapat perhatikan yang soalan yang diajukan bukanlah dari mereka yang buta ilmu yang terkapai-kapai dan dahagakan kebenaran tetapi lebih seperti seorang mubaliq kristian yang sengaja memprovokasikan soalan tentang Islam yang mana niatnya amatlah jahat.

Aku tertarik apabila sahabat aku itu mengatakan didalam perbincangan ada 4 bentuk soalan yang biasanya diajukan oleh seseorang dan diantaranya ialah:

1) bertanya kerana tidak tahu dan ingin tahu- ia perlu dijawab oleh org yg berilmu

2) bertanya walhal sudah tahu dan berpura-pura tidak tahu kerana ingin menguji - soalan begini haruslah dibiarkan sahaja, dan hanya dijawab jika perlu.

3) soalan yang bertujuan menjatuhkan org yg ditanya - penyoal begini adalah penimbul kerosakan kerana tidak berniat baik, soalannya tidak perlu jawab krn jika dijawab dia ttp tidak akn berpuas hati.

4) soalan orang yang keliru dengan soalannya- orang begini dinasihatkan dengan first thing first....

Dan apa yang aku lihat daripada soalan yang diajukan adalah lebih kepada golongan kedua, ketiga dan keempat yang memprovokasi perbincangan tersebut dan dapat aku rasakan tiada kesudahannya. Dan disini aku ingin bertanya pada diri sendiri dan kepada semua sahabat aku yang membaca blog ini dengan beberapa soalan:

Mengapa kita bertanyakan soalan yang kita sendiri sudah mempunyai jawapanya?

Mengapakah kita menafikan jawapan yang diberikan oleh mereka yang lebih arif dalam sesuatu perkara sedangkan kita amat jahil tentang persoalan yang kita hadapi?

Adakah kita terasa yang diri kita ini amat bagus apabila persoalan demi persoalan diajukan dengan niat bukan untuk menghuraikan apa yang kusut, tetapi dengan niat untuk menjatuhkan martabat orang yang iklas untuk membantu kita mencari jawapan seiklas mereka?

Sesungguhnya manusia ini tiadalah buta, tetapi nafsu yang telah membutakan mereka....biarlah buta mata, tapi jangan butakan hati kita dengan kesombongan dan keangkuhan kita yang ilmunya hanya sekelumit cuma.....Mengapakah kita berpura-pura kegelapan dalam mencari kebenaran jika kebenaran yang ada telah Terang lagi Bersuluh.....