Isnin, April 5

Terang Lagi Bersuluh.....


Pagi ini aku seperti biasa akan melayari FB dan wall yang pertama aku buka ialah wall sahabat aku saudara Faizal Ramly yang juga rakan sekelas aku di sekolah rendah dahulu....Alhamdullilah beliau sekarang sudah menjadi penceramah agama setelah menamatkan pengajian dari salah satu universiti dari Timur Tengah yang dapat aku rasakan.

Aku amat tertarik dengan rakan FB beliau yang mengajukan soalan-soalan tentang Islam...boleh dikatakan setiap hari aku akan membuka wall beliau kerana ada sahaja maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang dikongsi bersama baik daripada beliau sendiri mahupun rakan-rakan FB beliau.

Pagi ini aku tertarik dengan satu post dari rakan FB berliau yang membincangkan tentang "Kenapa dan Mengapa Kita Wajib Menolak Syi'ah" yang mana post tersebut telah dikongsi oleh saudara Ahmad Alwiy. Dengan ilmu dan pengatahuan yang aku ada ini tidak melayakkan aku untuk bersoal jawap dan melontarkan idea bersama mereka, maka aku hanya membaca komen-komen mereka dan soal jawap antara mereka. Apa yang aku tidak faham adalah bila ada mereka yang bersoal jawap seakan-akan mereka tidak tahu dan kabur tentang isu yang dibincangkan. Bila jawapan diberikan, mereka seakan-akan menafikan jawapan yang diberikan dan terus bertanya soalan yang jelas condong kearah berbentuk provokasi.

Perbincangan tersebut membuatkan aku tertanya-tanya mengapa golongan yang menafikan jawapan tersebut seolah-olah ada muslihat yang terselindung. Ini jelas terbukti apa bila sahabat aku memberi jawapan pada soalan yang diajukan oleh mereka, mereka seperti menafikan jawapan yang diberikan dengan memutar belitkan fakta yang kononnya mereka keliru dan begitulah seterusnya bila jawapan diberikan. Aku dapat perhatikan yang soalan yang diajukan bukanlah dari mereka yang buta ilmu yang terkapai-kapai dan dahagakan kebenaran tetapi lebih seperti seorang mubaliq kristian yang sengaja memprovokasikan soalan tentang Islam yang mana niatnya amatlah jahat.

Aku tertarik apabila sahabat aku itu mengatakan didalam perbincangan ada 4 bentuk soalan yang biasanya diajukan oleh seseorang dan diantaranya ialah:

1) bertanya kerana tidak tahu dan ingin tahu- ia perlu dijawab oleh org yg berilmu

2) bertanya walhal sudah tahu dan berpura-pura tidak tahu kerana ingin menguji - soalan begini haruslah dibiarkan sahaja, dan hanya dijawab jika perlu.

3) soalan yang bertujuan menjatuhkan org yg ditanya - penyoal begini adalah penimbul kerosakan kerana tidak berniat baik, soalannya tidak perlu jawab krn jika dijawab dia ttp tidak akn berpuas hati.

4) soalan orang yang keliru dengan soalannya- orang begini dinasihatkan dengan first thing first....

Dan apa yang aku lihat daripada soalan yang diajukan adalah lebih kepada golongan kedua, ketiga dan keempat yang memprovokasi perbincangan tersebut dan dapat aku rasakan tiada kesudahannya. Dan disini aku ingin bertanya pada diri sendiri dan kepada semua sahabat aku yang membaca blog ini dengan beberapa soalan:

Mengapa kita bertanyakan soalan yang kita sendiri sudah mempunyai jawapanya?

Mengapakah kita menafikan jawapan yang diberikan oleh mereka yang lebih arif dalam sesuatu perkara sedangkan kita amat jahil tentang persoalan yang kita hadapi?

Adakah kita terasa yang diri kita ini amat bagus apabila persoalan demi persoalan diajukan dengan niat bukan untuk menghuraikan apa yang kusut, tetapi dengan niat untuk menjatuhkan martabat orang yang iklas untuk membantu kita mencari jawapan seiklas mereka?

Sesungguhnya manusia ini tiadalah buta, tetapi nafsu yang telah membutakan mereka....biarlah buta mata, tapi jangan butakan hati kita dengan kesombongan dan keangkuhan kita yang ilmunya hanya sekelumit cuma.....Mengapakah kita berpura-pura kegelapan dalam mencari kebenaran jika kebenaran yang ada telah Terang lagi Bersuluh.....

1 ulasan:

shahril.hussin berkata...

i suka semua lunasan dalam butiran susunan kata..