Selasa, Februari 8

Racialism a.k.a Racist.....

Semalam Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dibahagian aku bertugas yang mana seingat aku dia baru sahaja ditukarkan kebahagian aku baru sahaja 2 bulan satu minggu tiba-tiba datang ke bilik aku.

"Rizwan, saya nak minta maaf sebab hari ini hari terakhir saya kat sini"

"Eh! Puan nak kemana pulak? bukan ker Puan baru jer kat sini?" tanya aku

"Saya minta tukar ke Bahagian Sumber Manusia sebab saya tak tahan dengan 2 "Ekor"bos ^&*& dengan @#%$&* yang asyik kenakan saya dan buruk-burukan saya depan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) kata saya tak buat kerja sampai kes saya EL anak masuk emergecy kat hospital pun dia orang mempertikaikannya so saya rasa baik saya tukar ke bahagian lain daripada masalah ini makin buruk"

Banyak juga kami berborak pasal hal ini, bos aku dua orang lagi tu bukan Melayu kira kat bahagian aku nie 1Malaysia lah ala-ala konsepnya semua kaum ada dan kalau nak kira mereka bertiga nie satu pangkat jer cuma gaji jer berbeza sikit.

Bila aku fikir balik dan bila bercakap pasal perkauman di negara kita ni aku rasa kita orang Melayu cukup menjaga sensitiviti kaum lain, nak bina umah ibadat kita tak pernah larang sehingga ditepi-tepi jalan malah dibawah-bawah pokok dibina berhala walaupun di kawasan majoriti penganut Islam. Adakah orang Melayu yang beragama Islam nie terlalu berlembut? tepuk dada tanyalah selera. Berbalik pada kes KPSU aku tadi memang jelas dua orang bos aku tadi cuba kenakan dia. Dalam meeting pun jelas menidakan kerja KPSU tadi seperti beliau tak tahu buat kerja sedangkan pangkat dan tanggungjawab beliau besar di bahagian aku. Kami dibahagian ini cukup tahu dengan sikap racist yang mula menular dan mungkin mereka mahu buktikan yang orang Melayu tidak berupaya menguruskan Bahagian Antarabangsa. Aku dapat rasakan ada satu stigma didalam diri mereka yang memandang rendah keupayaan orang Melayu yang kononnya tidak sefasih dan semahir mana dalam berbahasa English...Hello pegawai yang dibawah mereka semua mampu bertutur dan menulis dalam English dengan baik, sebelum dua orang boss ini masuk pun bahagian ini diterajui oleh orang Melayu juga dan boleh diuruskan dengan baik dan mempunyai rekod yang cemerlang.

Orang Melayu kalau bercakap pasal hak Melayu pasti akan dikatakan racist tapi kalau bangsa lain mempertikaikan hak Melayu baik dalam bidang pekerjaan, perniagaan dan hal-hal lain tak pulak dipanggil racist. Lihat sahaja di bahagian sektor swasta, gaji permulaan bagi kakitangan berbangsa Melayu lagi rendah jika dibandingkan dengan jagi kakitangan berbangsa lain walaupun sama pangkat dan sama tugas yang dipertanggungjawabkan jika bekerja di syarikat bukan Bumiputera tapi ada kita mempersoalannya? Tidak bukan?

Banyak contoh dimana hak Melayu dan Islam dipersoalkan, sehingga laungan Azan pun dah dipersoalkan oleh penganut lain sedangkan Agama Islam ialah AGAMA RASMI dan agama majoriti penduduk Malaysia, cuba kalau kita orang Melayu melarang aktiviti agama mereka dijalankan entah apa agaknya akan terjadi dan mungkin kejadian 13 Mei akan berlaku lagi. Aku sebenarnya tidak berapa minat bercakap tentang perkauman ini sebab bagi aku selagi kita hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama itu sudah memandai. Buang jauh-jauh sifat perkauman yang tidak menguntungkan ini, bila sifat perkauman ada maka macam-macam masalah akan timbul baik didalam kehidupan seharian mahupun dalam pekerjaan. Apa salahnya hati,kejujuran dan keiklasan dinilai sesama kita dan bukannya warna kulit, agama, bahasa yang menjadi penentu untuk kita hidup aman damai dan maju.

Aku ambil kes yang melibatkan KPSU aku itu sebagai contoh yang tidak bagus di dalam alam pekerjaan dan akan aku jadikan pemangkin untuk bekerja keras dan tunjukkan mutu kerja yang baik bagi menbuktikan Orang Melayu Islam juga sama bagus dengan kaum-kaum lain cuma peluang yang diperlukan untuk buktikan kemampuan kita. Aku harap tidak ada lagi kejadian cantas mencantas di bahagian aku sebab bagi aku tiada sesiapa pun yang untung...mungkin adalah sedikit kepuasan tapi untuk apa? Hanya mereka yang bersifat sebegitu sahaja yang tahu jenis kepuasan seperti mana yang mereka dapat...

p/s "Bersatu kita Teguh, Bercerai kita Roboh"

1 ulasan:

Bunga berkata...

satu artikel yang mearik..