Jumaat, Februari 11

Masih disini Menunggu Mu.....



2 minggu ini adalah cubaan yang berat buat aku dengan kekasih hati aku, entah mana silapnya dan entah apa sebabnya aku tetiba emosi. Mungkin aku terasa dengan sedikit kelakuan dia yang sebenarnya tak perlulah aku perbesarkan. Bulan Januari adalah birthday kami berdua, aku lahir pada dua Januari (2.1) manakala dia pula dua puluh satu Januari (21.1) yang mana tarikh birthday kami agak cantik angka tarikhnya. Sepatutnya kami bergembira dengan usia baru kami tapi sebaliknya terjadi.

Rasa tidak puas hati bergelora didalam diri aku entah mana silap dai pun aku tak tahu...mungkin jarak kami yang jauh buatkan aku terasa kurang mendapat perhatian dari dia. Dia jauh di Abu Dhabi bertugas sebagai salah seorang Cabin Crew dengan Ethad Airways manakala aku di Kuala Lumpur. Hubungan jarak jauh ini banyak menguji kami baik dari segi kesetian, keyakinan dan kejujuran kami...kalau tidak kuat maka tentu sekali hubungan ini akan musnah dan aku rasa bukan semua orang berjaya dengan hubungan jarak jauh seperti ini. Dalam hubungan ini aku yakin dengan kejujuran dan keiklasan cinta dia kepada aku tapi oleh kerana aku terlalu memikirkan dia dan terlalu rindukan dia buat aku jadi marah dan bila marah ini tidak dapat aku kawal dia yang jadi mangsa kaadaan.

Aku sedih kerana kelemahan aku dia yang menjadi mangsa...dua malam lepas kami bergaduh sehinggakan hampir-hampir kami berpisah tapi mujurlah aku sedar yang aku perlukan hentikan pergaduhan ini dengan mendiamkan diri buat seketika. Dia tidak bersalah tetapi aku yang bersalah, aku tidak memahami dia sepenuhnya dan aku tidak memahami tugas dia disana dalam mencari rezeki....

Dalam kekusutan ini aku cuba ingat kembali kenangan manis kami bersama, pada birthday aku dia hadahkan seutas jam tangan jenama POLICE kepada aku dan aku pula hadiahkan sehelai kemeja HUGO BOSS kepada dia, gembira rasanya bila kedua-dua kami amat menghargai pemberian hadiah tersebut. Aku kenang kembali saat dia masakkan lauk pauk untuk aku dengan rakan-rakan serumah dan sesungguhnya dia amat sempurna bagi aku. Walaupun waktu kami tidak banyak tetapi jika dia pulang ke Kuala Lumpur kami banyak menghabiskan masa bersama, bukan kuantiti yang penting bagi kami berdua tetapi kualiti waktu bersama yang kami harapkan di dalam hubungan jarak jauh kami ini.

Risau aku dengan masalah yang aku hadapi ini, aku takut kami berdua tewas dalam hubungan ini kerana perkara-perkara kecil sebegini...aku harap kami tabah menghadapi dugaan dalam hubungan jarak jauh ini. Dialah yang terbaik yang pernah aku temuai aku idak mahu yang lain, aku hanya mahukan dia didalam hidup aku....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cinta...kalau tak bergaduh tak sahhh,tp pandai2 la jaga diri,jaga hubungan,biar manisnya berpanjangan

bungeCENGKEH berkata...

betul tu, bergaduh tidak semestinya untuk berpisah tetapi mungkin cara untuk meluahkan apa yang terbuku dihati....

shahril.hussin berkata...

apa yg berlaku..pasti ada jln penyelesaiannya..
bergerak seiring...pasti berjalan tidak tersadung...
tapi perlu untuk melihat setiap gerak....agar tidak terlewat